Kendara

Monday, December 12, 2011
Ya, masih belum kenduri lagi.
Kendara pun dah penat :P

Takpe penat sekali seumur hidup.
Berhabisan sekali seumur hidup.

Majlis kami kecilan saja.Tapi dengan kehadiran anda pasti menambahkan kemeriahannya:)
Nak buat macam mana,seru kami dah sampai :P

:) Jemput ya semua.
Kawan
Stalker
Enemies

Aku jemput makan ni.


Few days only to go.
Tapi aku untung.
Ada FIL, MIL to be yang banyak membantu.
Tak kurang juga keluarga aku sendiri,

dan tunang tersayang yang paling sibuk kesana kesini.Heee:)
Dia sering memberi semangat dalam bentuk kata kata indah dan sakat menyakat.
Ya,sebab tu saya sayang awak 

Jemput tau:)

Rezeki Allah

Sunday, November 27, 2011
Salam

agak lama jugak kan tak update apa2.Sekarang ni busy cari duit je.Lebih komited ke arah tu sebab komitmen makin hampir.
Masuk kerja jam 7 balik pun kadang jam 7.Kejar overtime.
Dah macam minah kilang.Haha.

Overall,citylink alhamdulillah very owesem so far.
Semua orang baik2 belaka:)

Saja nak buat pengunguman secara lansung.
Bukan pengumuman bola kalah lawan bahrain tadi.
Tapi tarikh nikah saya. Untuk elakkan sesiapa yang terkena heart attack sebab tak dijemput.
Sebulan dari sekarang.Status kedua akan bertukar kepada Mrs Hazrin pulak.

Persiapan rapi,alhamdulillah rezeki Allah tu ada.

Ya,cerita selimut putih Allah bukan kita tahu semuanya.
Kadang macam ni kadang begitu.
Tapi bila aku bermuhasabah semula.Semua yang direncanakan Allah ini semuanya terbaik untuk aku.
Sedar atau tidak semuanya berjalan dengan lancar mengikut peraturannya.

Alhamdulillah.
Terima kasih Allah.
Untuk semuanya.
Dan aku percaya,tak semua manusia itu beruntung jalannya.
Tapi percayalah.Tuhan itu Maha Adil dan Bijaksana.
Tunggu saja kejutan dariNya
:)

Ya 
31.12.2011
Doa kalian amat diharapkan.Harap semuanya masih lancar
Amin.

penat

Saturday, November 12, 2011
Aku penat sebenarnya.Penat dalam menguruskan semua hal,dari bangun pagi sampai la pejam mata semula.
Aku usaha taknak cakap apa2.Cukuplah aku katakan aku penat serta mohon faham sendiri sajalah.

Aku penat jugak dengan hidup dengan banyak cubaan dan dugaan.Nak perbetulkan keadaan pun ada dugaannya sendiri.Nak sesakkan keadaan sebenarnya mudah je,taklah susah macam usaha nak cari seposen lagi cukupkan nak beli topup.

Aku tak mintak banyak pun.Sikit macam ni je.Jangan la susah orang nak bantu.

En adalah anugerah terbaik yang aku dapat dari Allah. Ya,dia ada salahnya,tapi sekurangnya dia cepat menyesali dan tak pun menunding semula pada aku. Tapi dari saat dia jatuh sakit sampailah sekarang. Aku menyesal sedikit sebab terlalu manjakan dia dan dia masih kekal manja mengada ngada sampai sekarang. T_T

Terima Kasih Allah atas semua.
Dugaan
Cabaran
Kepahitan
Kemanisan

Akan aku kenang supaya aku lebih dekat dengan Mu.
Terima Kasih juga atas rezeki yang kau datangkan dari Umat umatmu.

Ya aku penat bila pandang baju menimbum dalam bilik.
Bibik tolonglah lipatkan.
Bye

Update 100km sejam laju

Wednesday, November 9, 2011
Lama dah kan tak update ape2 lepas pangkor..;p 
Okay takpe,just nak update laju laju.

Sepanjang ada masa terluang ni,agak busy sikit actualyt,dengan business dengan Kekasih yang sakit sampai 3 hari lamanya.Untill saya desak beliau pergi beraya masa AidilAdha hari tu baru la nampak sihat sikit beliau.
Kalau tak duduk rumah je,bagi peluang demam melarat lagi lama.
Kan?

Alhamdulillah dah dapat kerja yang dah lama di target and yes,I will never do a repeat mistake that choose something im not capable of.So lepas ni masih dalam operation tapi dengan CityLink.Yehaaa:)

Sebenarnya banyak benda nak update tapi mostly dah lupa semua,sebab kekangan masa nak online.

OKBAI :)

Gateway : Pangkor Part #1

Thursday, November 3, 2011

Salam,

Okay seperti menunggu hujan dalam musim kemarau,lambat bebenor nak upload gambor ni jugak..;p

Gateway ke pangkor seperti yang diura2 kan di entry sebelum sebelum ni.Yeay:)

Malam Isnin

Teman kekasih g mancing,acely patut 3 jam je.Tapi sebabkan terasa sekejap dan dua kali tali putus sebab ikan besor bebenor maka kami stay sampai 5 jam.
Weh,memancing tak membosankan tau.Syok gila bila asyik2 umpan mengena dan TALI JORAN PUTUS T_T

Saya cukup bangga dengan kekasih saya,
yes!because he is capable doing EVERYTHING:)

psstt..orang kata si kaki pancing ni penyabar orangnya:)

Selasa

Okay pasal pangkor pula:)
Tido jam 4 pagi bangun semula jam 7 pagi
Memang death,tapi lebihnya excited je:)


Sedondon...kata hosmate En.haha.
En memang sporting bila lansung tak kisah pakai baju sama patern:)
Btw couple T-shirt ni saya dapat dari JJ Bukit Raja dengan cuma RM9.90 each kat VOIR..
Tengah ada sales wehhh:))

Pemandu kedua bersama kekasih comelnya jugak :)
Haah memang kene bahan bila satu kete bua term BIRU BIRU SEDUNIA.heeee






Next couple yang sangat sweet :)
Yang si lelaki ni acely orang kelantanies.Tapi dia memang sporting dan baik.
Memula kenal dia ni macam susah sikit nak menyembang.Haah same macam En.Species pemalu teramat.Tapi bila dah banyak kali jumpa.Mak aihhhh gila Camera dia nehhhh..;p








Hello....Gambit in the House!!
:P

Sekali tengok memang macam Gambit weh,dua kali dah jadi Hawari..;p






Sorry la tak nampak muka:P






Yeay third couple :)


Meh citer sikit,perjalanan dari Shah Alam ke pangkor ikut jalan Jeram/Kuala Selangor just 3 jam lebih je.
Then naik feri dari Jeti Lumut ke Pangkor cuma 1/2 jam sahaja.Tiket feri just RM10 per person untuk pegi dan balik.

Bila dah sampai pangkor,benda pertama adalah checkin dan rehat:P

Bila dah bosan rehat mula la cari atlernative nak jalan jalan.Nak jalan jalan ada dua cara kat Pangkor ni,1 sewa van(teksi) yang dorang akan cas mengikut hours/day.2 sewa motor/basikal yang dorang akan cas mengikut hari.

Add info,kalau korang nak save cost acely korang tak perlu naik van,sewa je moto yang cuma RM18-RM25 per day/24 hours.
Tapi untuk yang family better sewa van jela,cuma kalau sewa motor tak perlu la kita nak instruct driver nak kemana mana,kita je decide nak merepit kemana mana.ahaha

Okay jam 3 petang motor dah ready,so kami semua pilih sewa kapcai je.Baru lah Si Rempit:p


Nampak tak helmet tu?Nampak tak?
Memang buruk :(

Haaa..ni paling RARE,kat Pangkor takde Petronas ke,Shell ke waima BHP pun tarak,tapi ade satu stesen mintak ni je.
:D



Haaa ni jela pekerja dorang...seee sporting!
:D


 Rempit dan rempit lagi.



Kemudian singgah satu tempat cantik.
aku tak tahu ape nama tempat ni.tapi kitorang singgah je sebab nampak macam ade sesuatu.
Pastu seme orang bujet pelancong luar negara..amek gambor....:)




Speechless tak?;p


Okay yang last nak citer,selama sejam setengah pusing satu pulau aku perasan Kambing kambing ada dimana  mana,serius! Macam kucing merata rata.Macam tu la kambing jugak.

Bila jalan jalan mula la lapar,singgah jap satu stall jual goreng goreng.Lepas tu aku ternampak satu fenomena ni.Jarang tau nak nampak siang siang hari,tepi tepi jalan pulak tu..



Okay tak tau nak cakap ape dah.
Sambung part dua:)

ps: dua hari ni,En tunjuk kasih sayang yang melimpah ruah.
Caring sangat sampai rasa dimanja setiap masa.:)
ILEBYUTU..

Our 1st gateway kan?Lepas ni gateway dengan status yang lain pula :)

Weekend Lagi

Sunday, October 30, 2011
Tak habis habis nak tayang weekend kan?
Hee..

Weekend kali ni ade suck sikit ade happy banyak sikit:)

Tapi time kasih tak terhingga buat Cik Jelita dan Cik Faridah sebab dorang sayang saya sangat2.
Mekasih of your taking care yayang berdua:D

Herm update laju2 sikit :
-Real Steal memang osem.
-Shopping t-shirt kat JJ memang berbaloi:)
-Dah benti keje lagi.Yeay
-Dapat offer company besar.Yeay!!
-Esok nak gateway dengan kekasih ke Pangkor.Yeay!!
-Jap lagi kekasih ajak mancing kat Shah Alam.Wehooo!!:)

Okay memang indah saat macam ni.Alhamdulillah hari hari Allah bagi saya kesulitan dan kesenangan utk buat saya lebih beringat.:D

I am Happy.
Alhamdulillah  

::utk awak yang tunggu entry saya,nanti lepas saya balik gateway ye.Tapi meh saya bagi hint dulu.Tunang saya tak gatal macam awk.Sebab tu saya sayang gila kat dia.Bye::




Kekasih #5

Saturday, October 29, 2011
Saya sayang awak sepenuh jiwa saya sejak hari saya jadi tunang awak.

Saya mula belajar kenal dan terima awak dari hari pertama saya disarungkan cincin oleh mak awak.

Saya sayang ikatan ini dan saya akan cuba pertahankan mana yang saya termampu.

dan saya minta benda yang sama dari pihak awak juga.

Saya tahu awak sayang saya.
Saya tahu awak takut bila saya takde.
Saya tahu awak hilang bila saya jauh.

Moga Allah permudahkan jalan kita.
Amin.

Pendek

Friday, October 28, 2011
Haah,kali ni pendek je.
Sebab tak berapa ade mood sangat.Mood dah kelaut.

Yes I mean it.


Bye darat.

Among this 5 month

Thursday, October 27, 2011
Malam malam macam ni memang sunyi bila takde sape pun kat rumah.Di ulangi.TIADA SESIAPA.Okay tak takut sangat just rasa pelik je.

Saya rasa sangat untung malam ni.Walaupun yelah SORANG SORANG secara mata kasarnya serta cuma ditemati Encik Luigi dan Cik Chibi,saya juga di sayangai ramai orang malam ni di corong telefon usang yang tak terjumpa di mana mana.*saje nak expose saya beli pakai duit sendiri* Terutamanya Cik Faridah,Kedua Cik Jelita,Ketiga Kawan Baru..okay ni rahsia,Keempat Kawan Lama dan Terakhir sekali baru Encik Tunang.Sebab dia paling lambat tawan hati saya malam malam gundah gulana ni T_T sebab beliau keje.Ye kerja lebih penting dari Tunang sendiri.Takde keje,takde duit nak belanja Mrs Tunang ni.hahaha

Actualy lepas ni entry akan hadir malam malam je.Yelah saya kena belajar tumpukan perhatian sepenuhnya pada kerjaya.Kita kene hargai sebelum kehilangan.So saya taknak kehilangan lagi :) Sebab masih belum puas!

Mungkin malam malam adalah waktu paling best nak buang tebiat.Antara lain tulis surat cinta macam zaman sekolah dulu. Okay dah nak start menulis. Bye. :)

:: main game dengan kekasih.Edisi cabar mencabar.Sape tak balas,dia tak sayang.Okay memang macam zaman sekolah::

KBAI. *Ni bukan ayat sepesifik untuk sorang je.Boleh je nak share dengan seme orang oKbai.Laalalala..
Jerk!

Birthday Boy

Wednesday, October 26, 2011
Salam,okay kali ni tajuk tak payah gempak pun tak pe :)

Ehem seperti yang dijanjikan saya update pasal persiapan dan kejadian meraikan kekasih saya :)

Actualy hari ahad tu dah keluar since tengah hari lagi.Ke serdang.Encik Tunang ade game futsal malam tu lepas dia habis keje.So kami amek peluang tu nak suprisekan dia secara penipuan.

Senang senang je nak menipu Encik Tunang ni,sebab dia tak pernah curigai saya:)



Dah ready cik jelita dari rumah.Macam amoi cantik :)


Dorang ni memang banyak membantu dalam keadaan sulit macam ni.
Thanks to both of you :)

Okay enjoy the pics:)


 malas nak edit ape2 ni la realitinya.
Encik Tunang separa terkejut je sebenarnye:P

ps: sy dan cik jelita menyorok kat depan sinki.Memang port terbaik la.haha



Taraaaa! See..memang macam amoi cantik kan?
;p


Kawan2 futsal Encik Tunang yang juga banyak membantu sebab Encik Tunang mengelak minum kat McD lepas main.Diorang kata jenuh la nak dok kepong sampai die setuju,pastu siap kene excort sorang depan srang belakang nak make sure die tak terus balik.Haha.

;p

Tapi sebenarnye saya dah banyak kali pesan suruh die balik awal.Tak sangka dengar cakap jugak dia.huhu
Nak menipu kena pandai.:)


Sape kate saya seksi.
Tengok sape lagi seksi mcm ni..;p


Comel dia:)

and last but not least,ni la housemate baru kitorang.
Luigi and cik Chibi.



Memang buat perangai je diorang ni selalu;p

Tapi sebab dorang ni ade la boleh hilangkan sunyi dan gundah gulana kami kami ni :)



nota kaki : takde mood nak update banyak2 and macam2 sebab hari ni sbb hari ni agak suck sikit.
Erm maybe im not longer working here.

hmm

Parah Cuti Weekend

Sunday, October 23, 2011
Salam,

Tajuk kene gempak as usual :P
Time orang lain berasak2 nak balik kampung,aku tinggal PJ sudah la,lagipun minggu depan nak balik raya lagi.
Sabar sikit je lagi.
Kan :)

Okay saja nak bgtahu,sabtu hari tu dating dengan Kawan Baik lagi.Cik Faridah atau nama glamour Efa ;p
Layan cerita Paranormal Activity 3.
Sumpah rasa nak cabut keluar dari panggung,tengok pulak dengan si penakut.Terus jadi penakut plus plus.
Korang kene tengok okay. :)

Okay nak promote kolagen lagi.
yang ni ha..


Cik Efa kata yang ni baguih,sebba hosmate dia ade pakai.Jap bukan aku kata BWHITE tak bagus,so far aku dh habiskan sekotak memang hasil yang superb! just ade jerawat2 kecik halus naik kat muka.Tapi kalau bab kelicinan dan kegebuan memang menjadi :)

Bila Cik Efa kata ini lebih bagus sebab,MENAHAN DARI RASA LAPAR,MENGUATKAN IMUN BADAN.So aku pun jadi terpengaruh.Then beli la jugak,so far dua hari minum memang sangat menguatkan imun badan.Tak letih lansung dari siang smpai malam nonstop keluar masa ahad hari tu :)

Itu jela dulu.
Pasal hari ahad,nnt update later,nak upload gambar yang sikit tapi Precious dulu :)
Special Thanks lagi utk cik housemate dan encik boyfie housmate :)
First time okay sambut birthday seseorang:P 

Kasutku di Dadamu

Thursday, October 20, 2011
Actualy tajuk saja nak attract pembaca je.Hehe.

Sebenarnya dah start obsess balik dengan converse.

Nak beli kasut ni,nak bawak g Pangkor.Senang nak jalan.Santai je.



Aku ni jenis simple je,kadang kadang seminggu pakai selipar je g keje,ape de hal?
Kasut jadi hiasan je dalam kereta.Just incase kena keluar,baru la heels aku dapat peluang nak digayakan.

Sorry la,ai tak gegerl.Ai ni jenis sempoi sempoi je.Malu tak sape nak dating dengan ai ni? Dont worry Mr Tunang tak pernah malu pun:p 
Cukup asalkan kemas dan sedap mata sendiri memandang =)

Actualy aku lebih pentingkan keselesaan daripada kecantikan.Buat ape nampak cantik pada luaran tapi seksa mak aih dalaman hang.Kan?

Bukan mati pun pakai T-shirt je g jalan jalan.
Kan?

sape baik tolong belikan.
TQ

P/S : Biar tak actractive,janji aku tak menyusahkan orang.
Kbai

Masa Yang Berkualiti

Wednesday, October 19, 2011
Bukan senang kita nak cari masa yang berkualiti tu.Tambah lagi bila masing masing pun sibuk dengan kerja atau bersosial.Kadang kadang dia awal,kita lambat.Kalau kita awal dia pulak lambat.

Kadang kadang aku terfikir jugak.Nanti bila dah kawen,macam mana pulak nak spend masa yang berkualiti untuk husben dan anak anak.Kalau nak jadi suri rumah itu bukan aku.Kalau dah makna perempuan bekerjaya tu confirm 8-10 jam ade kat luar rumah.Kan?

Dulu mak surirumah je.Daripada makan pagi sehinggalah makan malam,semua mak sediakan.Maksud aku bukan pasal makanan je.Tapi dari segi masa yang berkualiti yang dia dapat sedekahkan pada anak dan abah.Bila anak anak balik sekolah je,muka mak yang ada depan pintu rumah.Bila anak anak nak mengarut je,mak la yang jadi pemerhati yang baik.

Aku tak tahu boleh ke tak aku jadi macam mak,yang korban sepenuh masa selama berbelas belas tahun untuk jaga dan sediakan semua untuk anak anak.Sebab aku tak betah duduk rumah lama lama.

Bila dah status tunangan orang ni,ape pun benda aku lebih selesa mengarut pada En.Balik keje je,aku akan potpet potpet pada dia tentang seharian aku.Bagi aku bila dia mendengar dan memberi feedback walau cuma senyum dan gelak.Aku cukup puas.Biar penat biar lelah.Janji aku ada telinga dan bahu untuk melapangkan dada dan otak aku.

Tapi ada masanya,kadang dia busy.Kadang nak bercakap satu hari pun tak dapat.Sebab masing masing dah penat dan tiba tiba masa yang berkualiti tu hilang.

Okay aku kena cari balik.Sebab banyak sangat benda yang bersarat dalam kepala ni.

Bye

Viel Indah Baju Cantik

Tuesday, October 18, 2011
Okay hari ni aku jenjalan mengelilingi dunia google=)

Saja nak cari viel idaman.Ngan baju Idaman jugak.
Nak dapatkan pendedahan pasal kain,pasal beads,pasal pacthing.
Maklumlah,aku jarang shopping,jarang jugak beli kain kain.heee..

So dah jumpa tau weh!

Viel Idaman =)


Baju Idaman =)

Complete tau!:D
Sebab aku memang super duper simple,nanak la merlip2 bagai.nanak jugak sarat2 sangat.

p/s :Untung tau ade makcik taylor and ade kembar pandai jahit manik.Weeee:)

Berat Belebihan

Monday, October 17, 2011
Okay tajuk dan menakutkan bukan?Haha,

Actualy nak cerita,sebulan lepas masa dengan haPENING pasal raya,berat badan memang tak segan silu je naik mendadak.

Tapi tiga hari lepas terkejut tau mak,sebab berat turun wehhh..61kg!!Okay itu memang dah cukup membanggakanlah sebab dh lama asyik kene kutuk je ngan En.Okay beliau memang kaki menyakat!

Dan semalam lepas je makan McD kat Jusco Bukit Raja,kami pun jenjalan la.En nampak alat penimbang yang bayar duaposen tu,dia push so timbang.Aku tahu jap g mesti kena bahan.Almaklumla baru lepas menternak lemak kat McD.Tapi,bila aku masuk duaposen tu,then diri atas menatang tu.Aku rasa nak menangis weh.Sebab berat aku 57kg:))))WTH la kan?haha.

Okay aku tak tahu dari segi ape yang buat berkesan berat turun dan makin turun,ni antara aktivi dan makanan aku sepanjang lepas sebulan tu :
  • Sejak masuk keje baru,ofis takde lift.So kena turun naik tangga selalu.Boleh kata ade la 20 round aku turun naik tangga,sebab pintu pagar bawah dikunci utk mengelakkan kes pecah masuk ofis.So kalau ade supplier datang aku kena la terkedek2 turun bukak kunci.Bila dorang dah nak balik,aku jugak la yang terkedek2 turun nak bukakkan kunci.Penat weh!
  • Sejak seminggu lalu,aku dah rajin nak menelan air putih.Sehari mesti habis sebotol 1.5L.So aku jadi jarang lapar,kenyang je manjang.Makan pun sikit2 je.
  • Sejak aku ambil supplimet BWHITE hari tu,hari hari boleh dikatakan akan membuang.
  • Breakfast aku dalam kereta je,aku akan makan roti 60sen tu dengan air Milo kotak/Yogurt Bliss/Susu Low Fat/Teh o bekal dari rumah.Jimat tau:)
Okay aku nak try mantain lagi.Target adalah paling kurang 49kg!:)

p/s :lepas aku timbang,ade lebih lagi duaposen kat tangan En,dia pun nak jugak merasa naik menatang tu.So after timbang.Ehem2,time dia pulak kena bahan dengan aku.Hahaha.Terus main badminton dengan semangatnye beliau semalam.Hehehe

Kronologi Lelaki

Weekend kali ni bosan sikit.

Kronologinya lelaki,memang tak penah renggang dari nak bersahabat baik dengan Panas Baran.Eh tak payah nak buat2 yang 'aku tak..' pulak eah.Sebab lelaki dengan panas baran memang bersahabat baik.

Tapi yang membezakan keadaan,kau rasa bersalah atau tidak bila termarah manusia lemah ni.Tu je,sesal dulu pendapatan.Sesal kemudian tidak ada gunanya.

Dulu dan sekarang dan tak pernah berubah.Lelaki idaman aku adalah seperti abah dan abang aku.Sebab dorang rajin masak,tapi bila sekali dorang masak,kalah pulak masakan mak :D

Dan kemudian aku suka bila abah aku garang,tapi aku tahu sebenarnya dia sayang.Macam tu jugak dengan abang aku.Dia mana pernah nak kalah dengan adik adik,tapi jauh dalam sudut hatinya sebenarnya dia lemah bila tengok adik adik dia mencebik:)

Hey,nobody perfect in this world kan?Tapi aku cuma nak seperfect macam abah dan abang pun cukuplah.Diorang tak hensem,tapi diorang manis tapi diorang tidak bemulut manis serta berjanji manis.Kemudian janji tinggal janji.Auww!
Itu motherfaker.

Dan aku tak suka lelaki yang mengada ngada,manja boleh.Tapi kalau dah tahap mengada ngada,itu dah mintak pelempang.Aku geli.

So kesimpulannya secara total,aku dah jumpa lelaki yang macam abah dan abang.En tak hensem,tapi dia manis.Kemudian,dia pandai masak:) Lepas tu dia garang.Tapi bila nampak aku curi2 menangis,dia terus pujuk.Miaw:D


Pengajaran hari ini : Mengada ngada tu utk gegerl je.Lelaki kena macho dan tuff,tapi bukan yang jenis touched.Aku dari dulu selesa je kawan dengan lelaki,tapi sejak aku terkenal dengan lelaki mulut perempuan aku dah klimakskan lelaki ke perempuan ke,kote ngan pepek je yang membezakan.Mulut sama je macam jamban.

Bye

Gateway??

Sunday, October 16, 2011

Tempoh hari saya menggedik dengan En nak ke pantai,PD pun dah alhamdulillah dah sebab aku nak merasa dating dating berdua dua an macam masa kami ke pantai remis hari tu.

Tapi

T_T

malam kelmarin En pulak ajak aku ke Pangkor bersama kawan kawan beliau.
Apa yang ada pada kampung halaman sendiri yang dulu pun banyakkkkkk kali pun dah pegi Encik Tunang oi??


pastu kenalah aku terhegeh hegeh nak amek cuti,sebab dorang nak pegi weekday,murah katanya.

Aku memang tak suka sebab :
-semua benda dorang yang aturkan,lepas tu aku ni tukang ikut je.Ceh!
-ai nak releks2 je kat pantai,ai taknak sukan2,banana boat,snorkeling bagai.
ai kan gediks dan perasan feeling feeling..
haihhh....

sudahlah,nak sambung kekecewaan.:(

'i know you try to fulfill my desire,but not this way:('


::En suruh tengok tengokkan pasal politeknik,ade program KSS utk Diploma,dia ajak sama2 sambung belajar.Nak ke tak nak?::

Percernaan dan penghadaman

Thursday, October 13, 2011
Okay aku adalah manusia yang tergolong dalam mempunyai masalah penghadaman,tiap2 hari aku harap perut aku sakit dan aku boleh membuang.
Seriously aku boleh jadi tension kalau satu hari aku tak membuang,so aku perlukan beberapa makanan tambahan yang boleh support perut aku menghadam dan mencernakan semua makanan yang aku dah menterdarah.

so aku pilih semua semua kat bawah ni mengikut urutan hari dan selera :










kenapa empat? sebab biasanya jumaat selera akan jadi serabut sikit,main lalu je dah lupa jadual:)

dan lagi sekarang ni dah berjinak jinak balik dengan menatang ni

ok,En paling bangga bila aku dah berkawan dengan menatang ni.

dan sejak itu perut jarang merasa lapar dan yang pastinya diet berjalan lancar :)

bye


It Friday!

Yeay dah jumaat semula:)

Satu rahmat rasanya bila tiba Jumaat,kalau dulu masa sebelum serius nak hidup.Malam malam camni,zaman la jadi tempat melepak.

Yelah,dulu bila mengumpat kutuk keji hina sama sama,tapi tiba tiba aku sorang.
Aku ok je :)

Apa yang kau dapat dengan berpijak pijak kan kesempitan orang?

Hmm,sejak satu 'perkara' yang kau buat aku terkejut hari tu.
Aku faham kita makin renggang,aku faktab sebenarnye,sebab kau buat aku pandang kau dan aku mula sangsikan Tunang aku.

Lama kan,aku biar.Sebab aku ok je.Sebab aku bukan mencapab dari publisiti cerita babi orang lain.Allah dah tetap tetapkan perjalan cerita semua umatnya dan bahagian aku tak tahu lagi cemane esok lusa.

Tapi baru baru ni,satu satu aku dapat tahu bila kau mula dengan tidak semena mena dan tak mendatangkan untung pada kau,kau buka.
Aku nak kata apa?Ok je la.
Sebab orang yang kau beritakan tu pun dah redha je.

Apa aku takut ke tinggal seorang?
Apa aku kalah bila tak ramai?
Uwww, peluh.

Diam-diam ubi berisi.
Pastikan diam, akalnya yang terisi.
Bukan diam, lemaknya yang diisi.

Percayalah, yang cuma kata-kata tak akan mengenyangkan. Tak juga menyenangkan. Realiti memang puki. Apa lagi kau nak sedapkan hati?

Jangan membenamkan wajah orang di jerlus taik utk tunjuk wajah kau paling bersih dan hebat.

......................

eh eh,Precious Fitting dah makin grown up la!:)

Alhamdulillah..

Kekasih #2


Dia sentiasa perlukan saya tanpa saya sendiri sedar,dia sentiasa rindu saya tanpa saya mengerti.

Perut kami lain lain,tapi selera kadang sama kadang tak.Tapi dia cuba jugak habiskan makanan walaupun dia jelas sekali terpaksa.

Dia sentiasa mahu yang terbaik utk saya.

Kami sentiasa percayakan slow talk tanpa perlu pekik herdik.Dia tahu akibatnye bila aku terguris dan sebenarnya dia sentiasa bersedia.Dan aku tahu akibatnya bila dia mula marah maka aku diam saja:)

::Saya pun rindu awak banyak banyak sangat,tapi ada masanya kita kena kerenggangan tu utk saling merindu dan rindu itu yang akan membuatkan kita saling perlu kemudian saling sayang :) ::

Leader also have their own preasured

Wednesday, October 12, 2011
Siapa kata orang atasan ni kerja relek relek je...Tak ahh,actualy lagi serabut.

I need a assistant:(
Sebab manusia ni ada kalanya punya kekurangan dan kelebihan masing masing.
So I am not capable to call the supplier in the same time I need to do the quotation.
:(

Tak baik mengeluh mak kata.
Tapi aku nak mengeluh jugak sebab some of transporter ni bingai,kerja nak susaaaahhhh je taknak bagi senang lansung!

Sebab ade masanya kita tetap akan depressed dengan kerja,bukan sebab peribadi je.
:(

So anyone of you is really interested to be my assistant,please read the requirement:)

  • atleast SPM holder (age 18-25th)
  • boleh guna Microsoft word/excel/power point
  • cboleh kerja area Shah Alam
  • salary will be from RM950-RM1K ++
  • tahan maki,tahan preasured
Senang je kan requirement ni,gaji murah je dik non sebab kita nak hire kerani saja,basicly aku nak kerani yang boleh ikut arahan dan senang kerja bersama :)

Jangan risau,saya tak garang
:P

Kerja Kawen #1

Tuesday, October 11, 2011
Hari tu sebelum En masuk kerja malam aku adakah perbincangan lagi dengan dia,just to remind him about our planning.

Bagi aku planning macam ni penting,macam yang aku cakap sebelum ni perancangan mengelakkan kerja kelam kabut dan terlepas pandang.so utk sehingga december ni aku ade 5 benda kena kejar.

Aku buat 3 plan table actualy,
Satu utk senarai semak,sau utk list down barang hantaran,dan satu lagi utk our saving.Semuanya aku plan sehingga ke tarikh yang keluarga aku dah tentukan bulan lepas.

*Sigh*.Sebenarnye bukan senang semua ni.Nak kawen bukan macam buat ABC.
Macam macam keputusan nak kena ambil kira dan timbal semula.Tak boleh main redah.Sebab nanti jadi haru biru dan pelancaran majlis pun terganggu.

Bulan depan dah kena ada mesyuarat keluarga,nak tentukan penanggah yang akan membantu dalam majlis.Harap harap adik adik,sepupu sepapat dan kakak kakak aku ringan tulanglah nak membantu :) Ade jugak plan utk thanks gift buat penanggah,tapi kena fikir dulu gift ape kena kasi.

Ehem,kalau u all nak sy sharekan Planning table sy tu,please tinggalkan email kat komen bawahye,nnt sy emailkan.

Sharing is Caring.Tak dapat bantu semua bantu sikit pun takpe kan:)

Bye

Emosi

Petang petang macam ni entah kenapa terus jadi emosi je tak pasal pasal.

I am missing him so damn much.Aku benci bila tiba hari dia kena masuk kerja malam.Aku benci sebab masa tu akan ada gab dari segi communication antara kami.

Tiba tiba teringat lagu kanda dinda.Damn!

Boleh gila bila fikir,tapi nak fikir jugak.Macam nak pegi lepaskan sengsara ni kat Taman KLCC petang kejap lagi.Macam dah lama dah tak lepak situ.

:(

1st Contest from us!

Monday, October 10, 2011
Hye all,

2nd entry for the 2nd week of October,nothing much just nak promote contest dari blogshop teman je :)

Meh la ye kome ngejoin,tak rugi pun,sebab idak le kene bayo pun..hehe

Nah URL contest teman :)


aku ni sebenarnye untung sangat,sebab ada bos yang baik hati.Semalam masuk je opis nampak ikea stationery tray atas table,who else yang letak kalau bukan Encik Adam Yang Baik Hati:) Shopping pun ingat jugak ke aku :)

Kat sini aku diberikan kebebasan dan kelonggaran seluas luasnya.No more tension and preasure..semuanya alhamdulillah flow with good je..

Company ni baru establish,sebab tu tak berapa busy,tapi bila nampak effort Encik Adam yang kerja kuat kesana kesini nak bagi company ni makin grow aku jadi kagum.Sedikit sebanyak aku rasa termotivate jugak.

So aku pun kena kerja keras utk naikkan bisness aku jugak..hehe

:)

Basicly nak kumpul duit lebih nak kawen , so dapat idea nak berbisness..


Sebab aku ni pelupa

Sunday, October 9, 2011
Salam All,

Just a short update,sebelum terlupa.;p

Jumaat tempoh hari teman kekasih main futsal kat Shah Alam,perasaan tu macam.How cute you are baby.hehe..Then tiba tiba teringat dulu dulu masa sekolah.Waktu tu teman abang main rugby,sokongan yang lebihnya.They in one team,aku curi curi pandang kekasih.Bukan pandang abang sendiri.:) Tapi dulu masa tu aku taknak dia.Sekolah kan,its a place to learn not love:)

Then Sabtu bercinta dengan BFF Efa :) Berjalan ke kolam air panas kat selayang,tapi sangat tak best OK T_T.After that we watching movie,Abduction,seriously touching tengok cerita tu.Part last nak menangis tapi tahan je,its about his Dad.Tiba tiba rindu abah..:(

My Sunday quit nice also,pagi pagi teman kekasih main futsal lagi.Ada tournament company dia,1st and 2nd game was very great.Tapi bolos game ketiga bila lawan dengan geng operator naple and bangla.Ganas gila dorang main.Last 30second before wisel bangla tu buat gol,siott..terus seri.Pastu masa penalti,kalah..Tapi horray sebab boleh balik awal.Heee..serius bosan kat situ.We all yang perempuan2 ni asyik makan je nak hilangkan bosan.haha.

Great weekend and great day so far :)

ps : Aku ni pelupa,so I wrote this supaya aku ingat every second I am spending a sweet time :)

Komitmen dan Bebanan

Thursday, October 6, 2011
Semalam dating dating dengan hosmate,pastu titiba teringin nak tengok cerita Korea,pastu teringat nak tengok celah mana?Rumah mana la ade DVD player :P Terus bergegas ke Kota Damansara beli DVD.It worth you know,even tak branded.Janji bukan jenama China.Kami beli cuma dengan harga RM99 je :) Syukur,lepas satu satu gadget penting masuk dalam rumah.Ye,sangat penting sebab aku takleh hidup tanpa TV walaupun ada Lappy or Pc :)

Kronologinya,sejak pindah,sejak satu satu peralatan penting masuk dalam rumah,sedar atau tidak,saya dah jarang melepak mamak.Jauh sekali nak mengendeng mengendeng pada kekasih.Haha.Saya dengan life sendiri.Tak kisah la orang kata dah bersedia jadi bini orang ke forever alone ke,janji..saya rasa hidup yang dah cukup sempurna gila sekarang.

Dulu masa mula mula pindah KL,lepas satu satu rumah sewa,semuanya pakai empunya kepala rumah.Sampailah ditakdirkan aku menyewa sebuah rumah sendiri.Start from zero till now,bangga sikit jugak sebab semuanya dibeli hasil titik peluh sendiri dan sedikit sebanyak dibantu cik hosmate :)Kalau dulu,duit bazir entah kemana pun tak tahu.Makan,shopping,enjoy.Lansung takde property sendiri termasuklah kereta.

Yups,saya tidak mempunya kereta sendiri.Saya adalah manusia yang takut pada komitmen,sebab komitmen itu membebankan.Malah saya paling benci bebanan tanggungjawab.Sebelum sebelum ni ade juga orang cakap cakap,kenapa tak beli kereta,padahal kereta tu penting.Bila dah keje jauh ceruk Shah Alam ni,aku akui kereta memang penting.Cuma dulu aku suka pakai public transpot,tak fikir jem,tak fikir minyak ape lagi tol dan yang paling hebat tak perlu bangun awal.hehe

Tapi bila dah bertunang,semua perspeksi pasal bebanan dan komitmen dah bertukar.Semuanya jadi bebanan.Komitmen yang perlu saya buat sekarang adalah saving sekurang kurangnya RM700 setiap seorang.Itu satu bebanan bagi saya,sebab saya kena cut semua kehendak dan kene tumpukan kepada keperluan.:(

p/s : tapi sadisnya bila DVD player takleh connect ke TV.memang menghampakan.Malam ni sambung discover lagi T_T.Macam tu la perempuan VS elektronik.Memang perempuan kalah.



Lastly,Yes I hope it was very last!

Last but not least

Kita sama sama tahu
Aku memang tak sebaik mana,malah aku tahu tersasarnya aku dari landasan sejauh mana
Terima kasih atas ingatan dan pesanan.

Tapi bagi aku tidak ada salahnya kalau yang TAK CUKUP IMAN DIDADA bercakap pasal agama.Aku jumpa hadis tu dan Aku cakap dari batas yang dibatasi sahaja.


Sudah sudah la.Aku tidak menyalak,aku cuma nak mempertahankan mana yang silap.

Aku tahu khilafnya aku dimana,dan aku tahu sisi baiknya aku dimana.
Tak perlu sebarkan di dunia.

Pengakuan ini aku harap cukup nak tutup mulut kau.
Sudah sudahlah,aku harap benda ni berhenti.

I am loss and you win.

Bye

Promo Promo

Wednesday, October 5, 2011
Okay abaikan jela cerita tadi,I am really hope no replying or any contiuneous from now.

Aku ni manusia yang tabah je,relek relek je
Tapi jadi tak berapa tabah pula bila bangun pagi ada orang bangun lagi awal dari saya sebab nak siapkan breakfast..hehe:)
Mekasih sayangku cik jelita,walaupun taklah secara officialynye breakfast tu saya punya sorang.Tapi tetap terharu jugak atas kesudian beliau :)

Malam tadi kami tekun je tengok movie Victim kat TV2,sampai tak sedar dah nak midnite.
Bila cerita dah habis masing masing masuk bilik masing masing.Jalan pun dah tersengguk sengguk macam burung terkukur.
Ok yang ni malu.T_T
Maaf encik Tunang saya tertidur masa awak nak cakap something tu.Mengantuk sangat sampai lupa tengah cakap ngan awak..;p

Saya memang buruk perangai pun.lallalalla..:)

Dan sebelum terlupa,saya bukak satu blog ( http://preciousfitting.blogspot.com/) ngan FB (Like Us!).
Dua ni untuk bisness cari rezeki halal saya:)
Amatlah berterima kasih seandainya awak semua boleh support saya,atleast sebagai membantu saya cari duit lebih sikit nak kawen :)
Terima Kasih

Saya ada dua tempat nak menggedik dengan BFF dan BF sabtu ni..
Kena pilih

Festival Perkahwinan

or

Bukit Cerakah

:(

macam susah je nak buat,dua2 nak pegi..huhu

Please make it stop,im tired and im done.

Ingatkan dah habis,rupanya still tak habis habis lagi.
Takde sapa nak tengok kau jatuh,dan takde sape pun nak berlaga laga.
Yes i am following you cause I still care about you.Its ok if you are not interested.

Tak sangka masih ada umat yang teringin nak lihat umat lain jatuh.Ape punya manusia lah..
Cakap banyak pun tak guna.Tak kisah la aku kawan dengan siapa pun,aku tak pernah terhegeh hegeh.Tuhan lebih tahu.Lebih baik diam dari try to prentending something that people dont want to hear and trust.

Congrates cause the two boys looking for you and glad to hear that.
I know you love ur bf so much and that is what I try and said to him that night again and again.
Hope you get a better life and good luck in everything.
Im done with all of this,please make a fullstop.
There is nothing worth make fight with people k.

........................

Aku ada kenal satu orang ni,nama dia Leman (bukan nama sebenar).
Kalau terasa nasib,sebab aku tak cerita apa apa pun lagi..
Kau tahu apa yang kau buat salah dengan aku dan aku harap kau senyap jela lepas ni.
Win win situasion please.
Aku memang la tak baik sangat,tapi mak aku pesan,buruk cemane pun kita,jangan buat buruk dengan orang lain.Sebab bila Tuhan balas.Sakit double triple Tuhan balas.Tau.


.........................

ps :
Kalau kau cuma percaya apa yang kau tak dengar sebetulnya,kaulah orang paling bodoh.Aku rela junjung Al-Quran kalau kau masih nak sahih.Aku bukan nak menegakkan benang yang basah,tapi aku benci bila orang fikir yang bukan aku.Dan aku sangat sangat berharap dengan mulut kau yang semulia hati kau tu,cukuplah.Esok esok benda tu akan balik kat kau bila kau start mengata orang beb.

Bye

My another half.


Please do have visit and follow :)

Appreciate if you all can spread it out.

:)

Only God can pay your kindness..
Amin..

Collagen In Town

Monday, October 3, 2011
Semalam nak balik awal tapi tiba tiba terlencong mengikut gerak hati yang mendesak desak singgah Gaint Kelana Jaya *tak tipu wehhh*..ngee

Kemudian gerak hati pun mendesak desak lagi utk beli menatang ni


Jangan tertipu,ini bukannya utk pencerahan kulit semata mata tapi menyeluruh,kologen ni utk pembaikan sel dalaman bawah kulit.Selalunya sistem kolagen dalam badan berhenti terbentuk bila kita 25 tahun ke atas,so before sampai ke 25 tahun tu baik start minum menatang menatang camni..hehe:)

Dan seperti yang disyaki oleh hati,En pun sama nak menyebukkan diri mencuba,jadi atas desakan hati yang berbelah bahagi,saya TERPAKSA bagi jugak beliau amek sepeket.Oh ya,Collagen ni boleh juga utk lelaki,tapi kalau penggunaan berlebihan tu nanti jadi lain pulak.huhu..

Ni baru 1st day trial saya,so kene tunggu until one month nak tengok hasil :)

Oh lupe lagi, sekotak harganya RM48,dalam tu ada 14 sachet kecil.Means sekotak tahan 2 minggu je,tapi kalau dah share berdua jadi sekotak seminggu jela T_T.

Sejak dua menjak ni asyik jamu menjamu je kan..Bangga la mak kalau dia tahu anak dia ni amek mende mende ni semua..haha.

Aku pesan kat En,'losyen yusmira tu utk buang lemak lemak,other alternatif la sbb kita kan kurang bersenam,B'White ni pulak untuk cantikkan kulit.Nanti takdela masa wedding tak cantik dan kacak.' Sebab tu la dia termakan dengan nasihat Dr tak bertauliah ni pastu terlebih excited nak pakai dan beli jugak :) *other alternatif nak jimat duit,sebab dia boleh belikan bila stock dah habis. yeay!*

Aku suka bila kami balik ke zaman bodohbodohhingusan.Masa masing masing dah tak betul,maka jadilah dialog ni

Aku : awak nanti lepas khawin taknak suh saya pakai tudung kan?
Dia : Pakai *dengan mata pandang depan je*
Aku : Kalau tak nak?
Dia : Bukak kedai lain
Aku : Okay.
Dia : Okay?
Aku : Okay la,nak buat cemana,awak nak mandul awal la tu.
Dia : *Duduk kepit,sambil tangan raup ke muka*

dan aku senyum meleret je..
:)

Pallet Measurement

Okay dah lama tak share pasal bidang kerjaya :)

Hari ni saya belajar dengan lebih mendalam tentang pallet.So saya tidak segan silu nak share dengan you all :)

Sebenarnya setiap pallet mempunyai saiz mengikut negara pengeluar dan pengedali yang berbeza.Ada beberapa jenis pallet seperti di bawah :

  • British Pallets
  • European Pallets
  • Military Pallets
  • North American Pallets
  • Pacific Asian Region Pallet (yang digunakan di Malaysia as well,betulkan kalau saya salah)
  • Pallet Pool
  • Pallet Testing
  • Plastic Pallet
  • Recycled Pallet
  • Steel & Aluminium Pallets
  • Paper Pallet

Yang selalu familiar yang kebanyakan pengeksport/pengimport gunakan adalah Pallet kayu with is Standart Pallet Measurement 1100x1100(mm)/43.3x43.3(inch) seperti dibawah :



Berat utk size ini adalah 23kgs.Maximum weight for this kind of pallet is 1000kgs and maximum height is 1800mm.


Cth pengiraan utk 1000kgs=1pallets
1ctn = 9.31kgs=162mm(H) so for 1 pallet we can make it as 1 pallet=104ctns=991.24kgs(plus pallet weight =23kgs)
1 layer = 12 ctns,so for 104 ctns we can make it 8 layer ++


Terdapat juga perbezaan dari segi kaki pallet :


yang ni merupakan 4 way forklift & pallet jack entry,

dan ini merupakan 2 way forklift and pallet jack entry.

Dua perbezaan ni untuk memudahkan forklift/pallet jet utk mengangkat pallet cargo kedalam lorry / container mengikut kesesuaian.

Fakta mengenai Paper Pallet :

Paper Pallet hanya boleh digunakan sekali sahaja,tak kira semasa export atau import.Sebab ia mudah rosak .

Itu saja utk kali ni,tak sempat nak discover banyak lagi sebab dah start busy.Rasa macam cikgu pulak hari ni..hehe.

Bye:)

Wonderful Weekend

Sunday, October 2, 2011

Salam :)

Last saturday was very owesome..
Tetamu tak putus putus datang,putus kejap je dalam sejam.Dapatlah tidur sekejap sebelum dikejutkan oleh kak Wanita yang dah sampai bawah rumah pun.hehe..
Jadi bila melayan tetamu masa tengah mamai ni memang la cakap pun dah merepek2 dah..huhu *okay memang malu*
Diorang memang happening,mereka sangat ramah,kak wanita memang suka berceloteh sama macam dalam blog dan baby Q memang sangatttttttttttt buat orang geram sampi boleh menangis.Dia berat dengan senyuman sebab bila dia senyum,memang boleh buat cairrrrrrrrrr:)

InsyaAllah nanti de masa,ade ruang kita kuar sesame ye kak:)

Encik Tunang bukannya jenis yang senang nak bercakap dengan orang yang baru kenal,tapi memang teruja bila nampak dia sangat ramah dengan abang Nazri.Nampak sangat you all hebat sebab berjaya membuka mulut Encik Tunang..:)

Sampai tengah malam barulah rumah sunyi sepi selepas sekali gus ramai Gilaaaaa tetamu datang..:)Ingatkan makanan tak cukup,nasib baiklah cukup cukup je,tapi tetap ada kesilapannya.Aku beli mangkuk disposal yang saiz estreamely kecik.Sorry guys bukan kedekut,tapi jenuh dah mencari mangkuk disposal yang besar sikit tapi memang tak jumpa..:(

Tapi terima kasih semua yang hadirMaaf kalau ada yang kurang:)


..........................................


My Sunday memang sweet,terima kasih kepada encik Tunang sudi bawak saya keluar.ngeee..perasan tak kami hanya dating tiap hujung bulan je?haha yelah time ni la masa yang terbaik nak mengorat Encik Tunang lebih lebih,sebab time ni dia masyuk sikit:) Time lain masyuk jugak tapi bujet nak dating dah habis sebab yang lainnye ada bujet lain yang penting pula.hehe

Keluar pun dah sedikit petang so kami choose utk pergi Tropicana City Mall je,kami tengok cerita Jonny English.Memang macam bodoh si Mr Bean tu..gelak tak ingat semua orang:)

Then after beli tiket,memang starving tak ingat so I am having my dinner here..
Chicken king kat Tropicana City Mall,tak sure tempat lain ade ke tak Chicken King ni,tapi memang sedap gila!Aku makan Royal Wrap yang memang Royal!:P

Okay jangan makan selalu nanti boleh gila pulak..hehe

Then habis je wayang aku mengorat Encik Tunang utk pergi ke uptown Kota Damansara sebab nak cari menatang ni...


Okay jangan gelak,ni orang kata supliment lain utk kurus..;p

Teruja Encik Tunang dengan menatang ni,dia yang lebih sibuk nak baca label and pemplet kat dalam kotak,then dengan rela hatinya membenarkan aku menyapu sedikit kat atas belly beliau..haha..

Okay we now is only counting the day,so kene buat ape patut utk nampak anggun dan kacak masa wedding nanti.:)

Last but not least..
menatang ni lagi buat mak gelak sorg2,pehal la pula nota jiwang jadi keyword utk blog ni..;p

::Syukur alhamdulillah pada Allah,setakat ni semuanya berjalan dengan baik:)::