Collagen In Town

Monday, October 3, 2011
Semalam nak balik awal tapi tiba tiba terlencong mengikut gerak hati yang mendesak desak singgah Gaint Kelana Jaya *tak tipu wehhh*..ngee

Kemudian gerak hati pun mendesak desak lagi utk beli menatang ni


Jangan tertipu,ini bukannya utk pencerahan kulit semata mata tapi menyeluruh,kologen ni utk pembaikan sel dalaman bawah kulit.Selalunya sistem kolagen dalam badan berhenti terbentuk bila kita 25 tahun ke atas,so before sampai ke 25 tahun tu baik start minum menatang menatang camni..hehe:)

Dan seperti yang disyaki oleh hati,En pun sama nak menyebukkan diri mencuba,jadi atas desakan hati yang berbelah bahagi,saya TERPAKSA bagi jugak beliau amek sepeket.Oh ya,Collagen ni boleh juga utk lelaki,tapi kalau penggunaan berlebihan tu nanti jadi lain pulak.huhu..

Ni baru 1st day trial saya,so kene tunggu until one month nak tengok hasil :)

Oh lupe lagi, sekotak harganya RM48,dalam tu ada 14 sachet kecil.Means sekotak tahan 2 minggu je,tapi kalau dah share berdua jadi sekotak seminggu jela T_T.

Sejak dua menjak ni asyik jamu menjamu je kan..Bangga la mak kalau dia tahu anak dia ni amek mende mende ni semua..haha.

Aku pesan kat En,'losyen yusmira tu utk buang lemak lemak,other alternatif la sbb kita kan kurang bersenam,B'White ni pulak untuk cantikkan kulit.Nanti takdela masa wedding tak cantik dan kacak.' Sebab tu la dia termakan dengan nasihat Dr tak bertauliah ni pastu terlebih excited nak pakai dan beli jugak :) *other alternatif nak jimat duit,sebab dia boleh belikan bila stock dah habis. yeay!*

Aku suka bila kami balik ke zaman bodohbodohhingusan.Masa masing masing dah tak betul,maka jadilah dialog ni

Aku : awak nanti lepas khawin taknak suh saya pakai tudung kan?
Dia : Pakai *dengan mata pandang depan je*
Aku : Kalau tak nak?
Dia : Bukak kedai lain
Aku : Okay.
Dia : Okay?
Aku : Okay la,nak buat cemana,awak nak mandul awal la tu.
Dia : *Duduk kepit,sambil tangan raup ke muka*

dan aku senyum meleret je..
:)

1 comments:

Wanita Mutalib said...

haha.

kelakor la kome ni ngee..