utk kamu jiwa

Tuesday, September 29, 2009
sudah puas aku bicara sama jiwa,
dan aku putuskan untuk melangkah dulu.

apapun jua keputusannya aku terima..aku redha.
aku dah xmampu bermain dengan perasaan.

noktah.

aku dia dan kamu

Monday, September 28, 2009
aku cuba merasionalkan diri dan hati yg kini sedang bertolak tolak ttg perkara yg paling aku benci pada masa dan ketikanya.

mari aku letakkan diri aku dlam diri A.
situasinya aku dan dia sama hadir memberi sokongan masing masing ketika perlu,dan kami sama sama mengucapkan selamat bila rindu(agaknya).jadi kami tak slah antara satu dgn yg lain.itu pun jika rasa kami sama.aku pernah bertolak tolak tapi dia menarik.jadi?

persoalannya.
perlukah aku tanyakan ttg dia,ttg malam2 nya,ttg kehidupannya yang mgkin aku sedikit mengganggu.

aku jadi pusing bila memikirkan ttg hati manusia,aku pernah diajar agar 'jgn mengikut kata mereka,ikut apa yang kau rasa.kerana ini ttg dirimu,hidupmu dan matimu!' benar..mmg benar.

dan aku letakkan pula aku di dalam diri C.
bilamana aku bagai menggila menginginkan si dia,tapi si dia terlalu jauh kerana telah memiliki hati org lain walau yg lain itu tak pula sama.(mgkin)sakit juga bila mana yg di kejar tak dapat yg dikendong jatuh tercicir.

persoalannya.
perlukan aku tolak C sejauh jauh mgkin supaya dia faham.

inilah bahana terlalu memikirkan ttg manusia.yang akhirnya aku sendiri yang ranap.payah sgt ke utk faham wahai si tampan,malam kelmarin telah ku katakan dgn perlahan tapi tajam,hati aku miliknya.jangan jadikan aku manusia berdosa menyakiti hati kau.aku terlalu takutkan karma.

dan si misai yg ku kenali di setiap email email ku lain benar dgn si misai yg hadir di setiap minitku.entah mana pergi kelakarnya,entah mana hilang ramahnya.mgkin ada juga baiknya aku mengenali kamu lebih lama ya awk?kau terlalu sibuk dgn urusan seharian..terlalu...rasa bagai mahu menyambung email kau yg lalu.biar kita begitu kerana aku lebih bahagia dan mgkin kau lebih rindu.

sepurnama ini..

cinta tak semestinya memiliki,cinta tak semestinya bersama,
tidak salah jatuh cinta pandang pertama,dan tidak salah juga menyintai tanpa dipandang dulu.


peritnya hati bila tiada,sakit pula jiwa bila ada.


tapi ape guna berjumpa jika utk berpisah,benar kan kata kata itu.;)
tidak boleh menyalahkan takdir dan jangan tanya jika sudah itu jadinya.


ye.perempuan ini memang mudah menyinta.tapi sekali kata syg,cuma satu.sampai bila bila.


tanya dalam diri,kenapa die.jawap hati..kerana dia juga sama.
hati selalu benar,kdg kala tipu jugak.


bila diseru seru namanya lalu dia dtg,apakah maksudnya itu?bila ditatap2 wajahnya dengan senyuman lalu lelap,paginya dia hampir dengan juga senyuman.apakah tandanya?slahkah penilaian hati ini.


aku tak mahu digelar pembohong,tapi aku tidak main main dengan hidup sendiri.bimbang jika dianggap mengarut.baiklah..aku matikan diri.


tapi wahai si misai,kenapa terlalu berat,kenapa terlalu jauh sedangkan kita terlalu dekat.aku depangkan tangan utk melihat kau berlari kearah aku.


sempurna kah jika kita hanya begini?


argh!!!serius aku mmg gila.gilakan kau manusia.

si Cinta

Sunday, September 27, 2009
semalam aku mendengarkan puitis ini dengan di sebelah bahu seorang tampan yang baru kukenali beberapa hari,jam dan saat mengungkapkan kesukaan dan permulaan kecintaan,jauh ku menungkan di jendala,lelaki yang sedang berdiri teguh dlam hati.kenapa terlalu berat bibir utk kau ungkapkan Cinta?lama aku tunggu dan aku janji akan terus menunggu.tahu tidak kau Cinta yang aku sgt menginginkan kamu.Tolonglah mengerti benak dalam dada ini.

hari hari lalu aku terlalu menggila menunggu satu titipan dari kamu,dan kamu ada.sama bukan detik hati kita?tapi terlalu berat utk kau alunkan kata itu.

sehingga aku tak mahu meneruskan lagi perbualan kita,aku mohon diri juga utk lihat segila mana kau menantikan malam utk aku pulang.dan kau masih ada.kau masih menggila.tapi kenapa terlalu berat?

*sigh*

air mata aku cecah ke tanah kerana terlalu harukan ungkapan itu wahai encik.mahu lama lagi aku mahu tunggu?hingga kau titipkan kad undangan kah?yup,kau terlalu tinggi utk aku gapai.terlalu jauh.tapi boleh tidak kau turun perlahan lahan sedekat mungkin biar aku faham.

dan jika kau sebaliknya.bimbing aku utk mengerti segalanya.kenapa dan mengapa.

dan utk kau tahu,hati aku tak pernah berbelah bagi jika si tampan ini tidak hadir,tapi kini dia ada.aku mahu kau encik misai!hnya kau.

atau kau mahu aku yg mulakan dulu.dan saat itu entah apa reaksi kamu.

*menguis tanah*

selamat bercinta semua..;')

raya di mata aku

Friday, September 25, 2009
salam,peluk peluk,nangis nangis,
WET RAYE!!

kanak kanak bukan main melompat biarpon dalam sampul hnya berisi dua ringgit
senyum taksuda sambil melayang layangkan sampul hijau tanda,duit aku lagi banyak,kau??

emak emak beronggeng dengan kasut baru,handbag baru dan semestinya baju bling bling baru,berlawan lawan mengisi not not dalam sampul siapa lagi banyak..;)

kakak kakak,melawa dengan kebaya baru serta rambut fesyen baru dengan dicalit warna warna bangga,tapi dalam diam,handbag saja besar tapi pitis,kosong!benar tidak??

bukan kata salah beraya sakan,tapi pulang ke bandar semua menggaru kepale kehabisan ongkos.aku sndiri pon begitu..tahniah perempuan!

yang tinggal cuma bapak bapak yang duduk jauh di tepi bangku,dlm hati..apa aku nak bagi anak bini aku makan lepas raye ni.semua mereka baru,bapak bapak tak punya baju baru tak apa.tahun lepas kan ada lagi.kasut baru?tak usahlah,biar anak anak lepas dulu,biar bini merasa dulu.nnt merajuk,lagi payah.pernah tak terfikir?betul tak omongan aku ini..

*senyum*

encik misai,kenape kau bg aku dadah,jahat!!tgok..aku dh addicted skrg,kau nak bertanggungjawab??;p
rase nak delete no awk pon ade,tapi jap g awk msg gak;p
I LIKE YOU SO MUCH!!do u know that??

catatan harian saat internet tiada depan mata tapi masih punya buku nota

menjelang raya
lokasi dataran ipoh
jam 12.30 malam bersama sepupu sepapat adik dan kakak


hiudp ini memang palat
aku hidup dengan kasih syg manusia yang aku sendiri kurang tepat dengan ikhlasnya
melihat mereka mereka yg sdg bahagia
bercinta dgn harmoni
aku sndiri..

*sigh*

menginginkan kesempurnaan spt mereka mereka
harap kecintaan daripada kehidupan
aku sdg menjadi sempurna
namun masih jauh dan tggi utk aku capai

dan lelaki ini,tak pernah aku khabarkan rasa hati
tak pernah juga aku tanyakan dirinya

*senyum tangisan*

cuma bermain main dgn perasaan
cuma bermain main dgn angan angan yg aku pasti akhirnya aku juga yang ranap

mata aku melihat si timah mengusap usap perut,memainkan jemari di wajah si atan,tanda mereka bahagia
tapi dalam pondok usang yang mereka bina di tgh sawah
tiada siapa tahu,tapi nyata dan fananya mereka bahagia

kiraan aku,aku umpama sebatang busut
yang bila mahu ditatang dan dipuja bila tidak ditendang hingga tiada

aku sering yakin bahawa akulah manusia yang paling bertuah antara sekelilingku,tapi tanpa aku sedar sebenarnya aku lah paling hina.

-terima kasih dunia-

malam syawal ketiga
lokasi dalam bilik
jam 11 malam bersama telefon comel berwajahkan encik misai

rasanya makin dekat makin selamat
bila mahu bobok dititipkan selamat buat sesama kita
aku semakin bahagia,aku semakin senyum,
tapi aku juga semakin takit dengan waktu.

khabarkan ke aku ttg rasamu.
jika begitu aku juga sama encik misai.;)

aku sedang mencintai dlam diam buat sepurnama 20 hari;)
kau?

selepas sahur

Wednesday, September 16, 2009
dan lelaki itu masih seperti dulu,masih bermain dengan dunia,
bila kau nak sedar wahai lelaki bermate empat?
malaikat kiri kanan mu sentiasa mencatit perbuatan kamu
dan yang membalasnya ALLAH.

dan lelaki bermisai ini,masih juga begini..
berhari hari mendatang aku takkan dengar khabarmu
moga kau juga menggila mengingat aku
dia kembali memberikan senyuman pada aku tiap pagi;)

*senyum gatal*

semalam mencari pakaian baru,rimas dengan suasana ramai,
mungkin bukan aku saja yang berkira-kira mahu membeli di saat akhir
tapi berdarah hati dengan si penjual yang gatal telo
kau nak menjual barang ke nak menjual diri?ckuplah,aku takkan kembali ke jalan itu untuk membeli.sumpah.

*melepas keluh*

si pemikir manusia suke menghabur tnpa ditanya,berkali telah aku ingtkan..tnya sebelum memanipulasi,
aku bukan suka tidak berpuashati ttg apa apa,tapi aku bersifat kesempurnaan,bukan semuanya carcamarba

aidilfitri makin menghampir,selamat buat semua..

i think im in love again..its been a month and 7 days..;)

si ranap

Sunday, September 13, 2009
mungkin bukan sekarang,bukan juga akan tiada.
perempuan ini mudah benar rapuh sekarang..

iyelah dia jauh nun di atas sana,tak mampu aku nak gapai.
dan tak mampu lagi untuk bertahan

diam sehari dua,dicari mereka,tapi tak pasti keinginan yang jujur dan ikhlas.
kalaulah dapat bace hati dan fikiran orang.

si burung pipt mane nak sama dengan si enggang
biar perempuan ini jalan tertunduk..
biar..

si perempuan yang seliat gula gula getah

persoalannya,kenapa aku yang rasa,kenapa tidak kau?
kenapa hati aku ini tidak mati dengan rasa,
kenapa jiwa aku ini tidak tertanam dek perasaan.

perempuan ini memang tidak pernah serik walau berkali kali
tapi dengan kau kaku aku menjadi jadi
kutukan makiku makin bertambah tambah
rasa hinaku berganda ganda

kau buat aku rasa istimewa,walau cuma sesaat,
kau buat aku rasa selesa walau cuma sehari.

tapi kenapa hanya aku..

kata kau hati aku

Friday, September 11, 2009
kata perempuan ini

kun fa yakun.
tidak ada apa yang pasti.
cuma tuhan.
cuma dia.

cuba, kalau mahu.
jangan, kalau tak tahu.

:) 


kata hati aku,aku tahu dia suka aku..;)thanks kakak fynn jamal.

si gila yang sedang menggila

hey org tua!ya kamu,mari sini..kau buat aku gila kau tahu?kau buat aku sakit dalam,dalam sini,mari aku tunjuk.

*sigh*

nampak tidak?paham tak?jadi?

*ketap bibir*

tiap hari aku rindu kamu encik misai,aku dtg ke kantor ini semata mahu melihat titipan kamu.jujur.
tiap saat aku duduk di kerusi hanya untuk melihat titipan kamu yg singgah.tak tipu.sumpah.

To who it may concern

Wednesday, September 9, 2009
hey manusia, kau terlalu jauh walhal sejengkal jarak kita
hey manusia, lihatkan aku lihat depang ini terbuka
di suatu masa yang kamu dibuang ke kiri kanan sini sana
aku sudi mengambilmu walau di celah mana-mana

aku ingin engkau melihat aku tapi tembok tinggi mengekang jiwaku
aku mau dilihat sebagaimana kau melihat
aku ingin dipegang sebagaimana kau memegang

aku ingin dicinta
tapi kau bukan milik saya
milik saya
milik saya
milik saya
benci
benci
benci

PURNAMA TAK BERBAKI

subuh sudah mula habis
mata jangan menangis;
biar pagi datang.

mereka yang terawang
ada tak berbayang;
biar dia pergi.

sepurnama tak berbaki
kembali ke kamar sepi;
biar tuhan jaga.

untuk yang rindu dia
di sini menunggu kita;
biar satu hari.

biar pagi datang
biar dia pergi
biar tuhan jaga
biar satu hari
tempoh ini balik ke tangan
bermereka berpimpinan
demi pelukan kabus-kabus
demi indah mengongsi hembus.

kredit to fynn jamal(klik sini)

still waiting

tak tahu patut resah atau senyum,
tak tahu perlu menunggu sehingga pulang atau buat keputusan sekarang.
encik it almost a month..,nak tunggu sampai bila awk?
tell me what am i to you,that enough to made me throw this stupid feeling,
yup its was stupid when i thought that u need me too..
n it was stupid becouse of me,easly love u just like that.
we are too much needed each other since we've been talking bout all our day dear..

aku mudah ranap sekarang,aku mudah menangis skrg,
entahlah kenape..jangan tanyakan,makin lama aku rasa aku makin jatuh semula.

i know it was just me..not you rite?
go away..far till i cant see u..
miss him damn much!

dia lagi dia lagi

*berpusing pusing keliling katil sambil memaki diri*
asyik fikirkan dia..dia lagi dan dia lagi..
awk..leh tak stop mail sy..plz..
sy cuma tak mahu tertipu dengan perasaan dan hati..plz..

sy rindu awak..tiap minit tiap mase..tiap waktu..
jangan mainkan minda sy..

dan akhirnya..

Friday, September 4, 2009
great!..
g main jauh2 k..
jauh lagi
dan biarlah sampai sy tak nampak awak..

smpai bebila...

QUESERRA..SERRA...,WHATEVER WILL BE..WILL BE..

benar dan tidak

Thursday, September 3, 2009
tipu bila aku cakap aku menulis bukan untuk dibaca,,
tipu kalau aku kata aku menulis bukan untuk difahami..
masih juga menipu jika aku kata akulah insan yang saat bahagia di dunia ini..
tapi,aku menulis bukan untuk simpati,aku menulis untuk memperkenalkan diri..
dan,aku menulis bukan kerana mencanangkan peribadi,tapi kerana disini tempat aku meluah isi hati..

aku tak perlukan buku setebal inci dan dibalut dengan kertas cantik disimpan bawah bantal basi..
aku cuma perlu sepasang telinga atau mata yang punya hati suci ikhlas utk bersama bermimpi..
aku tak perlu kan berpuluh org mengekori,cukup utk yang kenal dan ingin tahu siapa aku..
dan,aku tak punya ilmu tinggi tapi aku masih punya harga diri..
aku benar bila aku kata aku cinta dia,
aku benar bila aku kata aku rindu kamu,
aku benar bila aku kata dia seperti mengangkat aku..
tapi mungkin aku cuba berbohong bila kata dia tak sukakan aku..
cukup mudah bahasa ini dan cukup indah untuk difahami bukan?

ya..aku sedang merindu kamu encik..sgt2..jangan buat saya sakit boleh?khabarkan ke aku apa yang kamu mahu dan apa yang kamu inginkan..berikan aku jawapan utk setiap kata hatiku..
dengar..aku dh cuba berkali2 dan setiap kali itu juga..aku cuba menafikannya..itu yang termampu aku lakukan sekarang..tapi..jgn smpai rasa itu hilang..

*jeling pade kotak inbox..*rase xmampu nak bukak..nnt mesti aku senyum,mula la mata berkaca..
*beralih ke gamba2*tersingguh sikit..untungnya mereka..

semalam encik malam cuba jadi terbaik,tapi bukan aku tak mahu meluah cuma masih belum bersedia..thanxs abg..;)
dan mereka spt tahu aku perlukan mereka..

*manongkat dagu memandang jendela*..

aku boleh buat semua org senyum dan ketawa..
tapi maaf aku bukan boneka,aku manusia punya jiwa..
aku rindu rasa dicintai dan disayangi..malah aku rindu saat dihargai dan diangkat puji.
dah lama tak rasa hangat pelukan kekasih,yang pastinya kekasih itu bukanlah yang sipenipu..

encik ikhlas ku tanyakan ini..apa niatmu...



sedih sikit

Wednesday, September 2, 2009
dapat mesej dari feroz smlam,katenye "die belajar lagi,xmo ggu die",wat aku teringat kate2 dia dulu "sharmila tu blaja lagi,jgn bg die presure!"..lebih kurang sama maksud mereka kan?
yang pasti wat aku terharu giler,mmg xleh tahan dari menangis..sebab,untungnya mereka2 yang dapat perhatian cmtu oleh orang yang diorang sayang kan?hurmmm...

aku redha je..semua yang berlaku ada hikmahnye kan?aku percayakan qada' n qadar..