Ramadhan #24 To whom it may concern

Tuesday, August 23, 2011
Awak semua mesti pernah lalui zaman kesusahan macam ni.
Saya tahu bukan mudah nak bangun bila dah jatuh
Tapi kan,ini bukan masanya utk menepuk tangan bila orang lain pulak jatuh.
Kan?

........................

Saya tahu bila ada yang menghentam,masih akan ada yang bersimpati.
Tapi aku tak perlukan simpati itu pun.
Aku cuma perlukan kata2 semangat utk bangun.

.........................

Dulu saya tak pernah percayakan cinta sejati.
Tapi aku mula faham sejak dua menjak ni.
Betapa aku boleh lihat kasihnya lelaki sampai aku takut kehilangan.Lagi..

........................

Saya tak ada orang lain utk saya adukan air mata saya,kecuali pada mak abah.
Mereka keutamaan saya,mereka yang saya cari ketika gembira dan duka saya.
Sebab secara totalnya merekalah cinta hati saya yang utama.
Aku masih anggap aku ni anak2 kecil mereka.
Aku tahu abah masih anggap aku ni seperti baru mula membesar semalam.
Dan mak sangat mengharapkan agar aku boleh menangani segalanya sendiri.
Tapi aku tak cukup kuat utk tidak berpaut pada dua tiang ini utk berdiri.
Aku cari mak abah dulu baru aku cari tunang aku.
Apa masalah dengan itu?

......................

Dan saya tak perlukan simpati itu semua.
Saya masih boleh hidup macam masa hari pertama Mak Abah bagi kepercayaan utk aku pergi jauh dari keluarga.
So What?

Kadang kadang aku rasa semua benda yang dicakap2kan tu sebenarnye menuju pada diri sendiri je,antara sedar atau tak,dulu kau pun pernah dipulaukan kawan2 sampai aku rasa hingga kini kau masih tidak dimaafkan.
Kadang-kadang aku rasa semua kebaikan yang dicanang tu cuma sekali dua,tapi dihebahkan seumur hidup.
Kadang-kadang aku rasa fb ni dah macam tempah mencari gaduh,kaum dan musuh.Takde sebab nak mengeratkan silaturahim pun sebab bila si polan update kesini kesana karang si dengki hina kata si polan ni menunjuk dan nak kata dia kaya.
Kemudian bila si polan no update tersinggung kata then si cari pasal ni menggunung marah macam semuanya kene tuju ke dia.
Kadang kadang jugak aku rasa fb ni dah macam tempat 'marilah mengaibkan dia ramai-ramai' sebab satu status boleh menyebabkan seribu manusia turut rasa yang sama tanpa tahu usul asal perkara sebenar.


Kalau masih ingat pada entry yang lepas tentang majlis aku.
Aku dah pesankan pada mak,bukan aku bongkak tapi aku taknak esok2 adanya majlis ungkit mengungkit.Dan segala telahan aku benar belaka.Semuanya terjadi kini.

Aku rela tidak dibantu dari esok2 aku dibambu.
Aku rela tak di pandang dari esok2 aku dibenci.

Bodohkan semua ni?

Tapi takpe,aku lebih tahu Allah itu ada dengan aku.
Dekat sangat dengan aku,kerana Dia yang lebih tahu perjalanan cerita ini semua.
Aku tak perlu meraih perhatian semua utk kata aku betul dan kau salah.
Sebab aku yakin dengan janji Allah.
Sebab aku yakin dengan pesanan Allah.
Sebab aku yakin dengan kuasa Allah.

SubhanaAllah..


Ramadahan #23

im having a really2 hard time
its been really long time ago im not crying and yes im crying while drive to sg besi
all the way..

will start new job effective 15th september which mean i will not received any salary for september cause salary couting from 15th-14th every month

separuh gila aku berfikir how i can survive for the october,house rental,my daily expense,minyak,tol g keje.

im not looking for sympathy,im just looking for understanding.

tapi takpe,aku tahu,Allah itu selalu ada.
Hanya Kau yang tahu segalanya

::mak,maaf syma tak balik tahun ni::

Ramadahan #20

Saturday, August 20, 2011
Sana sini aku lihat hijab melekat di kepala mereka,
Sana sini aku nampak pelbagai jenis gaya,pelbagai jenis corak pelbagai jenis hijab.
Kalau aku kira kira dah 4 kali aku cuba utk kekal berhijab,sampai ada satu masa aku spend Banyak duit utk beli shawls dan anak tudung.
But now,semua tu tersimpan kemas dalam kotak kecil khas.
Sampai Mr Fiancee perli sebab,tudung banyak tapi tak pakai.
Yaaa...aku fahammm.beliau terkilan dan beliau sangat teringin sekali melihat saya memakai tudung.

Persoalannya betul bersediakah aku?Memanglah benda wajib mana perlu perkataan sedia atau tak,tapi aku tak suka jadi manusia hipokrit.Aku berhijab tapi aku tak jalankan 5 waktu secukupnya,malah aku masih menjalankan beberapa dosa dosa kecil seperti bercakap2 dengan Mr Fiancee,sedar atau tidak suara tu kan aurat
:)

Memang aku teringin dan sangat teringin mengekalkan sifat muslimah dalam diri.
Malah aku teringin dihormati sebagai muslimah sejati.
Tapi aku harap sesampainya waktu yang aku rancangkan aku mulakan semua ini.
Aku masih lagi bernafas dan pintu taubat itu masih terbuka luas utk aku.

Benda yang paling aku takutkan dalam hidup.
Andai hati aku nnt dihitamkan kerana aku terlalu lalai dengan duniawi.Akibatnya pintu taubat itu dan tertutup hingga aku tak sedar di mana aku berada.
:)

SubhanaAllah..

.......................

Hari ni takde menu masakkan,cadangnye nak masak tempoyak asyik tergendala.
Berbuka berseorangan,jadinya tak perlulah aku membazirkan duit.Makan luar sudah:P
Sejak bercuti awal ni,selalu sangat dah jadi suri rumah yang berjaya,hari hari beli ikan sayur nak masak dan sejak cuti ni jugak la tangan makin kasar.Bermain air hari2..;p

.........................

Rumah baru makin lama makin fully furnish,setakat ni yang cuma kurang tv dan peti ais sahaja:)
Impian nak wujudkan home sweet home makin tercapai.
Alhamdulillah,sebagai orang bujang dan bergaji sederhana yang berjaya,kualiti barang memang penting,tapi harga yang dicapai haruslah selari dengan perbelanjaan bulanan.hehe
Tak kisah la barang 2nd hand sekalipun,janji kualiti bukan seperti barang 10 tahun lepas.
:)
Walaupun cuba dalam memanfaatkan bujet agar tidak terlalu mahal,tapi trend semasa kene jugak diambil kira.Jangan main hentam je.
kan?
Target baru,sebelum bulan 10 ni peti ais mesti akan dibawa masuk jugak.InsyaAllah:)

Aku tak pernah terfikir sejak berpindah aku akan punya jiran aka kawan2 yang baik hati dan saling mengambil berat terhadap masing masing.
Dan dikala rumah aku kekurangan itu ini,ada jugak jiran yang berhati mulia menyedekahkan tikar getah dan rak dapur.
Semoga rezeki kau bertambah2lah encik jiran.Pahala ramadhan kau berganda2 jadinya:)
Dan sebagai ucapan terima kasih tak terhingga,semalam aku buatkan ikan bilis petai yang kau idamkan lama katakau tempoh hari.
:)

Berkawan ni,biarlah iklas dari hati,jangan ada sifat iri hati dan dengki.

.............................

Ralat aku bukan main lagi kala ni.Aku hantar kain dua bulan awal.
Tapi tak dapat jugak disiapkan dengan alasan tempahan banyak.
Waklu.Aku nak raya pakai baju ape!


Ramadahan #12

Wednesday, August 10, 2011
diam-diam dh 12 hari dah puasa.
rutin masih sama,balik keje jam 5,terus beli barang basah nak masak,berperang kat dapur yg kdg2 mcm harem,sttle masak pastu makan berbuka.

.........

kdg2 mak ayah tahu apa yang terbaik utk anak2 mereka,mereka tak pernah membeza2kan anak2,tak pernah pula mengajar politik pada anak2,cuma anak2 yang mengada2kan itu semua
seronok kan kalau semua ummah keluarga hidup harmoni tanpa perbalahan,tapi masih ada juga segelintir muslimat yang sukakan perbalahan,apetah lagi suka mengada2kan pertelingkahan
sesungguhnya Ramadhan memang menguju dan menggugat.
SubhanaAllah..

..........

Rumah baru,suasana baru,kawan baru,kerenah pun yang baru2:)
manusia hidup dengan macam2 keragam dan perangai.
Masih cuba try adapt dengan situasi dan keadaan.
:)

...........

aku bukanlah seseorang yang jenis berkira,bukan juga yang jenis meminya minta
tapi manusia,sesekali ada rasa,
bila hari aku,esok aku lusa aku lagi then bila kau pula?
kan?

bila kita terlalu baik manusia pula terlalu memijak,bila kita terlalu angkuh manusia pula terlalu membenci.
kan?

hari ni secara officiallynya aku tamat di company Network Straits
secara details nya aku terharu sebab walaupun aku habis awal aka separuh bulan tapi aku tetap dibayar penuh.
Thanks kerana masih menghargai saya..
dan secara totalnya aku memang lega sebab aku boleh bermalas malasan di rumah sementara nak raya dan start keje baru..

offer letter dan amek dah sign pun tapi esok aku masih nak mencuba tempat baru kat shah alam,nak banding2kan benifit yang boleh aku dapat.
Kalau mencuba tak salah kan?
dunia sekarang ni kene tamak haloba,semua org mengejar duit dan kesenangan.
lagipun dekat dengan tempat keje encik tunang..senang nak cari rumah
hehe:)

esok nak balik ipoh..dengan jayanya menghabiskan puasa bersama keluarga tercinta sampai habis raya.yeay!!

::nota kaki::dua suara,dua rasa :( ::

quickly updated

Monday, August 8, 2011
ok,updated kat pc hosmate kat rumah kesayangan.
menunggu jam berbuka.
hari ni mereka masak utk saya:)
yeay
cuci tgn sajeeee...ngeeeeee

encik tunang merajuk.
saya pun merajuk.
sape nak pujuk sape?
bye

Rutin Ramadhan

Thursday, August 4, 2011
Been very busy during this fasting month..sooo short of hours.
Masuk pukul9,balik pukul 5, then semua yang bujang2 ni pegi bazar ramadhan,smpai uma mandi terus bukak puasa.Lepas tu tido.Esok bangun sahur jam 5pagi.Itulah rutin hariannn yang sgtlah hectic..tak cukup tido.tak cukup rehat.Makan yang banyakk.haha..

Actually aku sangat nerves utk keje baru nanti, Secretary of department of engineering..
Serius tak pernah terfikir nak tercampak dalam bidang cmni.haha.
Tapi why not try dulu kan? Lagipun waktu muda muda ni la kene merasa macam2 pengalaman.
Pengalaman logistics setakat ni paling tinggi cabarannye.:)

Ombak dan badai tu kan lumrah alam,apetah lagi dalam perhubungan.
Aku tak suka hak aku di kacau org.Jangan menghina tempat aku dalam hati tunang aku.
Sebab separuh kami adalah satu sekarang.

Thats all for now:)

::ramadhan tahun ni masih takde keinginan nak berbuka secara berselera.Nak makan kuih je..::

bye

Ramadhan 2011 :)

Friday, July 29, 2011
weekend tak dapat online.
So salam Ramadhan semua:)

Rezeki bulan puasa ni bukan kita boleh duga.Alhamdulillah.
Tapi kenapelah dah tunang,kalau tak boleh la cuci mata di department baru saya:P
Sorry..gurau..haha


nota kaki : harap2 dapat berbuka dengan encik Tunang walau cuma sekali. Kami mesti akan clash hour selalu nnt.haih...

Gambar Lama Lama

Tuesday, July 26, 2011


okay gara gara gambar ini yang diupload lelaki paling kanan tu.
semalam mcm tersweetlah pulak encik tunang.
Nyampah tau

"dulu kan mase tu kita satu kelas,saya dok belakang awak'-dia
"eh iya ke?tak perasan pun.haha"-aku
"memanglah awak dulu manalah nak perasan saya,kan saya selemuih"-dia

aku senyum nak gelak tapi tahan.
;p

paling nak menangis dengar,
"dari form 1 lagi saya tengok awak,tapi awak mana pandang saya,satu kelas pun tak perasan,sampailah form 5 awak sombong."-dia

alahailah sayangg..sian awak,kenapalah dulu dulu tak perasan.haha

tapi tu dulu,sekarang ni seminggu ade,seminggu single,pun dah mcm rindutaktahunakkate.hehe

tapi sekarang ni ala2 nak marah jugak la.
you should be at my office at 5.30pm but untill now call lansung tak angkat2!
haih,kita banyak urusan malam ni yanggggg...tolonglah bangun.:(

pastu saja nak share muka budak yang kecik2 dah nampak cerdik mcm ayah beliau.
sape?
cari sendiri anak sape
hehe


tak tak saya masih belum habis, saya suka budak,tapi nak jadi mak budak belum lagi.lama lagi:)
belum sedia utk this verry big comitment.

:)
bye





New Hair Style!:)

Friday, July 22, 2011

balik dari ipoh dengan rambut baru yawnnn..;)



sila tepuk tangan utk syma yang baru.yeay!
actually i cut my hair in purpose,1st aku nak jadi syma yang baru seperti syma yang berada bawah managment baru.
Walawehh.


sabar ye Eton,nanti dah complete rumah baru aku,dah complete tempat selesa kau,akan ku import kau khas dari ipoh:)

memula ingat nak tingal seorang,tapi encik tunang advised,jangan sebab nanti tinggal sorg bosan tambah kalau dia keje malam,
then sebab lain,jimat utk saving kenduri kawen:P

so two housemate founded!:)

Bukan susah nak sebuat Thanks tu kan?

Friday, July 15, 2011

Satu-satunya agent yang aku gerun dengan cara dia berkerja,sangat strait and mesti kene inform any updated.
Tapi semalam,terharu gila.

"ok,many thanks syma"
WoW!
Menangis dalam hati.
Ada jugak manusia yang hargai penat lelah susah payah saya buat kerja selain dari Bos saya:)

tapi.
dia jahat,sebab amek satu satunya lenchai dalam opis saya!:(
exchange staff,selama setahun.
Haih bosanlah dah kurang satu makluk nak dikacau waktu keje.
Menci you.
T_T


Nota::katanya mggu ni akan pulang ke ipoh tercinta,kali ni balik confirm nak berjimba,sebab saya balik 'alone from fiancee'..hehe




Mari Updated laju laju!!

Wednesday, July 13, 2011
updated 1
dibawah managment baru!
wow!
:)

Update 2
rumah rumah rumah
syma la,mana ada menetap satu tempat lama2
syma hidup secara nomad.
haha
Encik tunang paling beria pasal rumah sampai abang jumper aka abang rafi pelik
"ni rumah Hazrin ke rumah Syma ni?"
hehe,aku jawab
"ni rumah kami...NANTI"
;P
mulalah hidup secara membujang aka alone from fiancee dari malam ni sampai selasa depan
Encik tunang keje malam-_-'
cik lysa dah pindah
uwaaaaa:( nak gosip2 kene g zaman.lagi....haihhhh...

updated 3
Kerja makin lama makin banyak semula.
tak sabar nak pegi krabi,tapi pasport tak buat lagi:(
bikini pun tak beli lagi...opsss!:P

last updated
saya sayang tunang saya!tapi tak sebanyak beliau sayang saya!haha

dia garang,dia bengis,dia lah segalanya
tapi dia sweet dalam diam.
Selalu pandang muka dia,macam...
tak sangka,bertahun satu sekolah,bertahun tak bertegur sapa,just pandang2 dari jauhh
and last awak TUNANG saya?wth.haha

what to do,kata kakak adein inilah jodoh:)

::nota kaki- lantak lah updated pelik2 janji updated laju2::

Import Shipment:)

Monday, July 11, 2011


You dosen't know how excited i am when first time within one year service here im doing an import shipment!:)

Rasa nak melompat2 je walaupun shipment tak settle lagi.
haha
Thanks Boss for giving me the chance:)
This is what im waiting for actually,doing import and export both.
Learning process is the best thing in the world.
Lantaklah malu sebab 1st time buat import,peduli ape,janji belajar:p

okay sebelum tu,jangan dilupa pada basic aku disini.

Doing export,takde yang mudah export ni.Ada yang mudah di awal,tapi sesak di akhir.
Every shipment has their own problem,
pasal invoice and packing list lah
pasal BL yang salah last minute lah
pasal shipping liner yang slow lah
document not complete and etc.

itu belum lagi cargo yang di hantar dari Malaysia,sampai ke destinantion,barang tu rosak.
Haru haru-_-'

Pasal container movement lagi,yang pasal driver tak tahu jalan,pasal jalan jem,pasal port congestion,pasal kapal delay.Macam2 you all.

*port congestion for deliver and pickup the container from port*

Customer pulak ada macam2 keragam,
nak itulah inilah.
But customer always right kan?
hehe

Belum lagi masuk pasal invoicing,lagi haru bila shipping liner cuti weekend,then customer baru confirm document jumaat petang,kapal pulak sampai destination on Sunday.
Okay susah nak terangkan ape penyebab yang akan berlaku.;p
hanya yang kerja shipping line je yang faham.
haha

one day aku akan list up kan mcm mana export from 1st and side document yang diperlukan until cargo sampai ke tangan buyer.:)
tak sempat nak terangkan sekarang sebab tengah happy jimba2 sebab dapat buat import!
lallalallalla;p

Pada yang berkenaan,jangan ingat keje i ni goyang2 punggung je tauuu,main peranan mental dan fizikal,jadi pada yang berkenaan pls stop bagi masalah,sebab masalah tu semua tak mendatangkan apa pun melainkan penyakit.Paling tak masalah keje saya mendatangkan duit.lallallala

::nota kaki- jangan ajar orang pasal attitude kalau kau pun tak reti say thanks::

Just updated Early July

Sunday, July 10, 2011
ia jadi lansung tidak cool bila,
pagi isnin datang lewat pegi keje.
T_T

ok itu bukan tajuk asal sangat.
seminggu ni rasa macam sempurna sikit walau masih tak boleh biasekan diri sangat lagi,tido pun tak selena mana.
Tapi saya cuba,mana tahu in future jadi lain kan?

:)

Surat Cinta buat Company Tersayang

Thursday, July 7, 2011
blogspot tidak diblock seakan akan memberi ruang semua yang tertanam diselongkarkan.

i know im not good enough so please dont over estimated me.

High expectation is not soooo good cz one day if you fall,you will dissapointed and hopeless on me.
Yes it was what you said and im understand that.

MasyaAllah,
berkali2 aku cuba bersabar,dan bersabar lagi,and till today im still patient on this situasion.
Im not serious enough on working it was not means im playing with all my responsible.
You want me to be you.
I cant.
I have my way to work.
to be honest,i cant work under you.

Once you are not believing me,it was meaningless for me to stay.

Lantak lah apa nak jadi jadilah.
Im resign from today on.
Awak dah jumpa orang baru yang lebih bagus dari saya kan.
So go on.Im finish with you and i hope so the new guys will standing or a long time beside you.
I pray for it.
We'll see how long he will stay.

Kalau sekali awak dah pandang rendah pada saya,sampai bila bila pun saya buat semua tak kene.Walau dasarnya saya improve.Awak tetap cakap saya lagi worst.
Kalau worst,saya takkan dapat buat all shipping job yang saya handle sekarang ni.

Lagi awak preasure saya lagi saya tak boleh nak concentrate.
Let me do my job in my way.
Not your way.Cz im not serious person.

::Panjang pulak entry utk awak Puan Senior berbanding entry utk En Tunang saya::

Bye Network Straits Logistics.

Thanks for everythinggg..

Engagement:)

Tuesday, July 5, 2011



Tiada satupun yang kurang,malam terlebih lebih;p
Janjinya dulang 3 berbalas 5,sekali datang 3 berbalas 13.Malunyaaa..
tapi kata mama,ini hadiah tak perlu dibalas.
Alahaiii.Baiknya bakal mak mertua:P

Majlis : 2Julai 2011
Venue : Rumah mak,Ipoh,Perak
Jam: sekitar 6-7 pm

Janjinya jam 5,lepas asar.Tapi pihak lelaki nak berdoa selamat bagai dirumah sampailah di rumah jam6.30,gugup bukan main.Encik Tunang bukan reti nak updated ape2.Nak kena kol baru bgtahu kat mana.
Haihhh

Tapi alhamdulillah semuanya berakhir dengan selamat.
Funny thing
"Kami ni nak tengok la dulu bunga yang kami sunting,lawa ke tidak barulah boleh teruskan majlis"
Mak aihh,kalau tak lawa kene stoplah?
haha
Tak pernah dibuat orang perempuan duduk depan antara orang berbincang.
Aku lah first agaknya.
hehe.

enjoy the picture:)


okay memang suka buat perangai di mana2
;p


bonda encik tunang:)


tak tahu nak gmbarkan masa ni.gugup;p



may God bless our engagement and may we tough enough to face all the way to go end of this year:)

















Panas

Wednesday, June 29, 2011
tak semena2 bergaduh dengan en boyfie yang baru bangun jam 5.20pm tadi
shitlah.
hp aku dah takde baterilah sengal!

barang hantaran tak beli lagi,
nak gubah lagi.
Nilah lelaki,suke amek mudah.

Ish!

Krabi Oh Krabi

Thursday, June 23, 2011
banyak betul dugaan,
belum pun majlis,mcm2 dugaan datang..

Kekalkanlah kekuatanku ini.
Amin..

Kerja makin lama makin slow
tapi dalam slow2 tu,bos bagi berita baiikkkkk;p

Poda island in Krabi Thailand Stock Photo - 9406436



Boleh jadi Honeymoon trip selain Comany trip kalau aku kawen sebelum trip ni.:)

Walawehh..;p

TQ bos.;p

Wordless Wednesday # 5

Saturday, June 18, 2011

takperlu edit pape sebab lebih suka nampak natural:)
Every night we sweat!




::ingatan utk diri sendiri dan utk u all::

Thursday, June 16, 2011

Jangan suka ambil tahu hal orang dan jangan suka nak cuba masuk campur hal org.Takkan ada orang suka dan kalau terkena sendiri pun tak suka.Pengajaran buat hari ini sampai bila bila.Hope so.


Apa yang jadi hari ini,tak kira baik atau buruk tak kira siapa anda,beringat ingatlah,sesungguhnya What goes around come around.


Hentikan sifat iri hati,sebab kadang2 memang kita tak pernah sedar sifat itu muncul dalam diri dan pada orang2 tertentu.Sebab kita terkadang terlalu melayan hasutan Syaitan nirojim tanpa kita sedari.


Mak selalu pesan,dan itu yang aku amalkan sampai sekarang dan aku ingatkan diri sampai sekarang,kalau orang tak kacau kita jangan sesekali kita kacau orang,sebab balasannya nanti sakit diri sendiri je.


Kadang2 aku muhasabah juga diri,pelik kenapa ada saja yang tak kene dalam hidup,mungkin kerana kurangnya solat lima waktu.Mungkin kerana solat2 ku tak diterima Allah.Tapi bila aku fikir secara positif,inilah ujian utk menguji sejauh mana iman kita sendiri.


Jangan menunding jari pada orang,satu kita tunding empat datang semula pada kita.Mesti korang selalu dengar kan.Dan kadang kadang apa yang jadi pada kita semula kita tak pernah sedar pun sebenarnya sebab salah kita yang lalu.Muhasabahlah diri.Cerminlah hati,bercakap dengan diri sendiri.InsyaAllah kita akan nampak dimana salah kita.


Aku tak salahkan orang kalau mahu ambil berat,aku tak salahkan orang kalau mahu ambil tahu.Tapi sebelum mula berbicara,pada aku,kaji selidiklah dulu.Baru menghukum atau mengadili.Bukan main serkup jarang,bukan juga main lalu marah.Jangan gila kuasa.Kita masing2 dah besar,kita masing2 lebih tahu yang mana terbaik utk diri sendiri.Jaga hal sendiri sebab Allah pun tak suka umat2nya yang suka mencampuri hal orang lain.


Aku bukannya yang jenis suka cari pasal dengan orang dan aku bukannya jenis yang suka nak menghentam orang apa lagi utk masuk cmpur hal orang yang takkan memberi manfaat pada aku.Cukup aku tahu,aku dengar dan aku ambil pengajarannya supaya esok lusa aku takkan jadi begitu atau begini.Jadi nasihat aku,jangan campuri urusan aku kalau tak kene pada halnya.Seperti mana aku tak pernah ambil tahu hal kamu semua.


Wahai bidadari abah,

Institusi kita makin goyah,janganlah digoyahkan lagi dengan suka memandang silap dan salah ahli ahli kita.Kita tak ramai walau 8,tapi kalau kita berkumpul meriahnya macam 100.Jaga keharmonian kita,hormatilah sesama kita dan janganlah melagakan sesiapa.


Aku sayang kamu semua.Sebab kamu sedarah aku.Anak2 abah.Please.


::Nota Kaki::


Aku bakal bertunang dengan seseorang,tapi tarikh masih belum confirm.Jangan kecil hati sebab saya tak canangkan,sebab bukan jenis saya suka nak mencanang benda yang belum ada.Tak jadi kalu,malunya aku.

Mak sidia dah setuju utk hantar cincin,dan cincin juga sudah dibeli oleh si dia,cuma sekarang,aku tggu jadual sidia utk confirmkan bila si dia cuti weekend.Baru aku hebahkan.Maaf.


Benda mudah jangan di sesakkan.Awak sendiri yang sakit hati.Kan?


That all,

Bye

Just updated middle of June

Tuesday, June 14, 2011
macam dah lama tak meluah.

okay everything up and down now.
ganguan emosi,maklumlah dugaan orang nak bersama memang la bertalu talu.

alhamdulillah semua benda diberikan kepercayaan kepada aku utk uruskan;p
^_^V
en paksu tggal kuar duit je ye;p

amazing feeling
Missing you is the best things i ever do.
mcm tak caya je boleh nak rindu rinduan
hehe
haihla paksu,everything is too fast..


bz keje,shipment makin banyak
masalah pun sama banyak
petut krem,bahu sakit
weekend pun tak rehat,bz kesana kemari nak cari barang.

ok bye

::nota kaki::
tengah aman damai tetiba ada pulak yang mengharukan keadaan
si pembawak mulut tak berbayar
hoi si pembawak mulut
ko kene bayar ke buat semua ni?
apa bukti kau ada?
apa yang ko tahu pasal kami kami?
yang aku tahu,ko dapat dosa je.
kate nak baik sangat lepas satu peralihan
waklu!

Wordless Wednesday # 4

Friday, June 10, 2011
ok boleh kasi sikit2 je
:)

daaa
;p

my twins weeds part # 2

Thursday, June 9, 2011

ok sambungan dar part one disini

masa ni dah selamat selesai semua.amek kau 3S.;P


sumpah masa part ni sangat sweet gila,aku dengan ciklysa dah meremang bulu roma,maklumlah kami tak sampai lagi kesitu:P


Kami kat belakang tu menangis sebenarnye,bercampur baur perasaan.
:(

dan bila ada peluang aku terus rangkul dia,aku tak tahu nak bgtahu mcm mana perasaan tu,tapi yang aku tahu,aku sedih.
Sebab aku rasa kehilangan.
She's my twins kan..
:(


Mak:)



ok masa ni bukan nak tayang makanan,tapi aku ditarik suh amek gambar jugak,mujur pinggan tak jatuh.
huhu

sweet kan?tapi abah memang suka tengok gambar tak pandang camera,benci!huhu


malam tu amek kesempatan sambut buvday si kecik ni.setahun,sama dengan Birthday Agung.
Nama pun Mirza:)

yang ni pulak paling sibuklah dia kehulur kehilir mcm orang besar,last2 ntah bila nampak terbongkang sebelah adiknya kepenatan.;p
CikSyma rindu kamu la Along:(

Pengantin lelaki sampai,and yups CikLysa jadi pengapit masa tu tapi banyak kejadian tak diingin terjadi SELEPAS ITU.


My 2nd sis.

My lovely cousin,ok pengantin,adik beradik pengantin memang sewel semua.;p



Mak mertua Shikin.


and lastly Mak:)
dan BF my Sis.

itu saje,maybe akan ada part 3.


::Nota lain::
Sejak dua ni pening kepala je,tiap2 hari.
Macam2 nak settle actualy and yups kami nampak releks,tapi sebenarnye banyakkkkkkkk gila benda nak kene kejar lagi ni.Checklist pun,satu pun tak tanda DONE lagi.huhu.

Salam...








Wordless Wednesday # 3

Wednesday, June 8, 2011
abah:)
ILUVM!



my twins weeds part # 1

Sunday, June 5, 2011

this weekend memang hectic gila.dari hari rabu malam2 cari barang nak pakai on friday and saturday.Biasalah last minute preparation.

ok we start with this
jumaat after 1pm gerak ke ipoh.
thanks en paksu sebab memahami urgency kita.dua jam saje smpai ipoh
yawnnn:)
sampai ade orang tu berdengkur dalam kete.
hahhaa


baru sampai masjid,ambil tempat duduk secara rawak je sebab ramai sangat family dari belah lelaki.en paksu pulak kepenatan dibelakang sana.:P


our bride :)
debab sangat kamu ni shikin.
haha


officialy jadi Mrs Riduan.
Alhamdulillah.

ok ciklysa kita adelah pengapit perempuan sepanjang majlis ni.
ambil berkat kate orang.
;p



Day 2
kenduri kendara.
penat sebab dah jadi public figure sekejap
almaklumlah kembar kepada pengantin perempuan.
semua saudara mara nak jumpa.
haih
pastu
soalan klishe mcm biasa
"kamu bila lagi"
shit
jawapan best.
tahun depan.
lallallallala


our prince and princess
:)



then kami kami ni la anak dara pingitan amek peluang nak amek gambar.

ok tembam.
-_-'


ok last but not least
here i am:)

banyak lagi gambar akan dishare selepas abang photographer tag saya nanti
:p
asyik nak amek gambar saya je tau abang shooter ni.
haha

bye.

Wordless Wednesday # 2

Thursday, June 2, 2011

lagi satu hero waris Norkamal Bin Hashim
Mohd Khairul Irshad
:)

thanks yong,thanks abang awi sebab tambahkan lagi keceriaan dalam family kita:)

weedingsssssss

Tuesday, May 31, 2011
banyak sangat weeding invitation smpai mendorong untuk mengikut jejak langkah
lallalallallaa..

btw congrates all mates
wish u all happy till the end
:)

will continue..

semoga semuanya berjalan lancar
amin

what i do in weekend?

Sunday, May 29, 2011


aku tak pernah melawat keluarga orang lain in the other purpose.
'maksu'
ok.sweet.

kelam kabut weekend ni.
nak jumpa efa kat kepong,pun amek masa dua hari nak berfikir jadi ke tidak ;p
jadilah sejam dua.
tapi habiskan masa diperjalanan je.

sabtu
dari damansara ke klang ke kepong ke klang ke shah alam dan akhirnya baru home sweet home damansara.
-_-'
kalau tetiap minggu camni ranap badan ranap duit.
otw balik damansara encik paksu kata abang iparnye melahirkan baby perempuan petang tu.
maka kami pun terkedek2 cari hamper utk diberikan keesokkan harinya.


ahad
awal jam 8 bergerak ke pantai remis yang sangat jauuuuuuuuuuhhhhhhhh...
sorry encik paksu saya banyak membebel dalam keta.
haha,bosan tak sampai2.

tapi time kasih belanja makan di pantai jeram.miau:)
berbaloi mengeluh sepanjang perjalanan;p

btw baby sangat comel tapi sangat kecil.2.3kg only.
whoaaaa...

thats all,
bye
from
brand new
maksu
-_-'

::nota:: otw balik dari jeram dapat call,ayah kawan kelas kami meninggal sebab accident,saya simpati,tapi nasib baiklah kita tak berpatah balik semula.saya dah retard.:(
alfatihah,salam takziah.

a bachelor

Friday, May 27, 2011

dari tadi mata tengok jam,lambat sangat rasanya nak ke asar tu.
:)
semoga selamat semuanya,
congrates mate
u are such a good person babe,you dont even touch me even you had that chance.
may happiness for both of you forever

siapa kata perasaan itu tidak boleh berputik?
rasa macam dimainkan diri sendiri pulak.
mulut kata tidak,tapi fikiran selalu ada.
bodoh kan?

saya cuba saya cuba.
playsafe is better now
lesson learn.



PELUANG

Wednesday, May 25, 2011
bukan rezeki aku lagi ke bila aku belum lagi mencuba?
kenapa halangan itu sekeras ini.
saya cuma mahu ketempat baru,sudah tertutupkah pintu itu?
yang sepatutnya terbuka bila makhluknya sudah bersedia?
banyak impian aku untuk kesana,tapi sekarang hancur gugur macam tulip yang kering.

subhanaAllah,sabar syma.



sabar...

SEBAT 2

Tuesday, May 24, 2011
sambungan sebat,
sekarang korang nak marah aku dengan cara tidak menginformkan apa2 updated pun kan?

esok2 korang akan faham kenapa aku marah korang
yang sorang tak sedar untung
kalau mak tak bagi ko dudk balik lepas susah merana ko kat kl ni,kau nak pegi mana?
yang sorang pemalas bekerja duduk rumah tak tolong apa melainkan kononya judge keadaan yang kau nampak,ape masalah kau?
kau pernah kerja cleaner skolah?tahu apa rasanya penat?
kau takde kat tempat orang tua tulah bodoh!

aku tak salahkan mak berhenti masak utk korang,sebab itu caranya dia protes,tapi korang tak faham.yang korang faham dia makin teruk.belajar korang lagi tggi dari emak.esok korang dah jadi mak korang tahulah.tak guna jadi perempuan kalau tak tahu hati perempuan.

apesal la korang ni naif sangat.


*********

doakan saya khamis ni.
saya harap berita gembira yang saya dapat
amin.

SEBAT

Friday, May 20, 2011
Kali ni entry marah2,kalau anda dalam mood swing2 hepy hepy sila tinggalkan blog ini.

Dari dulu korang semua tahu aku paling benci orang cakap belakang pasal mak.
Ok ni bukan pasal nak aibkan balik ahli kuarga sendiri,tapi kau tahu tak kau ni lebih talam dari yang korang anggap aku?hidup sebumbung,hipokrit sesama sendiri,tepuk tangan sama2 kata semua salah mak.Eh kamon lah.Kau penah ngate die,die penah ngate kau.Sekarang kau nak kate die lebih memahami situasi kau?Fak.

Wei,even aku jauh dari mak,aku jarang jumpa abah.Dioranglah tempat aku mengadu tentang sesuatu keputusan.Utama aku Mak,kemudian Abah.Korang?

Jangan cakap aku tak kenal mak,dari kecik,ok dari dalam perut lagi aku dengan mak,sampai sekarang pun aku masih merengek dengan mak,sebising bising mulut mak,itulah penghibur hati kita sekarang ni.Esok lusa kalau kau sedar yang bising tu dah takde,tak payah nak bazir air mata.Korang cakap pasal situasi?ok,korang try jadi mak nanti,korang cuba la rasa situasi yang korang letakkan mak sekarang ni.Fair enough.Tuhan bayar cash.

Ok aku jauh,aku tak nampak.Tapi aku tahu.Orang bodoh je reti duduk diam bila orang lain burukkan mak sendiri.Kau tahu tak setitik air mata ibu tu apa penyudahnya?Fikir.

Aku cakap bukan ikut sedap hati,aku cakap ikut ape yang aku nampak.Bakal laki kau pun tak cukup makan untuk diri sendiri,kau pun lagi takde keje,tuhan tu maha mengetahui,maha adil.
Adil kan dia bagi korang ruang lagi untuk timbal balik keputusan korang?sebab Dia tahu takat mana yang korang mampu.Fikirlah.Kenapa tak jauh dalam buat keputusan?

Kau ckp pasal kerjaya.Berapa banyak peluang yang aku bagi.Untuk kau lebih dari orang,kau buang.Sekarang?

OK,kalau aku cakap lebih2 silap hari bulan boleh bergaduh,tapi jangan jadi bodoh.Itu Mak,takde mak takde kau.Jangan jadi Bingai.

Aku mengaku aku bukan anak yang baik pun.Tapi paling tak,aku tahu,marah dia bersebab,takde bodoh aku nak tunding balik kat mak.


Fikir.Sebab esok lusa InsyaAllah korang akan jadi mak jugak.

just updated

Wednesday, May 18, 2011
*masih selsema*
tapi makin baik:)


siapa kata sesuatu yang kita jangkal itu akan kekal jangkal selamanya?

:)

Rupanya masih ada peluang nak bertukar,harap2 saya punya.
Amin:)

dan sebelum terlupa.
kalau kamu memang tahu aku ni jenis tak suka dengar kamu menyalahkan emak apa2,makanya kamu patut tahu dan lebih berhati hati juga dengan siapa kamu berbicara.

Memang pantang aku.
Baik Abah,baik Emak.

so be careful.



bye


Hikmah tuhan yang paling hebat

Monday, May 16, 2011

aku adalah orang yang sangat percaya ada hikmah
dari sesuatu kejadian aku akan kaitkan dengan beberapa kejadian lain sehingga menjadi satu cerita.
sebab nak senang berlapang dada,dari sibuk fikir bukan bukan kan?

jadi kesimpulannya kali ini
tiada rezeki.
bukan disana mungkin,saya dah cuba sehabisnya,tapi masih,mungkin masih disini,tetap masih menadah telinga menerima maki.
begitulah selalunya.

orang kata kalau tak usaha mana nak jumpa hasilnya kan?sama juga dalam banyak aspek.

begitu juga dengan keadaan yang sekarang ni.
sendiri itu tidaklah sebagus mana,sebab bila kau rasa nak menangis ada juga saki baki ingatan utk dia.Bullshit kan?
berdua pulak,bukan tak mahu,bukan tak ada.Mungkin betul ckp Nasrun,sebab tak jumpa.Maka sebab tulah kata tak bersedia.


hati ni dah berat ke ipoh semula.
macam dipanggil2 pulak.

selsema dari semalam tak hilang,badan sengal baru mula pagi tadi.
kifarah.



my weekend

Sunday, May 15, 2011
*berjaya habiskan novel dalam hanya cuma satu hari!
yup memang dasyat:P*

saya tak pernah kenal jemu untuk asyik meningati awak.
damn,aku sendiri tak faham kenapa.
aku dah cuba tanamkan kebencian,tapi tetap awak yang saya perlukan bila rasa nak menangis.
nama awak jugak yang saya sebut2
stupidlah syma!

dua tiga hari ni busy ngan kawan2,ada2 saja plan,dari lepak ke lepak dan lepak.
bawak anak sedara jalan serata dunia.:)

sweet gila bila penat die tido peluk saya:)
haih la anak makcik.;p


takde ape dah nak tulis
*sebenarnye dah lupa:P,hari tukan blog buat hal.*

bye


busy like a bee

Tuesday, May 10, 2011

please stay out from me.
you will make me lost one day.
maybe

******

even this is not really from my heart but at least i learn how to let go you slowly

*******

this is the stupido ever happen to me

*******

cz u always leave me something i can handle after we meet
im shaking dowh.bullshitlah this feeling.



hari ni busy gila.
dah lama tak macam ni since raya cina.
bye


*******






things that make me terrible currently



I prefer to let you know me first before I let you fall for it.
I prefer to let you know my life and my friends first before I let us gone too far.


no matter how sweet you are but you have to know fierce i am:)


i am smoke,and i hope u didn't trouble about how to change me.
i friends with the guys and i hope you are not stopping me
i go to the bar and i hope you are not feel bad about it.

this is me,this is who i am.


think twice before you want more than friend.


bukan tak pernah teringin utk jadi seperti mereka,yang dulu penah aku puja,
kini milik orang *sory terjiwang.lallala*
sekarang ni lepas sorang2 besties aku kawen,baik laki,baik perempuan.
indahnya hidup diorang kan?

sebab komitmen tu bukan senang orang nak bg,kan?

bukan taknak bercinta lagi,tapi aku takut disakiti.

bye