Alhamdulillah, kita masih bersama untuk Ramadhan kali ini, bezanya, kami sudahpun ber empat :)
Kalau orang tanya, empat? Siapa lagi seorang?
:)
Aku cuma jawab, anak sulung saya, Awatif Syakir, ya, aku tak pernah menganggap Awatif tiada di dunia ni, aku tahu dia sentiasa ada di keliling kami, menunggu kami di pintu SANA :)
Aidilfitri pertama kami, kami harapkan kami hidup bertiga, tapi apakan daya, Allah lebih tahu apa yang terbaik, takbir raya aku sulamkan dengan air mata. Sayu. Anak kan, aku memang tak pernah simpan gambarnya, tidak perlu, sebab wajahnya masih dalam ingatan, masih subur masih sama, itulah kenangan manis, dan itu jualah kenangan pahit. Tapi kenangan itulah menjadikan aku lebih dekat pada pencipta.
Aidilfitri kedua kami, kami bertiga setengah :) Haziq masa tu dah nak masuk 3 bulan tak silap aku :) tapi perut Mummy dah nampak, jadi lebih bermaknalah Ramadhan dan Syawal. :)
Ini InsyAllah, kalau panjang umur, Aidilfitri ke 3 kami, kami ber empat :) Mummy, Ayah, Awatif Syakir dan Haziq Syahmi <3 p="">
Cabaran Puasa sebagai BF mom, taklah mencabar sangat, tengok pada keadaan juga, ada harinya memang keringgg.. tapi sebenarnya mind set lebih penting :) Berbeza puasa masa mengandungkan Haziq dulu, yang tu lebih letih, lebih penat, uhuuu
Ramadhan kali ini lebih banyak pengisian, sebab dah jadi suri rumah, masa tu lebih banyak boleh managed selain dengan kerja rumah, layan suami, :) Malam2 aku dah mula dengan Tahajud, pagi dah mula dengan Dhuha, Alhamdulillah, Hijrah itu Indah kata si Felinna :P
Memang betul, Indahnya Dhuha dan Tahajud tak tergambar rasanya, cubalah, manisnya lebih manis dari solat 5 waktu :) SubhanAllah :)3>
Zuliana + AG
6 years ago
0 comments:
Post a Comment