Ramadahan #20

Saturday, August 20, 2011
Sana sini aku lihat hijab melekat di kepala mereka,
Sana sini aku nampak pelbagai jenis gaya,pelbagai jenis corak pelbagai jenis hijab.
Kalau aku kira kira dah 4 kali aku cuba utk kekal berhijab,sampai ada satu masa aku spend Banyak duit utk beli shawls dan anak tudung.
But now,semua tu tersimpan kemas dalam kotak kecil khas.
Sampai Mr Fiancee perli sebab,tudung banyak tapi tak pakai.
Yaaa...aku fahammm.beliau terkilan dan beliau sangat teringin sekali melihat saya memakai tudung.

Persoalannya betul bersediakah aku?Memanglah benda wajib mana perlu perkataan sedia atau tak,tapi aku tak suka jadi manusia hipokrit.Aku berhijab tapi aku tak jalankan 5 waktu secukupnya,malah aku masih menjalankan beberapa dosa dosa kecil seperti bercakap2 dengan Mr Fiancee,sedar atau tidak suara tu kan aurat
:)

Memang aku teringin dan sangat teringin mengekalkan sifat muslimah dalam diri.
Malah aku teringin dihormati sebagai muslimah sejati.
Tapi aku harap sesampainya waktu yang aku rancangkan aku mulakan semua ini.
Aku masih lagi bernafas dan pintu taubat itu masih terbuka luas utk aku.

Benda yang paling aku takutkan dalam hidup.
Andai hati aku nnt dihitamkan kerana aku terlalu lalai dengan duniawi.Akibatnya pintu taubat itu dan tertutup hingga aku tak sedar di mana aku berada.
:)

SubhanaAllah..

.......................

Hari ni takde menu masakkan,cadangnye nak masak tempoyak asyik tergendala.
Berbuka berseorangan,jadinya tak perlulah aku membazirkan duit.Makan luar sudah:P
Sejak bercuti awal ni,selalu sangat dah jadi suri rumah yang berjaya,hari hari beli ikan sayur nak masak dan sejak cuti ni jugak la tangan makin kasar.Bermain air hari2..;p

.........................

Rumah baru makin lama makin fully furnish,setakat ni yang cuma kurang tv dan peti ais sahaja:)
Impian nak wujudkan home sweet home makin tercapai.
Alhamdulillah,sebagai orang bujang dan bergaji sederhana yang berjaya,kualiti barang memang penting,tapi harga yang dicapai haruslah selari dengan perbelanjaan bulanan.hehe
Tak kisah la barang 2nd hand sekalipun,janji kualiti bukan seperti barang 10 tahun lepas.
:)
Walaupun cuba dalam memanfaatkan bujet agar tidak terlalu mahal,tapi trend semasa kene jugak diambil kira.Jangan main hentam je.
kan?
Target baru,sebelum bulan 10 ni peti ais mesti akan dibawa masuk jugak.InsyaAllah:)

Aku tak pernah terfikir sejak berpindah aku akan punya jiran aka kawan2 yang baik hati dan saling mengambil berat terhadap masing masing.
Dan dikala rumah aku kekurangan itu ini,ada jugak jiran yang berhati mulia menyedekahkan tikar getah dan rak dapur.
Semoga rezeki kau bertambah2lah encik jiran.Pahala ramadhan kau berganda2 jadinya:)
Dan sebagai ucapan terima kasih tak terhingga,semalam aku buatkan ikan bilis petai yang kau idamkan lama katakau tempoh hari.
:)

Berkawan ni,biarlah iklas dari hati,jangan ada sifat iri hati dan dengki.

.............................

Ralat aku bukan main lagi kala ni.Aku hantar kain dua bulan awal.
Tapi tak dapat jugak disiapkan dengan alasan tempahan banyak.
Waklu.Aku nak raya pakai baju ape!


0 comments: