Ramadhan #24 To whom it may concern

Tuesday, August 23, 2011
Awak semua mesti pernah lalui zaman kesusahan macam ni.
Saya tahu bukan mudah nak bangun bila dah jatuh
Tapi kan,ini bukan masanya utk menepuk tangan bila orang lain pulak jatuh.
Kan?

........................

Saya tahu bila ada yang menghentam,masih akan ada yang bersimpati.
Tapi aku tak perlukan simpati itu pun.
Aku cuma perlukan kata2 semangat utk bangun.

.........................

Dulu saya tak pernah percayakan cinta sejati.
Tapi aku mula faham sejak dua menjak ni.
Betapa aku boleh lihat kasihnya lelaki sampai aku takut kehilangan.Lagi..

........................

Saya tak ada orang lain utk saya adukan air mata saya,kecuali pada mak abah.
Mereka keutamaan saya,mereka yang saya cari ketika gembira dan duka saya.
Sebab secara totalnya merekalah cinta hati saya yang utama.
Aku masih anggap aku ni anak2 kecil mereka.
Aku tahu abah masih anggap aku ni seperti baru mula membesar semalam.
Dan mak sangat mengharapkan agar aku boleh menangani segalanya sendiri.
Tapi aku tak cukup kuat utk tidak berpaut pada dua tiang ini utk berdiri.
Aku cari mak abah dulu baru aku cari tunang aku.
Apa masalah dengan itu?

......................

Dan saya tak perlukan simpati itu semua.
Saya masih boleh hidup macam masa hari pertama Mak Abah bagi kepercayaan utk aku pergi jauh dari keluarga.
So What?

Kadang kadang aku rasa semua benda yang dicakap2kan tu sebenarnye menuju pada diri sendiri je,antara sedar atau tak,dulu kau pun pernah dipulaukan kawan2 sampai aku rasa hingga kini kau masih tidak dimaafkan.
Kadang-kadang aku rasa semua kebaikan yang dicanang tu cuma sekali dua,tapi dihebahkan seumur hidup.
Kadang-kadang aku rasa fb ni dah macam tempah mencari gaduh,kaum dan musuh.Takde sebab nak mengeratkan silaturahim pun sebab bila si polan update kesini kesana karang si dengki hina kata si polan ni menunjuk dan nak kata dia kaya.
Kemudian bila si polan no update tersinggung kata then si cari pasal ni menggunung marah macam semuanya kene tuju ke dia.
Kadang kadang jugak aku rasa fb ni dah macam tempat 'marilah mengaibkan dia ramai-ramai' sebab satu status boleh menyebabkan seribu manusia turut rasa yang sama tanpa tahu usul asal perkara sebenar.


Kalau masih ingat pada entry yang lepas tentang majlis aku.
Aku dah pesankan pada mak,bukan aku bongkak tapi aku taknak esok2 adanya majlis ungkit mengungkit.Dan segala telahan aku benar belaka.Semuanya terjadi kini.

Aku rela tidak dibantu dari esok2 aku dibambu.
Aku rela tak di pandang dari esok2 aku dibenci.

Bodohkan semua ni?

Tapi takpe,aku lebih tahu Allah itu ada dengan aku.
Dekat sangat dengan aku,kerana Dia yang lebih tahu perjalanan cerita ini semua.
Aku tak perlu meraih perhatian semua utk kata aku betul dan kau salah.
Sebab aku yakin dengan janji Allah.
Sebab aku yakin dengan pesanan Allah.
Sebab aku yakin dengan kuasa Allah.

SubhanaAllah..


0 comments: