promobelogsepot & buvday party

Wednesday, March 30, 2011
promo blog:)

saya tak pernah mempromosikan blog sesiapa kan sebelum ni?
tapi kali ni saya nak share beberapa blog
yang menjadi tatapan harian saya
tambah lagi kalau template
mereka ni cantek2
memang jadi halwa mata saya:P

1st
my roomate,skolmate,opismate dan segala punya mate:)

kan saya kate blog yang cantek je akan jadi pujaan mata saya:))
blog je cantek tau.jangan salah faham yang lain.heehe

2nd

ok yang ni saya suka sebab beliau ni comel.
then suke upload gambar2 comel beliau dengan bakal hubby beliau:)
mereka sangat
comelss
:)

3rd


selain dari anak kakak yang comel
saya suka baca penulisan dia yang berilmiah
paling best bila dia kasi free baca cerpen pendek dia sampai menangis baca:P

tapi paling suwiittt bila cerita masa nak melahirkan anak.
haihh meremang bulu mak.haha

4th

puan jamian ni baru je tertarik nak baca,dapat dari blog kawan2
sace nak blogwalking bila dah takde keje atas meja
then terus jadi suka:)
penulisan beliau sangat kemas dan menarik
pun
cerita masa die nak deliver baby pun syahdu sgt
congrates:)


::nota kaki::
dapat idea nak share sebab job saya utk bulan tiga ni dah habis
so besok saya datang keje compem mengan
ga,sampai tgh hari dah lapar,
smpai petang dah ngantuk,
maka,badan pun dengan tidak segan silunya mula mengembang.
almaklumlah,tuan badan memang terkenal dengan kuat makan,kuat bercakap,kuat mengarut dan kuat tidur:)


encik kacak "katilmasatidur" sibuk beroperasi sekarang ni
sampai takde mase untuk saya
fine T_T,
konon nak celeb buvday misslysa lagi sekali,tapi kene tggu lagi dua mggu hingga habis operasi marabun beliau tu.
tapi takpe,katenye dua mggu operasi overtimesss beliau sangat aummmm,pastu jangan lupe belanje saya ye ye ye.haha
*u owe me bowling 10 game.;p*

eh tertinggal nak letak pic suprise buvday party utk lysa
mari nak bocor rasia.
plan nak celeb BD beliau ni dari hari sabtu lagi.
dengan encik an,padan muke awak lysa.haha

hari isnin tu saya menggembar gemburkan pada cik lysa saya nak berdating sakan dengan encik katilmasacerita(KMS),padahal encik KMS masih dijohor.hehe
kendian cik lysa dengan muke nak mintak penyepaknye bersedih kerana ingatkan tiada siapa nak celeb BD beliau.siannnnnn...:P

encik an menunggu saya di post guard
ayat tak boleh tahan masa dia sampai
"i dah sampai,i tunggu kat luar je,nanti lysa skodeng.hehe"
memang tak boleh blah...haha

masuk dalam kereta,bau pizza mengaum sampai nak meleleh air liur.

then kami bergerak ke KJMC utk ambil kawan encik an,
singgah 7e cari pinggan kertas dan cawan
tetiba....
ciklysa sms,katanya
"lapar:("
aku balas
"nak tapau ape2 tak"
kene berlagak cool.haha

lysa balas
"ape2lah yangnyum3"

aku balas
"10min lagi turun pool,lepak bawah,aku otw"

dia balas
"malas"
serius mase ni cuak,kalau dah beliau taknak turun macam mane nak suprisekan BD GIRL!
tapi lastly beliau turun jugak dengan kuasa MEMAKSA saya:)
mase cik lysa turun kami sedang berkerah peluh nak susun lilin bentuk 22:)
hasil idea kawan encik an,encik izat:)

nilah hasilnya

memang inilah specialnya malam tu,tapi encik an lagi best,menyorok sambil pegang hadiah gabak beliau,bila datang,nyanyi HBD utk ciklysa,suwiiittt:)

nampak tak betapa meriahnya malam tu dengan nyalaan lilin tu.
sampai kene marah dengan guard
menggelabah.
haih

that all for now:)
bye,.

"katilmasacerita"

Tuesday, March 29, 2011
**disebabkan dikejutkan tengah malam secara paksa **

ok ceritanya begini,
kalau dulu2 zaman kanak2 mesti ade iklan pengajaran dalam bentuk cerita kartun
ceritanya bertajuk
"sang monyet dan lada"
akibat monyet terlalu degil
maka dia memakan lada tu sampai berasap telinga
*tak kelakar kan?*
tapi tak tahu kenape semalam tergelak sampai kene tegur.:P
mungkin si pencerita "katilmasacerita" tu terlalu kiut dan kelakar macam

haha

kalau dulu merengek2 minta diceritakan sesuatu sebelum lelap
dan setiap ceritanya itu walau direka
tapi maksudnya begitu menyentuh jiwa
tapi kali ini diberi tanpa diminta
mcm terdiam
dengan hanya satu kata janji
"awak kene janji lepas saya habis cerita awak kene tidur sambil tersenyum"
:)

::nota kaki::
payahnye nak yakinkan semua orang
yang aku tak ada masalah lansung tentang mende mengarut iaitu "cinta"
bagi aku benda tu dah jd yang terpaling ridiculous dalam hidup syma
sumpah!
walau memang aku akui aku rindu,walau memang aku akui aku sunyi
tapi aku tak heran dah semua tu
berkawan aku rasa lebih suwiiitttt,paling tak,tak payah sebok nak fikir dia setia atau apa
yang penting,dia akan ada selalu bila aku perlu.

sebab "cinta yang dicari pasti akan pergi
tapi cita yang datang sendiri akan kekal abadi."

biar masa yang menentukan segalanya.
kalaupun kembar aku dah tunang
takkanlah aku sibuk nak mencari orang dibuat tunang,
mendelah
mungkin dia berjaya dalam jodoh
mungkin ada yang berjaya dalam pelajaran
tapi mungkin aku berjaya dengan benda lain
tapi saya cuba menumpukan pada kerjaya sekarang.

bye:)

jerangkung dalam bilik air

Sunday, March 27, 2011
tiba tiba jadi benci dengan semua benda.

not in the right mood


ini orang kata bukan aku kata:)

Friday, March 25, 2011


ok menurut tajuk di atas,bagi pendapat saya yang awak harus terima
kalau takut dilambung ombak,jangan berumah di tepian pantai macam ni.


sebab nanti padahnya ombak akan mendatang macam ni

wau!!, gerun and menakutkan kan?haha

sebab awak salah bermain dengan api
kan mak dah pesan jangan main dengan api,sebab
kecik kecik jadi kawan lama2 jadi lawan awak:)

saya tahu saya jahat,tapi awak lagi jahat sebab cuba nak mainkan saya
tapi kan awak salah orang
i never take you for granted tau,exspecialy awak lelaki.
haih

sekarang sedap tak?
:)

tapi terima kasih juga pada awak sebab jadi payung sekejap dikala saya dibasahi hujan,tapi kenapa nak ambil kesempatan?saya ikhlas kenal awak.tapi awak?

hmmm:P

tak tahu nak rasa apa
tapi kesian awak kan?
bye:)

for those who gave me the shelter:)

Wednesday, March 23, 2011
"why can i still believe in tomorrow?
When all I have tried was just in vain
Is it worth the fight? I couldn't start believing
That those feelings who died could face the pain"

**************


all the things about you are amazing .
thanks for bright my day even maybe it was for awhile.
thanks for being my friend and soul mate.
***************


maybe it was too early to judge about you but somehow u make me feel appreciated.
come for something i cant give.
but i still believe in fake and faith.
thanks for being my freinds:)

imissyounowman
cepatlah pulang dari johor yang jauh tersohor.
haih.
nanti kita main teka teki sape kalah kene maki lagi eah:)
nanti kita joging lagi sape lambat kene tggal lagi =.= *itu awak jahat*

bye.:)

MALAM SERIBU RAHMAT

Thursday, March 17, 2011
macam dalam cerita novel.
tapi aku bangga aku jadi kuat.

subhanaAllah.

tapi rasa satu kehilangan pulak.dia sebenarnya baik.
tapi dia silap.dan dia gagal.

dan saya tahu beliau malu.

MARI BERKONGSI IMAGE DESKTOP

Wednesday, March 16, 2011

saje nak share wallpaper cute saya:P

tapi kan ade sape2 tahu tak kenape diorang tengah sibuk upload gambar dengan tajuk worldleess wenesday? tertariklah pulak:)

marilah share wallpaper awak semua,linkkan blog awak ye:)mekasih

KALAU JEPUN KENA TSUNAMI,AKU PAKAI KENE LANGGAR TODAK

Sunday, March 13, 2011

lelaki semuanya hidung belang and tak boleh pakai.

menyampah

maaf saya tak menangis sebab salah bodoh awak tu,malah saya ketawa kerana kebodohan awak.

fakta menarik

Thursday, March 10, 2011
Dalam sedang aku mencari port yang berdekatan dengan port Tughlakabad,New Delhi menggunankan encik google map,aku jumpe tempat menarik ni.
Benda yang paling buat aku tertarik adalah pada bulatan die,yelah memang unik pusat yang mereka buat ni,ada stesen bawah tanah dan jalan atas,
gila maju jugak la negara india ni walaupun banyak penduduk miskin/kasta rendah

ini fakta yang aku dapat dari encik Wiki:
Delhi
Metro stesen di Delhi, merupakan stesen pemindahan antara Blue Line pada peringkat atas dan Jalur Kuning di tahap yanglebih rendah. Iniadalah salah satu stesen tersibuk di rangkaian, melayari Connaught Place dijantung kota Delhi.
Banyak syarikat dan bangunan penting, restoran dan pawagam yang terletak tepat di luar stesen. . Delhiites, terutama yang lebih tua,sering merujuk kepada stesen sebagai CP. Di atas stesen adalah taman yang indah..

aku cube meng-upload printscreen dari google map
tapi masih tidak berjayaT_T


tapi eh eh akhirnya ada.yeay!!!!*kesabaran amatlah diperlukan disini*ececeh;p

antara gambar lain yang menarik aku dapati dari google image,wah sesungguhnya untung sungguh bercinta dengan encik ggogle:)
*pemandangan dalam*

tapi disebalik kemajuan yang mereka wujudkan ni masih ade jugak kemiskinan yang mencacatkan pemandangan,


kasihan kan?nasib kat malaysia masih tidak lagi sebegini even yang minta sedekah pun.
*saya sayang Malaysia*
hehe



splice dan keramat sebuah hati

Monday, March 7, 2011

baru baru ni saya pulang ke ipoh,
nyah beli CD best ni

cerita yang mengisahkan tentang sepasang couple mencipta some creature yang dicampurkan DNA manusia dan haiwan,

Hasilnya adalah seperi separuh manusia separuh haiwan

bagi aku cantik sgt alien ni yang dinamakan DREN
Dren ni boleh membesar dalam mase 2 mggu sahaja,
tapi rasanya cerita ni tak keluar kat panggung Malaysia sebab memang banyak sangat sensor.

Kire dalam sepuluh bintang aku boleh letak 10 jugak:)
susah nak cerita panjang2:) tengok je la sendiri.hihi

then otw balik teringin nak beli some bahan bacaan dalam tren,maka saya beli buku ni:)

bagi aku,utk yang masih beginner nak kejalan yang betul,memang ini buku yang harus dibaca:)
permulaan untuk satu perubahan adalah untuk membersihkan hati.

"dalam tubuh badan terdapat sepotong daging yang harus dijaga,agar tidak dicemari dan sepotong daging itu adalah hati "

mula2 pembacaan,jujur aku sebak.terlalu banyak yang terkandas dari jalan yang sebenar.



dua benda ini just for sharing :)











macam mak nenek lah

Friday, March 4, 2011
haih, selepas entry cantek tapi bongkok yang lepas

kali ade pulak bebelan rakan seopis suruh saya bergaya ala org yang betul2 umur 22tahun:(
saya bukan tak teringin nak cantek macam dia ni

tapi grooming cost die pergh, saya rasa lebih berbaloi kalau makan.hehe*ops maybe thats y badan makin naik:P*

yups saya memang kaki makan
kalau boleh rutin harian kene lengkap dari morn
ing breakfast hingga ke supper.;p

eh eh tgok,ade makanan lagi.haih haih haih.
macam ni macam macam macam benda kene cut cost sebab nak grooming punya pasal.
haih haih haih.

nak berubah sebab orang lain atau demi diri sendiri?
susahnye nak buang tebiat yang dah sebati 22ta
hun ni:(

saya dress up comel2 kate macam
haih sampai hati u ols:(

mari belajar tentang shipping

Wednesday, March 2, 2011

hari ni saya nak kongsi sikit pasal apa yang ada di pengkalan.:)



ok ni dipanggil roro vessel/ roro car (roll on-roll off)
vessel ni (kapal) hanya mengangkut kereta2 yang ingin dieksport ke serata dunia
kereta akan dipandu menaiki vessel sperti dalam gambar *time kasih encik google*


ini chart apa yang berlaku dalam roro vesel

sebelum kereta dibawa menaiki kapal,semua kereta
kene sampai di port 3/4 har
i sebelum kapal berlayar
mari lihat situasi di port:)





selain dari itu,orang2 yang akan menguruskan semua bende ni dipanggil stevedoring,
mereka ni bukan macam pekerja buruh kasar walau nampak macam tu;p
diorang ni macam penguat kuasa dan berkuasa u
ntuk menentukan barang boleh naik kapal atau shutdown.

well thats all about my work:)
thanks encik google:P





BERITA PALING KELAKAR BIKIN PECAH PERUT

Wednesday, February 23, 2011

pagi pagi hari dah dapat buat senyum meleret2.tak tahu nak ckp.bacalah sendiri.haha


ALOR GAJAH: “Dalam keadaan samar-samar, saya nampak objek tercampak ke tengah lebuh raya lalu menekan brek sebelum mengelak ke kiri jalan,” kata pemandu treler yang terbabit kemalangan di Kilometer 209, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara, di sini, malam kelmarin.

Pemandu itu, Ah Pang, 53, berkata dia mengelak daripada melanggar mangsa dan dua kenderaan yang melintangi jalan, namun treler dipandunya dilanggar sebuah Toyota Camry dari belakang.


“Ketika berada kira-kira 50 meter dari lokasi, saya nampak dua kereta terbabit kemalangan dan pada masa sama melihat ada orang tercampak dari kenderaan.

“Saya menekan brek dan berjaya mengelak daripada melanggar mangsa, tetapi apabila melihat melalui cermin sisi, ada sebuah kereta di belakang turut berpusing dan terbabas selepas melanggar bahagian belakang sebelah kiri treler saya,” katanya yang ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.


Kejadian kira-kira jam 9 malam berhampiran Restoran Jejantas Ayer Keroh itu dipercayai berlaku selepas pemandu Proton Wira Aeroback dikenali sebagai Zulfakar Hamsun, 26, melanggar seekor babi hutan yang tiba-tiba melintas jalan.


Berikutan rempuhan itu, kenderaan berkenaan gagal dikawal dan berpusing beberapa kali sebelum tersadai di tepi lebuh raya. Pada masa sama, sebuah Toyota Altis melanggar bahagian depan kereta dipandu Zulfakar menyebabkan enjin Proton Wira Aeroback itu tercampak ke kiri jalan.

Zulfakar dan pemandu Toyota Altis iaitu seorang warga Myanmar berusia 20-an yang parah dikejarkan ke hospital untuk rawatan. Dua lagi mangsa menaiki Toyota Camry cedera ringan.


Sementara itu, seorang lagi mangsa, Tan Chia Hau, 27, berkata, pada mulanya dia menyangka kerja baik pulih jalan sedang dilakukan kerana dua kereta melintang tengah lebuh raya, namun tiada lampu amaran dipasang sebelum menyedari ia kemalangan.

“Ketika kira-kira 20 meter dari tempat kejadian, saya yang duduk di sebelah penumpang Toyota Camry dipandu rakan, Lee Chi Hong, 24, menyedari berlaku kemalangan,” katanya.

bosan tahap gaban

Monday, February 21, 2011

saat ni padang sepuloh kali pada jam,bilalah nak jam 5.30.

takde mood berkerja kuat macam yang dikobar2kan beberapa entry lepas
sebab job makin surut sesurut duit di hujung bulan.

bosan tahap nak kentut tak henti2 supaya boleh tarik perhatian semua orang.
terhibur bukan?

bodohkan diri sendiri utk hiburkan orang lain.itu macam amal jariah ,sebab menyenangkan hati orang.

walau kali kedua ini tak sama macam dulu2
tapi takpelah
yang penting saya masih ada beby besar saya:)
will do and accept anything cz i love him.insyaAllah

feel terible



bila angin rindu terlalu datang, tiba tiba bagai terlerai amarah semua,
yang tinggal cuma perasaan kasih dan cinta.

MasyaAllah.

im really sorry

mungkin itu sudah nekad bagi kamu.
tidak mengapa.Allah ada untuk ajar daku supaya redha.

imstillmissyouandloveyou.


semua tentang rezeki

Wednesday, February 16, 2011
saya penah hilang rezeki dulu sekali.

kali ni saya nak pastikan saya lebih menghargai rezeki saya.
saya betul2 nak jadi gila kerja.

for the next one month.
i'l make sure evreything is perfect.
please.
give me the way.

i love my job so much
and i try my best too much
something end up with something like careless or forgotten.

aku ni jenis darah gemuruh,
bila ditanya bos,semua benda betul tetiba jadi kacau bilau.cakap pun tak betul.
haih.

but i'll try again with my very best

saya benci hari ni!

Sunday, February 13, 2011

mula rasa faktap.*sorry mencarut*
memang keje untuk kerah tenaga atau dikerahkan tenaga for nothing??
bodoh!
memang bodoh dia ni.serius kalau dah sampai tahap hilang sabar,jumpa tepi jalan memang aku tembak.

*ok cool now*please kalau ade sesiapa tahu ade keje kosong dalam bahagian logistics sahaja tolong inform saya.
saya nak cari keje baru.
tempat baru,suasana baru.
astafirullah.

iman aku betul2 tercabar hari ni.sebab saya boleh tahan dengan tekanan keje tapi memang tak boleh tahan dengan tekanan dari manusia yang berlagak bagus.semua kau yang paling perfect.wth!

Al-Quran ubat jiwa keresahan

Tuesday, February 8, 2011
Al-Quran ubat jiwa keresahan

sumber dari harian metro:)


Membaca dan mende�ngarkan al-Quran

Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh: “Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.” Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.

Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya. Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.

Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.

Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.

Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.


Menyayangi orang miskin

Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.

Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan: “Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.”

Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan. Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.

Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.


Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas

Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit.

Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.

Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.


Menjaga silaturahim

Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubu�ngan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.

Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjang�kan umur dan mendatangkan rezeki.

Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.


Banyak mengucapkan la hawla wa la quwwata illa billah

Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah.

Kuatnya hubungan kita de�ngan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.


Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit

Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.

Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran.

Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.


Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah

Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.

Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.


Tidak meminta kepada orang lain

‘Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah’ adalah hadis Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari.

Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan.

Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.


Menjauhi hutang

Dalam sebuah hadis, Rasulul�lah dengan tegas mengatakan: “Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!” Sahabat berta�nya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu! Sabdanya: Kerana hutang.” Begitulah kenyataan�nya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.

Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan: “Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”


Selalu berfikir positif

Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.

Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif.

Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang.

Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?

CERITA SEDIH

Tuesday, February 1, 2011
ok hari ni mood jiwang. *sila amek mood semua*

amaran :: cerita ini mungkin mengandungi kisah sedih terlampau.sila sediakan tisu sebelum meneruskan bacaan.

malu nak cerita pasal cinta cinta ni,aku ni dah la ala2 keras macam tak kisah jatuh ke bangun.
tapi bila hari cuti kene keje then boleh bukak radio hotfm,dengar lagu2 melayu terleleh,tetiba meleleh pulak air mata.nasib bukan air liur. *ok boleh gelak*

tapi rase mcm tak boleh nak cerita pulak ape ade dalam hati ni.macam tak terluah dek taip-an lah pulak,ape lagi kata2.lagi lah tak boleh.

terlalu sakit utk diungkapkan.terlalu indah untuk digambarkan *aceceh:P*

tapi pokoknye, kau tak kenal siapa aku sebenar.kau tak ada atas katil aku waktu aku tido malam2,
kau takde waktu aku mandi
kau pun tak ada masa aku tak muat pakai baju sebab ketat.
jadi kau tak faham aku.

tapi mudah je nak kenal aku.
selami aku baik2. dengar dan perhatikan cara aku.

kenapelah tak pernah seorang pun faham aku melainkan abah.
yelah,mungkin abah sebab "abah".so dia kenal anak dia siapa.
tapi tak salah kau ganti tempat abah.
sebagai pelindung aku.
kan?

ok dah mula part sedih now!
memang aku menangis.
tapi aku bukan menangis sebab kau,tapi aku menangis sebab kenapa kau tak cuba protect aku?
selfishnya cara kau.
tenangkan keadaan dengan selamatkan diri sendiri dan hitamkan aku?
Ya Allah!marahnye aku!serius.


aku tak kisah kene marah.memang patut aku kene sebab aku nak sangat masuk campur.
bukan aku mintak kau bekup cara aku.
atleast kau tak cuba blamekan aku lagi.

aku tak kisah dimaki pihak sane.
tapi demi kau.
tapi..
entah.tak boleh nak tulis dah.
tak tahan.sebak.

rasa macam sorang2 je.sebab aku mcm takde sape2 protect saya.sedih.serius.

entry kedua untuk hari kesian

Tuesday, January 25, 2011
ok tadi kene marah dengan bos.padan muke.serius malu weh sebab nangis depan bos.*oh ego pulak lari masuk bawah meja sebab ketakutan*

1st time in my life sebagai employee menangis depan bos.depan boyfren pun takpenah.gila!






















1st aku rasa serbesalah terima rezeki sebab rase macam tak bertanggung jawab atas kesalahan yang dilakukan





















1st time aku taknak pakai rezeki tu.*ok yang ni aku cuba* ^_^V
















bukan aku tak cuba.
aku cuba dah nak concentrate.ok aku memang takkan salahkan sape2 dalam hal ni.careless pun tadelah sangat.cume aku miss that part!:( haih.

mulai besok.aku nak grab that chance,my promise.i will work smart as u want!

sorryT_T sorry
malu nangis tak hilang lagi.
im big girl dowh!
owh malu.
bye

kapal dilanggar todak??!!

Monday, January 24, 2011
cerita kali ni tade lah gempak mane.
cuma nak meluah apa yang dirasa.
sesuailah dengan tajuk blog @ini apa aku rasa kan?haha

keje keje keje
penat penat penat
serabai je semua
every shipment mesti ada problem dan tentunya problem tu dtg dari diri sendiri je
akibat careless careless careless

i admit im a bit slow,cmne nak laju?bukan mesin pun kan?yang dah auto.erk boo
*oke makne lepas ni kene jadi mesin:P*

cuti asyik dok umah tido makan,al maklumlah bf saya jauh,kos lagi nak datang.takpe saya sangatlah memahami budget kite yang kene budgetkan demi masa depan kan?:P

esok abi ade interview,tolong doakan dalam hati moga dia hired:)
i really need him here,plus it goes with our plan:)
pleaseeee.sincere:P

:: esok nak jadi mesin::yeay!::

tiada tajuk

Sunday, January 16, 2011
bismillahhirohmanirahim.

moga tenang dan damai.

kadang aku nak tergelak.aku takkan gelarkan mereka sesiapa.tapi manusia.
sebab aku boleh malah hidup dengan tiada mereka.
memang tiada masalah.
aku memang suke.sebab biar Allah yang mengirakan utk aku.
kanDia ada.
Tuhan itu maha adil.Maha melihat.
aku ikhlas buat mereka tersenyum dan senang,tapi maaf atas kekurangan aku.
mujur aku serba kurang,supaya tiada sifat buruk dalam diri aku.
dan tahniah diatas kesenangan kamu.tidak aku sedikit pun dengki dan iri.malah aku bangga punya seseorang seperti kamu,kalau tak,takkan aku cuba suakan rezeki pada kamu lagi manusia.:)

haih.
ini bukan segmen berbalas entry TAPI INI SEGMEN INI APA AKU RASA:)

kunfayakun.
tuhan itu ada.
kita bukan tuhan malah bukan hakim utk menilai sesama kita.
InsyaALLAH tuhan itu ada.

*kalau aku ada roti canai yang kamu mahu berkongsi sesama tidak aku heran dah hiraukan,makanlah.tapi kalau manusia yang punye hati yang benar manusia,mereka akan fikir,yang dibeli roti canai,bukan ayam seekor.pasti dapat kau ukur kemampuan yang membeli bila kau fikir2 mahu mencukai secubit dua.
tapi aku tak mengapa,rezeki itu memang utk dikongsi bersama.aku bukan jenis yang berkira sama manusia.ambillah sedikit tanpa perlu ada rasa kesempatan.insyaAllah halal bagimu.

sebab itu aku tak mahu heran sama manusia luar sana.sebab dalam sini ada tuhanku:)
MasyaAllah.Allahuakhbar.

baik,
maafkan aku,
aku tak sekuat kamu yang senang meluah apa yang tak suka.
aku ni lemah,sebab tu aku suke diam.bukan maksud kalah,tapi aku sayang semua.
percayalah semuanya LUAHAN semata.tiada niat mengutuk mahupun mengumpat cuma aku tak sekuat kamu bila yang aku cakap satu kau betah sepuluh.betul atau tidak?
trust no one kan?

rasa hebat bila dapat kumpulkan kaum?
tidak bagi saya.saya cuma berpegang pada Allah,biarlah layaknya didunia tidak tapi diahirat nanti dikira.

susah utk berbicara bila hati yang tidak mahu menerima,lagi payah bila hati tak mahu menerima tapi aku cuba utk berbicara.

why people crying in the toilet

Friday, January 14, 2011
ok nampak tak benda di sebelah ni?
ohh!tangan saya sakit sebab dia.bila dah mula kene bikin baru perasan im not girrlly at all.*sigh*

punyelah remeh punyelah rumit.
tapi harga berbaloi lah dengan keje.

gila la!





ok ni bukan cerita asal nak bukak.:p

ape korang buat bila selesai post entry?

a)baca balik apa yang kita tulis
b)tutup sebab bos dah lalu lalang
c)tggu smpai tetidur tengok orang komen ke tak
dan
d) post kat fb kate dah UPDATED!!

Saya lansung takde dalam pilihan jawapan.haha

sejak dua ni selera lain macam.sejak dua menjak ni perasaan pun lain macam.nak cari pasal je.
sejak dua menjak ni asyik nak touching je.maaf.saya pun tak faham kenapa,nangis kat sofa sebab hosmate tak ajak g ikea.bodoh kan?haish.kenape ntah.

lama lama berhabuk jugak akalu tak cuci

faham tak maksud tajuk?

biasenye aku takkan buat tajuk mengarut.
bukan apa.pokok,kalau hari2 tak siram layu jugak nanti.
apetah lagi kalau badan,kalau hari2 tak mandi,tengik.
banyak la perumpamaan nak bagi,
cthnye
hati,kalau lame2 tak solat,hitam tau

so,
tak faham2 lagi?
dah nak masuk bulan ke tujuh dah ni.pejam celik je.kan?


susah nak berak salahkan lantai yang keras!

Tuesday, January 11, 2011
biasanya aku dulu dulu paling malas nak follow blog org but since miss lysa ajar buat nuffnang eh bukan main rajin pulak jadi nak follow nuffnang eh silap blog depa.haha

tetiba jadi banyak pulak hal nak kongsi cerita dengan korang semua.

percaya tak?
kerja timbun2 boleh buat lupa keluarga?
kerja tinbun2 boleh buat lupe makan?
paling best kerja banyak yang buat aku menangis bukan sebab bopren saye:D

seryes.

kamu?

ChurpChurp | Social Share » Get the Bizzy Body RM1 Deal today! (Preview)

Monday, January 10, 2011
ChurpChurp | Social Share » Get the Bizzy Body RM1 Deal today! (Preview)

mari berkongsi kerja:)

Sunday, January 9, 2011
ok, jarang rasanya rakan blogger yang berkongsi tentang tugasan harian,

hari ini mari kita kongsi,
perempuan dengan logistic selalunya sangat2 macam langit dengan sungai.;p

mula2 masuk bidang ni lagi susah dari addmath tingkatan 5 dulu.semua lain dari admin yang cuma taip document hari2
cikgu yang monitor murid hari2
ape lagi pemandu bus yang kene pastikan timing hari2 sama
*tade kene mengena*haha

yang pasti the challenging pa
rt is when the container can
not turn in at the time,then the vessel will shut down,
antara sebab2 yang menyebabkan perkara ini berlaku
-customer loading barang slow
-perbezaan masa kerja
dan paling sakit hati bila cuti tiba!
*mase cuti pasal bola paling fakap*haih
paling susah bila kita tak boleh push customer utk siapkan pada masa sangat sebab kekurangan manpower ataupun stoc
k yang ingin dieksport.
jadi,sampai hari cutilah ke
ne bekerja,sebab itulah mase cuti pun tak macam cuti.kene monitor container closely sampai berjaya naik kapal
otherwise our customer will blame us 100%,they would easily say,i pay u too make sure my cargo sail on this and this vessel.*bodoh kan?*

ini antara kerja kerja saya.

yang kena monitor sampai kerumah,yang documentation semua kat opis jelah.
sampai kene balik jam 8.30malam.huh.






dan lagi,yang ni baru basic je.





*eh abaikan oren tenaga tu.;p*

antara kerja lain



haha










*bersambung*

p/s: saya sangat suke berkongsi kerja saya sebab bukan semua orang boleh buat logistic.tak tahu lah orang lain,tapi honestly bulan pertama saya masuk rasa nak berhenti kerja,tekanan dia lagi hebat dari kene tinggal dengan boyfren.seriusly.

proactive pimple solution

Friday, January 7, 2011
kalau yang mahu tahu,

kalau baru2 ini aku suda
jarang mengupdate status di fb tentang jerawat yang tak segan silu turun naik.
tapi kini saya lagi tak segan
silu nak bagitahu rasia saya:)

moga moga sesuai juga untuk anda:)

its simple as 1+2-3.:







mudah dan murah,even kesan dia jangka masa panjangggg gila nak tggu..atleast no more pimple,redness atau bengkak2 kat muke ni.

set ni kena pakai dua bulan,after that akan tukar pada set ini
















selamat mencuba!

kalau dah namanya bullshit

dan tatkala ada manusia2 yang sering menyucuk sarang semut
ada seekor semut yang tak lagi tahan dengan gangguan berkenaan.

hari ini mungkin hari kamu.
esok lusa INSYAALLAH hari saya akan tiba:)
alhamdulillah *tiap kali terima musibah*

abi,
kasih saya takkan hilang,
air mata itu yang akan saya pegang sampai bila2,biar orang mahu kata apa.
yang penting kita,kalau dah katanya ada,adalah:)
dan kalau tiada pun redha.kan?
tapi kita yang sekarang bukan mereka yang lahirkan dulu.kan?

yang penting kita sedang bahagia sekarang
dan pegi matilah dengan akan datang
semuanya jalan cerita tuhan
terima kasih ajar saya jadi redha:)


my 2011

Monday, January 3, 2011
setelah lama,akhirnya akur yang aku masih belum benar benar bersedia.

maaf.i did it again=.=

back to normal.
at last.
im sorryyy...

welcome 2011

Tuesday, December 28, 2010
tinggal selang beberapa hari saje lagi untuk ke akhir tahun:)

azam tahun ni dah tertunai,bebas hutang:)

punya kekasih yang baik hati*baik ke?*;p

azam tahun depan,

punya lesen sebelum mac 2011

punya kereta vrom2 before raye:)

insyaAllah.

dan semoga thun 2011 lebih baik flownye dari tahun ini:)


simpanan buat diri sendiri:)

Sunday, November 21, 2010
Moga dipermudahkan setiap segala urusan hamba hari ini,esok dan bila2.amin.


(Permulaan doa dimulakan dengan Al-Fatihah dan selawat ke atas baginda Rasulullah ) Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami. Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik. Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah . Ya Allah ! Ya Rohman! Ya Rohim! Engkau satukanlah hati-hati kami, agar kami dapat bekerja dengan jiwa yang bersatu-padu, hormat menghormati serta percaya mempercayai, berikanlah kami kekuatan tenaga dan akal fikiran juga kesabaran dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan, pimpinkanlah kami agar kami tahu mensyukuri nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami, juga pimpinkanlah kami ke atas melakukan perbuatan-perbuatan baik dan usaha-usaha yang murni yang Engkau redai serta masukkanlah kami ke dalam lingkungan hamba-hambaMu yang solihin iaitu dengan rahmatMu jua Ya Allah! Ya Allah Ya Robbul Alamin ! Perkenankanlah kami untuk menuju ke arah petunjuk Engkau dan peliharalah kami daripada perkara-perkara yang menyebabkan kebodohan dan kerosakan diri kami sendiri, selamatkanlah kami daripada sifat-sifat keburukan hawa nafsu kerana ia adalah sejahat-jahat musuh. Lindungilah kami daripada kesesatan hati , kelalaian, kepapaan , kehinaan, kemalasan, beban hutang, kemiskinan dan segala sifat-sifat yang tidak Engkau redai seperti sifat lara yang sia-sia dan membuang masa. Ya Allah!, Engkau perbaikilah kami di atas urusan agama kami yang menjadi sandaran segala urusan kami, engkau perbaikilah dunia kami yang menjadi tempat penghidupan kami, perbaikilah akhirat kami di mana kami akan dikembalikan. Ya Allah!, jadikanlah kehidupan kami sebagai tambatan setiap kebaikan untuk kami. ( diakhiri dengan Penutup doa )



dan yang ini.akan disemadikan juga pada hari indah :)

insyaAllah:)

fun:)

Tuesday, November 9, 2010
semoga kebahagiaan aku kini kekal milikku.

terima kasih.syukur.alhamdulillah dengan segala nikmatmu.:)

cuma tinggal tingkat diri.jadi lebih baik dari sekarang,jadi lebih bagus dari sekarang:)

saya akan balik kejalan DIA semula.:) InsyaAllah

Friday, October 29, 2010

alam pun ada pasang surutnya.
hidup pun ada manis pahitnya.

hari esok.:)

terima kasih untuk peluang itu.

aku tak pandai nak pakai ayat arab untuk ucap syukur atau apa2 tanda.aku tak pandai nak berzikir untuk tunjuk aku cinta DIA.

tapi dengan lisan bahasa malaysia aku tahu DIA faham dan dengar.

1- selamatkan lah pejalanan hamba.
2- jauhkanlah aku dari syaitan nista.
3- hadirkanlah malaikat diantara kami.

Dia faham,kan?

dan aku baru faham,betapa bukan hati saja patut dijaga.
budi pekerti juga.
tingkah laku pun sama
dan yang harus pasti
jika ia benar jalanannya di titian DIA.tak kan jatuh tergelincir.
lalu menangis mengapa jadi itu dan ini.
sebab DIA bagi kita sifat sayang menyayangi antara manusia.
begitu juga dengan DIA.
yang penting jangan berpaling.jauhkan dari perjara yang dia tak suka.
kan sama kalau kita dengan manusia.
lebih spesifik boyfriend
kalau dah terang kita curang.
mana dia nak lagi maafkan bukan?:)

konsep sama.tapi DIA itu maha pengampun.namun janganlah pula dibuat sampai murka.
MasyaAllah,bila hitam hati.kau jangan tanya kenapa hidup kau susah je selalu.
menangis je selalu,
tersungkur aje selalu.
kalau benar iman itu letak dihati.apa pun jadi,alhamdulillah.

Astafirullah.itu saja yang mampu aku zikirkan agar terhapus AKU yang dulu.
there is 36 day's to go.

:)

::nota untuk diri sendiri::

:)

Saturday, October 16, 2010
sungguh.
dah lama tak berbicara dengan DIA.
tapi walau selama mana pun
tetap DIA ITU MAHA PENGAMPUN ,MAHA MENDENGAR,MAHAPENGASIH
DAN SEGALANYA MAHA.

doa bagai didengar dan some miracle happen
:) hanya boleh tersenyum.
tak terkata.
malah ada rasa serbasalah.

percaya.
kuncinya

terima kasih:)

sayasayangawak.:)

rest in peace 2

Friday, October 8, 2010
aku pernah cakap ini dulu.

aku ulang.


tiada apa yang perlu dihairankan.sebab aku memang manusia yang senang patah.siapa yang kata aku kuat?

tuhan lebih tahu.
DIA lebih tahu.

jodoh.datang dari Dia,pergi juga dari Dia.

bahaya

Thursday, October 7, 2010
ingt senang ke nak buat orang terima kita seadanya kita?

kadang kadang orang ingat itu gurauan,tapi tahu tak entah apa dalam kalbu?
boleh jadi semua itu jadi semangat,
boleh jadi semua itu peluntur jiwa.
itu yang bahaya.


sangat jujur tu tak salah,tapi menipu juga tak baik.

take note.

orang yang kamu guraukan itu siapa.

satu langkah kesana

Monday, October 4, 2010
tak mahu kehilangan dan tak mahu tersesat jalan.
dua benda.

satu niat.

permudahkan lah ia bagiku.:)

our journey

Tuesday, September 21, 2010
selalunya kita takkan pernah sedar.

hati selalu menidakkan.

sebab degil.

:)

mungkin kita tidak sempurna.tapi insyaAllah cinta kita sempurna abi:)

bukan buat apa2:)

Sunday, September 12, 2010
kalau nak kata tentang semalam.
semua pasti seindah pelangi petang.

kalau nak tengok pada nian hari ini,
pasti semuanya hujan tanpa henti.

tapi dalam hati mesti yakin mesti pasti.
tuhan itu ada.
tuhan itu nampak.

tapi bila bercakap tentang tuhan.
entahkan dekat entahkan tidak.

minta hati dikuatkan,tapi kita yang lemahkan sendiri.
minta jiwa diteguhkan,tapi kita yang leburkan sendiri.

mana letaknya iman?
tanya sendiri.
jawab sendiri pasti tiada jawapan.

mana letaknya hati,
semua tahu jawab,
tapi adakah jawapan itu dalam kekhilafan itu sendiri.

diri ini mencari ketenangan,
harap berjumpa.
tapi diri sendiri yang membenarkan ia di kucar kacirkan.

siapa minta merana.
semua mahu bahagia.

kebahagiaan dan sengsara itu kita yang wujudkan sendiri,
mahu bina mahu hancurkan tetap kita sendiri.

matang,semua minta jadi itu.
tapi lebih baik jadi diri sendiri.
yang keanak anakan bukan mengada,
tapi memang itu caranya manja.

semua impikan masa depan itu pasti.
semua mahu masa depan itu jadi.
cuma tinggal
kun fa ya kun,
selain dari keinginan hati.

kalau aku kata ya,
tapi kau kata mungkin.
kalau aku kata mahu,
tapi kau kata nanti dulu.
kalau aku kata jadi,
kau kata ''kalau".
mana nak jadi.

yang tetap mahu kata,
satu.
bersatu.
sebab itu ada kata bersatu kita teguh.
biar sama sama doa.
baru jadi.

aku suka dihambakan diri.
bukan aku bodoh.
tapi aku memang suka memperbodohkan diri
tapi dalam diam aku pandai.

sebab mak selalu pesan.
hari ini aku.
nanti2 kamu pula.
tuhan itu kan selalu ada
tuhan itu kan selalu lihat.
malah,beliau paling adil.
DIA ada disamping umatnya yang teraniaya.
sebab DIA kasihan kan tiap umatnya yang mengingati DIA.

bukan tidak yakin.tapi berhati hati:)

lewat hari itu,aku lihat air mata itu.
kerana itu aku sayang kamu.

lewat senja itu,aku rasa hangat pelukan itu.
sebab itu aku hormat kamu.

lewat malam itu,aku rasa kucupan kamu,
sebab itu aku kasihkan kamu.

aku hargai tiap kamu.sebab itu aku cinta kamu.terima kasih:)

unlock

Friday, September 3, 2010
Menguncikan diri dengan dunia?apa itu?:P

i now i need to change it back. and i know i need to,kalau tak ,hati rapuh takkan jadi kuat.

jiwa SUNYI itu tidak akan jadi riang.

muktamadnya.tiada lain,marah,merajuk,makan hati.haha.

itu lumrah wanita sebenarnya,
tiada mahu mencari teman,
sebab yang dirindu cuma seorang,


jangan dibiar hati sunyi itu terlalu lama sunyinya,takut diisi oleh sesuatu yang tentu kamu juga kalut dibuatnya.kan?:)

sebab syaitan tu kan yang paling hebat:)

training katanya,
baik aku nak praktikal terus sekarang.:P

mane hilang entah syma yang kuat dulu,aku nak cari balik sekarang:)
sebab tempat aku bukannya untuk merengek macam budak kecil.
biar tempat itu untuk dikasihi dan dicintai:)

nak rumah:(

Wednesday, September 1, 2010
Semua kalut dalam kepala.

rumah,keje,duit,masa.
tak tahu nak pilih mana satu dulu.

tambahan,perlu fikir kemudahan,
bus,teksi,lrt,kedai runcit,7eleven,kopitiam,kedai makan.
haih.

semua serabut,
campur juga dengan teman,jauh atau dekat.
chop.syma hari2 buka sorang.boleh je hidup kan?:P


saya mula jadi workhaholic sekarang.
insyaAllah sampai nanti2 pun harap sama.:)

sempurna

Tuesday, August 24, 2010
aku ulang ayat dalam buku muka.
kesempurnaan itu cuma kita yang rasa.
nak cerita tak mungkin terluah.:)

beby besar sudah pulang,
tinggal sorang makan pun tak terjaga.:P

wish u were here forever.
terasa satu kehilangan
tapi terima kasih Ya Allah meminjam dia waima sekejap disini buat aku rasa sempurna bila berdua.
tapi takpe.biar jauh.biar rindu:)

syma kan kuat.

sayamalunangisdepanawakharitu.haih:P

rindu lihat dia nyanyi lagu cinta terakhir.comel:)

tanaman ranum

Tuesday, August 17, 2010
masih menganggur.rezei tak murah kali ni.

berat sungguh dugaan kali ini.

haih

kisah indah

Sunday, July 18, 2010
tak sempat mahu menulis.

terlalu busy dengan kerja.penat dengan stress.

saya ada kisah baru:) dan dia si beby besar saya:D yang sentiasa ada bila saya perlu,dan yang sentiasa buat saya ketawa:)

alhamdulillah dengan kebahagiaan selepas kesengsaraan ini tuhan!:)

semoga bahagia ini kekal milikku.semoga segalanya tetap mengikat kami.:)

hari kedua kerja

Wednesday, June 23, 2010
lama tak berjalan di sini.
maaf tak sempat baca blog sesiapa.cuma menyinggah meluah rasa:)

rezeki itu hanya tuhan yang tahu kan?
sape tahu impian mahu kerja di subang atau shah alam tercapai.:)
cuma kawasan tak berapa menarik:P
tapi aku suka.
sibukkan diri,tak sempat nak fikir apa apa:)

impian mahu bercuti akan tercapai tak lama lagi:)
penang,johor,redang.mane satu???:p
tak sabar tak sabar!

time to going back:)

terima kasih tuhan:)

Thursday, June 17, 2010
makan tido makan tido.
ini aktiviti senang lenang di kampung:)
berat masih dijaga rapi:P

esok ada interview.
semoga berkat doa dan restu mak aku dapat kerja tu.
raya dah dekat.tak boleh berkira sangat dengan kerja:)

semalam bukak facebook tersakit hati
hari buka.
mampu tersenyum.
tak tahu senyum ini untuk apa.
tapi rasanya senyuman ini senyuman kelegaan kerana semuanya dalam keadaan baik baik:)
bahagia tak terkata bila lihat mereka itu bahagia.
paling tidak aku yakin aku mampu melepas itu semua:)

cuti kali ini paling berbaloi.
aku berjaya menenangkan hati.
dan insyaAllah aku akan berjaya menyingkirkan kesemuanya:)
hope so.

tahu?
betapa hati ini tersangat keras sebelum menjemput satu satunya lelaki dalam hidup ini.
bukan semudah menerima macam
'kau suka aku,jadi aku suka engkau'

*senyum*

aku bukan semurah coklat dua posen satu di kedai runcit.
aku pernah fobia sama dunia.
hingga aku tolak semua kerana ketakutan yang teramat andai aku disakiti lagi.

sekarang.
hati itu kembali keras.
saat aku mengungkapkan tak mampu lagi untuk bersama.
saat itu aku menyingkirkan kesemua perasaan itu.
dan untuk kau tahu.
bukan mudah pula untuk membuang segala kenangan.

tapi,
aku gembira lihat kamu bahagia:)
pagi riuh rendah itu
aku tersenyum bila keriuhan itu wujud dari suara kamu kamu semua.
cukup aku lihat.
bahagia itu ada walau aku tiada:)

'aku murah memberikan senyuman,tapi aku bukan boneka.'
-ayat yang pernah aku gunakan utk blog ini-

:)

cukup aku senyumkan wajah tangis semua.
kini aku yakin untuk pergi setelah melihat mereka gembira:)

tuhan itu ada.:)
*aku bukan insan itu yang kurang kasih sayang,cuma aku yang suka mengasingkan diri.kau harus faham itu*

need to be

Tuesday, June 8, 2010
:')

sihat sakit,sihat sekejap,sakit semula.

malam batuk macam orang nak mati.
siang lemah macam orang takpernah makan.

mahu melentokkan kepala pada siapa?
kan sendiri.

"pelindung"
hanya selimut bantal:)

i know i have to be strong.
how far?

utk si bangsat!

Sunday, May 30, 2010
sejak hari khamis serta malamnya.dua situasi masa siang dan malam hari yang sama.
dua orang berbeza sama jantina dua situasi berbeza tapi sakitnya sama.

kerana kamu telah berjaya membangsatkan aku.
aku ucap terima kasih tidak terhingga.

sebab yang lahir Norashimah pagi jumaat yang mulia.adalah syma yang sangat memastikan permulaan harinya akan jauh dari cerita najis anjing bajingan manusia bangsat itu semua.

sedikt sebanyak air mata yang aku luahkan malam itu,hari itu berbaloi dan mengajar aku sesuatu.

baru sekarang aku faham bagaimana kebangsatan manusia itu mengajar sesuatu utk aku jadi KUAT.hati aku jadi KEBAL.jiwa aku jadi KENTAL.

:)

duhai manusia luar sana.

selamat berkenalan.