bukan buat apa2:)

Sunday, September 12, 2010
kalau nak kata tentang semalam.
semua pasti seindah pelangi petang.

kalau nak tengok pada nian hari ini,
pasti semuanya hujan tanpa henti.

tapi dalam hati mesti yakin mesti pasti.
tuhan itu ada.
tuhan itu nampak.

tapi bila bercakap tentang tuhan.
entahkan dekat entahkan tidak.

minta hati dikuatkan,tapi kita yang lemahkan sendiri.
minta jiwa diteguhkan,tapi kita yang leburkan sendiri.

mana letaknya iman?
tanya sendiri.
jawab sendiri pasti tiada jawapan.

mana letaknya hati,
semua tahu jawab,
tapi adakah jawapan itu dalam kekhilafan itu sendiri.

diri ini mencari ketenangan,
harap berjumpa.
tapi diri sendiri yang membenarkan ia di kucar kacirkan.

siapa minta merana.
semua mahu bahagia.

kebahagiaan dan sengsara itu kita yang wujudkan sendiri,
mahu bina mahu hancurkan tetap kita sendiri.

matang,semua minta jadi itu.
tapi lebih baik jadi diri sendiri.
yang keanak anakan bukan mengada,
tapi memang itu caranya manja.

semua impikan masa depan itu pasti.
semua mahu masa depan itu jadi.
cuma tinggal
kun fa ya kun,
selain dari keinginan hati.

kalau aku kata ya,
tapi kau kata mungkin.
kalau aku kata mahu,
tapi kau kata nanti dulu.
kalau aku kata jadi,
kau kata ''kalau".
mana nak jadi.

yang tetap mahu kata,
satu.
bersatu.
sebab itu ada kata bersatu kita teguh.
biar sama sama doa.
baru jadi.

aku suka dihambakan diri.
bukan aku bodoh.
tapi aku memang suka memperbodohkan diri
tapi dalam diam aku pandai.

sebab mak selalu pesan.
hari ini aku.
nanti2 kamu pula.
tuhan itu kan selalu ada
tuhan itu kan selalu lihat.
malah,beliau paling adil.
DIA ada disamping umatnya yang teraniaya.
sebab DIA kasihan kan tiap umatnya yang mengingati DIA.

bukan tidak yakin.tapi berhati hati:)

lewat hari itu,aku lihat air mata itu.
kerana itu aku sayang kamu.

lewat senja itu,aku rasa hangat pelukan itu.
sebab itu aku hormat kamu.

lewat malam itu,aku rasa kucupan kamu,
sebab itu aku kasihkan kamu.

aku hargai tiap kamu.sebab itu aku cinta kamu.terima kasih:)

0 comments: