Kisah Pendek : #1

Wednesday, September 28, 2011
Ini cerita kisah pendek.

Suatu senja,Halimah bermain di gigi pantai.Dia terjumpa seketul cengkerang yang tidak lah cantik.Dia bawa pulang dan dia cuci sehingga bersih,malah di warnakan sana sini bagi nampak lebih menyerlah.

Tapi satu hari dia menangis,sebab cengkerang yang dia sayangi hilang.Puas dia mencari kemana perginya.Tapi masih tak berjumpa.

Kemudian dia kembali ke gigi pantai,berharap dia berjumpa kembali cengkerang itu atau mungkin yang lain.Setelah puas menunggu,pantai memberi seketul lagi cengkerang hitam.Dia kutip dan dia bawa pulang.Perkara yang sama yang dia lakukan dan sekali lagi cengkerang itu hilang.

Namun Halimah tidak berputus asa,dia kembali ke gigi air dan mengharapkan kali ini pantai memberinya lebih dari satu.Lama dia menunggu dan hampir berputus asa.Tapi akhirnya pantai kembali memberi satu cengkerang putih.Dan dia mencuba lagi,kali ini dengan lebih berhati hati.Dia meletakkan cengkerang itu tinggi supaya orang tak nampak dan ambil.

Pada satu petang,bila sewaktu dia mahu mengambil cengkerang di tempat tinggi,dia ternampak sekeping nota :

Apa yang kamu cari itu tiada dan takkan ada disini.Jangan kembali ke pantai dan berharap kamu akan berjumpa yang baru.Sebab kesemua cengkerang yang kamu ambil tidak bernilai sehingga kamu membuatnya bernilai dan akhirnya cengkerang itu menjadi angkuh dan pergi.Pandanglah diri kamu yang lebih penting.

Halimah berdiri dan tersenyum.

Nota kaki : Rezeki itu datangnya dari Allah tapi dia letakkan manusia sebagai pengantaranya.

0 comments: