Memang jujur aku katakan sedikit pun aku tidak marah dengan katanya aku menabur fitnah.
Ni entry khas untuk kamu.
Kita pernah tidur setilam
Kita pernah tidur peluk peluk
Kita pernah macam macam bersama.
Tolong jangan kata aku masih tak kenal kamu.
FYI,aku mengaku kalau kau kata aku anasir jahat itu.
Lumrahlah kan,bila berbaik,semua benda akan nampak baik,
Bila dah mula bermusuh,semuanya pun dah nampak tak baik.Tapi seingat aku,masa berbaik pun kau nampak aku tak baik saja.Ok fine.Aku tak akan mengungkit apa2 pun,macam yang aku cakap lepas2,Allah itu nampak,Allah akan membalas tiap kebaikan dan kejahatan.
Utk pengetahuan kau,
Mereka datang mencari aku mengadu domba tentang engkau.
Dan aku bersama yang lain yang ada bersama terkejut malah hanya mampu mengeleng dan ya,aku ketawa sinis.Sebab aku tahu,kau memang begitu.Tiada apa yang dapat mengubah sebab selamanya pun kau akan begitu.
Aku kesian dengan mereka,dengan penuh perasaan meluah tentang kau.
Dan dengan NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.
aku tidak memfitnah mahupun membuka rahsia yang pernah kita patrikan.Bagi aku itu tidak perlu,sebab tiada yang untungnya buat aku.
Terpulanglah untuk menilai.
Mereka membuka cerita palat kau malam itu,seorang demi seorang hingga menjadi satu kesimpulan.Oh sungguh kasihan cerita mereka.
Kami kami yang ada ni hanya memberi kata pendapat yang pada aku,kau memang sayang pada kekasih kau.Tak ada fitnahnya aku berkata begitu bukan?
Kau marahkan kami kami kononnya memburukkan kau?
Kau salah,sedangkan mereka yang datang yang menceritakan buruknya engkau.
Dan kami hanya menadah telinga mendengarkan luahan mereka kerana mereka datang kepada aku.
Tapi kau yang aku kenal memang takkan dengar kata orang malahan lagi aku.
Kau tetap akan kata aku ni yang jahat biarpun aku cuba utk beritahu bahawa itu bukanlah aku.
Kau tetap kau dan masih kau sampai bila bila.
Tapi entry ni bukanlah entry nak tunjuk aku betul dan kau salah,jauh sekali utk bagi kau baik dengan aku,ataupun utk buat kau mintak maaf dengan tuduhan dan FITNAH yang kau buat pada aku.
Tapi entry kali ni untuk sedarkan kau yang kita ni hidupnya berputar,bak kata kau,mungkin sekarang kau sedang terduduk,tapi cubalah akui sendiri silap dan salah sendiri.Takde kawan yang nak lihat kawannya jatuh.Tak ada siapa yang dengkikan kau,sebab tak ada apa yang aku boleh dengkikan,cz u have nothing.OK dah agak kasar sikit.
Tapi percayalah,kadang kadang apa yang jadi pada kita tu kifarah,muhasabahlah diri sendiri.
Kadang kadang kita bercakap,kita tak sedar.Sebab kadang2 Tuhan tak suka dengan apa yang kita cakap.
Semua rahsia kau aku masih simpan dan takde satu pun yang terbukanya keluar dari mulut aku,tapi muut mereka sebab mereka ada mata,mungkin selama ni mereka diamkan tapi tiap manusia tahap kesabarannya atas limit,bukan unlimited kawan.
Btw,kau bukanlah se-hot mana untuk kami ni takde modal lain selain nak bercerita pasal kau.
Tapi kami ni menghormati tetamu yang datang kerana memerlukan.
Hidup aku masih terurus dan masih lurus dan tidak lagi terjerumus kemana2.
Dan seperti entry lepas,Allah hadiahkan aku lebih dari kau seorang untuk gantikan kau yang tak seberapa.Betapa hebat kuasa Tuhan kan?Aku rasa diri aku lebih dihargai sebagai kawan sebab aku tak lagi dimaki sesuka hati,dimalukan sesuka hati dan disuruh2 sesuka hati utk mencover mereka,mereka hidup dengan aman damai dan tidak mencari musuh dan mereka hidup dengan penuh rendah diri serta tidak meninggi diri walaupun mereka hebat.
Aku rasa cukup setakat ini sebab kau mesti akan reply lagi.Tapi bagi aku cukup inilah titik noktah utk semua kata2 kau pada kami yang tak bersalah pada aku.
Cukuplah selama ni aku membantu kau seadanya aku.
Astafirullah,aku telah membuat dosa menyakitkan hati kau hari ini.
Moga Allah mengampuni aku.
Tapi aku rasa tahap kesabaran aku pun bukannya unlimited.
Bye
4 comments:
salam...rasanya kita tau sapa yang sima maksudkan...sabarla...tatkala allah menguji kita erti persahabatan dan erti kawan percayalah allah akan datangkan kita sahabat yang benar2 mampu menjadi bahu dan penghapus air mata..percayalah tak ada gunanya untuk menerangkan perkara sebenar kepadanya kerana baginya kita hanya SAMPAH yang selalu mendeki kelebihanya,,kita pernah rasa apa yang sima rasa,,orng yang pernah sebantal makan sepinggan tula yang merosakkan nama kita kat orang lain..dan yang paling menyedihkan dia kata kita mempergunakan dia..tapi percayaalah bersahabat @ berkawan dengan orang mcm ni kita yang selalu makan hati...kita telan saje apa yang dibuat kat kita..tapi percayalah dengan kuasa allah dia akan memberikan kita sahabat @ kawan yang salah untuk kita menghargai erti persahabatan,,,kalau pasal rahsia tu sima jangan risau kadang2 dia cerita kat orang lain lupa pastu dia tuduhla kita yang bercerita,,,memori dia dah full mcm tula jadinya...apa yang sima rasa sekarang kita dah rasa 1,2 tahun lepas...sabar ye sima...dah ramai yang kena dengan dia,,tapi dia tetap kata orng yang salah dia tetap sempurna orng hot memang mcm tu,,,
salam,orang yang kita maksudkan sama,tapi saya tak tahu siapa awak,saya ni bersifat sederhana,bila dah kena sekali dua,lama2 jadi tawar sampai satu tahap gunung berapi pun boleh meletup:)
Tapi takpe,Allah itu ada:)
Semoga pintu hatinya terbuka..insyAllah..
rasa nya kita tau dengan siapa sima berbalas entry,,,dengan yang sana kita tak cakap slah pihak sima pun kita tak cakap salah,,tapi kita nak tegaskan kalau kita berkawan jngan terlalu rapat,,,kadang orng yang rapat dengan kita tu yang akhirnya akan membelit kita...berhati-hati bila bersahabat,,kalau rasa rahsia tu penting biar diri kita je yang simpan,,mungkin tempoh perkenalan antara saya dengan liesa tak selama tempoh perkenalan sima dari sek rendah...tapi cukupla sepanjang perkenalan tu saya terlalu makan hati jujur saya katakan caci maki tengking semua saya penah dapat dari liesa dah kadang sehingga lali..tapi kesabaran manusia ada hadnya..saya manusia biasa,,bacala blog dia ada dia kutuk saya..dan mungkin sima tau kisah saya,,,tapi percayalah bukan niat saya untuk memburukkan dia tapi luka yang dia buat kat saya terlalu dalam,,,dan saya bukan orang yang jenis tak berterima kasih saya sedar tak selamany kita diatas,,,dan tak selamaya kita dibawah,,,dan sekarang saya masih berkawan dengan liesa tapi tak serapat dulu sbb saya sedar saya tak sempurna mcm dia..satu je yang saya nak dia tau disaat dia sakit disaat dia hilang tempat untuk berpaut siapa yang membantu dia..saya tau dia banyak kawan tapi percayalah satu saat semua kawan dia akan tinggalkan dia kalau perangai dia tetap mcm tu
now sy tahu siapa awak:)
hanya Allah yang berhak membalas tiap kebaikan dan keburukan,bagi saya hilang patah tumbuh berganti..
Hilangnya seorang Allah gantikan dengan 10 orang yg lebih baik utk jadikan kita manusia terbaik..
Salam perkenalan:)
Post a Comment