Tajuk ni ala-ala manja benci sebenarnye..:P
Ungkaian utk nota kaki entry sebelum ini..
Hari tu online FB,ttba ada orang tu datang menyibuk..
Dia : Cantik pelamin macam tu..
terkejut actualy,kaki tak berderap bunyi..tiba2 ada suara..haha
Aku : Cantik,tapi saya taknak macam ni..too flower..
Dia : Tu la,nanti pelamin saya nak pakai satu bangku yang panjang tu,pastu letak bunga sikit2,pastu dengan artificial lalang,utk kaki pelamin,main deco,nak letak gambar2 pre wedding sebagai wall pelamin..
Aku : Gulp, *cuba nak senyum sikit,tapi tak berjaya sangat*
sebabbbbb..
ape yang aku gila idamkan sebelum bertunang pun jadi idaman dialah pulak..sibukk je..
then hari tu,cik jelita ade ura2 kan nak pegi bukit cerakah..
(gambar ciluk dari google)
konon2 ala2 double date la..katenye,setelah mendengar cerita panjang berjela tentang tempat ni,aku pun menyuarakan rasa hati nak mengajak beliau ..
Aku : Awak,awak tahu tak Bukit Cerakah?
Dia : Lah kat Shah Alam?
Aku : Haah,nanti kita pegi jom.Nurul kata tempat tu cantik..*ayat tak dapat diteruskan sebab dipotong*
Dia : Tahu dah,lambat..memang nak ajak awak pun.Nanti free kite pergi...
Aku : Bengongla awak ni,sibuk je selalu,ape saya nak buat itu yang awak nak jugak.
Terus merajuk wa cakap lu.Agak emosi jugak la sebenarnye,sebab aku tak dapat nak bg dia pulak rasa teruja..Benci!
::ni bukan chemistery lagi namanya,ni aku rasa dia macam menyelinap masuk dalam otak aku dan cakap benda sama yang aku nak cakap.::
Dan rasa macam perak pulak bila aku cakap benda yang dia dah tahu.
Over kau ni encik Tunang..
.......................
Then semalam ikut beliau g makan2 bersama kawan2 beliau,too be honest actualy aku tak tido a night before start keje,sampai 6.30pagi aku terus g mandi,terus g keje.Gila kan?
Tak lena tidur walau dipaksa2,takboleh nak lelap!
Jadi kerana kejadian itu,maka aku pergi mengikut beliau dengan tidak berapa ikhlasnye,mengantuk dan lemah.
Dan aku tahu kawan2 die mesti tak selesa dengan perangai aku,maaf guys.
Kejap2 rasa nak muntah,kejap2 rasa kejung perung,kejap2 rasa nak landingkan kepala atas meja.Tapi aku tahan je..Mujurlah makan2 dorang tak lama.Kalau tak mmg pengsan aku.
Aku tahu muka aku sangat tak mesra alam semula jadi,tambah lagi aku lupa nak salam cium semua kawan perempuan kat situ,dua org je yang sempat sebab sebelah menyebelah kereta kami,sebab masa balik tu mmg fikir nak baring dalam kete je.
Ni lah padah tak reset tido balik.Ok aku memang degil -_-
Then,otw balik tu aku pejam je mata walau masih tak dapat lelap,tiba2 ade rasa satu sentuhan kat tengkuk menjalar ke dahi..aku pejam je..dalam hati senyum sampai telinga..
*terharu sebab dia masih concern:p*
Bertunang ni macam2 dugaan..banyak sangat,sampai kadang hati tergugat.Dan ada kalanya kita takkan sedar sehinggalah kita muhasabah diri balik.
Kadang2 aku tahu aku jahat sampai fikir bukan2,padahal semuanya ok je.
Hasutan syaitan semua tu kan?
:)
panjang sangat dah.K bye..btw silalah lawat blog ni
TRAGEDI SEPTEMBER - Aisya's story
kesian pada Aisha..
dan ini,
al-fatihah buat najla
menangis sekejap.Tak semua kisah manusia sempurna kan?
0 comments:
Post a Comment