Memang jujur aku katakan sedikit pun aku tidak marah dengan katanya aku menabur fitnah.
Ni entry khas untuk kamu.
Kita pernah tidur setilam
Kita pernah tidur peluk peluk
Kita pernah macam macam bersama.
Tolong jangan kata aku masih tak kenal kamu.
FYI,aku mengaku kalau kau kata aku anasir jahat itu.
Lumrahlah kan,bila berbaik,semua benda akan nampak baik,
Bila dah mula bermusuh,semuanya pun dah nampak tak baik.Tapi seingat aku,masa berbaik pun kau nampak aku tak baik saja.Ok fine.Aku tak akan mengungkit apa2 pun,macam yang aku cakap lepas2,Allah itu nampak,Allah akan membalas tiap kebaikan dan kejahatan.
Utk pengetahuan kau,
Mereka datang mencari aku mengadu domba tentang engkau.
Dan aku bersama yang lain yang ada bersama terkejut malah hanya mampu mengeleng dan ya,aku ketawa sinis.Sebab aku tahu,kau memang begitu.Tiada apa yang dapat mengubah sebab selamanya pun kau akan begitu.
Aku kesian dengan mereka,dengan penuh perasaan meluah tentang kau.
Dan dengan NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.
aku tidak memfitnah mahupun membuka rahsia yang pernah kita patrikan.Bagi aku itu tidak perlu,sebab tiada yang untungnya buat aku.
Terpulanglah untuk menilai.
Mereka membuka cerita palat kau malam itu,seorang demi seorang hingga menjadi satu kesimpulan.Oh sungguh kasihan cerita mereka.
Kami kami yang ada ni hanya memberi kata pendapat yang pada aku,kau memang sayang pada kekasih kau.Tak ada fitnahnya aku berkata begitu bukan?
Kau marahkan kami kami kononnya memburukkan kau?
Kau salah,sedangkan mereka yang datang yang menceritakan buruknya engkau.
Dan kami hanya menadah telinga mendengarkan luahan mereka kerana mereka datang kepada aku.
Tapi kau yang aku kenal memang takkan dengar kata orang malahan lagi aku.
Kau tetap akan kata aku ni yang jahat biarpun aku cuba utk beritahu bahawa itu bukanlah aku.
Kau tetap kau dan masih kau sampai bila bila.
Tapi entry ni bukanlah entry nak tunjuk aku betul dan kau salah,jauh sekali utk bagi kau baik dengan aku,ataupun utk buat kau mintak maaf dengan tuduhan dan FITNAH yang kau buat pada aku.
Tapi entry kali ni untuk sedarkan kau yang kita ni hidupnya berputar,bak kata kau,mungkin sekarang kau sedang terduduk,tapi cubalah akui sendiri silap dan salah sendiri.Takde kawan yang nak lihat kawannya jatuh.Tak ada siapa yang dengkikan kau,sebab tak ada apa yang aku boleh dengkikan,cz u have nothing.OK dah agak kasar sikit.
Tapi percayalah,kadang kadang apa yang jadi pada kita tu kifarah,muhasabahlah diri sendiri.
Kadang kadang kita bercakap,kita tak sedar.Sebab kadang2 Tuhan tak suka dengan apa yang kita cakap.
Semua rahsia kau aku masih simpan dan takde satu pun yang terbukanya keluar dari mulut aku,tapi muut mereka sebab mereka ada mata,mungkin selama ni mereka diamkan tapi tiap manusia tahap kesabarannya atas limit,bukan unlimited kawan.
Btw,kau bukanlah se-hot mana untuk kami ni takde modal lain selain nak bercerita pasal kau.
Tapi kami ni menghormati tetamu yang datang kerana memerlukan.
Hidup aku masih terurus dan masih lurus dan tidak lagi terjerumus kemana2.
Dan seperti entry lepas,Allah hadiahkan aku lebih dari kau seorang untuk gantikan kau yang tak seberapa.Betapa hebat kuasa Tuhan kan?Aku rasa diri aku lebih dihargai sebagai kawan sebab aku tak lagi dimaki sesuka hati,dimalukan sesuka hati dan disuruh2 sesuka hati utk mencover mereka,mereka hidup dengan aman damai dan tidak mencari musuh dan mereka hidup dengan penuh rendah diri serta tidak meninggi diri walaupun mereka hebat.
Aku rasa cukup setakat ini sebab kau mesti akan reply lagi.Tapi bagi aku cukup inilah titik noktah utk semua kata2 kau pada kami yang tak bersalah pada aku.
Cukuplah selama ni aku membantu kau seadanya aku.
Astafirullah,aku telah membuat dosa menyakitkan hati kau hari ini.
Moga Allah mengampuni aku.
Tapi aku rasa tahap kesabaran aku pun bukannya unlimited.
Bye