biarkan kosong

Tuesday, October 20, 2009
*senyum*

dunia dan manusia
alam dan fana
masing-masing susah untuk dipisahkan.
kadang kala kita nampak manusia ini sperti redha tapi dalam hati walau semut pun tak tahu.

bila sudah melangkah,memang kita tidak akan boleh berpatah semula.walau setapak.akhirnya minta semua redha.semua ini takdir.yang tertulis dan yang ditentukan.akhirnya berserah.

sedangkan ada manusia di ufuk lain menyalahkan dari segala aspek,mengapa,kenapa dan akhirnya tertawa.mereka anggap manusia itu tiada hati dan perasaan lainnya.biarkan.buang jauh jauh dan lupakan.anggap semuanya kesilapan yang tidak akan berulang lagi.

senangnya hidup bila manusia rasa dia jauh lebih tinggi darjatnya.payahnya jika manusia itu terpaling sama dengan tanah di jalan.

hari ini esok semalam lusa dan akan datang.mungkin kita bersama tapi bila lain saatnya siapa tahu.

sy mahu berehat dengan dunia pinjaman ini.mahu berehat dengan permainan duniawi.apa yang ada.

pejam mata.hirup udara.dah kamu akan tahu dimana kamu ada.dan siapa yang kamu ada.
senyum
ikhlaskan hati
supaya kita tahu siapa kita.

amin..;))

0 comments: