NUR KASIH

Thursday, October 29, 2009


hari ni rasa teruju nak cerita tentang drama siri yang memang sedikit sebanyaknya memberi impak pada penonton and yes!so do i!


aku teruja menunggu jam 9 malam semata-mata mahu melihat kesabaran Nur Amina,kelembutan beliau dan cara beliau menangani sesuatu situasi.Semuanya dengan ALLAH.Semuanya dengan pegangan Islam.

maaf entry aku sekarang ni macam banyaknya berbaur mulia kan?

bak ada seorang kenalan yang pernah 'memuji' aku dengan sinisnya

"yu tau tak yu ni sebenarnya berlagak mulia??"

owh my!memang sangatlah ai terasa waktu itu..sesangatnya.Maaf dan terima kasih,mungkin pada awalnya aku rasa ada kebenaran kata si pengadil bebas ini,tapi dalam masa yang sama ada detik dimana hati saya berkata

"aku sedang jadi mulia,tak bolehkan kau menolong aku waima sedikit dengan ilmu yang ada di dadamu?"

itu aku shima yang dulu,yang masih bersisa AKU yang dulu,sekarang aku sedang membuang Aku yang dulu,boleh kan bantu??jangan menghambur tanpa bertanya,tanpa selidik okey?slah ke yang najis nak jadi suci?boleh je right?kalau tak kenapa wujudnya mandi wajib?mensucikan diri dari hadas?besar atau kecil?sama kan??


hmm..berbalik pada kisah Nur kasih..siri drama begini pada aku harus di teruskan dengan berbagai kisah lain,yang pastinya semuanya penuh dengan nilai2 keagamaan,kekampungan.Bukan tentang sosial life yang memang memberi impak tapi banyak yang buruk dari baiknya.

seperti mana satu malaysia melihat Nur Amina seorang gadis yang baik,ayu dan sopan sudah pastinya watak Nur Amina tu leh jadi role model buat semua gadis-gadis kat luar sana yang masih jauh tersasarnya.tabik springg la tok pelakonnya yang betul2 membawa watak tuh dengan baik dan menjiwainya dengan baik.

entah bila kah pulak masa utk aku??;))sedang berdoa agar jodohku nanti biarlah yang boleh memandu aku ke jalan ALLAH..;)amin..;))

biar cuma hanya DIA

Wednesday, October 28, 2009
biar ALLAH yang tahu
biar cuma dia

kerana manusia takkan pernah mahu mendengar dan faham melainkan ALLAH
yang sentiasa ada untuk mendengar
yang sentiasa ada untuk membantu
yang sentiasa faham akan rasa sunyiku

minta sebutir kebahagiaan dariMU.

amin

biarkan kosong

Tuesday, October 27, 2009
tak sangka makin mudah sekarang

mana kekuatan kamu shima?

*tunduk*

mohon bantuan

kita hnya mampu merancang tapi tuhan yang bisa menentukan

kepala makin diasak asak dengan dugaan dan cabaran
saat ini paling penting kena harus pandai pilih satu keputusan
dan yang pasti keputusan itu lah yang akan jadi permulaan episod baru

doakan yang terbaik,insyallah baik semuanya.;)

looking for new job or countinue my study that can give problem to my dad n mum and sibbling for sure.

*sigh*

untuk kalian lagi

Friday, October 23, 2009
untuk mulakan satu perubahan dalam hidup bukannya mudah
sedangkan manusia disekelilingnya hanya pandai bercakap tanpa faham
sedikit sedikit aku mula mendaki,mungkin insyaallah akan sampai ke puncaknya.kalau boleh tak mahulah ada luka di kanan kiri atas bawah
aku mahu sempurna.
iman masih tak cukup kuat lagi tapi akan aku cuba.
pokok pangkalnya hati bukan?baik dengan manusia kadang kala seakan akan dekat dengan syaitan
tapi baik dengan Allah seolah olah dekat dengan syurga

memanglah kadang kala manusia ni pandai cakap saja.
tapi untuk melakukannya subhanallah..tuhan dan dia saja tahu

ada setengah manusia yang kenal aku dari awal,mungkin akan herdik aku,mungkin akan caci aku,atau paling mungkin akan perli aku.
tapi tidak mengapa,aku tiada sikit pun masalah dengan semua itu.hnya tuhan yang tahu bukan?

yup,dulu aku liar,dulu aku sedikit moden,dulu aku sedikit 'nakal'.
dan aku harap semua itu akan hilang,bila aku fikir fikirkan malu pun ada dengan diri sendiri tentang AKU yang dulu..hingga kan kadang kala bertudung,kadang kala tidak,kadang kala baik,kadang kala jahat.
aku seakan akan terikut-ikut dengan manusia,jika si polan ini 'nakal'aku ikut nakalnya.jika si polan ini baik,aku turut sama baiknya.itulah..dekat dengan ALLAH juga ada baiknya.

kini aku cuba tidak liat bangun pagi,kini aku cuba dekatkan magrib dan isyak,kini aku sedang cuba bangun jika tersedar tengah malam,kini aku sedang cuba menghafal doa-doa..doakan aku ya kalian?kadang kala aku tersedar,sampai bilakah hayat aku ini,entah esok atau lusa tamatnya ia.subhanallah..

mengejar dunia yang tak pasti.itu AKU yang dulu.mungkin aku masih tak cukup dapat yakinkan mereka tapi aku cukup yakin dengan diri aku sendiri kini aku,akan berubah.insyaallah..

kalian yang pernah aku sakitkan hati
kalian yang pernah aku maki
kalian yang pernah aku buang ketepi
kalian yang pernah sesaat duanya dicuri aku
kalian yang pernah sesaat dunia menemani

aku NORASHIMAH NORKAMAL,tidak terniat walau sedikit melupakan kalian,tapi AKU cuma mahu ruang untuk diri aku sendiri yang AKU rasa lebih baik dari terlalu rapat dengan kalian sebab aku tahu aku bukan selayaknya berada di kalangan kalian.Aku tidak sesempurna kalian.AKU kini semakin sedar siapa aku dibandingkan dengan kalian.

aku NORASHIMAH NORKAMAL ingin memohon maaf dan mohon semoga segala apa yang berlaku sesaat dua kita dulu harap dilupakan dan anggaplah ianya semua kesalahan aku,kelemahan aku,kekurangan aku,kecelaan aku dan semuanya atas aku.Aku mengharapkan sokongan kalian dan doa kalian semoga aku tetap begini dan tidak lagi AKU yang dulu.

salam semuanya;)

untuk kau atau kau atau kau

aku dh tak ingat bila
tapi aku ingat satu
sejak dari hari itu aku ini berjalan sendiri tanpa kasut tanpa payung tanpa baju tebal
bawah hujan
bawah terik matahari
aku jalan sendiri
tiada siapa bantu
tiada siapa dukung
tiada siapa payungkan
dan aku masih ingat betapa sakit dan pedihnya waktu itu
takkan aku boleh lupa

aku tak ingat bila
tapi dari tarikh itu
aku jadi lupa apa makna sayang
apa makna cinta
dan apa makna kasih
yang cuma aku tahu apa makna kebencian

aku tak ingat bila
tapi sejak tarikh itu
aku ini macam anak kecil umur tujuh tahun meringkuk bawah katil
takutkan pari pari gigi yang akan ambil gigi mereka
aku ini macam kaca dalam kulit
bila kena akan sakit
aku ini bagai bunian
yang impikan hidup macam manusia
tapi manusia itu muliakah hati mereka?

aku tak ingat bila
tapi sejak hari itu
hati ini jadi keras
hati ini jadi benci
tapi bagus tiada sedikit pun dendam

tapi bagus juga aku tak ingat bila dan bila tarikh tarikh itu

dan sekarang aku nak tanya,
aku matikah tanpa kalian?
tidak bukan?
jadi untuk apa aku risaukan
aku bernyawa sihat sedut nafas hembus
jadi apakah masalah kalian?
kalau tiada bagus!
terima kasih.

kun fa ya kun
tuhan itu ada
tuhan itu adil
tuhan lebih tahu

oh tidak mengapa,
tak perlu minta maaf ya
saya sudah maafkan kalian
moga-moga tuhan sama maafkan kalian.
amin..

dan tiba tiba aku dah tak ingat apa salah mereka
bagus kan?
ambil la lagi kesempatan yang ada selagi hayat ini masih ada selagi hati ini masih baik
jangan sampai aku mati atau kau mati lupa nanti kau masih ada hutang kemaafan sama aku ya.

maaf,entry hari ini agak kurang sopan tapi buat masa ini aku sedang sama dengan lava cair hitam oren pekat yang merah kuning bahayanya.

ehem..ehem..buat manusia manusia dan manusia sana
dengar ya
aku sikit pun tidak hairan jika kamu memainkan aku,sikit pun tidak
cuma yang aku hairankan
kamu fikir kamu bagus ya?
kamu fikir kamu malaikat ya?
atau kamu fikir kamu tuhan?
yang sempurna semua yang tiada cacat celanya?
hmm??
sempurna itu hanya tuhan saja yang tahu apa dan dimana tempatnya

dan buat sesiapapun yang terasa,sepanjang aku menulis tidak pernah aku bisikkan siapa kamu melainkan dengan nama pena encik dan encik
jadi buat yang terasa maaf ya,aku dh lupa siapa kamu dan bila kita kenal dan bila kita pernah jumpa
aku jadi imsomnia sekejap,dan jgn risau tiada pun walau sedikit masalah dengan kamu,kamu atau kamu
mahupun ada diantara kamu yang mungkin pernah tahu siapa kamu dan kamu
ingin sukacitanya disini saya umumkan saya meminta maaf jika apa yang tercatit dan tertulis disini menyirat hati anda atau anda,sy ini banyak silapnya.maaf ya

sekian.

it just my feeling

Wednesday, October 21, 2009
just wondering
perlukah kita mengikut trend semasa
maksudnya.

contoh 1
jika si meon ini punya dslr,nikon.lense bagai
kita main sama
sama-sama dengan ah chen,muthusamy dan semualah
matlamat kata satu
hobi,minat,cari makan
jadi macam mana yang lain ikut sama nak cari makan?
hobi dan minat itu mungkinlah tapi sampai bila?
sampai camera dah hanyut masa?
sampai muncul pula hologram?
saat itu hobi dan minat dah jadi lain
betul tidak?


contoh dua
semua mahu jadi model
jika semua model photoshot tak pakai baju kurang kain tak boleh kah?
kenapa mesti yang montok montok
kenapa mesti yang comel lawa
kenapa mesti yang seksi meksi
kenapa mesti yang mengiurkan
jadi trend itu kemudiannya membawa kepada apa?
semua pasti sedia maklum
dan trend itu makin lama mungkin akan menghilang bila makan usia makan zaman


apa lagi ya?hmm..aku saja yang tak uptodate agaknya..

tiada tajuk

buang jauh jauh rasa itu tiada gunanya
lambat laun akan perlu juga

antara cita cita dan kehidupan
aku pilih cita cita dahulu
masih banyak yang belum tercapai
masih banyak yang aku mahu ada dan lengkapkan berbanding dengan kehidupan yang mungkin bakal meranapkan segala.

mungkin makan tahun,mukin makan masa.
tidak mengapa kerana aku tahu akhirnya aku juga yang akan ada
pedulikan sama orang
pedulikan sama cakap cakap
pedulikan sama lambat atau cepat
kita punya hak masing masing

biarkan kosong

Tuesday, October 20, 2009
*senyum*

dunia dan manusia
alam dan fana
masing-masing susah untuk dipisahkan.
kadang kala kita nampak manusia ini sperti redha tapi dalam hati walau semut pun tak tahu.

bila sudah melangkah,memang kita tidak akan boleh berpatah semula.walau setapak.akhirnya minta semua redha.semua ini takdir.yang tertulis dan yang ditentukan.akhirnya berserah.

sedangkan ada manusia di ufuk lain menyalahkan dari segala aspek,mengapa,kenapa dan akhirnya tertawa.mereka anggap manusia itu tiada hati dan perasaan lainnya.biarkan.buang jauh jauh dan lupakan.anggap semuanya kesilapan yang tidak akan berulang lagi.

senangnya hidup bila manusia rasa dia jauh lebih tinggi darjatnya.payahnya jika manusia itu terpaling sama dengan tanah di jalan.

hari ini esok semalam lusa dan akan datang.mungkin kita bersama tapi bila lain saatnya siapa tahu.

sy mahu berehat dengan dunia pinjaman ini.mahu berehat dengan permainan duniawi.apa yang ada.

pejam mata.hirup udara.dah kamu akan tahu dimana kamu ada.dan siapa yang kamu ada.
senyum
ikhlaskan hati
supaya kita tahu siapa kita.

amin..;))

aku masih simpan

Sunday, October 18, 2009
petik satu kata

"ke awk mahu buatkan untuk saya"

bukankah kita harus lebih mesra.
tapi kita makin jauh kan?

tak sangka apa yang sy takutkan benar terjadi
semua manusia di dunia ini tidak sempurna awk

lewat usia manusia akan berubah rupa juga

selamat bermimpi semua..;)
aku ini pecinta tegar.

tunggu sikit masa lagi.
aku akan pergi dari semuanya.

bukan mahu lari
tapi mahu mencari

terima kasih buat semua
kerana walau secara tidak lansung kamu mengajar aku tentang sesuatu

kesilapan adalah guru terbaik

aku tak perlukan banyak masa.waima sedikit pun tidak
cukup aku kenal tiap ragam manusia yang buat aku berguru dengan dunia

contoh
ada seorang manusia
aku hormat aku sanjung dan ku kirim selamat buatnya
tapi entah hitam dalam hatinya
macam lahanat yang aku dapat
manusia,aku ikhlas tiada niat menyimpang
aku gembira lihat dunia kau
aku sakit lihat kau jatuh sedikit
kerana bagiku sesiapa pun disekelilingku adalah saudara aku
terima kasih

manusia dua
aku suka aku sayang sebagai teman yang entah bila aku rapat
tapi entah mana silapnya teman itu menyimpang dikit hendaknya
aku layankan saja
asal mereka bahagia
sakit dicari aku
jatuh dipanggil aku
girang dicampaknya aku jauh
lihat aku dengan yang lain,merah biru muka menahan nafsu
bila aku tanya apehal
nothing!we just friends..
terima kasih.kau buat aku belajar manusia segelintir kamu

manusia tiga
aku teman dia sehari hari
aku angkat dia bagai tiada langit
dan bagai tiang kukuh tulang ini.
bila sesaat itu dia hadiahkan,makin hari makin jauh
makin seminit makin sedepang.
pun tidak tahu dimana silapnya
tapi.
tetap terima kasih kerana sesaat waktu kamu
dan terima kasih gurukan aku tentang sesuatu

manusia ini berbagai rupa,bentuk dan ragam
mungkin aku yang lupa diri atau mereka yang tidak sedar hadirnya aku?

bunda,anakda rindu ribamu.

perempuan ini sensitif

Friday, October 16, 2009
bila lagi akan dapat rasa sempurna itu..
bila akan ada peluang lagi untuk rasa sempurna itu?

janji aku tak akan sia siakan lagi.

rindu untuk bercakap dengan kucing.
mereka lebih memahami.
mereka lagi mahu dengar
mereka lagi ada rasa simpati.



rindu mahu rasa hangat di kaki
bila mereka tahu aku perlukan mereka di malam hari
bila mereka tahu di tempat itu paling selamat dan selesa berada
bila mereka tahu aku marah dia masuk bilik lewat

sensitif ini tak boleh hilang punya.
akan sebak bila lihat kucing di jalanan
akan sebak bila lihat anak kecik di rangkul ibu
akan lebih sebak bila lihat pergerakan anak di dalam perut ibu.



tahu...aku sedikit melebih lebih.
kan aku budak budak lagi.

*sigh*

kenapa lah dengan manusia.
buang anak sini sana.
kalau tak mahu beri sama aku
sumpah aku akan jadi ibu terbaik.

dan sesungguhnya

Wednesday, October 14, 2009
aku diciptakan didunia ini dengan 1001 kekurangan
aku dilahirkan di dunia ini dengan 1001 kejahilan
dari kecil aku diajar dengan keserdahanaan
dari kecil aku di tatih dengan kesedaran

cumanya kadang kala aku jadi sedikit lupa diri
cuma terkadangnya aku jadi sedikit hidung tinggi
cuma terkadang kala aku jadi meninggi diri
dan akhirnya aku jadi lupa dimana aku berdiri.

siapapun aku,
siapapun keluargaku
siapapun kawan kawan ku
siapapun kamu

kita ini hidup di dunia yang punya PENCIPTANYA
kita ini hidup atas dunia yang hanya DIPINJAMKANNYA
kita ini bernafas dengan udara yang DI IHSANKANNYA
kita ini berbahagia dengan KEIZINANNYA.

jadi maafkan aku

meminjam masa kamu
meminjam waktu kamu
merasa kasih kamu
menagih syg kamu

sesungguhnya kesunyian ini kembali.
sesungguhnya kesedihan ini betandang kembali

rindu RAMADHAN yang lalu..
amat..

mimpiku

dua hari ini aku punya perkara baru yang akan menjadi teman setia aku selepas ini.
perasaan itu semasa berlari,tenang..ibarat aku lari dari seribu kekalutan,dari asap tebal hitam..dari semua manusia di dunia.bila letih ada satu perasaan lega.hanya tuhan yang tahu.

ya!Hanya Tuhan yang tahu.

bahawa hidup kucar kacir,bahawa keinginan aku jadi debu,segala mimpi aku jadi ngeri.

selamat pergi awk,sy iringi awk dengan doa dan harapan...;)

aku pasti boleh mulakan hari baru seperti biasa.shima kan kuat??;)

ia cuma mimpi...semuanya mimpi yang pasti akan tamat bila kita terjaga,bila kita tersedar bila kita terbangun..;)

keredhaan ini

Tuesday, October 13, 2009
dan aku masih tahu kau tahu segalakan?
hye encik..jangan sembunyi di sebalik layar cermin la,
jangan jadi pengecut!faham?!
aku sembunyikan semua ini sebab aku rase hidup aku jadi tersekat.
kau kan pandai semua,aku ni kan lahanat semata.kan??
kate bagus sangat,apesal tak reveal je?men curik2 pulak,men nyorok nyorok.xmalu ke??
kan kau bagus sgt!

*ketap bibir*

kalau keyboard ni boleh bercakap mesti die dh maki aku kaw2nye sbb aku patuk die kuat sgt.

aku benci lelaki itu.serius aku benci dengan sikap dia!kalau terasa padan muka!!

*jeling panas*

dan si encik,lepas pada empat mate ini bertemu aku lihat kita makin jauh kan?walau semalaman sy teman awk demi menyiapkan kerja awk,satu ucapan hadiah pun sy tak dengar dari awk,dah dua malam sy diam dan awk dah xcari sy lagi.tiada apa yang perlu aku selindungkan disini.semuanya ku luahkan sebab hipokrit itu mati.perhitungan sy tepat dan benar,sy dh bersedia dengan semua itu beberapa jam sebelum kita seiring.;)sy ok..

*tunduk*

jika ini takdirnya.sy xkan tanyer lagi kenapa.cukuplah titipan itu jadi saksi.

salam.

*sedang mengalami semput,apa ubatnya selain pam?xtahan..*

hari ini

apa pun hari ini,akan ku pastikan tiada lagi akan dtg
apa pun semalam akan aku pastikan tiada di masa depan.

dan dia masih lagi diam membatu.masih lagi diam memaku.
dan aku,masih menunggu dan menunggu.

hnya ALLAH yang Maha Mengetahui.
dan hanya DIA.

kalaulah boleh aku lihatkan laut sekarang.pasti lepas semua.

encik,smpai bila pun sy tetap disini.dan masih di sini.;)

dan hari semalam

Monday, October 5, 2009
penatnya tuhan saja yang tahu
tapi mudah mudahan lelahku ini berbalas dengan kepuasan yang tak ternilai dengan kata kata

bila lelah,aku jadi teringat pada yang lalu,dimana aku peluknya dari belakang dan aku pinjamkan bahunya untk aku sandarkan segala rasa dalam dada,dan ayat yang sering buat segala lelahku hilang...'penat??'dan aku hnya membunyikan 'hmm...'
ya,aku sedih..aku jadi hiba...sbb skrg aku tiada bahu siapa siapa utk dipinjamkan,aku tiada tangan kasar utk mengelus ubun rambutku..

si misai..rasa kita sama,tapi kenapa diamkan saja..kuburkan egomu sayang..

dan kepercayaan itu

Sunday, October 4, 2009
aku berpegang pada kepercayaan manusia
aku rela bergadai apa saja demi impian dan harapan manusia
apa pun yang terjadi aku tetap akan teruskan
mungkin ini namanya dugaan dan ujian dari ALLAH...
aku akan usaha mengatasi segala dugaan ini demi harapan aku sendiri
demi tidak menghampakan diri aku sendiri dan demi menyayangi diri aku sendiri
aku tidak pernah setekad ini.
moga moga segalanya di permudahkan..

amin..

keyakinanku..

aku sentiasa yakin dengan apa yang aku inginkan.
tapi keyakinan itu selalunya satu kesilapan.

sedang merancang sesuatu utk masa depan aku sendiri,
yakinkan aku utk berjaya
doakan aku kesana

amin..;)

sesat dalam cadar

Saturday, October 3, 2009
jadi lupa cara utk mengemaskan diri.
dua hari ini aku lebih selasa mencuci muka selang 3 jam,.tanpa secalit bedak,
bertocang kemane saje walau hanya pakai getah oren
entah mengapa.

im not in the rite mood
hari sibuk bakal menghampir selang beberapa jam saja lagi.
moga segalanya dipermudahkan.
amin..

salam semua;)

kehancuran disebalik keindahan

''hati mati jiwa pergi''


tanpa sedikit pun perasaan aku tggalkan bersama pesanan itu.jujur!

disuatu sudut,dimana tempat tercorot
meringkuk aku diam.buat kesekian kalinya aku mengkin akan dihumban ke kiri kanan.
lali perasaan ini dibawa angin
pergi.pergi.pergi.


di suatu saat.duduk tersesat.
mencari makna hakiki,mengapa dengan semua ini
YA TUHAN,YA ALLAH,YA RAHIM


kau berikan aku seminit waktumu,
membuat aku rasa istimewa sgt!
keliruku mati,hatiku benci
melihat,melihat,melihat


kau jauh walau sejari kita
terjatuh walau teguh aku disini.

mari sayang..

satu dua sepuluh!

Friday, October 2, 2009
baru mula melangkah sudah ada yang besa,alhamdulillah..;)
harap2 la dapat dan ada daya utk teruskan;)

thanxs GOD.;)

EARTHQUAKE

Thursday, October 1, 2009
selesai wajibku semalam,terpana pada skrin televisyen,dengan lagu yang sayu,
menitis jugak air mata,aku hnya mampu tersandar pada tiang dan melihat manusia manusia malang.
sungguh,hebat nya kuasa ALLAH.

disaat kemeriahan syawal masih lagi dirasai di bumi ku,tapi saudara ku di bumi mereka kehilangan hampir segalanya.takziah yang hnya mampu aku ucapkan dan al-fatihah buat mangsa yang terkorban.