Cervical Cerclage

Thursday, December 6, 2012
Mata dah berpisat dah, anak dalam ni pun dah takde rythm dah. Mesti tadi dok tolak2 ajak Mami tidur.
Memang anak ni suka jeles kalau Mami sibuk main pc tau :)

Janji tentang Cervical Cerclage. Yeay! Semangat nak berblog semula dah datang. Maka hari2 akan dapat entry dari aku. InsyaAllah.

Cervical Incompetence atau Rahim Lemah :

Masalah ini hanya terjadi kira2 10 : 100 wanita kat dunia ni. Macam macam punca. TAKDE KENA MENGENA dengan keturunan ye. Hanya akan dikenalpasti bila kita ada history pretem baby. Macam Awatif. Lahir tak cukup bulan. Malangnya tak dapat nak diselamatkan sebab terlalu kecil untuk kita siksakan dengan wayar sirat. Ok sebelum menangis. Baik back to the topic.

Cara untuk menyelamatkan kandungan seterusnya bagi yang mempunyai masalah CI ni adalah dengan melakukan kaedah Cervical Cerclage atau Mengikat Pangkal Rahim. Nanti.. jangan ngeri. Masih boleh lagi mengandung selepas melakukan kaedah ini :)
Di luar negara mereka menggunakan pendekatan buat dulu sebelum terjejas. Tapi di Malaysia, GH contohnya menggunakan pendekatan, dah teruk baru buat. Same case with me for my 2nd pregnancy.

Sebab tu aku kata suami aku memang the best man ever. Orang je tengok dia macam ganas takde perasaan. Tapi dialah lelaki yang paling penyayang bagi aku dan anak anak. Ececehh :P

Sejak tahu preggy, sebulan dua kali ulang ke hospital sebab nak cek rahim. Melalui TVS kita boleh tahu keadaan anak, panjang rahim dan bukaan cervic. So keadaan aku masih selamat di awal2 kandungan sehinggalah kandungan mencecah ke 21w 2d. Melalui TVS, gynea nampak keadaan anak dah mula menurun. Panjang rahim aku yang sepatutnya 3cm++ sudah ke 2.4cm dimana ini adalah keadaan yang paling teruk sekali sementara bukaan cervic sudah 1cm.

Maka aku disorong ke wad untuk Emergency Operation. Walaupun begitu semasa Operation dijalankan si Ibu haruslah dalam keadaan sihat, paling penting tidak batuk. Sebab kalau tidak Ibu akan mengalami komplikasi dalaman jika dibius penuh. Alhamdulillah Allah mudahkan aku. Walaupun ditunda kerana tidak sihat. Travel ke Ipoh untuk kenduri kahwin dan sehingga anak sudah 550g pun aku masih selamat. Aku dibius penuh sebab ubat Spinal Injection lansung tidak memberikan kesan kepada tubuh badan aku. Lansung tidak ye!

Sekarang dah masuk dua minggu pangkal rahim aku di ikat. Doctor pun dah bagi arahan untuk MC sehinggalah bersalin nanti. 36w nanti kena kembali ke hospital untuk buka semula jahitan dan boleh bersedia untuk melahirkan. Hoyehh!

Btw charge GH tidaklah semahal cas di hospital swasta.

Okay dah lewat. Anak dah bangun menendang semula ajak baring. Isyarat yang sentiasa difahami malam2 begini.

Semoga informasi ini berguna buat kalian di kemudian hari :)




1 comments:

Jazilah Ilyas said...

Cerclage bukan sesuatu yg menggembiraan sebenarnya. Experienced this for 2 pregnacy :)