Peristiwa

Friday, December 14, 2012
Salam,

Petang - petang macam ni, sebenarnya dah boleh tutup kedai jap, rehat sebab jap lagi nak pungpang masak. Suami kerja shift macam ni la. Kalau Suami shift malam, jam4 petang dah keletang keletung. Kalau kerja pagi nak nak maghrib la kena berperang dah :)

Tajuk tu sebenarnya memang kena sangat dengan entry kali ini. Tentang Peristiwa.

Dua Peristiwa yang berlaku yang paling takkan aku boleh lupa sampai bila bila.

Saat tangan gagah menyalami tok kadi, menerima aku menjadi sebahagian dari hidupnya

31/12/11 - Bukan semua lelaki mampu buat begini. Bukan semua lelaki yakin dengan keputusan yang mereka buat. Tapi lelaki gagah ini. Yakin! Sekali lafaz, sekali niat, sekali berjaya :)

Saat itu, aku rasa Allah mengangkat aku menjadi wanita paling berharga di mata semua. Bagaimana sebenarnya Allah sudah pun membagi sebaiknya buat umat umatnya. Menjadi seorang isteri, kemudiannya seorang sahabat.

Bila peluh mencurah kerana menahan sakitnya seorang Ibu.

19/03/2012 - Betapa aku sendiri tak menyangka itulah kali pertama dan terakhir kami berjumpa. Sakit yang boleh aku lupa sekelip mata, tapi insan yang sentiasa berada di minda sampai mati sekali pun.

Tarungan nyawa aku berbaloi kerana akhirnya Awatif Syakir menjadi Putera Syurga :)

Dua peristiwa ini buat aku kenal, mana kawan, mana lawan. Dan rentetan itu kita kenal manusia lainnya. Yang kita tahu baik busuk hatinya. Iri keji hatinya.

Dah lama tak menulis dengan jiwa. Sebenarnya dah lupa. Sebab macam kita makin dewasa, sepatutnya kita makin matang menghitung tiap satu kejadian.

Memaafkan itu lebih mudah, sebab lagi kita ingat. Lagi kita sakit. Lagi kita kira salah mereka, lagi kita dihimpit dengan hasad dengki.

:)


0 comments: