Perfectly 7month

Sunday, December 23, 2012
Salam,

Hari ni dapat sesuatu dari General Manager Citylink yang personally nak datang melawat mak buyung. Oh, terasa diri amat dihargai :) Alhamdulillah..


Rasanya tak pernah update apa2 pasal preggy kali ni kecuali pasal Cervical Cerclage hari tu kan? :)

Saja nak share memandangkan tempoh kritikal hampir berakhir :)
Malam malam macam ni, feeling2 a good mom in the world sebab bila malam la Baby respon paling banyak :)

Lepas kehilangan Awatif hari tu, aku akui, emosi aku tak berapa stabil. Sejak dari dalam pantang lagi. Menangis tu sudah pasti, tapi keinginan untuk try concieve lagi membuak buak.

Bulan pertama failed
Bulan kedua failed
Bulan ketiga failed

Masa tu dah rasa dumb sangat dah, macam, apakah guna sebagai wanita tidak boleh memberi waima seorang anak yang hidup kepada keluarga. Jenuh menangis, jenuh berdoa waktu sujud, jenuh cuba macam2 yang orang yakinkan aku boleh concieve.

Bulan pertama tak cuba apa2.
Bulan kedua perawan 3 botol
Bulan ketiga perawan 2 botol + CocoCollagenPowerPlus sekotak

Bulan ke empat, alhamdulillah, period tak datang dah :) Masa tu sujud kat mana je, aku tak ambil kisah dah. Yang penting aku bersyukur, Allah dengar doa aku.

Cuak? Semestinya, nak sampaikan ke 21w kandungan tu,macam2 yang aku rasa. Kalut, punah, berserah. Semua dah standby dah. Hari2 masih paranoid, Hari2 masih berdoa. Baby kurang gerak, keputihan yang banyak, tak rasa denyut nadi. Semua refer klinik. Duit? Takde siapa yang pertikai pasal duit dah dalam situasi kami.

Semua kami labur, 3 tempat kami check. Utk yang terbaik buat baby, GH, UMRA, KKIA. Buang masa, buang duit? Semua tak kisah, janji yang kali ni selamat.

Tiap kesukaran Allah gantikan dengan sedikit kesenangan. Aku tak alah lansung, cergas, tidak muntah, tidak demam, tidak sakit semasa mengandung. Tapi Allah gantikan dengan lebih besar. Allah duga aku dengan Cervical Cerclage. Suami kata, dah ini bahagian kita, kita terima. Kami redha :)

Hari ini, sudah 28w, satu tempoh yang jauh bagi aku. Anak sudah lebih dari 1kg, maka aku tidak perlu takut lagi jika bersalin awal dari jangkaan :)

Dua bulan lagi, cuma dua bulan lagi yang singkat. We will see you baby :)


0 comments: