2012 Closing

Sunday, December 30, 2012
Mesti boring kan? Mana pun orang cerita pasal 2012 ending. haha, but for me, 2012 banyak meninggalkan kesan mendalam :) Dari merangkak dah pandai jalan, dari jalan nak berlari pulak :)

Permulaan hidup bergelar isteri pada 01/01/2012 :)
Permulaan hidup sebagai Ibu pada 19/03/2012
Kehilangan mendalam pada 19/03/2012 :)
Kegembiraan kali kedua buat kami pada 11/07/2012 :)

Macam- macam lah!

Yang pasti semuanya membuatkan kita lebih matang! Dari masa ke semasa, dari takde apa2, kami build hidup sikit demi sedikit. Punya suami yang penyabar, punya rumah kecil tapi sempurna, punya harta paling bernilai dalam rahim, semuanya seakan perfect :)

Sehinggalah kena bercuti panjang sekarang, hikmahnya, aku berjaya membuktikan yang aku mampu berjaya atas kaki sendiri :)

Azam 2013 :

  • Tambah koleksi dalam Kedai Kesihatan & Kecantikan SK
  • Mampu buka booth atau kedai untuk Kedai Kesihatan & Kecantikan SK
  • Jadi isteri dan Ibu yang lebih baik buat keluarga :)
  • Menjadi lebih baik dari sekarang!

Semoga Allah permudahkan jalan kami. Amin :)




0 comments: