THE SUPER WOMEN.coklat bukan menyumbang kegemukkan.

Wednesday, April 27, 2011
sedar tak sedar dah nak habis sebungkus coklat bulat bulat aku makan
sebenarnya aku bukan peminat coklat,hanya certain2 coklat je aku boleh jadi kemaruk.yang pasti bukan coklat caburry ~entah betul ke tidak ejaan ni~

sebab yang buat aku leka.
baca blog perempuan macam senasib aku ni.best siak baca blog dia ni.
aku ralit tengok dari 1st entry dia ni and still keep going.
mcm baca novel dah,tapi aku suka hidup die yang super simple.macam aku.
super boros,dulu.macam aku jugak.
super women,maybe lah macam aku. haha

kan aku penah kata bukan senang aku nak promote blog yang aku suka kat orang.
sebab gua ni kedekut bai.haha,kalau boleh aku nak buat bahan bacaan aku sorang tanpa share kat orang lain.ok aku teruk.lalalla

sebenarnya banyak kejadian aneh jadi kat aku dua tiga menjak ni.
yang super aneh,aku boleh menangis sebab bergelut dengan sorang2 kakak kakak aku termasuk kembar aku hanya sebab diorang tak penuhi kehendak aku.shit.
bila duduk dalam bilik air baru perasan."tak malu mengaku kuat.gaduh dengan adik beradik sendiri pun menangis".nyaris nak call abah nak mengadu.time tu baru aku perasan.aku memang manja dan mengada ngada.

aku rasa aku kuat,tapi hakikatnye manede.sebab aku tetap menangis sebab benda remeh.tapi aku takkan menangis kalau gaduh dengan boyfriend.itu sumpah.sebab aku ego dengan lelaki.
aku penah menangis sebab buat silap,selalu menangis sebab terlalu stress kerja.akwardd kan?

kejadian aneh lain mggu ni adalah,saya berjaya datang ke opis dengan niat penuh utk datang keje dan dapat tumpukan perhatian sepenuhnya pada kerja.yehaa.. sebab sebelum ni fikiran aku banyak menerawang kepada perkara2 yang tak sepatutnya dibawa ketempat kerja.ok aku teruk.dulu.

malam ni macam biasa akan ada game badminton.bos sediakan untuk orang2 macam aku yang pemalas nak bersenam ni kuarkan peluh.baik utk otak katanya.

hari tu aku ada meluah pada kawan lelaki pejabat aku.berbangsa cina.
aku kata,

"bila nampak kereta ni mesti tiba2 rindu kat tenaga"

dia jawab

"buat apa nak ingat pada orang yang takde hati perut tu?jgn jadi bodoh!"

dia emosi terlebih.aku senyap aje.mcm,ok betul jugak kata dia.jantan takde hati perut memang bodoh kalau nak diingat2 balik.lepaskan aku macam aku ni kawan2 dia.asal weekend je hilang mcm aku bukan siapa2,malam2 nak dapat satu kol pun payah mcm aku perempuan simpanan pulak.

at the end,aku mintak clash.hurted?mane de.8 bulan hurted tu dah buat kebal.8 bulan je weh aku dengan mampu bertahan.

sebab,perempuan ni memang lumrahnya memerlukan selain suka dimanja2.perempuan ni selalu nak kan perhatian.tapi benda paling bodoh yang aku buat bila aku terima dia buat kali kedua.aku percaya pada kata janji bodoh katanya akan berubah,tahan semggu je.akhirnya aku pula yang ditinggalkan.alasan,stress keje.aku pun stress keje,tapi aku selalu harap dia ada.tapi bilamana dia tak mahu aku ada bila dia terumbang ambing,maknanya aku bukan siapa2 pun utk dia.sebab keberadaan aku sepatutnya dikala susah dan senang.bukan senang dan senang.atau bukan susah dan musnah.

ok rasanya dah panjang sangat.lain kali sambung lagi.

bye


0 comments: