dugaan bertunang #1

Sunday, August 28, 2011
To be honest,yes sekarang tengah dalam keadaan merajuk dengan encik tunang.
Tiap kesabaran ada batasnya,dan batas itu agak sudah sampai ke hujung tanduk.
Maaflah encik tunang,I know I should not shout at you yesterday.
We went to jalan TAR but because of crowded and Mr Fiancee dosen't suit that situation kami patah semula.Attitude aku yang pantang orang bertanyakan arah jalan exspacialy lelaki dan attitude Mr fiancee pulak yang sangat forgetful and cant independent with me.

Yups, each other have to complete each other kan?
I need to learn again about that.

Dalam merajuk mcm ni,actualy aku dah sampai rasa nak balik ipoh dulu dan tinggalkan dia.
Tapi aku tahu aku tak boleh selfish mcm ni,he will drive 4 hours to Kuala Kangsar then to Sg Siput with his mom,it was so tiring and I just make him trouble if im just dissapear like that.

Everyone have their own ego,and yes aku kene mengalah.
Untuk kebaikan bersama,demi ikatan keluarga,demi maruah semua.
Dan demi kasih sayang yang masih ada.

Semua orang mengharapkan kesempurnaan dalam diri pasangan masing masing.
Semua wanita mengharapkan yang dia akan terjumpa prince charming.
Tapi maaf,aku lupa untuk bersyukur yang aku telah ada sesorang yang menyayangi aku lebih dari dirinya sendiri.

'Kita boleh menerima kelemahan lelaki,tapi jangan terima kesilapan mereka'
-ini prinsip aku.

Dia mungkin keras seperti singa,tapi dia nangis tonton cerita korea.
:)

Awak mungkin tak sweet mcm orang lain,awak mungkin tak sensitif mcm orang lain,awak mungkin tak semacho mcm orang lain,dan awak mungkin tidak selembut mcm orang lain.
Tapi awak care a lot about me.Awak tetap manja ada masanya,awak tetap tersentuh dengar tangisan saya,awak tetap marah mereka yang marah saya.Dan awak tetap nak saya ada bila ketikanya.

Kemaafan itu adalah permulaan sebuah senyuman.

Selamat Hari Raya-Maaf Zahir batin
:)

rutin ramadhan #2 @ ramadhan #29

Thursday, August 25, 2011

Ramadhan tahun ni totaly lain dari ramadhan yang lepas2,
Aku baru pindah rumah dan secara mengejutnya aku dapat housemate dan jiran yang sangat friendly:)
Buka sama like family,masak sesama like sister,even diff gender but we enjoying sahur and iftar like brother and sister.Oh no mum and dad..;p
Tak pernah terfikir aku akan rajinkan diri memasak dan ada yang sanggup menjamah juadah tak seberapa aku..;p
Termasuklah ikan masin bulu ayam..:)
Semua kami ni orang kampung,jadi lauk2 kampung jela yang laku kalau nak masak;p

Hari ni merupakan hari terkahir ramadhan,

Sedih tiap kali ramadhan mula melabuhkan tirai..
Semuanya akan mula jadi lain maybe,tiada lagi bermesej mesejhan utk jiran2 dan kawan2 utk pergi ke bazar bersama..
Bertanya menu masakan pilihan,dan mungkin tiada lagi makan bersama like familyy..
Semua akan busy kerja:(

Tahun ni 1st year aku beraya as a tunang orang
Tahun ni 1st year aku beraya tak shopping apa-apa*itu hebat!*
Baju raya tak siap,pakai baju mana ada.*itu lagi hebat!

InsyaAllah kalau umur panjang,kita akan berjumpa lagi utk Ramadhan akan datang,maybe title akan bertukar kepada status isteri orang..
okay dah kedengaran bunyi ezos baru tunang..bye bye semua:)


Mohon ampun dan maaf buat semua,
Zahir dan Batin
Ikhlas dari hati.
Syma Kamal
:)

Ramadhan #24 To whom it may concern

Tuesday, August 23, 2011
Awak semua mesti pernah lalui zaman kesusahan macam ni.
Saya tahu bukan mudah nak bangun bila dah jatuh
Tapi kan,ini bukan masanya utk menepuk tangan bila orang lain pulak jatuh.
Kan?

........................

Saya tahu bila ada yang menghentam,masih akan ada yang bersimpati.
Tapi aku tak perlukan simpati itu pun.
Aku cuma perlukan kata2 semangat utk bangun.

.........................

Dulu saya tak pernah percayakan cinta sejati.
Tapi aku mula faham sejak dua menjak ni.
Betapa aku boleh lihat kasihnya lelaki sampai aku takut kehilangan.Lagi..

........................

Saya tak ada orang lain utk saya adukan air mata saya,kecuali pada mak abah.
Mereka keutamaan saya,mereka yang saya cari ketika gembira dan duka saya.
Sebab secara totalnya merekalah cinta hati saya yang utama.
Aku masih anggap aku ni anak2 kecil mereka.
Aku tahu abah masih anggap aku ni seperti baru mula membesar semalam.
Dan mak sangat mengharapkan agar aku boleh menangani segalanya sendiri.
Tapi aku tak cukup kuat utk tidak berpaut pada dua tiang ini utk berdiri.
Aku cari mak abah dulu baru aku cari tunang aku.
Apa masalah dengan itu?

......................

Dan saya tak perlukan simpati itu semua.
Saya masih boleh hidup macam masa hari pertama Mak Abah bagi kepercayaan utk aku pergi jauh dari keluarga.
So What?

Kadang kadang aku rasa semua benda yang dicakap2kan tu sebenarnye menuju pada diri sendiri je,antara sedar atau tak,dulu kau pun pernah dipulaukan kawan2 sampai aku rasa hingga kini kau masih tidak dimaafkan.
Kadang-kadang aku rasa semua kebaikan yang dicanang tu cuma sekali dua,tapi dihebahkan seumur hidup.
Kadang-kadang aku rasa fb ni dah macam tempah mencari gaduh,kaum dan musuh.Takde sebab nak mengeratkan silaturahim pun sebab bila si polan update kesini kesana karang si dengki hina kata si polan ni menunjuk dan nak kata dia kaya.
Kemudian bila si polan no update tersinggung kata then si cari pasal ni menggunung marah macam semuanya kene tuju ke dia.
Kadang kadang jugak aku rasa fb ni dah macam tempat 'marilah mengaibkan dia ramai-ramai' sebab satu status boleh menyebabkan seribu manusia turut rasa yang sama tanpa tahu usul asal perkara sebenar.


Kalau masih ingat pada entry yang lepas tentang majlis aku.
Aku dah pesankan pada mak,bukan aku bongkak tapi aku taknak esok2 adanya majlis ungkit mengungkit.Dan segala telahan aku benar belaka.Semuanya terjadi kini.

Aku rela tidak dibantu dari esok2 aku dibambu.
Aku rela tak di pandang dari esok2 aku dibenci.

Bodohkan semua ni?

Tapi takpe,aku lebih tahu Allah itu ada dengan aku.
Dekat sangat dengan aku,kerana Dia yang lebih tahu perjalanan cerita ini semua.
Aku tak perlu meraih perhatian semua utk kata aku betul dan kau salah.
Sebab aku yakin dengan janji Allah.
Sebab aku yakin dengan pesanan Allah.
Sebab aku yakin dengan kuasa Allah.

SubhanaAllah..


Ramadahan #23

im having a really2 hard time
its been really long time ago im not crying and yes im crying while drive to sg besi
all the way..

will start new job effective 15th september which mean i will not received any salary for september cause salary couting from 15th-14th every month

separuh gila aku berfikir how i can survive for the october,house rental,my daily expense,minyak,tol g keje.

im not looking for sympathy,im just looking for understanding.

tapi takpe,aku tahu,Allah itu selalu ada.
Hanya Kau yang tahu segalanya

::mak,maaf syma tak balik tahun ni::

Ramadahan #20

Saturday, August 20, 2011
Sana sini aku lihat hijab melekat di kepala mereka,
Sana sini aku nampak pelbagai jenis gaya,pelbagai jenis corak pelbagai jenis hijab.
Kalau aku kira kira dah 4 kali aku cuba utk kekal berhijab,sampai ada satu masa aku spend Banyak duit utk beli shawls dan anak tudung.
But now,semua tu tersimpan kemas dalam kotak kecil khas.
Sampai Mr Fiancee perli sebab,tudung banyak tapi tak pakai.
Yaaa...aku fahammm.beliau terkilan dan beliau sangat teringin sekali melihat saya memakai tudung.

Persoalannya betul bersediakah aku?Memanglah benda wajib mana perlu perkataan sedia atau tak,tapi aku tak suka jadi manusia hipokrit.Aku berhijab tapi aku tak jalankan 5 waktu secukupnya,malah aku masih menjalankan beberapa dosa dosa kecil seperti bercakap2 dengan Mr Fiancee,sedar atau tidak suara tu kan aurat
:)

Memang aku teringin dan sangat teringin mengekalkan sifat muslimah dalam diri.
Malah aku teringin dihormati sebagai muslimah sejati.
Tapi aku harap sesampainya waktu yang aku rancangkan aku mulakan semua ini.
Aku masih lagi bernafas dan pintu taubat itu masih terbuka luas utk aku.

Benda yang paling aku takutkan dalam hidup.
Andai hati aku nnt dihitamkan kerana aku terlalu lalai dengan duniawi.Akibatnya pintu taubat itu dan tertutup hingga aku tak sedar di mana aku berada.
:)

SubhanaAllah..

.......................

Hari ni takde menu masakkan,cadangnye nak masak tempoyak asyik tergendala.
Berbuka berseorangan,jadinya tak perlulah aku membazirkan duit.Makan luar sudah:P
Sejak bercuti awal ni,selalu sangat dah jadi suri rumah yang berjaya,hari hari beli ikan sayur nak masak dan sejak cuti ni jugak la tangan makin kasar.Bermain air hari2..;p

.........................

Rumah baru makin lama makin fully furnish,setakat ni yang cuma kurang tv dan peti ais sahaja:)
Impian nak wujudkan home sweet home makin tercapai.
Alhamdulillah,sebagai orang bujang dan bergaji sederhana yang berjaya,kualiti barang memang penting,tapi harga yang dicapai haruslah selari dengan perbelanjaan bulanan.hehe
Tak kisah la barang 2nd hand sekalipun,janji kualiti bukan seperti barang 10 tahun lepas.
:)
Walaupun cuba dalam memanfaatkan bujet agar tidak terlalu mahal,tapi trend semasa kene jugak diambil kira.Jangan main hentam je.
kan?
Target baru,sebelum bulan 10 ni peti ais mesti akan dibawa masuk jugak.InsyaAllah:)

Aku tak pernah terfikir sejak berpindah aku akan punya jiran aka kawan2 yang baik hati dan saling mengambil berat terhadap masing masing.
Dan dikala rumah aku kekurangan itu ini,ada jugak jiran yang berhati mulia menyedekahkan tikar getah dan rak dapur.
Semoga rezeki kau bertambah2lah encik jiran.Pahala ramadhan kau berganda2 jadinya:)
Dan sebagai ucapan terima kasih tak terhingga,semalam aku buatkan ikan bilis petai yang kau idamkan lama katakau tempoh hari.
:)

Berkawan ni,biarlah iklas dari hati,jangan ada sifat iri hati dan dengki.

.............................

Ralat aku bukan main lagi kala ni.Aku hantar kain dua bulan awal.
Tapi tak dapat jugak disiapkan dengan alasan tempahan banyak.
Waklu.Aku nak raya pakai baju ape!


Ramadahan #12

Wednesday, August 10, 2011
diam-diam dh 12 hari dah puasa.
rutin masih sama,balik keje jam 5,terus beli barang basah nak masak,berperang kat dapur yg kdg2 mcm harem,sttle masak pastu makan berbuka.

.........

kdg2 mak ayah tahu apa yang terbaik utk anak2 mereka,mereka tak pernah membeza2kan anak2,tak pernah pula mengajar politik pada anak2,cuma anak2 yang mengada2kan itu semua
seronok kan kalau semua ummah keluarga hidup harmoni tanpa perbalahan,tapi masih ada juga segelintir muslimat yang sukakan perbalahan,apetah lagi suka mengada2kan pertelingkahan
sesungguhnya Ramadhan memang menguju dan menggugat.
SubhanaAllah..

..........

Rumah baru,suasana baru,kawan baru,kerenah pun yang baru2:)
manusia hidup dengan macam2 keragam dan perangai.
Masih cuba try adapt dengan situasi dan keadaan.
:)

...........

aku bukanlah seseorang yang jenis berkira,bukan juga yang jenis meminya minta
tapi manusia,sesekali ada rasa,
bila hari aku,esok aku lusa aku lagi then bila kau pula?
kan?

bila kita terlalu baik manusia pula terlalu memijak,bila kita terlalu angkuh manusia pula terlalu membenci.
kan?

hari ni secara officiallynya aku tamat di company Network Straits
secara details nya aku terharu sebab walaupun aku habis awal aka separuh bulan tapi aku tetap dibayar penuh.
Thanks kerana masih menghargai saya..
dan secara totalnya aku memang lega sebab aku boleh bermalas malasan di rumah sementara nak raya dan start keje baru..

offer letter dan amek dah sign pun tapi esok aku masih nak mencuba tempat baru kat shah alam,nak banding2kan benifit yang boleh aku dapat.
Kalau mencuba tak salah kan?
dunia sekarang ni kene tamak haloba,semua org mengejar duit dan kesenangan.
lagipun dekat dengan tempat keje encik tunang..senang nak cari rumah
hehe:)

esok nak balik ipoh..dengan jayanya menghabiskan puasa bersama keluarga tercinta sampai habis raya.yeay!!

::nota kaki::dua suara,dua rasa :( ::

quickly updated

Monday, August 8, 2011
ok,updated kat pc hosmate kat rumah kesayangan.
menunggu jam berbuka.
hari ni mereka masak utk saya:)
yeay
cuci tgn sajeeee...ngeeeeee

encik tunang merajuk.
saya pun merajuk.
sape nak pujuk sape?
bye

Rutin Ramadhan

Thursday, August 4, 2011
Been very busy during this fasting month..sooo short of hours.
Masuk pukul9,balik pukul 5, then semua yang bujang2 ni pegi bazar ramadhan,smpai uma mandi terus bukak puasa.Lepas tu tido.Esok bangun sahur jam 5pagi.Itulah rutin hariannn yang sgtlah hectic..tak cukup tido.tak cukup rehat.Makan yang banyakk.haha..

Actually aku sangat nerves utk keje baru nanti, Secretary of department of engineering..
Serius tak pernah terfikir nak tercampak dalam bidang cmni.haha.
Tapi why not try dulu kan? Lagipun waktu muda muda ni la kene merasa macam2 pengalaman.
Pengalaman logistics setakat ni paling tinggi cabarannye.:)

Ombak dan badai tu kan lumrah alam,apetah lagi dalam perhubungan.
Aku tak suka hak aku di kacau org.Jangan menghina tempat aku dalam hati tunang aku.
Sebab separuh kami adalah satu sekarang.

Thats all for now:)

::ramadhan tahun ni masih takde keinginan nak berbuka secara berselera.Nak makan kuih je..::

bye