21Julai Bersamaan 12Ramadhan

Sunday, July 21, 2013
Alhamdulillah, kita masih bersama untuk Ramadhan kali ini, bezanya, kami sudahpun ber empat :)

Kalau orang tanya, empat? Siapa lagi seorang?

:)

Aku cuma jawab, anak sulung saya, Awatif Syakir, ya, aku tak pernah menganggap Awatif tiada di dunia ni, aku tahu dia sentiasa ada di keliling kami, menunggu kami di pintu SANA :)

Aidilfitri pertama kami, kami harapkan kami hidup bertiga, tapi apakan daya, Allah lebih tahu apa yang terbaik, takbir raya aku sulamkan dengan air mata. Sayu. Anak kan, aku memang tak pernah simpan gambarnya, tidak perlu, sebab wajahnya masih dalam ingatan, masih subur masih sama, itulah kenangan manis, dan itu jualah kenangan pahit. Tapi kenangan itulah menjadikan aku lebih dekat pada pencipta.

Aidilfitri kedua kami, kami bertiga setengah :) Haziq masa tu dah nak masuk 3 bulan tak silap aku :) tapi perut Mummy dah nampak, jadi lebih bermaknalah Ramadhan dan Syawal. :)

Ini InsyAllah, kalau panjang umur, Aidilfitri ke 3 kami, kami ber empat :) Mummy, Ayah, Awatif Syakir dan Haziq Syahmi <3 p="">
Cabaran Puasa sebagai BF mom, taklah mencabar sangat, tengok pada keadaan juga, ada harinya memang keringgg.. tapi sebenarnya mind set lebih penting :) Berbeza puasa masa mengandungkan Haziq dulu, yang tu lebih letih, lebih penat, uhuuu

Ramadhan kali ini lebih banyak pengisian, sebab dah jadi suri rumah, masa tu lebih banyak boleh managed selain dengan kerja rumah, layan suami, :) Malam2 aku dah mula dengan Tahajud, pagi dah mula dengan Dhuha, Alhamdulillah, Hijrah itu Indah kata si Felinna :P

Memang betul, Indahnya Dhuha dan Tahajud tak tergambar rasanya, cubalah, manisnya lebih manis dari solat 5 waktu :) SubhanAllah :)

Next Step!

Friday, July 12, 2013
Alhamdulillah Ya Allah, kurniakan aku malaikat kecil ni, somehow dia dah macam boyfriend kedua selain husband :)

Haziq is nearly 4 month actualy, tapi, alhamdulillah, dia dah boleh meniarap tapiiii dengan bantuan okay! :)

Ye saya tahu, parenting issue, jangan tolong, nanti anak manja, tapi apakan daya, memang tak boleh tengok anak merengek2, bantulah mana mampu, Ayahnya marah bebenor! hahaha




Anak ini sangatlah comel :) Aku tak pasti betul ke perangai dia ikut Mummy, kadang tu over excited Haziq Syahmi ni, peramah yang lain macam. hahaha



Haziq Syahmi 3 month ^^

Wednesday, June 19, 2013
Salam,

Seperti kebiasaan pemblogger lain, kot. haha sejak kahwin sampai la beranak, blog asyik la bersawang, bukan rumah je ha, blog pun sawang juge :P

Haziq Syahmi turn 3 month, alhamdulillah, dari hari ke sehari banyak perubahan dia, termasuklah sungguh mengikut Mummy punya piching! hahaha, selain dari tumbesarannya yang laju, aku sedikit bangga bila, busuk2 bau ketiak mummy pun, nak ketiak mummy juga, ketiak ayah takmo! hehe

Haziq 3 month, hermm sebab sejak dari berhari2 aku dah mandikan dia dengan air sejuk, bila dah 2 bulan setengah pun kepala dia dah tegak sendiri, pandai ketawa mengekek2 you all, nampak mummy jeling dari jauh je pun dah jadi bahan lucu dia. Mengiring, angkat kaki tinggi2 semua dah boleh, tinggal nak menerap dia pemalas sekali, berat buntut kahaternyeee!

Rambut Haziq Syahmi tebal! Tapi had pacak tu tak tahu la ngikut sape, and yes, Haziq Syahmi 3 bulan baju 6 bulan! Yes, dia tinggi ikut Mummy! Yeay ^^


Haah, memang kena pakai bip since air liur beliauuuuu, boleh sebaldi sehari, hahaa, nak kata ada yang aku kempunan rasanya semua dah dapat kecuali kempunan yang berulang2. hehhee


Alhamdulillah, even mengikut kemana saja mummynya pergi tiap hari, Haziq Syahmi masih fully BF tapi tak exclusive la sebab bila driving kekadang dia nak tido dia start ngamuk, maka kena la sumbat botol :) Dari dalam perut anmum sampai dah keluar pun anmum juga sajiannya. Actualy dah cuba banyak susu, dari semurah2 sampai semahai2 susu, tetaplah anmum yang ok ^^


Our favourite place ^^ Seoul Garden.


Cepat je awak membesar anak, rasa macam baru semalam je lalui jerit perih berpantang, :)

Alhamdulillah, kalau Abang Awatif Syakir ada, mesti kita lagi meriah:)

GG turn 2 month today :)

Saturday, May 18, 2013
Salam :)

Why GG? Why? Erm.. Sebab my son was Haziq Syahmi ^^ Comel kan panggil GG? 

Being a Mom was wonderful, but being a Mom of you was a very great gift from God :) 

Ibu yang Sabar??

Sunday, May 5, 2013

Vroom Vroom.. Haziq pegi mana tu ^^ Pegi teman Mummy ambil stock la unties uncle :)

Haa, lepas je pantang, panjang balik dah langkah kami anak beranak, pegi amek stock, pegi post barang. Hidup mesti diteruskan, bahagia2 jugak tuntutan nepsu kena layan jugak kadang2. Lagi2 bila pegi shopping, mesti break kat tempat baju baby, sejak ada anak ni, lupa dah keperluan Mak Pak. Its Normal :P



Nyaman je kan tengok anak tidur dipelukan? Kalau tak peluk pun, kat kiri kanan ^^. Actualy title aku tu memang tuju kat diri sendiri. Sabarkah aku? Sebab tu aku penah nasihat diri sendiri jugak, Allah menguji tiap saat, dan kali ni, Allah uji aku melalui Haziq. Aku akui aku bukan jenis penyabar, tapi sejak ada anak ni, rasional aku makin tinggi, yang mana aku perlu kontrol temper aku ni dari marah. Budak kalau dah merengek 24jam? Boleh sabar lagi x? :D

Setiap hari kanak2 akan tunjukkan ragam dia yang baru. Ada je yang dia nak bagi Mak Pak dia ni belajar, so that nanti bila dah ada adik Mak Pak dia dah boleh faham gerak rentak tumbersaran anak. Glup! Adik?? kekeke

Tahap kesabaran dalam perjuangan nak fully BF Haziq pun teruji, aku memang tak sabar. Lagi lagi bila dia dah mula tolak pacifier dua tiga hari ni T_T susah Mummy nak buat kerja, dah rajin meragam bila nak tidur. Mengantuk, tapi nak main tapi mengantuk. Lastnya jadi mengamuk. Akhirnya nipple Mummy jadi mangsa -_-, dah tu mula la Mummy nak menepungkan Haziq. Tapiiiiii, asyik tak sesuai je dengan Haziq. Lagi teruji!

Ya Allah, kau berikanlah aku kesabaran, kesihatan yang baik dan kemudahan dalam membesarkan anakku Haziq Syahmi. Aminnn

Day 42 of confinement :)

Sunday, April 28, 2013
Salam

Anak dah tidur *mood bahagia* Suami pun dah tidur *yang ni mood swing swing* hehe, so Mummy update belog. *Yeay*

Indah jadi Mummy ni, yang tak indahnye bila Haziq menangis mintak lunaskan hajat tengah malam, tengah pagi, tengah subuh. Tapi bila dapat susukan dia, kenyang pulak tu, tengok muka lena dia, Ya Allah, cium sepuluh kali pun tak pe. ^^

Dari hari pertama sampai hari ke 42 ni, tiap hari ada je benda baru yang dia beri kat Mummy, mula2 dulu every single hours menangis malam, sekarang dah ada gap, mula2 dulu, tidur je keja, but know, Nauzubillah, susahnya nak bagi tidur. Mata ngantuk, memang ngantuk sebab dah dok pisat mata banyak kali dah, tapi akai nak main dia lebih, sibuk nak ajak sembang, gelak2. :)

The things yang buat aku lagi bahagia bila En balik kerja, kalau Haziq meragam nak aku tepek je sebelah dia, En akan masak untuk kami hari tu *Thats why I love you so much bie* :)

Oh dan lagi, benda ni automatik. Takyah tekan button pun, bila dah keluar si Haziq, terus bahasakan En ''Ayah" Oh bahaya bukan? haha, tapi tula nak bagi Haziq dengar who's Mummy and who's Ayah :) Practice make Perfect kan?

Dan ya, aku bakal resign dari Citylink, yah yah yah, semua Ibu akan rasa benda yang sama macam aku rasa sekarang. Tapi aku ni ada sifat pasif dan paranoid yang sangat tinggi dalam diri, jadi before aku dok mikir bukan2 pasal BS Haziq, baik aku sendiri yang jaga. Hari2 fikir, betul ke, boleh ke, tapi bila tengok muka Haziq Syahmi ni, lagi sebak nak tinggalkan dia dengan orang. Oh tak mungkinnn

Jadi berbekalkan banker banker yang ada, aku akan tetap meniaga online. Yeay, musim busy bakal kembali LAGI! :)



Pengalaman Bersalin - Muhamad Haziq Syahmi Bin Muhamad Hazrin

Friday, April 12, 2013
salam :)

As mention before, post terakhir tu betul betul merupakan post terakhir pasal preggy :) Esoknya terus sakit tu datang, alhamdulillah :) Ini Kronologi untuk melahirkan Haziq Syahmi :)

18/03/2012 -

10.30am

Dapat call dari MIL, Saja call nak tanyekan khabar, dah sakit ke belum,sihat ke tidak, baby ok ke tidak. Masa tu memang sakit lansung tiada, selesa macam baru 5 month, haha. Selesai berborak, baru perasan matahari dah meninggi naik. Perut dah senandong sayang, rupenya belum breakfast. Husband ralik tengok tv. Ape lagi, kerah la p beli lauk nak masak. Somehow En macam terasa je itu hari terakhir kat rumah, dia nak beli lauk je, mintak aku masak nasi. Aku okay je. :P Tambahan macam busy sikit nak bungkus barang nak pos hari tu. En balik, rupenya beli lauk basah, lauk siap semua tak sedap katanya, fine, kita masak bersama.
Biasa la mak buyung ke tak buyung ke kami masak memang super faster, dua orang tiga lauk, haruslah laju, haha

12.00pm

Tengah sedap makan 'Brunch' kami, En siap beli air F&N Strawberi lagi. Memang fav kami :) tetiba ade bunyik pop! Memang takkan lupa bunyik tu sebab dari bunyik tu la sakit pun start datang. Bunyiknya pulak bukan macam ketuban pecah, tapi lebih kepada something meletup kat pinggang, huu. Tapi masa tu aku ignore je, sebab selalu sakit macam tu pagi2, tengok2 takde pape, En tanye, sakit sangat ke? Aku cakap mungkin BH je sebab dah selalu ditipu. hoho. Dalam masa tengah makan tu 3 kali sakit tu datang, selang 10 minit. Habis je makan, bangun dari duduk, sakit lagi, tapi sakit nak membuang. Masa tu pelik jugak, cepatnye lawas?? Hihi, p toilet, cerry berry melanda, tapi sakit tu pun datang jugak sama. Lepas tu terasa macam lendir mengalir kat celah peha, selalunya memang aku akan check pun kalau2 ada darah ke apa, hari tu pun aku check lagi, sekali lendir + darah FRESHH.. cuak! Menggeletar rasa. Punya la cuak sampai dalam toilet tu panggil En, haha, En marah2 aku sebab ingat dah terberanak dalam toilet, muahahahhaa

2.00pm

Masih kat rumah lagi, busy nak packing bedak arab ngan korylan foundation. En sibuk kemas baju sikit bawak masuk dalam kereta. Settle semua, masih tak rasa nak pegi hospital lagi, sebab sakit tu masih selang 10 minit, kejap2 5 minit, aku andaikan akan lamaaaa lagi. Syiok2 tengok Walking Death dengan En terasa nak call Mak, Mak kata, tunggu sakit sangat2 baru pegi. Dalam hati ni, pos laju sat g tutup pukul 8mlm, tapi takkan pukul 8 mlm nak pegi. Haha, lastnya aku ajak jugak En keluar, p pejabat pos dulu. En bawak kereta macam Baby dah nak keluar sangat2 dah, aku kata ' B, releks, xsakit sangat pun, boleh handle lagi, takmo p sepital awal sangat, nanti lame lagi nak tunggu'.. En? Buat dekk je, die tetap gelabah. Park depan post laju pun dag macam parking tu dia punya, haha

4.00pm

Arrived HSB,lambat sikit sebab aku ajak singgah sana sini dulu, p beli Kurma nabi dulu, untuk tenaga :) Sampai2 je, pekerja kaunter tu buat sakit hati,boleh tanya, dah sakit ke? ketuban dah pecah ke? Aku dah cakap dah, dah keluar tanda, takde leaking dan dah extreamely sakitttt. Dia boleh terhegeh2 lagi. Muka memang la nak mintak lempang. Emosi mak buyung nak menahan sakit lagi xsetabil you know :P Sampa2 je, buat CTG, VE, tapi biasa la HSB, menunggu memang lama, sakit la macam mana sekali pun, tunggu tetaplah kena tunggu. VE masa tu dah 4cm, Aku tak terkejut pun sebab memang aku tahu aku jenis cepat dilate dari pengalaman masa Awatif dulu.

6.00pm

Perut berkeroncong lagi, yelah dah tengah hari tadi cerry berry, mintak En belikan makanan, Masa tu VE dah 8cm dah, ikutkan Nurse tak bagi jalan bangun dari katil, makan pun tak boleh, tapi aku gagah lagi p jalan, lapar tetap lapar hokeh, hehe, sekali En beli rojak Pasembor, memang heaven makan, tapi tengah2 makan tu, Erk.. kontraksi datang, patah patah patah seleraaaa. Lastnya p masuk balik menyerah diri untuk VE lagi, sebab masa tu sakitnya macam nak terkeluar sangat dah, jalan pun, nak angkat kaki pun macam kena paku kat lantai. Nurse siap bebel lagi, awak ni dah banyak cm pun boleh p jalan sana sini lagi sampai check VE tu, rupanya memang dah 10cm dah, tapiiiiiiiiiiiiii, LR penuh, so kena tunggguuuuuu lagii. Masa ni memang aku hangin sangat, lama aku kena tunggu. Memang lama kena tahan 10cm tu dari JANGAN TERAN. Memang teragut sungguh kesabaran

8.30pm.

Dah tolak ke LR, tapi masihhhh, tunggu duluu, sebab katanya aku ni anak 1st, jalan lambat bukak, dalam hati macam WTF, ni 2nd baby even 1st pretem dan aku dah 10cm la weh! Datang sorang Doc Perempuan ni check kata baru 8cm, datang sorang lagi check kata dah fully dilate, datang Doc laki ni pun kata dah fully dilate, had doc perempuan tu yang aku geram. VE sakit gila, cuba la lemah lembut macam muka kau yang lawa tu, ni terojah kemain kasar lagi, tak salah kalau aku terajang muka dia tau, Hahaha

10.00PM

Aku dok je tengok jam tu, cakap - cakap ngan Baby, awak nak tunggu 19/03 jugak ke sayang? Nak sama birthday dengan Abang Awatif jugak ke? Tapi Mummy dah takde daya dah nakk.. Mengalir jugak air mata aku masa tu. Datng la seorang Doc Lelaki dan 4 orang pelajar Uitm, Aku argue ngan dia, bukan ke kalau Hospital lain, dah 5cm pun dorang pecahkan ketuban? Kenapa saya tak dipecahkan ketuban? Dah tak pecah macam mana anak saya nak masuk laluan. Sebab tu kepala dia tinggi lagi. Doc tu macam speachless, dia pun kata HSB tak buat sebab few month ago bila dorang pecahkan ketuban ada kes Momies tu meninggal. Aku tak heran lansung kes kes macam tu, itu lah namanya bagai menempah maut bila bersalin ni, kalau syahid aku waktu tu, takkan nak saman Hospital pulak kan? Lastnya Doc tu tolong aku pecahkan ketuban. Baru la legaaaaaa sangat sangat sebab atleast ada something yang dorang buat dari menungguuuuu.

11.00pm

Masih menahan, tapi masa ni, suara aku dah tak boleh kontrol dah, memang kejap2 aku jerit panggil sesiapa yang boleh assist, aku nak beranakkk dah nii! Datang sorang Misi LR tu dia siap bagi ceramah ' Dik, akak tahu sakit, tapi baby awak tu tinggi lagi, anak pertama memang lambat, cuba bawak istifar, memang sakit nak bersalin ni sakit, kalau tak takdelah kita dapat pahala' Aku buat bodo je apa yang dia ceramahkan. dah habis dia cakap aku pun cakap KUAT2! 'TAPI SAYA BETUL BETUL NAK MENERAN DAH NI, FAHAM TAK???' Misi tu pun mintak suruh aku kangkang, bukak je kaki, kelam kabut suh panggil husband, baru la nak prepare itu ini.

Bermulalah episod push mengepush :) Satu pengalaman yang sekali lagi Allah beri, tapi kali ni lebih lama sebab Baby Haziq besar okeh. huhu, Mungkin jugak sebab sakit yang lama ku tahan, dah takde daya dah nak teran. 3 kali push, keluarlah Muhamad Haziq Syahmi Bin Muhamad Hazrin, bila nurse letak je atas dada automatik rasa syahdu tu. :) Dan ya, episod cium mencium wajib ada dalam LR. hihi memang automatik.

Sekarang dah 26 hari dah, macam2 dah pandai, hari2 ada je menda baru dia tunjuk :)


Fresh from Oven : 3.40KG, 11.30pm / 18.03.13 :)

39w 5days

Sunday, March 17, 2013
Salam Reader :)

Yeahh, makanya aku masih belum bersalin lagi :) Haziq sangat happy, secured and selesa berada dalam Rahim Mummy, itu bermakna, kamu memang anak yang baik macam Ayah :) Ehh Mummy pun baik jugak :P

Tengah2 hujung ni, saja google Teknik Bersalin, lepas ni manatau entry Pengalaman Bersalin pulak kan :)



1. perut terasa mengeras secara teratur
2. keluar lendir darah
3. keluar air jernih / ketuban
4. rasa nak membuang

  1. Cara posisi meneran yang tepat: Lutut berlipat dan kedua kaki berbuka. Jangan terkepit-kepit kelengkang tu ha macam mana baby nak keluar? 
  2. Meneran bila perut tengah tegang / sakit. Bila tak sakit tak payah meneran, tak guna.
  3. Sebelum meneran, tarik nafas panjangggggg sekali, dengan mulut tertutup.
  4. Apabila menerat, angkat kepala, letakkan dagu di atas dada, mata terbuka dan memandang perut sendiri. Yelah takkan nak pandang perut misi kat sebelah pula?
  5. Meneran seperti ingin berak? Bayangkan kau dah sembelit seminggu tak berak, bagaimana?
  6. Jangan menjerit-jerit. Memekak sahaja. Korang sembelit nak terberak menjerit-jerit dalam toilet ke? Tidak kan? Buat hilang tenaga je kalau menjerit.
  7. Jangan angkat pungung, badan menggeliat sana geliat sini. Buat penat je nanti.
  8. Jika dah merasa bayi betul-betul dah nak terkeluar (terasa panas dan terbakar di tempat sulit kita), teruskan meneran pelan-pelan tetapi konsisten, jangan meneran terlalu kuat. Ini dapat mengelakkan daripada kawasan sulit kita terkoyak rabak.
  9. Terus peluk baby saat sesudah melahirkan, dekatkan mulut bayi pada tek-tek korang supaya baby kenal puting mak dia sendiri. Tapi kalau misi/doktor bawa lari baby korang selepas melahirkan, itu maksudnya baby anda ada something wrong lah itu. Be cool, nanti baby dah okey, dia bagi korang balik.
Sumber Google 


Aku sekarang ni taklah stress sangat, biasa2 je memandangkan En pun macam tak lah terlalu tak sabar, dia selalu positifkan aku, baby nak keluar masa due date kot, takpelah lambat sikit :) Lega hati Mummy, means Ayah masih nak layan lagi perangai malam2 panas Mummy, selera tiba tiba Mummy :)

Dua hari lagi Hari Jadi Abang Awatif yang pertama :) 19 Mac 2012 :) Cukup setahun Awatif pergi, mungkin Haziq nak keluar sama dengan abang? Who knows kan? :) 

Still Awaiting ..

Tuesday, March 5, 2013

Marilah layan saya yang sedang gundah gulana. Tadi terbaca blog kawan, Alhamdulillah dia dah bersalin 2w earlier, tiba tiba touching ternampakkan kaki comel anak beliau.

-_-'

Teringatkan ahad lepas, jam 6 petang, nak hantarkan MIL balik Sg Siput, lalu depan kubur Awatif, mintak nak singgah. Sekejap je jadi la. Tapi MIL kata tak boleh, tak elok tengah sarat macam ni. Masa tu nak menjerit rasa. Mummy cuma nak tengok anak Mummy. Lama dah tak lawat Awatif.

Tiba - tiba terpandangkan perut. Haziq Syahmi, bila kamu nak keluar nak?

Bukan Mummy tak suka awak dalam perut Mummy, tapi perasaan ni macam ditarik - tarik, macam dicarik - carik. Mummy nak tengok muka awak 24jam, tak tidur pun takpe. Mummy nak layan awak tak nak tido malam, nak menyusu 24jam.

Sebab dulu Awatif tak dapat macam ni.

Sakit macam mana pun bersalin, lagi sakit tengok anak kita pergi.

Owh touching sungguh sambil TV3 mainkan lagu Widuri.

38weeks

Saturday, March 2, 2013


Fuhhh..
Betul orasng kata, nanti nak bersalin, bila sakit tu datang, teknik pernafasan tu penting.

Aku harap ini bukan GIMIK lagi yang Haziq buat.

Suami sedang lena, Harap jap jap lagi sakitnya makin kuat.


*****

Kami dah tak sabar sayang.
Bukan Mami tak suka awak dalam perut Mami :) Tapi keindahan menyusukan awak, tenung wajah awak lama2, elus kulit awak, lebih dari segala - galanya.

Mami tak dapat itu dulu dengan Abang Awatif kamu. Jadi Mami mahu tebus dengan kamu :)

Please hurryy!

:)

36weeks

Sunday, February 17, 2013
Assalam :)

Lagi dua hari je nak langkah, Esok dah Isnin, Maka tinggal satu hari je nak lena lena berdua - duaan :) Lepas ni bertiga - tigaan dah :D

Appointment untuk check in semula ke hospital dah pun ada, 20hb jam 7.30pagi, wajib sudah tukar uniform pink. Tak tahu lah macam mana rasa masa bukak jahitan tu, dari pengalaman momies lain,semua kata ngilu. Semua kata sakit sebab doktor tak jumpa tali. Tapi kes aku, Alhamdulillah doc dah panjangkan tali tu supaya mudah, tak perlu nak godek2 lagi. Mohon doa kalian, moga Allah permudahkan kami. Semoga Little Haziq keluar rabu tu juga :)

Mummy sungguh tak sabar dah, apa lagi Daddy. Sejak dua menjak ni kami suka tenung perut lama2, sebab Haziq beraksi macam - macam dah kat dalam tu. Kejap2 karang tersua siku dia, kejap2 lagi kang, kaki pulak :)

Waktu post entry ni sebenarnya dah mula sakit sakit dah, tapi sebab ada jahitan tu la yang buat Little Haziq tak boleh keluar, kalau setakat dia tanduk sekali dua tiga kat tempat jahit tu dah lali dah. Memang tak sabar sangat dah nak jumpa jalan keluar tecik ni.

Baby Mummy,

Dua tiga hari ni, Mummy Daddy tido makin lama makin tak lena, dulu - dulu peluk ada orang kat tengah, maka kami ubah bagi orang tu kat tepi :) Daddy sentiasa nak bagi kekuatan kat Mummy sakit macam mana pun. Esok esok awak dah keluar, mesti awak akan ambil tempat kami masing masing, takde lagi dah peluk dua2, kita peluk tiga tiga pulak :)

Cant wait to see you :)

Doakan kami ya semua, semoga Allah mempermudahkan perjuangan aku nanti, semoga Haziq keluar dengan mudahnya. Amin

Love :)

34weeks

Tuesday, January 29, 2013
Makin lama emosi makin tak berapa nak stabil. Rasa nak cepat - cepat tamatkan semua ini. Mami dah tak larat sebenarnya anak, kamu tak besar pun, badan Mami ni haa yang cepat letih, sobb

Ada lagi dua minggu, tapi rasa macam dua tahun nak harung. Lamanyaaaaaa...

Cant wait to see you little caliph. Permata hati Mummy and Ayah :( semoga kita cepat2 dipertemukan.

See. Emosi tak setabil i told you.

Bai

32weeks

Thursday, January 17, 2013
I have found that, Im actually get not enough sleep currently. Im NOT feel sleepy, Im NOT feel hungry.

But Im Still can get up in the morning and do my usual routine.

IS IT NORMAL?


Counting Days

Saturday, January 12, 2013
salam :) Hari ni dah nak masuk 31weeks :) 15hb ni ada next check up di obgyn HSB, entah berapa pulak berat anak ni naik :) Perut dah makin keras, pusat yang dalam dah jumpa jalan keluar, selulit jangan cakap la, fuhhhh.. merata bakhang :P Yang paling terkesan, kasut yang sama saiz selalu dengan Shikin dan tak muat lagi sekarang, yesss! my feet is swallow dah macam orang kena gout. hahhahaha

Makin lama makin sibuk, minggu lepas merupakan minggu super duper hebat bagi aku. Dimana penjadualan kami terlari sedikit gara-gara balik Ipoh sebab Suami ada interview, end up semua become suck. Tapi takpe, manusia takkan belajar kalau tidak buat salah :)

Kita akan mula belajar bila kita silap, silapnya kadang ada manusia ni yang lansung tidak kreatif, menadah tangan je meminta tolong, satu persatu. Sedangkan kalau ikut aku, aku pun tak tahu, tapi memang abah selalu ckp, kamu ni pandai, lepas tu memandai - mandai. hahaha, tapi elok juga sikap memandai - mandai tu, atleast kita cuba, lepas tu terus belajar :)

Sebagai seorang isteri, yang dah biasa buat apa saja utk suami, bila tiba-tiba suami bancuh air utk kita pulak, perasaan serbasalah tu tak tahu nak letak ceruk mana. Bagi sesetengah orang mungkin rasa sweet je, tapi bagi aku, kalau boleh, aku kan nak jadi superwomen. Busy macam mana pun, aku nak sediakan semuanya utk suami. Sikit pun aku tak mahu dia buat. :) Tapi besok, bila dah start cuti 2bulan, time tu kudrat tak mampu :) Baru lah kita buli suami. Ngehehehhehe :D

5weeks to go :) Bismillah :)

Busy Women Super Women

Thursday, January 3, 2013
Salam

Sila jangan muntah ye, tak habis update pasal bisness aje. Hahaha

Lamanya tak update. Erk? :P Mata makin lama makin rabun tau. Hari-hari ngada PC, Sampai bila ada permintaan ke 2 3 pagi pun masih melayan customer :) But alhamdulillah. Rezeki anak maybe, we are getting better day by day :) And personaly aku pun jadi makin disiplin dengan diri sendiri.

Satu company dua bos? Memang pening tau. Kita ni perempuan suka banyak tulis, suka banyak nak refer,sana sini. Bila sampai kat lelaki. Hamek kau, dia bagi satu buku panjang besar lebar je nak note semua. Hahaha

Mr Husband.. awak tahu je bila saya tak suka, awak lagi buat kan? But end up makin selesa dengan cara kerja dia, dari 3 buku jadi dua buku je, tak pening. Thanks husband :)

Workload makin lama makin heavy, sampai kita perlukan ini :)

Sebab sifat pelupa yang menebal dalam diri, aku jot down everything :) So Husband pun boleh tengok incase hari careless dia sampai. haha

Husband tiap2 hari pesan, "Mummy.. Dont push yourself to hard" Tapi alhamdulillah takat ni masih berdaya dan mampu lagi. Memang ada masanya aku kena log off everything nak curi masa rehat sikit :) Bocor rahsia. Haha, alhamdulillah aku sentiasa percaya, kalau customer yakin, mereka akan beli dan tunggu jugak :) Lambat camne pun reply. Thats why I love you all Customer :)

Dah masuk 30w dah. Ada lagi 6w sahaja sebelum menyerah diri semula ke HSB. Baju semua dah masuk beg :) Barang Mummy je tak beli lagi. Haih.

Okaylah. till then :)