Assalam :)
Lagi dua hari je nak langkah, Esok dah Isnin, Maka tinggal satu hari je nak lena lena berdua - duaan :) Lepas ni bertiga - tigaan dah :D
Appointment untuk check in semula ke hospital dah pun ada, 20hb jam 7.30pagi, wajib sudah tukar uniform pink. Tak tahu lah macam mana rasa masa bukak jahitan tu, dari pengalaman momies lain,semua kata ngilu. Semua kata sakit sebab doktor tak jumpa tali. Tapi kes aku, Alhamdulillah doc dah panjangkan tali tu supaya mudah, tak perlu nak godek2 lagi. Mohon doa kalian, moga Allah permudahkan kami. Semoga Little Haziq keluar rabu tu juga :)
Mummy sungguh tak sabar dah, apa lagi Daddy. Sejak dua menjak ni kami suka tenung perut lama2, sebab Haziq beraksi macam - macam dah kat dalam tu. Kejap2 karang tersua siku dia, kejap2 lagi kang, kaki pulak :)
Waktu post entry ni sebenarnya dah mula sakit sakit dah, tapi sebab ada jahitan tu la yang buat Little Haziq tak boleh keluar, kalau setakat dia tanduk sekali dua tiga kat tempat jahit tu dah lali dah. Memang tak sabar sangat dah nak jumpa jalan keluar tecik ni.
Baby Mummy,
Dua tiga hari ni, Mummy Daddy tido makin lama makin tak lena, dulu - dulu peluk ada orang kat tengah, maka kami ubah bagi orang tu kat tepi :) Daddy sentiasa nak bagi kekuatan kat Mummy sakit macam mana pun. Esok esok awak dah keluar, mesti awak akan ambil tempat kami masing masing, takde lagi dah peluk dua2, kita peluk tiga tiga pulak :)
Cant wait to see you :)
Doakan kami ya semua, semoga Allah mempermudahkan perjuangan aku nanti, semoga Haziq keluar dengan mudahnya. Amin
Love :)
Zuliana + AG
6 years ago
0 comments:
Post a Comment