Still Awaiting ..

Tuesday, March 5, 2013

Marilah layan saya yang sedang gundah gulana. Tadi terbaca blog kawan, Alhamdulillah dia dah bersalin 2w earlier, tiba tiba touching ternampakkan kaki comel anak beliau.

-_-'

Teringatkan ahad lepas, jam 6 petang, nak hantarkan MIL balik Sg Siput, lalu depan kubur Awatif, mintak nak singgah. Sekejap je jadi la. Tapi MIL kata tak boleh, tak elok tengah sarat macam ni. Masa tu nak menjerit rasa. Mummy cuma nak tengok anak Mummy. Lama dah tak lawat Awatif.

Tiba - tiba terpandangkan perut. Haziq Syahmi, bila kamu nak keluar nak?

Bukan Mummy tak suka awak dalam perut Mummy, tapi perasaan ni macam ditarik - tarik, macam dicarik - carik. Mummy nak tengok muka awak 24jam, tak tidur pun takpe. Mummy nak layan awak tak nak tido malam, nak menyusu 24jam.

Sebab dulu Awatif tak dapat macam ni.

Sakit macam mana pun bersalin, lagi sakit tengok anak kita pergi.

Owh touching sungguh sambil TV3 mainkan lagu Widuri.

1 comments:

aslinda wati said...

sedihnyer....akk byk kan sedekah Al-fatihah..