Posted by sHEmA_sHImoT:D | Sunday, November 21, 2010 0 comments
alam pun ada pasang surutnya.
Posted by sHEmA_sHImoT:D | Friday, October 29, 2010 0 comments
berat sungguh dugaan kali ini.
haih
terlalu busy dengan kerja.penat dengan stress.
saya ada kisah baru:) dan dia si beby besar saya:D yang sentiasa ada bila saya perlu,dan yang sentiasa buat saya ketawa:)
alhamdulillah dengan kebahagiaan selepas kesengsaraan ini tuhan!:)
semoga bahagia ini kekal milikku.semoga segalanya tetap mengikat kami.:)
maaf tak sempat baca blog sesiapa.cuma menyinggah meluah rasa:)
rezeki itu hanya tuhan yang tahu kan?
sape tahu impian mahu kerja di subang atau shah alam tercapai.:)
cuma kawasan tak berapa menarik:P
tapi aku suka.
sibukkan diri,tak sempat nak fikir apa apa:)
impian mahu bercuti akan tercapai tak lama lagi:)
penang,johor,redang.mane satu???:p
tak sabar tak sabar!
time to going back:)
ini aktiviti senang lenang di kampung:)
berat masih dijaga rapi:P
esok ada interview.
semoga berkat doa dan restu mak aku dapat kerja tu.
raya dah dekat.tak boleh berkira sangat dengan kerja:)
semalam bukak facebook tersakit hati
hari buka.
mampu tersenyum.
tak tahu senyum ini untuk apa.
tapi rasanya senyuman ini senyuman kelegaan kerana semuanya dalam keadaan baik baik:)
bahagia tak terkata bila lihat mereka itu bahagia.
paling tidak aku yakin aku mampu melepas itu semua:)
cuti kali ini paling berbaloi.
aku berjaya menenangkan hati.
dan insyaAllah aku akan berjaya menyingkirkan kesemuanya:)
hope so.
tahu?
betapa hati ini tersangat keras sebelum menjemput satu satunya lelaki dalam hidup ini.
bukan semudah menerima macam
'kau suka aku,jadi aku suka engkau'
*senyum*
aku bukan semurah coklat dua posen satu di kedai runcit.
aku pernah fobia sama dunia.
hingga aku tolak semua kerana ketakutan yang teramat andai aku disakiti lagi.
sekarang.
hati itu kembali keras.
saat aku mengungkapkan tak mampu lagi untuk bersama.
saat itu aku menyingkirkan kesemua perasaan itu.
dan untuk kau tahu.
bukan mudah pula untuk membuang segala kenangan.
tapi,
aku gembira lihat kamu bahagia:)
pagi riuh rendah itu
aku tersenyum bila keriuhan itu wujud dari suara kamu kamu semua.
cukup aku lihat.
bahagia itu ada walau aku tiada:)
'aku murah memberikan senyuman,tapi aku bukan boneka.'
-ayat yang pernah aku gunakan utk blog ini-
:)
cukup aku senyumkan wajah tangis semua.
kini aku yakin untuk pergi setelah melihat mereka gembira:)
tuhan itu ada.:)
*aku bukan insan itu yang kurang kasih sayang,cuma aku yang suka mengasingkan diri.kau harus faham itu*
sihat sakit,sihat sekejap,sakit semula.
malam batuk macam orang nak mati.
siang lemah macam orang takpernah makan.
mahu melentokkan kepala pada siapa?
kan sendiri.
"pelindung"
hanya selimut bantal:)
i know i have to be strong.
how far?
dua orang berbeza sama jantina dua situasi berbeza tapi sakitnya sama.
kerana kamu telah berjaya membangsatkan aku.
aku ucap terima kasih tidak terhingga.
sebab yang lahir Norashimah pagi jumaat yang mulia.adalah syma yang sangat memastikan permulaan harinya akan jauh dari cerita najis anjing bajingan manusia bangsat itu semua.
sedikt sebanyak air mata yang aku luahkan malam itu,hari itu berbaloi dan mengajar aku sesuatu.
baru sekarang aku faham bagaimana kebangsatan manusia itu mengajar sesuatu utk aku jadi KUAT.hati aku jadi KEBAL.jiwa aku jadi KENTAL.
:)
duhai manusia luar sana.
selamat berkenalan.
yang aku tak pernah tahu asal usul kamu
yang aku tak pernah tahu rupa paras kamu
yang aku tak pernah tahu apa namamu
yang aku tak tahu entah siapa dan dimana kamu.
yang diciptakan tuhan untuk aku
yang akan membuatkan aku cinta padaNYA saat memandang wajah kamu
yang akan membuat aku rasa nyaman bersama kamu
yang akan membuat aku rasa tenang dengan hadirmu
yang akan sentiasa ada bila aku perlu
yang diciptakan aku ini seperti tulang rusuk kamu.
begitu berat dugaan tuhan beri pada aku sebelum aku bakal dipertemukan dengan kamu.entah bila..
begitu banyak silap ku sebelum aku diberi peluang untuk bertemu kamu.entah kenapa..
*mengeluh*
moga cepat aku berjumpa kamu.kerana patut kamu tahu,aku sangat perlukan kau jodohku.*~_~*
padahal masih ramai lagi.
mereka boleh,
mengapa tidak aku.:)
kadang bila sakit demam,rasa macam aku paling anjing sekali.
padahal masih ada lagi yang ringkuk sendiri.
mereka boleh tapi tetap aku tak boleh.
sekarang rasa macam macam,rindu kampung,tapi teringin nak lari satu tempat takde orang kenal aku.
dapat disana sehari pun cukup,mungkin..
sekarang rasa nak make over diri,tapi pitis tak molek lagi.;p
busy nya sekarang ala ala bisnes women berjaya,padahal banyak main dari buat kerja.modal+untung= modal jugak..huhu.
bila nak kayo ni.
sekarang dan dulu rasa nak sambung belajar,tapi kena macam fikir sejuta kali nak buat keputusan itu.
haih,nasib orang tak semuanya sama kan?
aku rimas naik runsing dengan soalan yang aku paing benci nak jawab,kalau aku ada kuasa boleh bisukan mulut mulut yang bertanya itu kan bagus.
wahai teman,pelajaran memang perkara yang paling dipandang sekarang kan?
kalau anjing boleh bercakap,dia pun kata die mahu masuk kolej segala.
inikan pula aku.
nasib manusia tidak semuanya sama.kau untung,tidak aku.
*nangis*
lepas ni kalau ada yang tanya lagi aku lempang sorang sorang,sebab,itu bukan soklan ambil berat tapi aku rasa itu makian terhebat.get it?
syma hari ni bukan syma tiga tahun dulu.aku sendiri pun pelik dengan sikap aku sendiri.ego setinggi tinggi.
syma sekarang bukan syma setahun lalu,manja dah mengada ngada.haih.
tak tahu merepek apa.done.
buat pertama kali aku berjaya membuat diri aku berbangga sendiri:)
sungguh,tuhan itu mahu aku buktikan bahawasanya aku boleh berdiri atas kakiku sendiri bersama segala kudrat yang ada:)
alhamdulillah atas kesihatan yang Kau berikan ya Allah:)
pulang dengan wajah sememeh,dengan peluh yang melekit,dengan kepenatan yang tak terkata
dalam hati"kau sangat sedih syma,tapi kau kena kuat!"
dalam hati kecil
"mak,abah,adik beradik..jauh semua.kalaulah kepulangan aku nanti disambut dengan wajah wajah mereka,akan aku peluk seorang demi seorang.demi mengatakan,penat aku ini berbaloi keluarga ku.hari ini Norashimah berjaya berdiri atas kakinya sendiri dan berjaya membanggakan dirinya sendiri":)
dalam hati besar
"balik nanti,mahu baring.hilangkan penat sendiri,picit kaki sendiri,picit kepala sendiri.dan hiburkan hati sendiri.sebab,kena akui,kau sentiasa sendiri:)"
aku sendiri tak sangka aku boleh segagah ini lakukan semuanya sendiri,selalunya mesti aku mahu teman.
aku semacam tak betah buat semuanya dengan usaha aku sendiri.selalunya aku mesti mahukan dorongan.
aku tak percaya pada keyakinan aku sendiri,selalunya mahu bantuan.
tapi hari ini,demi kekasihku yang baru:)
Imsomnia Art
aku berjaya buktikan Norashimah benar benar kuat!:)
Posted by sHEmA_sHImoT:D | Friday, May 14, 2010 0 comments
malam tadi,sambil menelaah novel yang sudah tinggal suku yang terakhir,tertangkap pada suara manja si penghibur di radio.
"belum dapat bukan main.dah dapat buat tak reti je"
*geleng kepala*
ada benarnya kata kata itu.belum bercinta,baik macam malaikat.kata manis penuh tersemat.
sudah jadi milik.ada takde sama.
janji,kau milik aku.:)
maka kerana itu.
sumpah,aku dah serik.sumpah aku tak mahu lagi.
biarlah kalau kolotnya aku tak punya teman lelaki.
janji aku tak sakit hati.:)
kawen je terus kalau mahu.nak bercinta?sorry.not me.:)
maka saya redha dengan apa yang diberi
mungkin atas dosa yang lalu
saya sentiasa percaya tiap apa yang berlaku punya hikmahnya
cukup dengan kebahagiaan yang saya dapat setakat ini.
Alhamdulillah
:)
wanita
sering bermain dengan perasaan
maka dengan mainan perasaan itu mewujudkan emosi
maka dari emosi itu terlahirlah ketidak stabilan tingkah laku
dan kewarasan akal fikiran
maka syaitan pun datang membisik bisikkan kata kata nista
maka iman pun jatuh merudum
maka wujudlah sifat amarah dan kegagalan mengawal segala galanya
tapi setelah merajuk,marah dan akibat melayan ketidakstabilan emosi itu sendiri akhirnya diri sendiri yang sakit.*padan muka*
sebab itu tiap apa pun sentiasalah berfikiran positif sebab kene tahu akhirnya pembelaan tidak dipihak kamu pun
*sengih sebelah*
sekarang ni rasa makin jauh dariNYA..bila nak dating pun tumpuan kelain je..asyik terfikir fikir je yang lain.Oh harap harap Dia terima setiap permintaan ringan saya :(
Tergerak hati untuk mencari artikel ini bila terlalu banyak kes disekeliling melibatkan kes pengguguran dan pembuangan bayi.Just Copy paste.credit to cahaya hidayah
Oleh Ibrahim Abdullah
PENGGUGURAN bayi sama dengan pembuangan bayi. Pengguguran dilakukan menerusi suntikan maut (saline) yang dimasukkan ke dalam ketuban bayi. Cairan itu akan membakar kulit bayi secara perlahan, menyesakkan pernafasannya dan akhirnya selepas menderita selama berjam-jam, bayi itu akhirnya meninggal dunia.
Selama proses itu, bayi akan memberontak, mencuba berteriak dan jantungnya berdetik keras. Pengguguran bukan saja pembunuhan biasa tetapi cara pembunuhan keji. Setiap wanita mesti sedar dan berwaspada mengenai kes bahaya ini.
Pengguguran kehamilan pada usia enam hingga sembilan bulan dilakukan dengan cara mengeluarkan bayi itu hidup-hidup, kemudian dibunuh. Cara membunuh biasanya dilemparkan ke tempat sampah, ditenggelamkan dalam air, dipukul kepalanya hingga pecah, ditinggalkan dan dibiarkan begitu saja di mana-mana lokasi.
Proses itu sering kali tidak disedari pelaku dan wanita yang sepatutnya menjadi ibu penyayang. Mereka rasa selamat selepas melakukan pengguguran tetapi titik hitam tetap kekal dalam nurani pelaku tidak bertanggungjawab itu.
Mereka sentiasa diburu dan dihantui perasaan bersalah, berdosa dan menanggung risiko tidak berkesudahan dalam mengharungi liku-liku hidupnya. Jika diketahui pihak berkuasa, mereka akan ditahan serta dihadapkan kemuka pengadilan.
Kes pengguguran anak atau pembuangan bayi ada hubung kait dengan perzinaan. Kerana malu dan aib yang ditanggung pelaku, mereka melakukan perbuatan keji itu. Perbuatan itu disebabkan kurang fahaman ajaran agama dan kerosakan moral tidak terkawal.
Firma Allah yang bermaksud: “Janganlah kamu membunuh anak kamu kerana takut kepapaan, Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu, sesungguhnya perbuatan membunuh mereka (anak), adalah satu kesalahan (dosa) besar.” (Surah al-Israk, ayat 31)
Dalam ayat ini Allah menjamin rezeki kepada anak dan juga pelakunya (ibunya), justeru kenapa ia dibunuh atau dibuang di merata tempat? Apakah kesalahan anak atau bayi itu? Mereka yang melakukan dosa akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah pada hari pembalasan nanti.
Firman Allah yang bermaksud: “Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Surah al-Israk, ayat 32)
Komplikasi pengguguran credit to Dokter-Online
1. Perforasi Dalam .
Melakukan kerokan harus diingat bahwa selalu ada kemungkinan terjadinya perforasi dinding uterus, yang dapat menjurus ke rongga peritoneum, ke ligamentum latum, atau ke kandung kencing. Oleh sebab itu letak uterus harus ditetapkan lebih dahulu dengan seksama pada awal tindakan, dan pada dilatasi serviks jangan digunakan tekanan berlebihan. Pada kerokan kuret dimasukkan dengan hati-hati, akan tetapi penarikan kuret ke luar dapat dilakukan dengan tekanan yang lebih besar. Bahaya perforasi ialah perdarahan dan peritonitis. Apabila terjadi perforasi atau diduga terjadi peristiwa itu, penderita harus diawasi dengan seksama dengan mengamati keadaan umum, nadi, tekanan darah, kenaikan suhu, turunnya hemoglobin, dan keadaan perut bawah. Jika keadaan meragukan atau ada tanda-tanda bahaya, sebaiknya dilakukan laparatomi percobaan dengan segera.
2. Luka pada serviks uteri.
Apabila jaringan serviks kerasdan dilatasi dipaksakan maka dapat timbul sobekan pada serviks uteri yang perlu dijahit. Apabila terjadi luka pada ostium uteri internum, maka akibat yang segera timbul ialah perdarahan yang memerlukan pemasangan tampon pada serviks dan vagina. Akibat jangka panjang ialah kemungkinan timbulnya incompetent cerviks.
3. Pelekatan pada kavum uteri.
Melakukan kerokan secara sempurna memerlukan pengalaman. Sisa-sisa hasil konsepsi harus dikeluarkan, tetapi jaringan miometrium jangan sampai terkerok, karena hal itu dapat mengakibatkan terjadinya perlekatan dinding kavum uteri di beberapa tempat. Sebaiknya kerokan dihentikan pada suatu tempat apabila pada suatu tempat tersebut dirasakan bahwa jaringan tidak begitu lembut lagi.
4. Perdarahan.
Kerokan pada kehamilan agak tua atau pada mola hidatidosa ada bahaya perdarahan. Oleh sebab itu, jika perlu hendaknya diselenggarakan transfusi darah dan sesudah kerokan selesai dimasukkan tampon kasa ke dalam uterus dan vagina.
5. Infeksi.
Apabila syarat asepsis dan antisepsis tidak diindahkan, maka bahaya infeksi sangat besar. Infeksi kandungan yang terjadi dapat menyebar ke seluruh peredaran darah, sehingga menyebabkan kematian. Bahaya lain yang ditimbulkan abortus kriminalis antara lain infeksi pada saluran telur. Akibatnya, sangat mungkin tidak bisa terjadi kehamilan lagi.
6. Lain-lain
Komplikasi yang dapat timbul dengan segera pada pemberian NaCl hipertonik adalah apabila larutan garam masuk ke dalam rongga peritoneum atau ke dalam pembuluh darah dan menimbulkan gejala-gejala konvulsi, penghentian kerja jantung, penghentian pernapasan, atau hipofibrinogenemia. Sedangkan komplikasi yang dapat ditimbulakan pada pemberian prostaglandin antara lain panas, enek, muntah dan diare.
Komplikasi yang Dapat Timbul Pada Janin:
Sesuai dengan tujuan dari abortus itu sendiri yaitu ingin mengakhiri kehamilan, maka nasib janin pada kasus abortus provokatus kriminalis sebagian besar meninggal. Kalaupun bisa hidup, itu berarti tindakan abortus gagal dilakukan dan janin kemungkinan besar mengalami cacat fisik.
Secara garis besar tindakan abortus sangat berbahaya bagi ibu dan juga janin yaitu bisa menyebabkan kematian pada keduanya.
komplikasi selepas menggugurkan kandungan bagi ibu credit to edaran salindah
"Itupun hanya setelah mendapatkan pengesahan dua pakar yang bertauliah, barulah prosedur pengguguran itu dijalankan ketika usia kehamilan masih awal lagi iaitu sebelum empat bulan,'' katanya.
Harlina Halizah berkata, setiap kali berlakunya pengguguran ia boleh mengancam nyawa si ibu.
Ia juga merupakan satu kaedah yang kurang sesuai digunakan sebagai kaedah merancang keluarga.
Katanya, terdapat beberapa komplikasi yang akan dihadapi oleh si ibu akibat pengguguran yang tidak diawasi doktor yang bertauliah.
Antaranya, pendarahan yang tidak terkawal, mengundang kecederaan kepada organ seperti rahim dan pangkal rahim, serta boleh mengakibatkan kematian.
Selain itu, ia juga boleh mengakibatkan jangkitan kuman yang teruk pada rahim, yang menyebabkan masalah ketidaksuburan berlaku selepas itu.
Akibatnya, pada masa akan datang sekiranya pasangan suami isteri ini ingin mempunyai anak, wanita ini didapati sukar untuk mengandung lagi.
"Sekiranya suami isteri mengetahui mengenai masalah yang bakal dihadapi, sudah tentu mereka akan lebih berhati-hati sekiranya hendak merancang kehamilan.
Jadi renung renungkan lah:)