nota jiwang tiada makna.

Wednesday, May 26, 2010
wahai hamba Allah
yang aku tak pernah tahu asal usul kamu
yang aku tak pernah tahu rupa paras kamu
yang aku tak pernah tahu apa namamu
yang aku tak tahu entah siapa dan dimana kamu.

yang diciptakan tuhan untuk aku
yang akan membuatkan aku cinta padaNYA saat memandang wajah kamu
yang akan membuat aku rasa nyaman bersama kamu
yang akan membuat aku rasa tenang dengan hadirmu
yang akan sentiasa ada bila aku perlu
yang diciptakan aku ini seperti tulang rusuk kamu.

begitu berat dugaan tuhan beri pada aku sebelum aku bakal dipertemukan dengan kamu.entah bila..
begitu banyak silap ku sebelum aku diberi peluang untuk bertemu kamu.entah kenapa..

*mengeluh*

moga cepat aku berjumpa kamu.kerana patut kamu tahu,aku sangat perlukan kau jodohku.*~_~*

0 comments: