kehadapan bintang jatuh
kau nampak tidak anak itu yang sedang hampir-hampir membunuh
iya!dia itu yang sedang duduk di tangga batu
iya!dia itu yang sedang sendirian tersedu-sedu
dia itu sangat-sangat kasihan
di dunia ini dia rasakan
aduh!aku sangat sendirian!
tidak ada sahabat tidak punya teman
kerana baginya dia lansung tidak reti berteman
wahai bintang
aku mahu bersuara
mahukah kau dengarkan andai aku mahu bersuara?
janganlah jatuh dahulu!nanti-nantilah dulu
ada pesan aku mahu kirimkan lewat suara kamu
anak itu tidak tahu bagaimana mahu bangkit dan ketawa
kerana apa yang dilihatnya lucu tidak pula pada mereka
kerana dia percaya pada kisah pari-pari dari kayangan
dia sanggup percaya setiap perkara itu ada kemungkinan
maka,mana mungkin ada yang mahu mengerti
hatinya terlalu murni,pastilah ramai yang akan membenci
dia dihina kerana percaya akan sesuatu bernama cinta
dia diolok-olok,dia dibobrok-bobrok
dia dimain-mainkan kerana cinta
lalu bintang jatuh pergi padanya dengan halus dan hati-hati
kisahkan cintaku ini agar dia mengerti
yang sebenarnya bukan dia yang pelik dan songsang
cuma dunia yang bodoh kerana sudah berhenti memandang
bintang jatuh perlahanlah jangan sampai kau mencecah
bintang jatuh kisahkanlah ke matanya yang membasah
katakan padanya itu memang biasa
ceritakan juga tentang bundanya
juga suara ayahnya yang dulu pernah diludah-ludah
mereka dibaling batu,dikeji-keji,dimarah-marah
hembuskanlah ke dalam hati itu yang sedang dingin
siulkan suara petik gitar ayahnya lewat suara angin
dan nyanyikan suara bundanya ini lewat suara guruh
bilang padanya
"teruskan yakin kamu anak!"
"biarkan bergaduh"
"kerana kalau kau fikirkan orang,sampai bila!"
"kalau difikirkan orang,cis!takkan kemana-mana"
"sesungguhnya manusia itu bagai serigala"
"sekali kau suapkan jiwa kamu,sampai bila-bila mau selamanya"
bintang jatuh
perlahanlah jangan sampai kau mencecah
bintang jatuh kisahkanlah ke matanya yang membasah
*aku sedang menangis saat melihat,membaca dan menaip
Zuliana + AG
6 years ago
1 comments:
T_T tsk..
hye gurl. u look so pathethic..
nice to meet u.
keep blogging rite,,.
Post a Comment