bebelan pada tangan

Thursday, June 25, 2009

apa mahu jadi dengan kau ni shima?
badan bolehkah kau baik-baik saja?
mengapa ada saja sakit yang kau buat.
lepas satu persatu..
aku sayang kau la wahai badan..
tidur aku pun jadi tak menentu..
tolonglah baik-baik saja bolehkan..
semalam saja hanya sejam mata aku dapat terlena dan pagi tadi cuma 45 minit..
aku mahu rehatkan kau juga..
mahu kau juga yang selesa wahai badan..
kali kau pula tangan buat perangai..
kenapa tiba-tiba kau sakit..
aku tak jatuh pun..
aku tak buat apa-apa pun..
ni tiba-tiba je retak??
cuba kau bagitahu aku kenapa tangan..
bila ke klinik baik pula perangai kau kan..
terus surut bengkak kau..
melangkah keluar je aku dari klinik kau mencucuk semula..
janganlah begini wahai badan..
kasihanilah aku yang menanggung sakit itu..
kalau kau sakit macam mana aku nak menaip dengan laju..
kalau aku guna tangan kanan sahaja nnt kanan pula yang sakit..
abis aku nak buat kerja pakai kaki pula?
maaf aku membebel..
tapi ni sudah hujung bulan wahai tangan..
kerja aku berlambak ni..
sekotak payment voucher aku kene photostat..
dari seycheells, dari maldive lagi..
kau taknak berkhidmat untuk aku kah tangan?
purchase order lagi aku kene submit..
banyak kau tahu tak..
aku nak g bank lagi kalau miss ng tu g penang..
selama ni aku tak gunakan kau untuk benda tak baik pun kan tangan?
maaflah if selama kau berkhidmat ni aku lupa nak ucapkan terima kasih..
kalau tadi Dr simen kau betul-betul,kau nak menyusahkan tengkuk pula nak sangkut kau supaya tak retak lagi banyak?
nanti bila sakit tengkuk kau nak kepala pula sakit?
akhirnya di mana penyelesaiannya..
bila aku sakit kepala tahu-tahulah pula kat mana pula yang sakit..
tak kasihankan aku kah?
kau tahukan aku tak suka makan ubat sampai Dr kena masukkan ubat melalui tangan tempoh hari?
kau sakitkan bila jarum yang sebesar screwdriver tu mencucuk kau?
jadi kenapa masih lagi mengada-ngada?
nanti urat pula jadi kejang,terus ke sendi..
habis kaki pula payah nak berjalan..
kau mogok sebab aku tak makan ke?
bukan aku taknak la..
kau tanyer la perut kenapa dia tak mahu menerima..
aku pun tahu aku kene minum susu bebanyak..
kene makan sayur bebanyak
bagi kau pun rasa selesa kan?
abis kalau kau ngan badan tak behave,asyik sakit je cmne aku nak makan dengan berselera..
tengok semalam aku xboleh tidur mata aku pula sakit..
keluar garis hitam dia..
aish!!tak tahulah aku nak cakap apa lagi..!

kehadapan bintang jatuh

kehadapan bintang jatuh
kau nampak tidak anak itu yang sedang hampir-hampir membunuh
iya!dia itu yang sedang duduk di tangga batu
iya!dia itu yang sedang sendirian tersedu-sedu
dia itu sangat-sangat kasihan
di dunia ini dia rasakan
aduh!aku sangat sendirian!
tidak ada sahabat tidak punya teman
kerana baginya dia lansung tidak reti berteman
wahai bintang
aku mahu bersuara
mahukah kau dengarkan andai aku mahu bersuara?
janganlah jatuh dahulu!nanti-nantilah dulu
ada pesan aku mahu kirimkan lewat suara kamu
anak itu tidak tahu bagaimana mahu bangkit dan ketawa
kerana apa yang dilihatnya lucu tidak pula pada mereka
kerana dia percaya pada kisah pari-pari dari kayangan
dia sanggup percaya setiap perkara itu ada kemungkinan
maka,mana mungkin ada yang mahu mengerti
hatinya terlalu murni,pastilah ramai yang akan membenci
dia dihina kerana percaya akan sesuatu bernama cinta
dia diolok-olok,dia dibobrok-bobrok
dia dimain-mainkan kerana cinta
lalu bintang jatuh pergi padanya dengan halus dan hati-hati
kisahkan cintaku ini agar dia mengerti
yang sebenarnya bukan dia yang pelik dan songsang
cuma dunia yang bodoh kerana sudah berhenti memandang

bintang jatuh perlahanlah jangan sampai kau mencecah
bintang jatuh kisahkanlah ke matanya yang membasah

katakan padanya itu memang biasa
ceritakan juga tentang bundanya
juga suara ayahnya yang dulu pernah diludah-ludah
mereka dibaling batu,dikeji-keji,dimarah-marah
hembuskanlah ke dalam hati itu yang sedang dingin
siulkan suara petik gitar ayahnya lewat suara angin
dan nyanyikan suara bundanya ini lewat suara guruh
bilang padanya
"teruskan yakin kamu anak!"
"biarkan bergaduh"
"kerana kalau kau fikirkan orang,sampai bila!"
"kalau difikirkan orang,cis!takkan kemana-mana"
"sesungguhnya manusia itu bagai serigala"
"sekali kau suapkan jiwa kamu,sampai bila-bila mau selamanya"

bintang jatuh
perlahanlah jangan sampai kau mencecah
bintang jatuh kisahkanlah ke matanya yang membasah



*aku sedang menangis saat melihat,membaca dan menaip

ALLAH MAHA BESAR

Monday, June 15, 2009
ya ALLAH ya TUHANKU..
Kau kuatkanlah iman ku..
Kau tabahkanlah hatiku..
Kau permudahkanlah jalan hidupku...
Berilah aku jalan yang terbaik bila mana jalan yang hitam itu kau tutup buatku...
Hidupkanlah aku dengan kekuatan iman dan lahiriah supaya aku tetap bersyukur dengan apa saja cabaran yang kau berikan..
Berikanlah aku nyawa setiap saat supaya aku masih mencari ilmumu...
Aku bersyukur Ya ALLAH jika ini yang terbaik untukku..
Jika ini yang terbaik buat hidupku..
Masa hadapan ku...
Terima Kasih kerana sekurang-kurangnya aku tahu Kau menyayangi umatmu yang hina ini.



Aku lepaskan burung di dalam sangkar..
biar ia terbang bebas..
sebebas-bebasnya...
biar aku rasa aman dari melihat sakitnya ia...
pergilah kau jauh..
jauh dari hatiku..
hidupku...
biar kau rasa tenang..
biar kau rasa damai...
jangan lagi pandang ke belakang..
supaya aku tidak lagi mencarimu..
aku tidak lagi memandang mu..
wahai sang burung...
jika ini kemahuanmu aku turuti...
biarkan sangkar ini sepi..
kosong..
sehingga datang sang burung yang benar-benar ingin mendampingiku..
pergilah sayang..
terbang jauh nun di sana,,,
aku lepaskan kau pergi...

berembun semalam..

Wednesday, June 10, 2009
semalam,aku duduk di birai katil..
menongkat dagu memmandang ke jendala..
jam tepat 3.03 pagi..
namun jalan masih lagi penuh dgn kereta-kereta..
ntah kemana hala tuju mereka sehingga jam begini masih tidak di buai mimpi..
dan aku..
mengapa masih belum terlelap mataku?
entah..
aku sendiri pun xpasti..
adakah aku menunggu seseorg..
atau aku hanya mahu bermuhasabah diri di situ,..
semalam..
dari batuk kini selsema..
sakit perutku,dadaku..
bila mula batuk..
bagai dicucuk-cucuk...
semalam,
aku melihat ada yang ketawa dan ada jua yang sedang menitiskan air mata...
nasib-nasib..
bolehkah engkau berpihak pada yang baik sahaja...
patutlah aku murung..
petang semalam aku dh ketawa bagai nak gila..
kasihan badanku..
sakit..
maaf aku tidak menjaga kamu dgn baik ya badan...
aku pon mula ada mata panda..*lubby..
tapi hitam pula..
huuuuuu...
aish...
shima...
dun noe...
semalam ada juga aku menanti..
tapi xpasti utk apa..
yang pasti seakan-akan menunggu aku..
semalam berkata dalam diri...
aku memotivasikan diri..
harap-harap menjadi..

cuba bermuhasabah diri..

Wednesday, June 3, 2009
masihkah ia menjadi silap aku?
masihkah aku yg perlu menginsafi diri?
masihkah aku jua yg perlu menenangkan diri utk tetap menyalahkan hati?
aku sedang cuba menjadi yg terbaik..
bila baik bagi aku tidak pula pada mereka..
aku hanya manusia yg jua mempunyai nafsu,emosi dan juga hati..
layakkah engkau yg jua manusia menunding jari tanpa pernah bertanya dlm diri?
kita xperlu bermusuhan..
kerana persahabatan itu lebih lama..
masih sakit lagi..
masih sebak lagi..
aku cuba lagi utk memperbaiki diri..
butakah kamu dgn perubahan aku?
butakah kamu dgn keiklasan aku?
mereka,kamu atau sy?
aku sedang memilih jalan yg mereka mahukan..
aku sedang berdikari seperti yg mereka,dan mereka mahukan..
aku sedang cuba berubah seperti mereka dan mereka perlukan aku..
tapi kenapa aku tetap merasa diri terhina..
tersinggung jua..
aku masih lagi sakit..
fahmilah aku masih lagi tidak sihat spenuhnya..
aku perlukan kamu,kamu dan juga kamu utk mengubati aku..
utk menenangkan aku..
bila aku mampu tersenyum dgn perubahan yg aku lakukan dan aku puas masih pula mereka membenci..
ditarik dan di korek dlm2 tiap slahku..
masihkah slh aku?
OH TUHAN..
aku ini hanya manusia..
kaum hawa yang rapuh hatinya...
cermin wayang yg cuba aku pncarkan masih tidak lengkap spenuhnya..
mereka masih nampak..
mereka masih tahu..
manusia,,
di mana letaknya kejujuran hatimu?keinsafan kamu?
berkali kali aku memberi peluang itu..
dan berkali-kali jua aku memaafkan mereka..
aku buang jauh semua kesakitan itu kerana aku percaya.,siapalah aku yg layak menghukummu?
tapi mengapa masih jua keinsafan itu tiada dalam dirimu?
ketakutan itu tiada di lubuk hatimu..
mereka dan aku pernah berkata ttg karma..
tapi tidakkah kamu takot dgn karma itu??
karma itu wujud..
wujud..
aku xminta di kasihi.
aku xminta disayangi..
malah aku murah utk menyayangi siapa jua kamu..
mengapa masih cuba membenci dan cuba menyakiti jika mereka xmahu aku..
katakan saja..
aku terima dgn hati yg terbuka..
tapi mengapa masih cuba utk menyakiti aku..
seperti sialnya aku yang salah semuanya..
sialkah aku?
sakit hati bila mereka berkata aku menyakiti hati meeka..
aku xbuat apa pun..
namun aku minta maaf jika aku tersalah yang tidak aku sedari..
namun tiap pagi aku cuba jadi yang terbaik utk mereka..
sebelum tidur aku cuba mencari silap aku hari ini..
tapi bagi aku semuanya normal saja..
tapi mengapa segalanya masih aku juga yang salah?..
maaf itu bukan nilainya sejuta utk kau berat ucapkan..
aku masih boleh menerima kamu kerana aku sedar siapalah aku tanpa mereka..
tapi mengapa mereka sgt berat utk menyayangi aku spt aku menyayangi mereka?
aku xharapkan balasan..
tapi aku mahukan kepastian..
aku xpernah mengganggu hidup kamu,kamu dan kamu,,
tapi mengapa mahu menghancurkan hidup aku?
kebahagiaan aku?
mahu rasa sedikit?
ambillah..
tapi biar kena dan tepat pada caranya,..
bukan menyakiti aku..
aku jua manusia sperti mereka,kamu..
aku jua punya hati,,
hatiku xsekeras kerikil..
hati aku same cm cake sponge tu saje.
jujur aku katekan..
yakinkan aku jika kamu benar benar membenci..
yakinkan juga aku jika kamu benar mencintai...
jika benci,..
pergilah kepada mreka..
aku halalkan segalanya..
cuma tolong jgn sakiti aku..
jgn sakiti hati aku...
aku cuma mahu happy di hujung hayatku..


*sekadar bebelan..

sang hati

Tuesday, June 2, 2009
masihkah hati ini bercakap benar..
adakah hati atau syaitan..
hati mengatakan sesuatu..
membisikkan sesuatu..
namun hati juga menerima sesuatu..
aku jadi pusing..
aku jadi bingung..
adakah itu kamu sang hati yang benar atau sang hati yang hitam..
pernah kau memberiku kebenaran..
namun tidak pula kau memberi aku penipuan..
tapi aku masih lagi sangsi..
hatikah itu yg berkata benar..
syaitan sememangnya menipu..
terdetik kata hati..
aku akui..
terbisik sesuatu aku akui juga..
benarkah kata2 itu?
fitnah kah aku bila mengikut telunjuk hati yg xtahu sang siapakah dia..
aku mahu mencari..
tapi takut jika hatiku menipu..
hatikah itu atau syaitan?
atau hasutan?
atau penipuan hati kamu sendiri?
membaling pula aku pada si syaitan bila ternyata aku xmahu mengikut kata hati..
sang hati o sang syaitan??

KAtaKan aKU tIADA..

erm andaikan aku tiada..
jika aku ada apa pula yang bakal kau lakukan?
sepak aku terus ke dalam lubuk hatimu atau tong sampah?
aku masih cuba memahami..
maaf..aku telah melakukan sesuatu yang cuba aku elakkan selama ini..
ma cousin nmpak marah..
aku tahu..
namun aku sudah besar..
aku boleh menilai diri aku sendiri..
stop!
andaikan aku tiada,
masih adakah insan yg akan merindui?
rindu lepak?
o rindu utk menangis bersama..
mula rasa diri ini x di sayangi oleh semua org..
xtahu mengapa..
tapi bila dinilaikan semula..
semua org itu hanya akan mencari aku bila kesusahan atau ingin mencari keseronokan..
aku bertanya dlm diri..
perlukah aku jadi setabah hati?
utk ape?
perlukah aku teruskan sikap aku yg terlalu mudah memaafkan?
dan akhirnya mereka,mereka, dan mereka masih memijak aku..
aku syg diriku..
tapi mereka xsygkan aku..
mereka xtakotkan ttg aku..
mereka juga yang pasti tak takutkan TUHAN
makin lali dengan masalah..

no mood!


*ma post makin membosankan bukan?
maaf..