Pengalaman Bersalin - Muhamad Haziq Syahmi Bin Muhamad Hazrin

Friday, April 12, 2013
salam :)

As mention before, post terakhir tu betul betul merupakan post terakhir pasal preggy :) Esoknya terus sakit tu datang, alhamdulillah :) Ini Kronologi untuk melahirkan Haziq Syahmi :)

18/03/2012 -

10.30am

Dapat call dari MIL, Saja call nak tanyekan khabar, dah sakit ke belum,sihat ke tidak, baby ok ke tidak. Masa tu memang sakit lansung tiada, selesa macam baru 5 month, haha. Selesai berborak, baru perasan matahari dah meninggi naik. Perut dah senandong sayang, rupenya belum breakfast. Husband ralik tengok tv. Ape lagi, kerah la p beli lauk nak masak. Somehow En macam terasa je itu hari terakhir kat rumah, dia nak beli lauk je, mintak aku masak nasi. Aku okay je. :P Tambahan macam busy sikit nak bungkus barang nak pos hari tu. En balik, rupenya beli lauk basah, lauk siap semua tak sedap katanya, fine, kita masak bersama.
Biasa la mak buyung ke tak buyung ke kami masak memang super faster, dua orang tiga lauk, haruslah laju, haha

12.00pm

Tengah sedap makan 'Brunch' kami, En siap beli air F&N Strawberi lagi. Memang fav kami :) tetiba ade bunyik pop! Memang takkan lupa bunyik tu sebab dari bunyik tu la sakit pun start datang. Bunyiknya pulak bukan macam ketuban pecah, tapi lebih kepada something meletup kat pinggang, huu. Tapi masa tu aku ignore je, sebab selalu sakit macam tu pagi2, tengok2 takde pape, En tanye, sakit sangat ke? Aku cakap mungkin BH je sebab dah selalu ditipu. hoho. Dalam masa tengah makan tu 3 kali sakit tu datang, selang 10 minit. Habis je makan, bangun dari duduk, sakit lagi, tapi sakit nak membuang. Masa tu pelik jugak, cepatnye lawas?? Hihi, p toilet, cerry berry melanda, tapi sakit tu pun datang jugak sama. Lepas tu terasa macam lendir mengalir kat celah peha, selalunya memang aku akan check pun kalau2 ada darah ke apa, hari tu pun aku check lagi, sekali lendir + darah FRESHH.. cuak! Menggeletar rasa. Punya la cuak sampai dalam toilet tu panggil En, haha, En marah2 aku sebab ingat dah terberanak dalam toilet, muahahahhaa

2.00pm

Masih kat rumah lagi, busy nak packing bedak arab ngan korylan foundation. En sibuk kemas baju sikit bawak masuk dalam kereta. Settle semua, masih tak rasa nak pegi hospital lagi, sebab sakit tu masih selang 10 minit, kejap2 5 minit, aku andaikan akan lamaaaa lagi. Syiok2 tengok Walking Death dengan En terasa nak call Mak, Mak kata, tunggu sakit sangat2 baru pegi. Dalam hati ni, pos laju sat g tutup pukul 8mlm, tapi takkan pukul 8 mlm nak pegi. Haha, lastnya aku ajak jugak En keluar, p pejabat pos dulu. En bawak kereta macam Baby dah nak keluar sangat2 dah, aku kata ' B, releks, xsakit sangat pun, boleh handle lagi, takmo p sepital awal sangat, nanti lame lagi nak tunggu'.. En? Buat dekk je, die tetap gelabah. Park depan post laju pun dag macam parking tu dia punya, haha

4.00pm

Arrived HSB,lambat sikit sebab aku ajak singgah sana sini dulu, p beli Kurma nabi dulu, untuk tenaga :) Sampai2 je, pekerja kaunter tu buat sakit hati,boleh tanya, dah sakit ke? ketuban dah pecah ke? Aku dah cakap dah, dah keluar tanda, takde leaking dan dah extreamely sakitttt. Dia boleh terhegeh2 lagi. Muka memang la nak mintak lempang. Emosi mak buyung nak menahan sakit lagi xsetabil you know :P Sampa2 je, buat CTG, VE, tapi biasa la HSB, menunggu memang lama, sakit la macam mana sekali pun, tunggu tetaplah kena tunggu. VE masa tu dah 4cm, Aku tak terkejut pun sebab memang aku tahu aku jenis cepat dilate dari pengalaman masa Awatif dulu.

6.00pm

Perut berkeroncong lagi, yelah dah tengah hari tadi cerry berry, mintak En belikan makanan, Masa tu VE dah 8cm dah, ikutkan Nurse tak bagi jalan bangun dari katil, makan pun tak boleh, tapi aku gagah lagi p jalan, lapar tetap lapar hokeh, hehe, sekali En beli rojak Pasembor, memang heaven makan, tapi tengah2 makan tu, Erk.. kontraksi datang, patah patah patah seleraaaa. Lastnya p masuk balik menyerah diri untuk VE lagi, sebab masa tu sakitnya macam nak terkeluar sangat dah, jalan pun, nak angkat kaki pun macam kena paku kat lantai. Nurse siap bebel lagi, awak ni dah banyak cm pun boleh p jalan sana sini lagi sampai check VE tu, rupanya memang dah 10cm dah, tapiiiiiiiiiiiiii, LR penuh, so kena tunggguuuuuu lagii. Masa ni memang aku hangin sangat, lama aku kena tunggu. Memang lama kena tahan 10cm tu dari JANGAN TERAN. Memang teragut sungguh kesabaran

8.30pm.

Dah tolak ke LR, tapi masihhhh, tunggu duluu, sebab katanya aku ni anak 1st, jalan lambat bukak, dalam hati macam WTF, ni 2nd baby even 1st pretem dan aku dah 10cm la weh! Datang sorang Doc Perempuan ni check kata baru 8cm, datang sorang lagi check kata dah fully dilate, datang Doc laki ni pun kata dah fully dilate, had doc perempuan tu yang aku geram. VE sakit gila, cuba la lemah lembut macam muka kau yang lawa tu, ni terojah kemain kasar lagi, tak salah kalau aku terajang muka dia tau, Hahaha

10.00PM

Aku dok je tengok jam tu, cakap - cakap ngan Baby, awak nak tunggu 19/03 jugak ke sayang? Nak sama birthday dengan Abang Awatif jugak ke? Tapi Mummy dah takde daya dah nakk.. Mengalir jugak air mata aku masa tu. Datng la seorang Doc Lelaki dan 4 orang pelajar Uitm, Aku argue ngan dia, bukan ke kalau Hospital lain, dah 5cm pun dorang pecahkan ketuban? Kenapa saya tak dipecahkan ketuban? Dah tak pecah macam mana anak saya nak masuk laluan. Sebab tu kepala dia tinggi lagi. Doc tu macam speachless, dia pun kata HSB tak buat sebab few month ago bila dorang pecahkan ketuban ada kes Momies tu meninggal. Aku tak heran lansung kes kes macam tu, itu lah namanya bagai menempah maut bila bersalin ni, kalau syahid aku waktu tu, takkan nak saman Hospital pulak kan? Lastnya Doc tu tolong aku pecahkan ketuban. Baru la legaaaaaa sangat sangat sebab atleast ada something yang dorang buat dari menungguuuuu.

11.00pm

Masih menahan, tapi masa ni, suara aku dah tak boleh kontrol dah, memang kejap2 aku jerit panggil sesiapa yang boleh assist, aku nak beranakkk dah nii! Datang sorang Misi LR tu dia siap bagi ceramah ' Dik, akak tahu sakit, tapi baby awak tu tinggi lagi, anak pertama memang lambat, cuba bawak istifar, memang sakit nak bersalin ni sakit, kalau tak takdelah kita dapat pahala' Aku buat bodo je apa yang dia ceramahkan. dah habis dia cakap aku pun cakap KUAT2! 'TAPI SAYA BETUL BETUL NAK MENERAN DAH NI, FAHAM TAK???' Misi tu pun mintak suruh aku kangkang, bukak je kaki, kelam kabut suh panggil husband, baru la nak prepare itu ini.

Bermulalah episod push mengepush :) Satu pengalaman yang sekali lagi Allah beri, tapi kali ni lebih lama sebab Baby Haziq besar okeh. huhu, Mungkin jugak sebab sakit yang lama ku tahan, dah takde daya dah nak teran. 3 kali push, keluarlah Muhamad Haziq Syahmi Bin Muhamad Hazrin, bila nurse letak je atas dada automatik rasa syahdu tu. :) Dan ya, episod cium mencium wajib ada dalam LR. hihi memang automatik.

Sekarang dah 26 hari dah, macam2 dah pandai, hari2 ada je menda baru dia tunjuk :)


Fresh from Oven : 3.40KG, 11.30pm / 18.03.13 :)

3 comments:

Adein Kushairi said...

hehe.. nanti mest shima rindu saat dlm labor room tuh.

org tak buat entri pasal bersalinkan haraz pun. masih terperam dlm draft.

nyway tahniah. teringin nk tgk bby. tp kamu tahu lah abg kesygn kamu tuh.. kalo dh balik perak alamatnye terperap kt umah je la..

sHEmA_sHImoT:D said...

Hihi rindu kak adein? Klu sepital lain mungkin rindu. Klu hsb. Semua night mare. Haha.

Takpe2 nnt bebila sampai ipoh je mne tau kebetulan syma balik. Kita jimba memane ye. :)

Jazilah Ilyas said...

Hebat misi ngn doc 10cm blh suh relax lg. Huhu.. Saya pun tgh tahan sakit ni. Baru je lps remove cerclage.. Tarik nafas hembus.. Tarik hembus ;)