utk si bangsat!

Sunday, May 30, 2010
sejak hari khamis serta malamnya.dua situasi masa siang dan malam hari yang sama.
dua orang berbeza sama jantina dua situasi berbeza tapi sakitnya sama.

kerana kamu telah berjaya membangsatkan aku.
aku ucap terima kasih tidak terhingga.

sebab yang lahir Norashimah pagi jumaat yang mulia.adalah syma yang sangat memastikan permulaan harinya akan jauh dari cerita najis anjing bajingan manusia bangsat itu semua.

sedikt sebanyak air mata yang aku luahkan malam itu,hari itu berbaloi dan mengajar aku sesuatu.

baru sekarang aku faham bagaimana kebangsatan manusia itu mengajar sesuatu utk aku jadi KUAT.hati aku jadi KEBAL.jiwa aku jadi KENTAL.

:)

duhai manusia luar sana.

selamat berkenalan.

nota jiwang tiada makna.

Wednesday, May 26, 2010
wahai hamba Allah
yang aku tak pernah tahu asal usul kamu
yang aku tak pernah tahu rupa paras kamu
yang aku tak pernah tahu apa namamu
yang aku tak tahu entah siapa dan dimana kamu.

yang diciptakan tuhan untuk aku
yang akan membuatkan aku cinta padaNYA saat memandang wajah kamu
yang akan membuat aku rasa nyaman bersama kamu
yang akan membuat aku rasa tenang dengan hadirmu
yang akan sentiasa ada bila aku perlu
yang diciptakan aku ini seperti tulang rusuk kamu.

begitu berat dugaan tuhan beri pada aku sebelum aku bakal dipertemukan dengan kamu.entah bila..
begitu banyak silap ku sebelum aku diberi peluang untuk bertemu kamu.entah kenapa..

*mengeluh*

moga cepat aku berjumpa kamu.kerana patut kamu tahu,aku sangat perlukan kau jodohku.*~_~*

just update

Sunday, May 23, 2010
kadang bila seorang rasa sepi itu macam hanya kau yang hidup di muka bumi ini.
padahal masih ramai lagi.
mereka boleh,
mengapa tidak aku.:)

kadang bila sakit demam,rasa macam aku paling anjing sekali.
padahal masih ada lagi yang ringkuk sendiri.
mereka boleh tapi tetap aku tak boleh.

sekarang rasa macam macam,rindu kampung,tapi teringin nak lari satu tempat takde orang kenal aku.
dapat disana sehari pun cukup,mungkin..

sekarang rasa nak make over diri,tapi pitis tak molek lagi.;p

busy nya sekarang ala ala bisnes women berjaya,padahal banyak main dari buat kerja.modal+untung= modal jugak..huhu.
bila nak kayo ni.

sekarang dan dulu rasa nak sambung belajar,tapi kena macam fikir sejuta kali nak buat keputusan itu.
haih,nasib orang tak semuanya sama kan?
aku rimas naik runsing dengan soalan yang aku paing benci nak jawab,kalau aku ada kuasa boleh bisukan mulut mulut yang bertanya itu kan bagus.
wahai teman,pelajaran memang perkara yang paling dipandang sekarang kan?
kalau anjing boleh bercakap,dia pun kata die mahu masuk kolej segala.
inikan pula aku.
nasib manusia tidak semuanya sama.kau untung,tidak aku.
*nangis*

lepas ni kalau ada yang tanya lagi aku lempang sorang sorang,sebab,itu bukan soklan ambil berat tapi aku rasa itu makian terhebat.get it?

syma hari ni bukan syma tiga tahun dulu.aku sendiri pun pelik dengan sikap aku sendiri.ego setinggi tinggi.

syma sekarang bukan syma setahun lalu,manja dah mengada ngada.haih.

tak tahu merepek apa.done.

senyuman manis buat kamu SHIMA:)

Friday, May 14, 2010
Hari ini,tanggal 14 mei 2010,
buat pertama kali aku berjaya membuat diri aku berbangga sendiri:)

sungguh,tuhan itu mahu aku buktikan bahawasanya aku boleh berdiri atas kakiku sendiri bersama segala kudrat yang ada:)

alhamdulillah atas kesihatan yang Kau berikan ya Allah:)

pulang dengan wajah sememeh,dengan peluh yang melekit,dengan kepenatan yang tak terkata
dalam hati"kau sangat sedih syma,tapi kau kena kuat!"

dalam hati kecil
"mak,abah,adik beradik..jauh semua.kalaulah kepulangan aku nanti disambut dengan wajah wajah mereka,akan aku peluk seorang demi seorang.demi mengatakan,penat aku ini berbaloi keluarga ku.hari ini Norashimah berjaya berdiri atas kakinya sendiri dan berjaya membanggakan dirinya sendiri":)

dalam hati besar
"balik nanti,mahu baring.hilangkan penat sendiri,picit kaki sendiri,picit kepala sendiri.dan hiburkan hati sendiri.sebab,kena akui,kau sentiasa sendiri:)"

aku sendiri tak sangka aku boleh segagah ini lakukan semuanya sendiri,selalunya mesti aku mahu teman.
aku semacam tak betah buat semuanya dengan usaha aku sendiri.selalunya aku mesti mahukan dorongan.
aku tak percaya pada keyakinan aku sendiri,selalunya mahu bantuan.

tapi hari ini,demi kekasihku yang baru:)
Imsomnia Art
aku berjaya buktikan Norashimah benar benar kuat!:)

welcome back norashimah!:)

Tuesday, May 11, 2010
*senyum*

malam tadi,sambil menelaah novel yang sudah tinggal suku yang terakhir,tertangkap pada suara manja si penghibur di radio.

"belum dapat bukan main.dah dapat buat tak reti je"

*geleng kepala*

ada benarnya kata kata itu.belum bercinta,baik macam malaikat.kata manis penuh tersemat.
sudah jadi milik.ada takde sama.
janji,kau milik aku.:)

maka kerana itu.
sumpah,aku dah serik.sumpah aku tak mahu lagi.
biarlah kalau kolotnya aku tak punya teman lelaki.
janji aku tak sakit hati.:)

kawen je terus kalau mahu.nak bercinta?sorry.not me.:)