keperluan atau kehendak

Friday, November 20, 2009
memang pelik kan?bila sepatutnya dizaman yang selalu sangat kekeringan aku patutnya lebih kurus berbanding dulu..tapi makin besar pulak..;).mungkin sbb kelaparan satu hari di pejabat disambut pulang dengan masakan makcik yang memang kadang kala boleh buat leleh air mata kerana kurang sedap dari masakan emak yang kurindukan amat..sebab tu bila balik kampung makan tak ingat..sebab semuanya makan free dah merengek saja sudah dapat..;')..mama...anakanda tidak okay disini..maaf menipu mama dengan mengatakan semuanya baik baik aje..

memang pelik kan?bila sepatutnya insan yang bergelar pekerja sepatutnya tidak akan kekeringan begini.tapi inilah hakikatnya..nope..bukan saya mahu biar papa asal bergaye.tapi janganlah sehingga semua tahu aku ini sedang sengkek..;))..malu..sebab bila bekerja makin banyak keperluan dan kehendak..sehingga terabai keperluan demi mengejar kehendak.Hatilah paling susah utk dijaga bila kehendak itu membuak-buak.Sedangkan keperluan yang perlu diutamakan..Haih..masih susah nak menjage poket bila kehendak mendahului dulu..shima shima...

tahu?paling saat aku tak boleh lupa bila mencarik beberape kepingan syiling utk mencukupkan 60sen utk hanya membeli sarapan pagi..kan kehendak tu?padahal masa itu kekeringan di tahap maksima..kan kehendak yang mendahului dulu sedangkan keperluan aku lebih kepada mengisi minyak motor dan membayar parkir..ke tempat keje..yeah..keperluan bekerja 5 hari setengah seminggu utk mendapatkan keperluan dan kehendak.

dan bila begini..call sane sini..cari mana hutang yang belum berbayar..padahal aku ini paling malu untuk meminta kembali yang telah diberikan..dan sasaran utama aku adalah mendail nombor abah..baru nak mula bicara abah terus cakap die sedang memandu membanting tulang utk adik adik aku di kampung.Terus mati bicara kehendak memerlukan waima senot biru atau merah..anak pun tak dapat tolong babah...memang patut dimaki aku ini.

dan bila begini..terkenang emak yang kerja pagi dan malam dan abah yang sudah tidak sebumbung dengan emak.mati hasrat nak masuk jadi pelajar semula demi mengejar cita cita.Dahulu kan adik adik yang cemerlang keputusannya tempoh hari.Sedangkan kakaknya ini?Yeah..inilah pengorbanan demi pengorbanan yang harus aku tempuhi.Ingat lagi mase sedang mengulangkaji dua tahun lalu pada masa besoknya harus menduduki peperiksaan terpenting dalam hidup dengan matapelajaran paling aku suka dan yakin boleh score baik.Tapi bila mengenangkan mana dapat aku pergi jauh walau dengan keputusan terbaik.Terus tutup buku dan turun kedapur menanak nasi untuk dibuat nasi goreng untuk paginya..Demi memenuhi keperluan perut adik adikku..supaya pelajaran mereka tidak terganggu demi perut yang kosong..

ada kalanya aku perlu mementingkan diri kan?aku kuatkan hati..aku harus pergi jugak masuk ke tempat gah itu demi menutup setiap mulut dan fikiran manusia bahawa aku ini kolot dan bodoh dan pemalas utk bergelar siswi.Tapi terpatah semula bila mengenangkan babah..adik adik dan lebih lagi mama..

jengah menjengah ke blog kakak kakak yang aku sengaja cari yang jauhnya di tempat org..yang untungnya dapat berada di sana..perasaan itu datang semula..tapi aku harus kuburkan ia..harus..untuk abah..utk mama..untuk adik adik.

aku harus memenuhi keperluan dan mematikan kehendak..harus..bantu saya..;(

0 comments: