minta sehari lagi

Wednesday, July 29, 2009
hari ni rase mau menulis bagai tiada lagi hari esok ya shima?
pjg n laju...
pendek dan mematuk perlahan..
andai tiada esok utk aku..

MAAF buat semua teman ya..

yang tercalit sedikit atau banyak kemarahan..
maaf ya semua..
segala hilai tawa dan senda minta di halalkan ya?

tempoh hari adik sedara aku ade menegur aku...
"rambut kak emah botak"..
hampir tersedak cikit..

errr...
botak..
gulp..

tercari2..
jumpe..
yup..
ade sedikit..

apa mau jadi ni...
sok luse kene pakai serkup lah begini...


patutlah time sikat rambut tetiap kali kene buang rambut yang tersangkut...
tapi masih tebal rambut aku..
masih subur setia mengurai
ntahlah...
andai esok tiada lagi utk aku
.....

xde ucapan ape melainkan maaf ya semuanya..
aku ini hanya insan biasa yang tidak lari dari silap dan salah..

(belum raye lagi dh minx ampun..;p)

tapi tak pe..
kalau xampunkan
aku malah redha..

amin kan doa2 utkku ya?
xkena bayar untuk harga sebatang rokok nusantara sxpun.
janji ikhlas..
tanya dulu sama hati iklas kah kamu..
jika tidak simpan untuk besok2 ya...


*meminta kekuatan
buat abah,

shima sayang abah..
shima rindu abah..
maafkan shima ye abah.
.
tiap kali mahu pulang ke kl pasti shima cium dahi abah
.
mak pon shima cium kat pipi je.
.
abah advance cikit..;))

*senyum minta kasihan
;)

pada kenalan baru itu aka si bulan tahu kenapa aku xmahu kamu?
kerana kau xhormati aku sbgi seorang wanita
kau xdgr kata aku..
aku pernah cakap,
jgn smpai aku takot dgn kau.
dan kau buat ianya terjadi.
iya semua..
aku jadi gerun dengan lelaki itu.

namanya pun lelaki.
aku xselesa.
kau punya jawapannya kenapa,
aku xsuka.
itu juga kau punya jawapannya.
biarlah antara kau,aku dan tuhan
.xperlu aku buka aib.
itu antara kau dan tuhan.
maaf ya kalau kamu marah.
marah dulu diri sendiri kerana tak berpegang pada iman
dan janji

aku bukanlah mulia,
mahupun mengaku aku baik.

tapi aku masih mampu
mengelakkan sesuatu yang aku sudah tahu tidak baiknya.
memang aku menyesal menyambut salam perkenalan dari kamu.

*menunduk menghela nafas

maaf,maaf,maaf...
andai esok tiada lagi utk aku aku xpunya juga kesempatan itu.
maknanya mgkin tiada rezeki itupun andainya esok itu tiada lagi..
kalau ada..
syukur alhamdullilah..

yang pasti aku dh lame xbuat begini:
-listkan ape yg xbaik hari ini dan berazam utk jadi yg baru tiap pagi..
rasanya dh 2 minggu diabaikan..
xtahu la nape..
malam ni leh start balik..
dan abah selalu mengajar anaknya yang degil ini utk mengucap dua kalimah syahadah serta membacakan ayat 4 QUL sebelum melelapkan mata.pesannya"takot esok tiada lagi,bila esok terhirup udara pagi ucapkan alhamdulillah"
sering kali alpha.

buat Mr..
maaf juga kalau selama ni aku byk menyusahkan malam kamu ya
halalkan tiap hela nafas sesaat utk aku ya..
sometimes aku ada marah kamu dalam hati
terkumat kamit juga mulut aku melawan kamu bila kamu bebel
maaf ya..
tapi kamu abg yang baik..
terima kasih ya..
cuma aku yang terkadang memang degil..
alpha..
saat paling bahagia bila lenanya lengan melingkar tubuh kamu.
sehingga terdengar baby menendang dlm perut kamu..*sigh..hehe
kamu memang abang yang baik
bila tak pernah penat menekan punat hijau bila terlihatkan nama
norashimah norkamal ini di screen telefon kamu.
(mgkin kah kamu menulis nama itu??hummm..hnya kamu yg tahu)
aku memang adik yang jahat kerana bila menunggu kamu mengangkat panggilan ku
aku merengek2 bagai kanak2..bila terdengar HELLO..
normal semula..
hihii...
hanya cousin aku,bantal,tilam,katil,telefon comel ku dan tuhan yg tahu apa yang aku lakukan saat itu..
saat berbicara dan saat menekan butang merah..
kamu memang abang yang baik bila redha saja mendengar aku merepek
mengeluh ttg sesuatu yg pastinya disambut oleh kau dgn bebelan dan marah yang pedih.
dh lama xbermanja dengan kamu ya Mr?
hmmm...maaf lagi...
aku memang adik yang jahat bila tak pernah faham situasi kerja kamu
keadaan kamu..
n xpernah bg semngat pada kamu.
(agaknye la..*sambil menggaru telinga)
aku memang adik yang jahat bila dh taruh attend pada event kamu but lastly xdapat pegi
kamu memang abang yang baik bila redha saja dgn aku.
tengs..ops..terima kasih.

buat kamu najis..urm..keju la..maaf..
dulu kamu baik pada aku.
tapi kamu xpernah jadi yang terbaik untuk diri kamu.
jgn risau aku dh lama maafkan kamu
moga kamu bhagia ya
dan maafkan aku jika masih bersisa marah dalam hati kamu

buat teman blog maaf jika ada komen yg tidak masuk akal atau melalut atau menyakitkan hati
buat teman facebook sama juga ya..maaf jika ada yg kurang suka
buat teman ym,maaf jika ada diantara mesej yg aku ignorekan dan aku abaikan,kdg2 aku ada yg perlu aku buat
buat teman friendster aka teman sekolah ku dulu.aku dh xaktif ya disana..maaf ya.

buat seisi keluarga terutama sekali pada kak nyah,kita selalu x sekepala.
selalu aja bertikam lidah padahal kau yang selalu membantu aku
padahal aku juga yang paling dekat dengan kamu
maaf kerana kekurang ajaran aku pada kamu..
aku adik yang tidak sopan..
maaf ya...

buat adik2 ku...
maaf adik,kak emah asyik terlupa nak beli tali skipping utk kamu
apit,akak lupe gak yg akak penah janji nak belikan mp3 utk kamu mase keputusan PMR kamu yg cemerlang itu keluar.maaf kak emah lupe..baru teringat bila tulis blog ni..huuhuh..kalo esok,luse atau lebih tepat lagi sabtu ni masih ade jom kite g jj g beli eh.
buat ada,kamu tu selalu degil,that y akak suke marah kamu.maaf tau..len kali jgn degil,jgn ngengade..kamu dh besa pon..bukan kecik lagi.dh leh pggil anak dara pon tau x.xpenah janji nak beli ape2 kan?fuhh..selamat..sebab kamu xpenah minx..hihih...


dh2...buat mate aku lagi merah je..huuu..T_T

kakak dan abangku serta kembar ku..
maaf ya,,

buat mak juga.

buat temanku efa,aku minta maaf cz selalu je diamkan diri dgn kau.kau ade kot jawapan die...maaf ya.

buat owee..hanya kau yg tahu segalanya ttg aku walaupun belum cukup setahun kite bersahabat.kau teman yg banyak tolong aku..
thanxs..tuhan je leh balas jasa baik budi kau pada aku.

aku sebenarnya minta sehari lagi jika aku masih berpeluang untuk merasakan..
apa?ntah..sila abaikan.


malam malam saya

Tuesday, July 21, 2009
AKU harus sentiasa mengingatkan diriku bahawa

shima,kini kau harus meniti hari hari mu sendiri,dimana kamu perlu tahu bahawa kamu selalu berseorangan

AKU harus juga sentiasa mengingatkan diri ku bahawa

shima jika kau sakit kau harus segera sembuh,lawan dari sakit itu kerana tidak ada sesiapa pun yang mahu memimpin kamu ke klinik

AKU harus menasihati diri ku sendiri

shima berbelanjalah dengan jimat dan cermat kerana mereka tidak akan ada di waktu duduk kamu.

AKU juga harus menasihati hatiku sendiri

shima banyakkan bersabar,jangan simpan amarah kerana nanti jadi dendam,maafkan saja okay.jangan menangis kerana pasti sgt pasti tiada siapa yang akan menyeka air mata kamu.

AKU harus berkata kata dengan diriku sendiri

shima kau harus tabah.tabah menghadapi segalanya.seorang diri.

AKU harus menyakinkan hatiku sendiri

mereka baik baik aja,mereka semuanya yang terbaik.jangan simpan sedikit pun prasangka buruk.

shima sayangi dirimu sendiri okay?

semalam cuba hubungi abah banyak kali tapi xdapat.terasa diri benar benar kosong.i need someone that i can lend their shoulder n cry with me.need someone that can be a good listener n will motivate me.walaupun ade skrg tapi aku masih xyakin.im a girl wif a lot of problem n mistake.really miss him while his not.


fuhhh..

Thursday, July 16, 2009
betul..
kadang kadang memang tak faham
kenapa dan mengapa
natijahnya masih aku sasaran
xpelah asalkan kamu bahagia

shema sedang mengarut

Sunday, July 12, 2009




rasa nak masuk bawah katil..
duduk diam-diam



buhsan

masih menari nari mencari makna diri
masih mencari hati dalam lubuk limpah
entah..
tak pernah faham
tak pernah mahu mengerti barangkali
aku rasa..
ya..
aku memang..
tapi aku takot..
*bersedialah menghadapi kehilangan

thanxs

Friday, July 10, 2009
thanks 4 last nite..i'll neva forget it..:)

tong sampah

Thursday, July 9, 2009
cuba sebut nama aku
panggil aku seribu kali
menusuk ke jamban kah kau
merenyok ke sampah bagai plastik yang panas
jeling.mati.benci.ludah

kelihatan dia meraih tangan kumbang
lalu di pecutkan bahasa tipu.bohong satu persatu
cuba kau teriakkan nama aku
teriakkan juga apa yang kau rasa

dia cuba memandang tepat ke anak mata hitam yang menjengkelkan hati
lari kesana kemari bagai lipas hendak mati
masih tak jumpa
diam!!

dalam hati,kalau aku dapat tarik jiwa kau
bisa aku bagi makan sama anjing kurap
biar aku puas

gadis itu menyorok di bawah meja
gadis itu mencaci maki menyumpah mati insan yang memaki diri

cinta?cis!
tipu!
sayang?ya aku percaya!

lalu dibisikkan ke telinga gadis itu

mahukan kamu berlalu denganku
mencari masa dan impian
mencari nyawa dan nafsu
mencari cinta dan hidup

pipinya mula melencun
kata si kunang kunang

aku tak mahu!
aku tak mahu!
cuba kau sekali lagi!sebutkan namaku!

bahasa basi yang lapok bagai dari tahun 1930
busuk.hamis.rapuh.

aku punya kekasih gelap?
puas?
mati kata hati.

xoxo

Nur

Monday, July 6, 2009

tuhan selamatkan aku
tuhan selamatkan hatiku
tuhan selamatkan malamku
tuhan jauhi aku dari semua itu
tuhan tabahkan hatiku
hentikan air mataku
kuatkan imanku supaya aku terus bersabar
permudahkanlah jalan hidup ku
permudahkanlah segalanya untukku
hanya padaMu tempat aku memohon pertolongan
hanya padaMu tempat aku memohon perlindungan
bantulah aku.

persoalannya
mampukah kau shima mengharungi semua ini..
kuatkah kamu..
dan adakah ini jalan yang terbaik..
sedih dan gembira
mungkin kau lupa untuk mengucapkan syukur
mungkin kau lupa pada yang telah diberikan
mungkin juga kau makin kejam


muhasabah diri.


maybe..

gadis ini

embun mulai turun

segar tapi sejuk

dia mahu dipeluk saat itu
dia mahu dikucup tika itu

andaikan malam itu kumbang mahu bersama bunga

dia mahu dipeluk erat hingga sinar pagi mula menyinar
dia mahu ditemani oleh si kunang-kunang
dia mahu kekasihnya di situ
dia mahu melihat kekasihnya lelap


kunang-kunang pergikan kepadanya dan ceritakan tentang gadis yang sedang merindui
khabarkan padanya dia mahu kau disisi

pejam.diam


whenever i'm tired,lucky in my life
you come by my side like a dream
whenever im sad,lucy in my dream
you always warmly surround me
i always smile like this
no matter how many trials there are in this world
i'll definitely never let you see my tears
even if you dont understand my heart
even if you far away
i'll still be happy because of your smile
just take a step closer to me