Yeahh, makanya aku masih belum bersalin lagi :) Haziq sangat happy, secured and selesa berada dalam Rahim Mummy, itu bermakna, kamu memang anak yang baik macam Ayah :) Ehh Mummy pun baik jugak :P
Tengah2 hujung ni, saja google Teknik Bersalin, lepas ni manatau entry Pengalaman Bersalin pulak kan :)
1. perut terasa mengeras secara teratur
2. keluar lendir darah
3. keluar air jernih / ketuban
4. rasa nak membuang
- Cara posisi meneran yang tepat: Lutut berlipat dan kedua kaki berbuka. Jangan terkepit-kepit kelengkang tu ha macam mana baby nak keluar?
- Meneran bila perut tengah tegang / sakit. Bila tak sakit tak payah meneran, tak guna.
- Sebelum meneran, tarik nafas panjangggggg sekali, dengan mulut tertutup.
- Apabila menerat, angkat kepala, letakkan dagu di atas dada, mata terbuka dan memandang perut sendiri. Yelah takkan nak pandang perut misi kat sebelah pula?
- Meneran seperti ingin berak? Bayangkan kau dah sembelit seminggu tak berak, bagaimana?
- Jangan menjerit-jerit. Memekak sahaja. Korang sembelit nak terberak menjerit-jerit dalam toilet ke? Tidak kan? Buat hilang tenaga je kalau menjerit.
- Jangan angkat pungung, badan menggeliat sana geliat sini. Buat penat je nanti.
- Jika dah merasa bayi betul-betul dah nak terkeluar (terasa panas dan terbakar di tempat sulit kita), teruskan meneran pelan-pelan tetapi konsisten, jangan meneran terlalu kuat. Ini dapat mengelakkan daripada kawasan sulit kita terkoyak rabak.
- Terus peluk baby saat sesudah melahirkan, dekatkan mulut bayi pada tek-tek korang supaya baby kenal puting mak dia sendiri. Tapi kalau misi/doktor bawa lari baby korang selepas melahirkan, itu maksudnya baby anda ada something wrong lah itu. Be cool, nanti baby dah okey, dia bagi korang balik.
Aku sekarang ni taklah stress sangat, biasa2 je memandangkan En pun macam tak lah terlalu tak sabar, dia selalu positifkan aku, baby nak keluar masa due date kot, takpelah lambat sikit :) Lega hati Mummy, means Ayah masih nak layan lagi perangai malam2 panas Mummy, selera tiba tiba Mummy :)
Dua hari lagi Hari Jadi Abang Awatif yang pertama :) 19 Mac 2012 :) Cukup setahun Awatif pergi, mungkin Haziq nak keluar sama dengan abang? Who knows kan? :)