BERITA PALING KELAKAR BIKIN PECAH PERUT

Wednesday, February 23, 2011

pagi pagi hari dah dapat buat senyum meleret2.tak tahu nak ckp.bacalah sendiri.haha


ALOR GAJAH: “Dalam keadaan samar-samar, saya nampak objek tercampak ke tengah lebuh raya lalu menekan brek sebelum mengelak ke kiri jalan,” kata pemandu treler yang terbabit kemalangan di Kilometer 209, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara, di sini, malam kelmarin.

Pemandu itu, Ah Pang, 53, berkata dia mengelak daripada melanggar mangsa dan dua kenderaan yang melintangi jalan, namun treler dipandunya dilanggar sebuah Toyota Camry dari belakang.


“Ketika berada kira-kira 50 meter dari lokasi, saya nampak dua kereta terbabit kemalangan dan pada masa sama melihat ada orang tercampak dari kenderaan.

“Saya menekan brek dan berjaya mengelak daripada melanggar mangsa, tetapi apabila melihat melalui cermin sisi, ada sebuah kereta di belakang turut berpusing dan terbabas selepas melanggar bahagian belakang sebelah kiri treler saya,” katanya yang ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.


Kejadian kira-kira jam 9 malam berhampiran Restoran Jejantas Ayer Keroh itu dipercayai berlaku selepas pemandu Proton Wira Aeroback dikenali sebagai Zulfakar Hamsun, 26, melanggar seekor babi hutan yang tiba-tiba melintas jalan.


Berikutan rempuhan itu, kenderaan berkenaan gagal dikawal dan berpusing beberapa kali sebelum tersadai di tepi lebuh raya. Pada masa sama, sebuah Toyota Altis melanggar bahagian depan kereta dipandu Zulfakar menyebabkan enjin Proton Wira Aeroback itu tercampak ke kiri jalan.

Zulfakar dan pemandu Toyota Altis iaitu seorang warga Myanmar berusia 20-an yang parah dikejarkan ke hospital untuk rawatan. Dua lagi mangsa menaiki Toyota Camry cedera ringan.


Sementara itu, seorang lagi mangsa, Tan Chia Hau, 27, berkata, pada mulanya dia menyangka kerja baik pulih jalan sedang dilakukan kerana dua kereta melintang tengah lebuh raya, namun tiada lampu amaran dipasang sebelum menyedari ia kemalangan.

“Ketika kira-kira 20 meter dari tempat kejadian, saya yang duduk di sebelah penumpang Toyota Camry dipandu rakan, Lee Chi Hong, 24, menyedari berlaku kemalangan,” katanya.

bosan tahap gaban

Monday, February 21, 2011

saat ni padang sepuloh kali pada jam,bilalah nak jam 5.30.

takde mood berkerja kuat macam yang dikobar2kan beberapa entry lepas
sebab job makin surut sesurut duit di hujung bulan.

bosan tahap nak kentut tak henti2 supaya boleh tarik perhatian semua orang.
terhibur bukan?

bodohkan diri sendiri utk hiburkan orang lain.itu macam amal jariah ,sebab menyenangkan hati orang.

walau kali kedua ini tak sama macam dulu2
tapi takpelah
yang penting saya masih ada beby besar saya:)
will do and accept anything cz i love him.insyaAllah

feel terible



bila angin rindu terlalu datang, tiba tiba bagai terlerai amarah semua,
yang tinggal cuma perasaan kasih dan cinta.

MasyaAllah.

im really sorry

mungkin itu sudah nekad bagi kamu.
tidak mengapa.Allah ada untuk ajar daku supaya redha.

imstillmissyouandloveyou.


semua tentang rezeki

Wednesday, February 16, 2011
saya penah hilang rezeki dulu sekali.

kali ni saya nak pastikan saya lebih menghargai rezeki saya.
saya betul2 nak jadi gila kerja.

for the next one month.
i'l make sure evreything is perfect.
please.
give me the way.

i love my job so much
and i try my best too much
something end up with something like careless or forgotten.

aku ni jenis darah gemuruh,
bila ditanya bos,semua benda betul tetiba jadi kacau bilau.cakap pun tak betul.
haih.

but i'll try again with my very best

saya benci hari ni!

Sunday, February 13, 2011

mula rasa faktap.*sorry mencarut*
memang keje untuk kerah tenaga atau dikerahkan tenaga for nothing??
bodoh!
memang bodoh dia ni.serius kalau dah sampai tahap hilang sabar,jumpa tepi jalan memang aku tembak.

*ok cool now*please kalau ade sesiapa tahu ade keje kosong dalam bahagian logistics sahaja tolong inform saya.
saya nak cari keje baru.
tempat baru,suasana baru.
astafirullah.

iman aku betul2 tercabar hari ni.sebab saya boleh tahan dengan tekanan keje tapi memang tak boleh tahan dengan tekanan dari manusia yang berlagak bagus.semua kau yang paling perfect.wth!

Al-Quran ubat jiwa keresahan

Tuesday, February 8, 2011
Al-Quran ubat jiwa keresahan

sumber dari harian metro:)


Membaca dan mende�ngarkan al-Quran

Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh: “Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.” Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.

Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya. Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.

Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.

Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.

Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.


Menyayangi orang miskin

Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.

Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan: “Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.”

Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan. Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.

Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.


Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas

Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit.

Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.

Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.


Menjaga silaturahim

Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubu�ngan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.

Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjang�kan umur dan mendatangkan rezeki.

Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.


Banyak mengucapkan la hawla wa la quwwata illa billah

Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah.

Kuatnya hubungan kita de�ngan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.


Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit

Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.

Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran.

Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.


Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah

Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.

Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.


Tidak meminta kepada orang lain

‘Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah’ adalah hadis Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari.

Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan.

Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.


Menjauhi hutang

Dalam sebuah hadis, Rasulul�lah dengan tegas mengatakan: “Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!” Sahabat berta�nya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu! Sabdanya: Kerana hutang.” Begitulah kenyataan�nya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.

Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan: “Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”


Selalu berfikir positif

Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.

Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif.

Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang.

Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?

CERITA SEDIH

Tuesday, February 1, 2011
ok hari ni mood jiwang. *sila amek mood semua*

amaran :: cerita ini mungkin mengandungi kisah sedih terlampau.sila sediakan tisu sebelum meneruskan bacaan.

malu nak cerita pasal cinta cinta ni,aku ni dah la ala2 keras macam tak kisah jatuh ke bangun.
tapi bila hari cuti kene keje then boleh bukak radio hotfm,dengar lagu2 melayu terleleh,tetiba meleleh pulak air mata.nasib bukan air liur. *ok boleh gelak*

tapi rase mcm tak boleh nak cerita pulak ape ade dalam hati ni.macam tak terluah dek taip-an lah pulak,ape lagi kata2.lagi lah tak boleh.

terlalu sakit utk diungkapkan.terlalu indah untuk digambarkan *aceceh:P*

tapi pokoknye, kau tak kenal siapa aku sebenar.kau tak ada atas katil aku waktu aku tido malam2,
kau takde waktu aku mandi
kau pun tak ada masa aku tak muat pakai baju sebab ketat.
jadi kau tak faham aku.

tapi mudah je nak kenal aku.
selami aku baik2. dengar dan perhatikan cara aku.

kenapelah tak pernah seorang pun faham aku melainkan abah.
yelah,mungkin abah sebab "abah".so dia kenal anak dia siapa.
tapi tak salah kau ganti tempat abah.
sebagai pelindung aku.
kan?

ok dah mula part sedih now!
memang aku menangis.
tapi aku bukan menangis sebab kau,tapi aku menangis sebab kenapa kau tak cuba protect aku?
selfishnya cara kau.
tenangkan keadaan dengan selamatkan diri sendiri dan hitamkan aku?
Ya Allah!marahnye aku!serius.


aku tak kisah kene marah.memang patut aku kene sebab aku nak sangat masuk campur.
bukan aku mintak kau bekup cara aku.
atleast kau tak cuba blamekan aku lagi.

aku tak kisah dimaki pihak sane.
tapi demi kau.
tapi..
entah.tak boleh nak tulis dah.
tak tahan.sebak.

rasa macam sorang2 je.sebab aku mcm takde sape2 protect saya.sedih.serius.