Counting Days

Saturday, January 12, 2013
salam :) Hari ni dah nak masuk 31weeks :) 15hb ni ada next check up di obgyn HSB, entah berapa pulak berat anak ni naik :) Perut dah makin keras, pusat yang dalam dah jumpa jalan keluar, selulit jangan cakap la, fuhhhh.. merata bakhang :P Yang paling terkesan, kasut yang sama saiz selalu dengan Shikin dan tak muat lagi sekarang, yesss! my feet is swallow dah macam orang kena gout. hahhahaha

Makin lama makin sibuk, minggu lepas merupakan minggu super duper hebat bagi aku. Dimana penjadualan kami terlari sedikit gara-gara balik Ipoh sebab Suami ada interview, end up semua become suck. Tapi takpe, manusia takkan belajar kalau tidak buat salah :)

Kita akan mula belajar bila kita silap, silapnya kadang ada manusia ni yang lansung tidak kreatif, menadah tangan je meminta tolong, satu persatu. Sedangkan kalau ikut aku, aku pun tak tahu, tapi memang abah selalu ckp, kamu ni pandai, lepas tu memandai - mandai. hahaha, tapi elok juga sikap memandai - mandai tu, atleast kita cuba, lepas tu terus belajar :)

Sebagai seorang isteri, yang dah biasa buat apa saja utk suami, bila tiba-tiba suami bancuh air utk kita pulak, perasaan serbasalah tu tak tahu nak letak ceruk mana. Bagi sesetengah orang mungkin rasa sweet je, tapi bagi aku, kalau boleh, aku kan nak jadi superwomen. Busy macam mana pun, aku nak sediakan semuanya utk suami. Sikit pun aku tak mahu dia buat. :) Tapi besok, bila dah start cuti 2bulan, time tu kudrat tak mampu :) Baru lah kita buli suami. Ngehehehhehe :D

5weeks to go :) Bismillah :)

0 comments: