Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

Kisah Pendek : #1

Wednesday, September 28, 2011
Ini cerita kisah pendek.

Suatu senja,Halimah bermain di gigi pantai.Dia terjumpa seketul cengkerang yang tidak lah cantik.Dia bawa pulang dan dia cuci sehingga bersih,malah di warnakan sana sini bagi nampak lebih menyerlah.

Tapi satu hari dia menangis,sebab cengkerang yang dia sayangi hilang.Puas dia mencari kemana perginya.Tapi masih tak berjumpa.

Kemudian dia kembali ke gigi pantai,berharap dia berjumpa kembali cengkerang itu atau mungkin yang lain.Setelah puas menunggu,pantai memberi seketul lagi cengkerang hitam.Dia kutip dan dia bawa pulang.Perkara yang sama yang dia lakukan dan sekali lagi cengkerang itu hilang.

Namun Halimah tidak berputus asa,dia kembali ke gigi air dan mengharapkan kali ini pantai memberinya lebih dari satu.Lama dia menunggu dan hampir berputus asa.Tapi akhirnya pantai kembali memberi satu cengkerang putih.Dan dia mencuba lagi,kali ini dengan lebih berhati hati.Dia meletakkan cengkerang itu tinggi supaya orang tak nampak dan ambil.

Pada satu petang,bila sewaktu dia mahu mengambil cengkerang di tempat tinggi,dia ternampak sekeping nota :

Apa yang kamu cari itu tiada dan takkan ada disini.Jangan kembali ke pantai dan berharap kamu akan berjumpa yang baru.Sebab kesemua cengkerang yang kamu ambil tidak bernilai sehingga kamu membuatnya bernilai dan akhirnya cengkerang itu menjadi angkuh dan pergi.Pandanglah diri kamu yang lebih penting.

Halimah berdiri dan tersenyum.

Nota kaki : Rezeki itu datangnya dari Allah tapi dia letakkan manusia sebagai pengantaranya.

Mengaplikasikan Pembelajaran

Wednesday, September 21, 2011
Sebelum sebelum ni aku kurang pandai nak expresskan diri dengan apa yang aku ada dan pernah belajar,tapi seperti ayat yang biasa kita dengar,'learn from mistake,learn to grow'.
Ini yang sedang aku cuba lakukan,mengaplikasikan semua yang pernah aku belajar dulu ke arah yang baik,bukan ke arah yang buruk dengan niat menjatuhkan mana2 pihak.Ingat ye you all..

:)

Ada baiknya jugak buat silap,tapi kalau selalu sangat mana nak maju kan?Kesilapan tu mendorong kita utk memotivasikan diri semula utk tidak melakukan kesilapan yang sama dan tidak sama sekali memandang kebawah.

Ok,berbalik kepada mengaplikasikan pembelajaran,dari apa yang aku belajar dulu,agent agent yang aku kenal dulu,maka aku mula mengorak langkah untuk memulakan kerjaya yang baru ni.Tapi semuanya masih in the learning progress,kalau dulu aku sebagai agent/orang tengah,sekarang ni aku pula sebagai pengeluar barangan yang ingin mengeksport produk.Dua kerja yang lain tapi masih dalam bidang yang sama.

Aku masih tidak pandai dalam logistics dan masih tidaklah se-expert mana pun,cuma aku punya pengetahuan.Tapi aku percaya dengan kesungguhan dan belajar dari masa ke semasa,aku boleh menguasainya.Bak kata orang,sikit2 lama2 jadi Gunung Nuang..erk?;p

Kelonggaran yang diberikan di pejabat tidak sesekali disalah guna,malah bos sendiri suruh aku bertwitter,berfacebook,berblog tapi jgn lupa kena promote product company.*ehem ehem..tu later..*
tapi jangan lupa utk siapkan kerja katanya..:)

Bos muda,so style pun semua yang muda2 je.Ok,takleh puji melambung sgt,nanti tersungkur sakit jugak kan...;p

Aku yakin dengan pengalaman,pengetahuan dan kenalan yang aku ada,aku boleh utk aplikasikannya kedalam setiap kerja aku.Untuk lebih maju kedepan.InsyaAllah.

Apa yang aku cuba sematkan sekarang,run away from mistake and careless,sebab tu aku cari handbag besar,boleh bawak notebook ke mana2,senang tak lupa.Ni pun salah satu dari pembelajaran untuk aku,sebab dulu mmg aku pemalas gila nak write down everything sampai miss something.Sebab terlalu over extremely confident with my memories*kononya*

Selain itu aku jugak belajar bagaimana dengan menaiki lift sebenarnye menyebabkan seseorang itu menjadi malas dan berat badan pun tidak segan silu naik naik dan naik lagi,sejak berhijrah ni,opis sgt sedih sebab takde lift,kemudian selalu naik turun jemput client dari bawah,so lessonnye di sini,turun naik tangga boleh buat seseorang itu selim melim,percayalah,tggu tiga bulan je keje sini.mesti kecik @_@..

:: Aku harap semua yang aku lalui dipermudahkan dan aku harap semua yang aku harapkan tercapai.Amin :) ::