34weeks

Tuesday, January 29, 2013
Makin lama emosi makin tak berapa nak stabil. Rasa nak cepat - cepat tamatkan semua ini. Mami dah tak larat sebenarnya anak, kamu tak besar pun, badan Mami ni haa yang cepat letih, sobb

Ada lagi dua minggu, tapi rasa macam dua tahun nak harung. Lamanyaaaaaa...

Cant wait to see you little caliph. Permata hati Mummy and Ayah :( semoga kita cepat2 dipertemukan.

See. Emosi tak setabil i told you.

Bai

32weeks

Thursday, January 17, 2013
I have found that, Im actually get not enough sleep currently. Im NOT feel sleepy, Im NOT feel hungry.

But Im Still can get up in the morning and do my usual routine.

IS IT NORMAL?


Counting Days

Saturday, January 12, 2013
salam :) Hari ni dah nak masuk 31weeks :) 15hb ni ada next check up di obgyn HSB, entah berapa pulak berat anak ni naik :) Perut dah makin keras, pusat yang dalam dah jumpa jalan keluar, selulit jangan cakap la, fuhhhh.. merata bakhang :P Yang paling terkesan, kasut yang sama saiz selalu dengan Shikin dan tak muat lagi sekarang, yesss! my feet is swallow dah macam orang kena gout. hahhahaha

Makin lama makin sibuk, minggu lepas merupakan minggu super duper hebat bagi aku. Dimana penjadualan kami terlari sedikit gara-gara balik Ipoh sebab Suami ada interview, end up semua become suck. Tapi takpe, manusia takkan belajar kalau tidak buat salah :)

Kita akan mula belajar bila kita silap, silapnya kadang ada manusia ni yang lansung tidak kreatif, menadah tangan je meminta tolong, satu persatu. Sedangkan kalau ikut aku, aku pun tak tahu, tapi memang abah selalu ckp, kamu ni pandai, lepas tu memandai - mandai. hahaha, tapi elok juga sikap memandai - mandai tu, atleast kita cuba, lepas tu terus belajar :)

Sebagai seorang isteri, yang dah biasa buat apa saja utk suami, bila tiba-tiba suami bancuh air utk kita pulak, perasaan serbasalah tu tak tahu nak letak ceruk mana. Bagi sesetengah orang mungkin rasa sweet je, tapi bagi aku, kalau boleh, aku kan nak jadi superwomen. Busy macam mana pun, aku nak sediakan semuanya utk suami. Sikit pun aku tak mahu dia buat. :) Tapi besok, bila dah start cuti 2bulan, time tu kudrat tak mampu :) Baru lah kita buli suami. Ngehehehhehe :D

5weeks to go :) Bismillah :)

Busy Women Super Women

Thursday, January 3, 2013
Salam

Sila jangan muntah ye, tak habis update pasal bisness aje. Hahaha

Lamanya tak update. Erk? :P Mata makin lama makin rabun tau. Hari-hari ngada PC, Sampai bila ada permintaan ke 2 3 pagi pun masih melayan customer :) But alhamdulillah. Rezeki anak maybe, we are getting better day by day :) And personaly aku pun jadi makin disiplin dengan diri sendiri.

Satu company dua bos? Memang pening tau. Kita ni perempuan suka banyak tulis, suka banyak nak refer,sana sini. Bila sampai kat lelaki. Hamek kau, dia bagi satu buku panjang besar lebar je nak note semua. Hahaha

Mr Husband.. awak tahu je bila saya tak suka, awak lagi buat kan? But end up makin selesa dengan cara kerja dia, dari 3 buku jadi dua buku je, tak pening. Thanks husband :)

Workload makin lama makin heavy, sampai kita perlukan ini :)

Sebab sifat pelupa yang menebal dalam diri, aku jot down everything :) So Husband pun boleh tengok incase hari careless dia sampai. haha

Husband tiap2 hari pesan, "Mummy.. Dont push yourself to hard" Tapi alhamdulillah takat ni masih berdaya dan mampu lagi. Memang ada masanya aku kena log off everything nak curi masa rehat sikit :) Bocor rahsia. Haha, alhamdulillah aku sentiasa percaya, kalau customer yakin, mereka akan beli dan tunggu jugak :) Lambat camne pun reply. Thats why I love you all Customer :)

Dah masuk 30w dah. Ada lagi 6w sahaja sebelum menyerah diri semula ke HSB. Baju semua dah masuk beg :) Barang Mummy je tak beli lagi. Haih.

Okaylah. till then :)