Suami teman online kat cc.Hari keduabelas pantang kerana keguguran.
Ya,dunia ini masih belum tamat.
Aku beruntung kerana.
Bukan semua manusia dianugerahkan hamil
Bukan semua wanita dihadiahkan rasa 'sessuatu' dalam rahim.
Bukan semua wanita dihadiahkan rasa bagaimana mengandung itu.
Bukan semua wanita dihadiahkan rasa bagaimana turun darah itu terjadi.
Malah bukan semua wanita dianugerahkan ujian dari Allah.
Aku beruntung. Sebab aku belum gila dengan ujian ini.
Aku masih sihat dan masih diebrikan peluang untuk mencuba lagi.
Aku masih mengikut jalan Allah,entah apa yang jadi esok.Mana tahu?
Malah aku yakin semua yang berlaku bukan penamat,tapi permulaan yang lebih baru.
Dan aku amat yakin,Allah sedang membantu aku.
Ya,kalau bukan kerana sayang. Allah tak mungkin menguji aku.
Alhamdulillah.
Ini bukan ayat angkuh. Ini ayat motivasi diri.
Alhamdulillah aku ada keluarga yang sangat2 support aku untuk bangun.
Suami yang betul2 mahu aku sembuh.
Kakak yang tak mahu aku menangis
Mertua yang tak mahu aku duduk sendiri.
2minggu memang sekejap,tapi satu hari untuk diharungi macam setahun
Aku masih merindu.
Ya Allah,mukanya mirip suami,susuk tubuh,bibir.Satupun tiada aku.
Maka jika aku rindu,Allah anugerahkan wajah suami untuk aku tatap.
Allah maha adil,maha kuasa kan?
Awatif Syakir. Suci maknanya.
Ini entry terakhir,tapi bukan penamat.
Lama lagi mungkin,aku akan hidup semula.
Terima kasih semua.
Zuliana + AG
6 years ago