kisah indah

Sunday, July 18, 2010
tak sempat mahu menulis.

terlalu busy dengan kerja.penat dengan stress.

saya ada kisah baru:) dan dia si beby besar saya:D yang sentiasa ada bila saya perlu,dan yang sentiasa buat saya ketawa:)

alhamdulillah dengan kebahagiaan selepas kesengsaraan ini tuhan!:)

semoga bahagia ini kekal milikku.semoga segalanya tetap mengikat kami.:)

hari kedua kerja

Wednesday, June 23, 2010
lama tak berjalan di sini.
maaf tak sempat baca blog sesiapa.cuma menyinggah meluah rasa:)

rezeki itu hanya tuhan yang tahu kan?
sape tahu impian mahu kerja di subang atau shah alam tercapai.:)
cuma kawasan tak berapa menarik:P
tapi aku suka.
sibukkan diri,tak sempat nak fikir apa apa:)

impian mahu bercuti akan tercapai tak lama lagi:)
penang,johor,redang.mane satu???:p
tak sabar tak sabar!

time to going back:)

terima kasih tuhan:)

Thursday, June 17, 2010
makan tido makan tido.
ini aktiviti senang lenang di kampung:)
berat masih dijaga rapi:P

esok ada interview.
semoga berkat doa dan restu mak aku dapat kerja tu.
raya dah dekat.tak boleh berkira sangat dengan kerja:)

semalam bukak facebook tersakit hati
hari buka.
mampu tersenyum.
tak tahu senyum ini untuk apa.
tapi rasanya senyuman ini senyuman kelegaan kerana semuanya dalam keadaan baik baik:)
bahagia tak terkata bila lihat mereka itu bahagia.
paling tidak aku yakin aku mampu melepas itu semua:)

cuti kali ini paling berbaloi.
aku berjaya menenangkan hati.
dan insyaAllah aku akan berjaya menyingkirkan kesemuanya:)
hope so.

tahu?
betapa hati ini tersangat keras sebelum menjemput satu satunya lelaki dalam hidup ini.
bukan semudah menerima macam
'kau suka aku,jadi aku suka engkau'

*senyum*

aku bukan semurah coklat dua posen satu di kedai runcit.
aku pernah fobia sama dunia.
hingga aku tolak semua kerana ketakutan yang teramat andai aku disakiti lagi.

sekarang.
hati itu kembali keras.
saat aku mengungkapkan tak mampu lagi untuk bersama.
saat itu aku menyingkirkan kesemua perasaan itu.
dan untuk kau tahu.
bukan mudah pula untuk membuang segala kenangan.

tapi,
aku gembira lihat kamu bahagia:)
pagi riuh rendah itu
aku tersenyum bila keriuhan itu wujud dari suara kamu kamu semua.
cukup aku lihat.
bahagia itu ada walau aku tiada:)

'aku murah memberikan senyuman,tapi aku bukan boneka.'
-ayat yang pernah aku gunakan utk blog ini-

:)

cukup aku senyumkan wajah tangis semua.
kini aku yakin untuk pergi setelah melihat mereka gembira:)

tuhan itu ada.:)
*aku bukan insan itu yang kurang kasih sayang,cuma aku yang suka mengasingkan diri.kau harus faham itu*

need to be

Tuesday, June 8, 2010
:')

sihat sakit,sihat sekejap,sakit semula.

malam batuk macam orang nak mati.
siang lemah macam orang takpernah makan.

mahu melentokkan kepala pada siapa?
kan sendiri.

"pelindung"
hanya selimut bantal:)

i know i have to be strong.
how far?

utk si bangsat!

Sunday, May 30, 2010
sejak hari khamis serta malamnya.dua situasi masa siang dan malam hari yang sama.
dua orang berbeza sama jantina dua situasi berbeza tapi sakitnya sama.

kerana kamu telah berjaya membangsatkan aku.
aku ucap terima kasih tidak terhingga.

sebab yang lahir Norashimah pagi jumaat yang mulia.adalah syma yang sangat memastikan permulaan harinya akan jauh dari cerita najis anjing bajingan manusia bangsat itu semua.

sedikt sebanyak air mata yang aku luahkan malam itu,hari itu berbaloi dan mengajar aku sesuatu.

baru sekarang aku faham bagaimana kebangsatan manusia itu mengajar sesuatu utk aku jadi KUAT.hati aku jadi KEBAL.jiwa aku jadi KENTAL.

:)

duhai manusia luar sana.

selamat berkenalan.

nota jiwang tiada makna.

Wednesday, May 26, 2010
wahai hamba Allah
yang aku tak pernah tahu asal usul kamu
yang aku tak pernah tahu rupa paras kamu
yang aku tak pernah tahu apa namamu
yang aku tak tahu entah siapa dan dimana kamu.

yang diciptakan tuhan untuk aku
yang akan membuatkan aku cinta padaNYA saat memandang wajah kamu
yang akan membuat aku rasa nyaman bersama kamu
yang akan membuat aku rasa tenang dengan hadirmu
yang akan sentiasa ada bila aku perlu
yang diciptakan aku ini seperti tulang rusuk kamu.

begitu berat dugaan tuhan beri pada aku sebelum aku bakal dipertemukan dengan kamu.entah bila..
begitu banyak silap ku sebelum aku diberi peluang untuk bertemu kamu.entah kenapa..

*mengeluh*

moga cepat aku berjumpa kamu.kerana patut kamu tahu,aku sangat perlukan kau jodohku.*~_~*

just update

Sunday, May 23, 2010
kadang bila seorang rasa sepi itu macam hanya kau yang hidup di muka bumi ini.
padahal masih ramai lagi.
mereka boleh,
mengapa tidak aku.:)

kadang bila sakit demam,rasa macam aku paling anjing sekali.
padahal masih ada lagi yang ringkuk sendiri.
mereka boleh tapi tetap aku tak boleh.

sekarang rasa macam macam,rindu kampung,tapi teringin nak lari satu tempat takde orang kenal aku.
dapat disana sehari pun cukup,mungkin..

sekarang rasa nak make over diri,tapi pitis tak molek lagi.;p

busy nya sekarang ala ala bisnes women berjaya,padahal banyak main dari buat kerja.modal+untung= modal jugak..huhu.
bila nak kayo ni.

sekarang dan dulu rasa nak sambung belajar,tapi kena macam fikir sejuta kali nak buat keputusan itu.
haih,nasib orang tak semuanya sama kan?
aku rimas naik runsing dengan soalan yang aku paing benci nak jawab,kalau aku ada kuasa boleh bisukan mulut mulut yang bertanya itu kan bagus.
wahai teman,pelajaran memang perkara yang paling dipandang sekarang kan?
kalau anjing boleh bercakap,dia pun kata die mahu masuk kolej segala.
inikan pula aku.
nasib manusia tidak semuanya sama.kau untung,tidak aku.
*nangis*

lepas ni kalau ada yang tanya lagi aku lempang sorang sorang,sebab,itu bukan soklan ambil berat tapi aku rasa itu makian terhebat.get it?

syma hari ni bukan syma tiga tahun dulu.aku sendiri pun pelik dengan sikap aku sendiri.ego setinggi tinggi.

syma sekarang bukan syma setahun lalu,manja dah mengada ngada.haih.

tak tahu merepek apa.done.

senyuman manis buat kamu SHIMA:)

Friday, May 14, 2010
Hari ini,tanggal 14 mei 2010,
buat pertama kali aku berjaya membuat diri aku berbangga sendiri:)

sungguh,tuhan itu mahu aku buktikan bahawasanya aku boleh berdiri atas kakiku sendiri bersama segala kudrat yang ada:)

alhamdulillah atas kesihatan yang Kau berikan ya Allah:)

pulang dengan wajah sememeh,dengan peluh yang melekit,dengan kepenatan yang tak terkata
dalam hati"kau sangat sedih syma,tapi kau kena kuat!"

dalam hati kecil
"mak,abah,adik beradik..jauh semua.kalaulah kepulangan aku nanti disambut dengan wajah wajah mereka,akan aku peluk seorang demi seorang.demi mengatakan,penat aku ini berbaloi keluarga ku.hari ini Norashimah berjaya berdiri atas kakinya sendiri dan berjaya membanggakan dirinya sendiri":)

dalam hati besar
"balik nanti,mahu baring.hilangkan penat sendiri,picit kaki sendiri,picit kepala sendiri.dan hiburkan hati sendiri.sebab,kena akui,kau sentiasa sendiri:)"

aku sendiri tak sangka aku boleh segagah ini lakukan semuanya sendiri,selalunya mesti aku mahu teman.
aku semacam tak betah buat semuanya dengan usaha aku sendiri.selalunya aku mesti mahukan dorongan.
aku tak percaya pada keyakinan aku sendiri,selalunya mahu bantuan.

tapi hari ini,demi kekasihku yang baru:)
Imsomnia Art
aku berjaya buktikan Norashimah benar benar kuat!:)

welcome back norashimah!:)

Tuesday, May 11, 2010
*senyum*

malam tadi,sambil menelaah novel yang sudah tinggal suku yang terakhir,tertangkap pada suara manja si penghibur di radio.

"belum dapat bukan main.dah dapat buat tak reti je"

*geleng kepala*

ada benarnya kata kata itu.belum bercinta,baik macam malaikat.kata manis penuh tersemat.
sudah jadi milik.ada takde sama.
janji,kau milik aku.:)

maka kerana itu.
sumpah,aku dah serik.sumpah aku tak mahu lagi.
biarlah kalau kolotnya aku tak punya teman lelaki.
janji aku tak sakit hati.:)

kawen je terus kalau mahu.nak bercinta?sorry.not me.:)

kerana namanya wanita

Tuesday, March 23, 2010
orang kata sakit itu kifarah

maka saya redha dengan apa yang diberi
mungkin atas dosa yang lalu

saya sentiasa percaya tiap apa yang berlaku punya hikmahnya
cukup dengan kebahagiaan yang saya dapat setakat ini.
Alhamdulillah

:)


wanita
sering bermain dengan perasaan
maka dengan mainan perasaan itu mewujudkan emosi
maka dari emosi itu terlahirlah ketidak stabilan tingkah laku
dan kewarasan akal fikiran
maka syaitan pun datang membisik bisikkan kata kata nista
maka iman pun jatuh merudum
maka wujudlah sifat amarah dan kegagalan mengawal segala galanya

tapi setelah merajuk,marah dan akibat melayan ketidakstabilan emosi itu sendiri akhirnya diri sendiri yang sakit.*padan muka*

sebab itu tiap apa pun sentiasalah berfikiran positif sebab kene tahu akhirnya pembelaan tidak dipihak kamu pun
*sengih sebelah*

sekarang ni rasa makin jauh dariNYA..bila nak dating pun tumpuan kelain je..asyik terfikir fikir je yang lain.Oh harap harap Dia terima setiap permintaan ringan saya :(

Perkongsian

Friday, March 12, 2010

Tergerak hati untuk mencari artikel ini bila terlalu banyak kes disekeliling melibatkan kes pengguguran dan pembuangan bayi.Just Copy paste.credit to cahaya hidayah

Oleh Ibrahim Abdullah

PENGGUGURAN bayi sama dengan pembuangan bayi. Pengguguran dilakukan menerusi suntikan maut (saline) yang dimasukkan ke dalam ketuban bayi. Cairan itu akan membakar kulit bayi secara perlahan, menyesakkan pernafasannya dan akhirnya selepas menderita selama berjam-jam, bayi itu akhirnya meninggal dunia.

Selama proses itu, bayi akan memberontak, mencuba berteriak dan jantungnya berdetik keras. Pengguguran bukan saja pembunuhan biasa tetapi cara pembunuhan keji. Setiap wanita mesti sedar dan berwaspada mengenai kes bahaya ini.

Pengguguran kehamilan pada usia enam hingga sembilan bulan dilakukan dengan cara mengeluarkan bayi itu hidup-hidup, kemudian dibunuh. Cara membunuh biasanya dilemparkan ke tempat sampah, ditenggelamkan dalam air, dipukul kepalanya hingga pecah, ditinggalkan dan dibiarkan begitu saja di mana-mana lokasi.

Proses itu sering kali tidak disedari pelaku dan wanita yang sepatutnya menjadi ibu penyayang. Mereka rasa selamat selepas melakukan pengguguran tetapi titik hitam tetap kekal dalam nurani pelaku tidak bertanggungjawab itu.

Mereka sentiasa diburu dan dihantui perasaan bersalah, berdosa dan menanggung risiko tidak berkesudahan dalam mengharungi liku-liku hidupnya. Jika diketahui pihak berkuasa, mereka akan ditahan serta dihadapkan kemuka pengadilan.

Kes pengguguran anak atau pembuangan bayi ada hubung kait dengan perzinaan. Kerana malu dan aib yang ditanggung pelaku, mereka melakukan perbuatan keji itu. Perbuatan itu disebabkan kurang fahaman ajaran agama dan kerosakan moral tidak terkawal.

Firma Allah yang bermaksud: “Janganlah kamu membunuh anak kamu kerana takut kepapaan, Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu, sesungguhnya perbuatan membunuh mereka (anak), adalah satu kesalahan (dosa) besar.” (Surah al-Israk, ayat 31)

Dalam ayat ini Allah menjamin rezeki kepada anak dan juga pelakunya (ibunya), justeru kenapa ia dibunuh atau dibuang di merata tempat? Apakah kesalahan anak atau bayi itu? Mereka yang melakukan dosa akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah pada hari pembalasan nanti.

Firman Allah yang bermaksud: “Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Surah al-Israk, ayat 32)

Komplikasi pengguguran credit to Dokter-Online

1. Perforasi Dalam .

Kandungan Luka_Lubang & Inveksi

Melakukan kerokan harus diingat bahwa selalu ada kemungkinan terjadinya perforasi dinding uterus, yang dapat menjurus ke rongga peritoneum, ke ligamentum latum, atau ke kandung kencing. Oleh sebab itu letak uterus harus ditetapkan lebih dahulu dengan seksama pada awal tindakan, dan pada dilatasi serviks jangan digunakan tekanan berlebihan. Pada kerokan kuret dimasukkan dengan hati-hati, akan tetapi penarikan kuret ke luar dapat dilakukan dengan tekanan yang lebih besar. Bahaya perforasi ialah perdarahan dan peritonitis. Apabila terjadi perforasi atau diduga terjadi peristiwa itu, penderita harus diawasi dengan seksama dengan mengamati keadaan umum, nadi, tekanan darah, kenaikan suhu, turunnya hemoglobin, dan keadaan perut bawah. Jika keadaan meragukan atau ada tanda-tanda bahaya, sebaiknya dilakukan laparatomi percobaan dengan segera.

2. Luka pada serviks uteri.

Apabila jaringan serviks kerasdan dilatasi dipaksakan maka dapat timbul sobekan pada serviks uteri yang perlu dijahit. Apabila terjadi luka pada ostium uteri internum, maka akibat yang segera timbul ialah perdarahan yang memerlukan pemasangan tampon pada serviks dan vagina. Akibat jangka panjang ialah kemungkinan timbulnya incompetent cerviks.

3. Pelekatan pada kavum uteri.

Melakukan kerokan secara sempurna memerlukan pengalaman. Sisa-sisa hasil konsepsi harus dikeluarkan, tetapi jaringan miometrium jangan sampai terkerok, karena hal itu dapat mengakibatkan terjadinya perlekatan dinding kavum uteri di beberapa tempat. Sebaiknya kerokan dihentikan pada suatu tempat apabila pada suatu tempat tersebut dirasakan bahwa jaringan tidak begitu lembut lagi.

4. Perdarahan.

Kerokan pada kehamilan agak tua atau pada mola hidatidosa ada bahaya perdarahan. Oleh sebab itu, jika perlu hendaknya diselenggarakan transfusi darah dan sesudah kerokan selesai dimasukkan tampon kasa ke dalam uterus dan vagina.

5. Infeksi.

Apabila syarat asepsis dan antisepsis tidak diindahkan, maka bahaya infeksi sangat besar. Infeksi kandungan yang terjadi dapat menyebar ke seluruh peredaran darah, sehingga menyebabkan kematian. Bahaya lain yang ditimbulkan abortus kriminalis antara lain infeksi pada saluran telur. Akibatnya, sangat mungkin tidak bisa terjadi kehamilan lagi.

6. Lain-lain

Komplikasi yang dapat timbul dengan segera pada pemberian NaCl hipertonik adalah apabila larutan garam masuk ke dalam rongga peritoneum atau ke dalam pembuluh darah dan menimbulkan gejala-gejala konvulsi, penghentian kerja jantung, penghentian pernapasan, atau hipofibrinogenemia. Sedangkan komplikasi yang dapat ditimbulakan pada pemberian prostaglandin antara lain panas, enek, muntah dan diare.

Komplikasi yang Dapat Timbul Pada Janin:

Sesuai dengan tujuan dari abortus itu sendiri yaitu ingin mengakhiri kehamilan, maka nasib janin pada kasus abortus provokatus kriminalis sebagian besar meninggal. Kalaupun bisa hidup, itu berarti tindakan abortus gagal dilakukan dan janin kemungkinan besar mengalami cacat fisik.

Secara garis besar tindakan abortus sangat berbahaya bagi ibu dan juga janin yaitu bisa menyebabkan kematian pada keduanya.

komplikasi selepas menggugurkan kandungan bagi ibu credit to edaran salindah

"Pengguguran hanya diunjurkan sekiranya melibatkan keselamatan nyawa ibu yang terancam akibat kehamilan.


"Itupun hanya setelah mendapatkan pengesahan dua pakar yang bertauliah, barulah prosedur pengguguran itu dijalankan ketika usia kehamilan masih awal lagi iaitu sebelum empat bulan,'' katanya.


Harlina Halizah berkata, setiap kali berlakunya pengguguran ia boleh mengancam nyawa si ibu.


Ia juga merupakan satu kaedah yang kurang sesuai digunakan sebagai kaedah merancang keluarga.


Katanya, terdapat beberapa komplikasi yang akan dihadapi oleh si ibu akibat pengguguran yang tidak diawasi doktor yang bertauliah.


Antaranya, pendarahan yang tidak terkawal, mengundang kecederaan kepada organ seperti rahim dan pangkal rahim, serta boleh mengakibatkan kematian.


Selain itu, ia juga boleh mengakibatkan jangkitan kuman yang teruk pada rahim, yang menyebabkan masalah ketidaksuburan berlaku selepas itu.


Akibatnya, pada masa akan datang sekiranya pasangan suami isteri ini ingin mempunyai anak, wanita ini didapati sukar untuk mengandung lagi.


"Sekiranya suami isteri mengetahui mengenai masalah yang bakal dihadapi, sudah tentu mereka akan lebih berhati-hati sekiranya hendak merancang kehamilan.

Jadi renung renungkan lah:)

Kawan Baik sy

Tuesday, December 22, 2009

Selepas terpengaruh dengan kak pin yang post kan entry bersama kak wani ardy..Now my turn..;p,Act mencari jugak hari mana yang sesuai..Tapi now rasa sesuai dah..sebab semalam kami masing hot..

Tapi mujur masing masing bijak mengawal keadaan dan situasi dimana kekasih saya ini sedang dalam bulan kiambang dan saya sedang meninginkan bantal.

kita memang tak perlu selalu jumpa
tapi tanpa kamu efa aku boleh jadi bengong

kita memang tak perlu saling rindu
tapi pulangnya aku pasti mahu kamu

sejak tido sekatil,tidur sebantal
makan bersama
nyanyi bersama
gila bersama
dan kita pernah nangis bersama

aku paling rasa takut kalau kehilangan kau efa.

i lebyu!so much!

::sangat senang nak jumpa kekasih tapi bukan senang nak jumpa sahabat,;)

after eid

Monday, November 30, 2009
saya mulakan entry kali ini dengan Bismillahhirahmannirohhim..
supaya sy bisa menulis dengan tenang tanpa amarah dan dendam..permudahkanlah semuanya..amin..;)

sy bahagia dengan encik masrizan saya.Fullstop!sometime i just hate this feeling because when i miss him,its hurt so much!damn much!
cant stop loving him just same like i cant stop miss him

*sigh*

he just too busy with his life.Too much.Dunno till when i can afford this feeling,but telling u the true i cant understand ur life kanda.Its hard for me accept all this.But i love u..so much!(T_T)
but i will learn bout it slowly and i've pomise before to behaved n just get it easy n slowly right?..promise u..;)

weekend at my hometown,lots of laugh n tear.Just God knows everything.Im tired being a shadow..realy tired.its just like im not one of them.nothing to proud at me,means nothing to show them bout me.Plus my thousand weekness.People,i still have a feeling,why u all so mean?

sob..

no one can understand me.no one..;(

i still have a sense,what ever u said what ever u do.please think bout me too..i love u so much people.and i'll neva hate u even u trying to kill me,but please care bout my feeling too..i dunno till when i can be kind like this but please before it getting wrost..and dont worry cz u are forgiven..;)

everything going ok bout debit n credit for this month,alhamdulillah at last i can manage it and i can stop my self from buying useless things..;)

lastly,stop being hipocrit and make mess with me,its nothing u get from there.Dont disturb my life plus dont interfere my problem.im not the OLD shima.im trying to be matured..dont hurt me..plz dont hurt me..atleast gimmi some chance to feel happy before im going..far away from u all ;(

im so sorry if im hurt u all..realy sorry..

*hug*

keperluan atau kehendak

Friday, November 20, 2009
memang pelik kan?bila sepatutnya dizaman yang selalu sangat kekeringan aku patutnya lebih kurus berbanding dulu..tapi makin besar pulak..;).mungkin sbb kelaparan satu hari di pejabat disambut pulang dengan masakan makcik yang memang kadang kala boleh buat leleh air mata kerana kurang sedap dari masakan emak yang kurindukan amat..sebab tu bila balik kampung makan tak ingat..sebab semuanya makan free dah merengek saja sudah dapat..;')..mama...anakanda tidak okay disini..maaf menipu mama dengan mengatakan semuanya baik baik aje..

memang pelik kan?bila sepatutnya insan yang bergelar pekerja sepatutnya tidak akan kekeringan begini.tapi inilah hakikatnya..nope..bukan saya mahu biar papa asal bergaye.tapi janganlah sehingga semua tahu aku ini sedang sengkek..;))..malu..sebab bila bekerja makin banyak keperluan dan kehendak..sehingga terabai keperluan demi mengejar kehendak.Hatilah paling susah utk dijaga bila kehendak itu membuak-buak.Sedangkan keperluan yang perlu diutamakan..Haih..masih susah nak menjage poket bila kehendak mendahului dulu..shima shima...

tahu?paling saat aku tak boleh lupa bila mencarik beberape kepingan syiling utk mencukupkan 60sen utk hanya membeli sarapan pagi..kan kehendak tu?padahal masa itu kekeringan di tahap maksima..kan kehendak yang mendahului dulu sedangkan keperluan aku lebih kepada mengisi minyak motor dan membayar parkir..ke tempat keje..yeah..keperluan bekerja 5 hari setengah seminggu utk mendapatkan keperluan dan kehendak.

dan bila begini..call sane sini..cari mana hutang yang belum berbayar..padahal aku ini paling malu untuk meminta kembali yang telah diberikan..dan sasaran utama aku adalah mendail nombor abah..baru nak mula bicara abah terus cakap die sedang memandu membanting tulang utk adik adik aku di kampung.Terus mati bicara kehendak memerlukan waima senot biru atau merah..anak pun tak dapat tolong babah...memang patut dimaki aku ini.

dan bila begini..terkenang emak yang kerja pagi dan malam dan abah yang sudah tidak sebumbung dengan emak.mati hasrat nak masuk jadi pelajar semula demi mengejar cita cita.Dahulu kan adik adik yang cemerlang keputusannya tempoh hari.Sedangkan kakaknya ini?Yeah..inilah pengorbanan demi pengorbanan yang harus aku tempuhi.Ingat lagi mase sedang mengulangkaji dua tahun lalu pada masa besoknya harus menduduki peperiksaan terpenting dalam hidup dengan matapelajaran paling aku suka dan yakin boleh score baik.Tapi bila mengenangkan mana dapat aku pergi jauh walau dengan keputusan terbaik.Terus tutup buku dan turun kedapur menanak nasi untuk dibuat nasi goreng untuk paginya..Demi memenuhi keperluan perut adik adikku..supaya pelajaran mereka tidak terganggu demi perut yang kosong..

ada kalanya aku perlu mementingkan diri kan?aku kuatkan hati..aku harus pergi jugak masuk ke tempat gah itu demi menutup setiap mulut dan fikiran manusia bahawa aku ini kolot dan bodoh dan pemalas utk bergelar siswi.Tapi terpatah semula bila mengenangkan babah..adik adik dan lebih lagi mama..

jengah menjengah ke blog kakak kakak yang aku sengaja cari yang jauhnya di tempat org..yang untungnya dapat berada di sana..perasaan itu datang semula..tapi aku harus kuburkan ia..harus..untuk abah..utk mama..untuk adik adik.

aku harus memenuhi keperluan dan mematikan kehendak..harus..bantu saya..;(

adik adik saya

Thursday, November 19, 2009
hampir terlupa..
adik saya ikmal,my last brother,
dia dapat no satu dalam darjah..
im proud of him..realy proud..
and he just asking a book for present..
(T_T)
adik u make me cry..
u a such a realy2 gud son n brother ofcz..
study hard eh sayang..
akak tahu kamu boleh
dan hanya kamu harapan kami..
belajar rajin-rajin..;)

adik saya 2nd last shuhada
dapat 2A 1B 2C
alhamdulillah..
kamu boleh lakukannya kan ada?
even kamu degil..
bagus..;)
kakak bangga punya adik seperti kamu..;)

dan aku sangat berbangga dengan mereka
sangat
kerana
dengan keadaan family yang berpecah belah
dengan kekurangan hidup
dan hidup secara terlalu kesederhanaan
adik-adikku boleh lakukannya..

DUA SITUASI

Monday, November 9, 2009
aku ada dua situasi di sini..

situasi satu
umum,semua pasti tahu tentang kemengan pihak negeri sembilan dalam perlawanan bola tempoh hari di bukit jalil.
baik..
satu,penyokong yg datang dari jauh dan bersemangat kental mengharapkan kemenangan pada pihak mereka.
dua,memakai merah dengan lambang kemegahan dan kemenangan,
tiga,punya satu misi.Jika menang padan muka sama si kuning.Jika kalah FAKLU 'semua'.SEMUA sekali lagi..

bukti satu,dh kalah,patut diam dan tunduk.Tapi membakar pula kerusi.
bukti dua,dh kalah patut malu.Tapi membaling pula mercun bagai.
bukti tiga,dh kalah patut mendoakan kejayaan akan datang.Tapi membuat rusuhan tumbuk bertumbuk pula.

padahal.tempat tarungan bukan negeri masing-masing.FAM dh cuba melebihkan merah dengan macam macam cara.Sedangkan kuning harus berjalan jauh untuk masuk kedalam gelanggang.
TAPI kenapa kerana marah,kerusi dibakar?boleh ubah keputusan kah?atau boleh buat adekan permainan lagi?
TAPI kalau pun bermain sekali lagi.Kalau sudah takdirnya kalah dan menang pertarungan.Apa nak dikata lagi?CUKUP!

Malunya pada obses yang pada rasa aku tidak kemana.Kalau menanglah merah.Dapat ke serumah seribu?Atau dapatkah seorang sebini?Atau dapat seorang seladang?

Apalah nak dimarahkan?Apalah yang mesti di amukkan?Apalah yang mesti di apikan?

Sedang kemenangan itu satu hanya kepuasan dan kalah pula hanya satu keputusan.Bikin malu saja.Terus jadi merah mu lambang rusuhan,lambang amukan,lambang ketakutan mereka yg memandang.

Jadikan lah sesuatu itu hanya sebagai hobi dan minat.Jangan jadikan ia isi dalam daging.Sebab tiada apa yang kamu dapat.Melainkan kamu sendiri boleh turun padang dan buktikan kamu lagi hebat.Cuba lah!Boleh?

Dan aku bukanlah penyokong kuning.Fullstop

situasi dua
aku ada kenalan satu dua sepuluh.Kenal gitu gitu la.Tak rapat tak ingat.

Baru baru ni ada buat PP(Private Party) sempena birthdaynya knon.Baik.Sewa satu apartment rm250,harus wajib bayar dulu rm500.Sedangkan..anak mentah ni masih belajar dengan kegunaan duit ibu ayah.Ada kereta sudah megah.Angkut sana sini betina.Layan sikit sikit.Pap!'pinjam duit yang,ai nak buat party'tapi...takde pun selit 'yu join la sekali'.si betina ni lak baik hati..kawannye pasal.Kasi..sekarang diam. duit kemana kawan kemana.Cop!bukan itu niat nak cerita sebenarnya.

alkisahnya.tentang budaya sekarang.akibat perkahwinan campur mungkin.Budaya melayu hilang ditelan zaman.Hilang juga di telan kemodenan.Melayu selalu dikaitkan dengan ISLAM.Dan ke-ISLAM-an tu sendiri hilang.entah kemana.Bila semakin kenal dengan manusia.Semakin aku kenal dengan dunia.Memang aku ni sedikit 'silly' tentang zaman.Agak terlewat sedikit.

Tapi sedihnya melihat yang bangga dengan kejahilan mereka.Bangga dengan kekafiran mereka.Serta bangga dengan kebodohan mereka sendiri.Belajar tinggi..tapi akal letak kat kaki.

umur masih muda..belasan tahun.tapi bukan hingusan lagi.kerana semuanya sudah pandai.tapi bodoh dalam menilai baik dan buruk.chop!pandai mungkin tapi lebih suka ikut nafsu dan memilih yg buruk dari baik.kan?

megah bila dipuji ,lebih megah bila di angkat tinggi sampai lupa yang LEBIH TINGGI.mungkin dalam benak mereka 'ahh!masih muda.lambat lagi nak mati.Dan tua nanti taubat la!'.kan?tak usah tipu sbb aku pun pernah belasan tahun dan aku pun pernah buat dosa,sbb aku pon penah jahil sbb aku pon pernah terfikir begitu!sumpah!tapi..mana nak tahu cara dirinya kalau tak jatuh dulu..mana nak tahu salahnya kalau tak buat dulu.kan?lama-lama baru terfikir,baru cari..skrg zaman dh moden..google sane sini .Pap!jumpa....lepas tu baca.lepas baca baru buat keputusan,masih di takuk lama atau ingin lari.kan?

aku memang suka mengomel tentang dunia.memang suka.

ketika cinta bertasbih

Friday, November 6, 2009
cinta adalah kekuatan
yang bisa mengubah duri jadi mawar
merubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibbah

itulah cinta..

setelah cinta ku uraikan dan ku jelaskan panjang lebar
namun jika cinta ku datangi
aku jadi malu pada keterangan aku sendiri

meskipun lidah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah,cinta ternyata lebih terang
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya

kata-kata pecah berkeping keping begitu sampai kepada cinta..
dalam mengurai cinta,akal terbaring tak berdaya
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan

NUR KASIH

Thursday, October 29, 2009


hari ni rasa teruju nak cerita tentang drama siri yang memang sedikit sebanyaknya memberi impak pada penonton and yes!so do i!


aku teruja menunggu jam 9 malam semata-mata mahu melihat kesabaran Nur Amina,kelembutan beliau dan cara beliau menangani sesuatu situasi.Semuanya dengan ALLAH.Semuanya dengan pegangan Islam.

maaf entry aku sekarang ni macam banyaknya berbaur mulia kan?

bak ada seorang kenalan yang pernah 'memuji' aku dengan sinisnya

"yu tau tak yu ni sebenarnya berlagak mulia??"

owh my!memang sangatlah ai terasa waktu itu..sesangatnya.Maaf dan terima kasih,mungkin pada awalnya aku rasa ada kebenaran kata si pengadil bebas ini,tapi dalam masa yang sama ada detik dimana hati saya berkata

"aku sedang jadi mulia,tak bolehkan kau menolong aku waima sedikit dengan ilmu yang ada di dadamu?"

itu aku shima yang dulu,yang masih bersisa AKU yang dulu,sekarang aku sedang membuang Aku yang dulu,boleh kan bantu??jangan menghambur tanpa bertanya,tanpa selidik okey?slah ke yang najis nak jadi suci?boleh je right?kalau tak kenapa wujudnya mandi wajib?mensucikan diri dari hadas?besar atau kecil?sama kan??


hmm..berbalik pada kisah Nur kasih..siri drama begini pada aku harus di teruskan dengan berbagai kisah lain,yang pastinya semuanya penuh dengan nilai2 keagamaan,kekampungan.Bukan tentang sosial life yang memang memberi impak tapi banyak yang buruk dari baiknya.

seperti mana satu malaysia melihat Nur Amina seorang gadis yang baik,ayu dan sopan sudah pastinya watak Nur Amina tu leh jadi role model buat semua gadis-gadis kat luar sana yang masih jauh tersasarnya.tabik springg la tok pelakonnya yang betul2 membawa watak tuh dengan baik dan menjiwainya dengan baik.

entah bila kah pulak masa utk aku??;))sedang berdoa agar jodohku nanti biarlah yang boleh memandu aku ke jalan ALLAH..;)amin..;))

biar cuma hanya DIA

Wednesday, October 28, 2009
biar ALLAH yang tahu
biar cuma dia

kerana manusia takkan pernah mahu mendengar dan faham melainkan ALLAH
yang sentiasa ada untuk mendengar
yang sentiasa ada untuk membantu
yang sentiasa faham akan rasa sunyiku

minta sebutir kebahagiaan dariMU.

amin

biarkan kosong

Tuesday, October 27, 2009
tak sangka makin mudah sekarang

mana kekuatan kamu shima?

*tunduk*