2012 Closing

Sunday, December 30, 2012
Mesti boring kan? Mana pun orang cerita pasal 2012 ending. haha, but for me, 2012 banyak meninggalkan kesan mendalam :) Dari merangkak dah pandai jalan, dari jalan nak berlari pulak :)

Permulaan hidup bergelar isteri pada 01/01/2012 :)
Permulaan hidup sebagai Ibu pada 19/03/2012
Kehilangan mendalam pada 19/03/2012 :)
Kegembiraan kali kedua buat kami pada 11/07/2012 :)

Macam- macam lah!

Yang pasti semuanya membuatkan kita lebih matang! Dari masa ke semasa, dari takde apa2, kami build hidup sikit demi sedikit. Punya suami yang penyabar, punya rumah kecil tapi sempurna, punya harta paling bernilai dalam rahim, semuanya seakan perfect :)

Sehinggalah kena bercuti panjang sekarang, hikmahnya, aku berjaya membuktikan yang aku mampu berjaya atas kaki sendiri :)

Azam 2013 :

  • Tambah koleksi dalam Kedai Kesihatan & Kecantikan SK
  • Mampu buka booth atau kedai untuk Kedai Kesihatan & Kecantikan SK
  • Jadi isteri dan Ibu yang lebih baik buat keluarga :)
  • Menjadi lebih baik dari sekarang!

Semoga Allah permudahkan jalan kami. Amin :)




Usaha Tangga Kejayaan

Friday, December 28, 2012
Salam,

Ramai yang bertanyakan, Jual Shaklee ni ada untung ke? Market flow bagaimana? Keuntungan banyak ke tidak? Ramai dah yang jadi agent, takde pesaing ke?

Begini lah, Saya pegang kepada matlamat, Usaha itu tangga kejayaan. Nampak klishe kan? Tapi itulah hakikatnya. Kita bukan budak sekolah rendah yang dimomokkan dengan ayat ini di dinding-dinding sekolah tanpa faham apa maksudnya. Ia sesuatu yang mudah, USAHA, DOA, TAWAKAL :)

Doa pada siapa? Pada Allah sudah pasti. Usaha untuk apa? Untuk kejayaan yang kita inginkan sebenarnya. Tawakal bagai menunggu buah tak gugur? Allah itu lebih tahu. Selayaknya ke dengan USAHA dan DOA kita untuk menerima ganjaran dari Dia? :)

Bagi Saya sendiri yang baru berjinak. Alhamdulillah berkat doa, usaha dan tawakal saya, saya dah dapat hasilnya :) Yang penting dalam meniaga kena jujur, jangan tipu. Kita beri makan pada anak- anak dan diri sendiri. Pastikan halal :)

Berpusu-pusu orang bertanyakan hal yang sama, sebab saya nampak sibuk post di wall, post di fanpage berkenaan produk yang saya jual, macam takde sambutan sampai hari-hari kena promote. Salah tu, itulah usaha saya sebenarnya :) Dengan cara itu saya mempromosikan diri sebagai penjual kepada umum :) Usaha tu!

Jadi pada sesiapa yang mahu sekurang-kurangnya bergerak sedikit dari keselesaan sekarang, majukan selangkah dua dalam perniagaan. Kerana dengan perniagaan itu adalah 9/10 dari punca rezeki.

Mari hubungi saya :)
Syma Kamal
017-2055664-SMS/WhatsApp/Call
atau email norhaikal89@gmail.com

FB fanpage saya
Kedai Kesihatan & Kecantikan SK

Perfectly 7month

Sunday, December 23, 2012
Salam,

Hari ni dapat sesuatu dari General Manager Citylink yang personally nak datang melawat mak buyung. Oh, terasa diri amat dihargai :) Alhamdulillah..


Rasanya tak pernah update apa2 pasal preggy kali ni kecuali pasal Cervical Cerclage hari tu kan? :)

Saja nak share memandangkan tempoh kritikal hampir berakhir :)
Malam malam macam ni, feeling2 a good mom in the world sebab bila malam la Baby respon paling banyak :)

Lepas kehilangan Awatif hari tu, aku akui, emosi aku tak berapa stabil. Sejak dari dalam pantang lagi. Menangis tu sudah pasti, tapi keinginan untuk try concieve lagi membuak buak.

Bulan pertama failed
Bulan kedua failed
Bulan ketiga failed

Masa tu dah rasa dumb sangat dah, macam, apakah guna sebagai wanita tidak boleh memberi waima seorang anak yang hidup kepada keluarga. Jenuh menangis, jenuh berdoa waktu sujud, jenuh cuba macam2 yang orang yakinkan aku boleh concieve.

Bulan pertama tak cuba apa2.
Bulan kedua perawan 3 botol
Bulan ketiga perawan 2 botol + CocoCollagenPowerPlus sekotak

Bulan ke empat, alhamdulillah, period tak datang dah :) Masa tu sujud kat mana je, aku tak ambil kisah dah. Yang penting aku bersyukur, Allah dengar doa aku.

Cuak? Semestinya, nak sampaikan ke 21w kandungan tu,macam2 yang aku rasa. Kalut, punah, berserah. Semua dah standby dah. Hari2 masih paranoid, Hari2 masih berdoa. Baby kurang gerak, keputihan yang banyak, tak rasa denyut nadi. Semua refer klinik. Duit? Takde siapa yang pertikai pasal duit dah dalam situasi kami.

Semua kami labur, 3 tempat kami check. Utk yang terbaik buat baby, GH, UMRA, KKIA. Buang masa, buang duit? Semua tak kisah, janji yang kali ni selamat.

Tiap kesukaran Allah gantikan dengan sedikit kesenangan. Aku tak alah lansung, cergas, tidak muntah, tidak demam, tidak sakit semasa mengandung. Tapi Allah gantikan dengan lebih besar. Allah duga aku dengan Cervical Cerclage. Suami kata, dah ini bahagian kita, kita terima. Kami redha :)

Hari ini, sudah 28w, satu tempoh yang jauh bagi aku. Anak sudah lebih dari 1kg, maka aku tidak perlu takut lagi jika bersalin awal dari jangkaan :)

Dua bulan lagi, cuma dua bulan lagi yang singkat. We will see you baby :)


Leadership?

Thursday, December 20, 2012
Salam :)

Selalunya kita memang nak jadi ketua, dari sekolah lagi, ketua darjah, ketua rumah sukan, ketua pengawas, semua la, tengok orang jadi ketua kita jadi kagum. Mula la pasang niat, aku nak jadi macam dia! :)

Tapi bukan semua mampu nak jalankan tanggungjawab Ketua tu. Suami misalnya, kalau tak pandai lead family, berhayun kapal. Kalau kita sendiri, tak pandai nak lead diri sendiri pun, sesat jalannya. Kan?

Jadi Ketua ni amanah besar, kena memimpin adil, kena pimpim biar elok. Ikhlas. Kalau jadi ketua semata nak untung, semata nak megah, semata nak orang kata kau hebat. Baik tak payah, esok nanti kena tanya kat 'sana' tau. :)

Jadi Ketua pada perniagaan kecilan sendiri misalnya aku, kena pandai manage masa, kena pandai manage kewangan. Flow kena betul yang penting barang mesti cepat tepat pada waktunya, lambat sikit, walau bukan kuasa aku lagi kena tanggungjawab jugak, hinggalah pelanggan puas hati :) Ingat senang ke? Ni haaa, kawan sepanjang masa.

Suami kata macam budak sekolah dah, buku nota pen tak tinggal. Asal je ade sematphone tapi tak pandai  nak sematkan memori :P

Tapi memang seronok, jadi ketua ni, kita pandai disiplinkan diri sendiri. Kalau dulu kita kuli, herdik bos kemain. Sekarang dah jadi bos, tahu dah la macam mana rasa tu. Yang kau duk langut main internet masa kerja tu, duit. Yang aku dok langut main internet cari sale ni, duit. Baru pandai jimat jangan tengok youtube masa kerja. Nanti hilang fokus, nanti tak dapat kejar weekly target :)

Seronok tau jadi bisnesswomen cum housewife ni, kita tahu bila kita diperlukan, yang penting, jadual kita, suka hati kita. Yang penting fokus! :)

Bukan la nak kaya, cuma nak senang sikit je. Untuk anak2 jugak nanti :)

Kalau sesiapa nak jadi agent Shaklee
Meh contact
0172055664
:)

Suka hati nak meniaga nak kaya ke, nak meniaga untuk sedap diri ke. Yang penting, kita usaha, kita dapat hasilnya :)


Titipan Si Isteri

Wednesday, December 19, 2012
Salam,

Bunyi macam sedih dan penuh rahsia je title kan? Haha

Hidup masih berjalan seperti biasa, lepas operation Cerclage tempoh hari masih dengan rutin yang sama, dimana seorang isteri kena pandai menjadi akauntan dalam keluarga, perancang majlis makan makan. :P

Betul, Beli barang dapur banyak2 di pasaraya sebulan sekali, beli lauk banyak2 kat pasar seminggu sekali.
Manage lauk pauk dan duit baki tu kena pandai, kalau lari sikit, confirm makan lauk sardin la jawabnya. Eh sardin pun sedap jugak kan? :)

Dah nak lengkap setahun pun, tak kira pun sehari demi sehari tu sebab dah sah sah kita hidup dengann soulmate, jam saat tu macam tak rasa pun lambat atau cepatnya.

Tempoh hari aku dengar dari ustazah di Semanis Kurma, Haah, dah jadi bini kena rajin tengok cerita ilmiah macam ni, banyak infomasi berguna :)

'' Silap suami, sebesar mana pun salahnya. Kita sebagai isteri wajib bagitahu. Sebab fitrah manusia ni memang mudah memaafkan, lagi2 wanita. "

Betul tu, aku tak nafikan, kadang2 sebab terlalu murah hati dengan maaf, sekecil2 kesalahan pun kita diamkan, tapi esoknya nanti kita simpan, simpan lagi lama2 jadi bom atom :P

Setiap orang buat salah, even kita sendiri pun ada kurang. Sebab itu Allah cipta kita ni berpasangan. Saling melengkapi. Salah ini, Betul itu :)

Perkahwinan ini indah, cukup indah.
:)

Peristiwa

Friday, December 14, 2012
Salam,

Petang - petang macam ni, sebenarnya dah boleh tutup kedai jap, rehat sebab jap lagi nak pungpang masak. Suami kerja shift macam ni la. Kalau Suami shift malam, jam4 petang dah keletang keletung. Kalau kerja pagi nak nak maghrib la kena berperang dah :)

Tajuk tu sebenarnya memang kena sangat dengan entry kali ini. Tentang Peristiwa.

Dua Peristiwa yang berlaku yang paling takkan aku boleh lupa sampai bila bila.

Saat tangan gagah menyalami tok kadi, menerima aku menjadi sebahagian dari hidupnya

31/12/11 - Bukan semua lelaki mampu buat begini. Bukan semua lelaki yakin dengan keputusan yang mereka buat. Tapi lelaki gagah ini. Yakin! Sekali lafaz, sekali niat, sekali berjaya :)

Saat itu, aku rasa Allah mengangkat aku menjadi wanita paling berharga di mata semua. Bagaimana sebenarnya Allah sudah pun membagi sebaiknya buat umat umatnya. Menjadi seorang isteri, kemudiannya seorang sahabat.

Bila peluh mencurah kerana menahan sakitnya seorang Ibu.

19/03/2012 - Betapa aku sendiri tak menyangka itulah kali pertama dan terakhir kami berjumpa. Sakit yang boleh aku lupa sekelip mata, tapi insan yang sentiasa berada di minda sampai mati sekali pun.

Tarungan nyawa aku berbaloi kerana akhirnya Awatif Syakir menjadi Putera Syurga :)

Dua peristiwa ini buat aku kenal, mana kawan, mana lawan. Dan rentetan itu kita kenal manusia lainnya. Yang kita tahu baik busuk hatinya. Iri keji hatinya.

Dah lama tak menulis dengan jiwa. Sebenarnya dah lupa. Sebab macam kita makin dewasa, sepatutnya kita makin matang menghitung tiap satu kejadian.

Memaafkan itu lebih mudah, sebab lagi kita ingat. Lagi kita sakit. Lagi kita kira salah mereka, lagi kita dihimpit dengan hasad dengki.

:)


Bubur Kacang Hijau Simple dan Cepat!

Wednesday, December 12, 2012
Salam,

Ni sebenarnye entry tertunggak.  Patut post Ahad hari ti, tapi macam malas nak tulis panjang masa tu. hihi

Haah, sekarang ni sibuk sangatttt. Impian nak jadi Onlie Business women sambil2 jadi housewife. Yelah, semua orang mengidam nak jadi Superwomen kan? Sarat, kerja, Tanggungjawab kat rumah :P

Like fb sy ye : KedaiKecantikan&KesihatanSK

Okay impian nak buat bubur kacang hijau ni sebab family kat Ipoh buat tahlil. Saje la tanya masak ape kat sana? Sekali bila depa sebut Bubur Kacang Hijau alamak! Terus teringin. 'Mak buyung' kan? hehe


(gambar culik dari mr google je)

Okay, ni dia resepi simple bubur kacang hijau saya :

Kacang hijau 100g - rendam semalaman - kalau tak dapat rendam rebus pun boleh, sampai kembang, tambah la air banyak kali sampai dia betul2 kembang.
gula merah - 1sudu teh
garam - secubit 
gula - dua sudu teh
daun pandan - seikat
santah - secawan

caranya :

Kacang hijau tu rebus/ rendam sampai kembang. Campurkan semua bahan lain, campak2 je kata orang.
Gula merag, garam, gula, daun pandan, santan. Buka api perlahan, kena selalu kacau biar santan tak pecah. Agak2 pekat, campur air. Dah siap!

Selamat mencuba! :)

Cervical Cerclage

Thursday, December 6, 2012
Mata dah berpisat dah, anak dalam ni pun dah takde rythm dah. Mesti tadi dok tolak2 ajak Mami tidur.
Memang anak ni suka jeles kalau Mami sibuk main pc tau :)

Janji tentang Cervical Cerclage. Yeay! Semangat nak berblog semula dah datang. Maka hari2 akan dapat entry dari aku. InsyaAllah.

Cervical Incompetence atau Rahim Lemah :

Masalah ini hanya terjadi kira2 10 : 100 wanita kat dunia ni. Macam macam punca. TAKDE KENA MENGENA dengan keturunan ye. Hanya akan dikenalpasti bila kita ada history pretem baby. Macam Awatif. Lahir tak cukup bulan. Malangnya tak dapat nak diselamatkan sebab terlalu kecil untuk kita siksakan dengan wayar sirat. Ok sebelum menangis. Baik back to the topic.

Cara untuk menyelamatkan kandungan seterusnya bagi yang mempunyai masalah CI ni adalah dengan melakukan kaedah Cervical Cerclage atau Mengikat Pangkal Rahim. Nanti.. jangan ngeri. Masih boleh lagi mengandung selepas melakukan kaedah ini :)
Di luar negara mereka menggunakan pendekatan buat dulu sebelum terjejas. Tapi di Malaysia, GH contohnya menggunakan pendekatan, dah teruk baru buat. Same case with me for my 2nd pregnancy.

Sebab tu aku kata suami aku memang the best man ever. Orang je tengok dia macam ganas takde perasaan. Tapi dialah lelaki yang paling penyayang bagi aku dan anak anak. Ececehh :P

Sejak tahu preggy, sebulan dua kali ulang ke hospital sebab nak cek rahim. Melalui TVS kita boleh tahu keadaan anak, panjang rahim dan bukaan cervic. So keadaan aku masih selamat di awal2 kandungan sehinggalah kandungan mencecah ke 21w 2d. Melalui TVS, gynea nampak keadaan anak dah mula menurun. Panjang rahim aku yang sepatutnya 3cm++ sudah ke 2.4cm dimana ini adalah keadaan yang paling teruk sekali sementara bukaan cervic sudah 1cm.

Maka aku disorong ke wad untuk Emergency Operation. Walaupun begitu semasa Operation dijalankan si Ibu haruslah dalam keadaan sihat, paling penting tidak batuk. Sebab kalau tidak Ibu akan mengalami komplikasi dalaman jika dibius penuh. Alhamdulillah Allah mudahkan aku. Walaupun ditunda kerana tidak sihat. Travel ke Ipoh untuk kenduri kahwin dan sehingga anak sudah 550g pun aku masih selamat. Aku dibius penuh sebab ubat Spinal Injection lansung tidak memberikan kesan kepada tubuh badan aku. Lansung tidak ye!

Sekarang dah masuk dua minggu pangkal rahim aku di ikat. Doctor pun dah bagi arahan untuk MC sehinggalah bersalin nanti. 36w nanti kena kembali ke hospital untuk buka semula jahitan dan boleh bersedia untuk melahirkan. Hoyehh!

Btw charge GH tidaklah semahal cas di hospital swasta.

Okay dah lewat. Anak dah bangun menendang semula ajak baring. Isyarat yang sentiasa difahami malam2 begini.

Semoga informasi ini berguna buat kalian di kemudian hari :)




Masih Hidup. Indahnya Udara :)

Wednesday, December 5, 2012
Salam, Fuhhh... Lama sungguh sejak kehilangan Awatif.

Macam-macam yang dilalui sampai tak tahu nak cerita tang mana satu dulu. Tapi takpe, memori indah simpan kanan, memori hitam dah dilupuskan. zappp!! :)

Adik Awatif sibuk menendang waktu aku taip ni. Sudah menjangkau 25w, tinggal 15w sahaja lagi kalau ikut kasarnya, halusnya aku tinggal 11w saja lagi :P

Pernah dengar Cervical Cerclage? Yups Im done it on my pregnancy. Nanti later on aku update tentang Cervical Cerclage ni. Yups lagi. Kehilangan Awatif antara sebabnya kerana rahim lemah. Siapa sangka kan? Kita lincah bagai nak rak, hidup sihat. Tuptup ada sakit lain pula. :) Redha. Allah tahu kenapa diberikan aku begini.

Suami memang teman paling baik saat ini. Dialah perangsang,dialah motivasi dan dia jugalah nyawa anak ini. Alhamdulillah :)

Sekarang kena bedrest, tapi mungkin lebih kepada Homerest aku ni, tak betah tak buat apa pun kat rumah. Baring saja, sakit lain pulak datang nanti. :P

Terima Kasih lagi suami sebab belanja Wifi kat rumah. He done everything I needed ! I love you more more and more!

Nite! :)

Jahitan Intensif

Thursday, June 14, 2012
3rd time conceive is failed. Try again next next next month. Moga buah sabar saya manis rasanya :)

ada hobi dan target baru. JAHITAN.

Wehoo..perempuan kalau tak pandai pegangn jarum dan benang janganlah berangan lelaki nak solute..haha

Semuanya bemula bila suami bagi seluar pendek dan butang beliau few days ago sebelum nak keluar beli barang dapur. I wonder like. Owh, it was soooo loongg i never open my sewing case.:D

So, target baru. Nak beli komputer beserta Desktop 32' inch. Bwahah. Mari kerja keras, masuk kelas jahit. Amek upah jahit. Boleh capai target! :D

* aku dah lupa mcm mana nak menulis blog dengan pengisian*

kbai

Buat Anak

Friday, June 1, 2012
Ternyata bukan senang nak hamil semula
*sigh*
Allah mahu kami kami lebih usaha. Mungkin masih baru,malah tanah merah awatif masih belum bertanda.
Mungkin mahu langsaikan hutang lama dulu.

Dari hamil,aku mula tahu apa itu UPT,OPK,BBT.
Maka tak salahlah aku diduga, sebab aku masih berilmu.

Maka yang diluar sana,kalau TERhamil,kalau nak buang anak,fikirlah sejuta kali pun.
Sebab aku ni,mahu. Aku tadahkan kalau nak beri.


Sebab aku selalu pegang sesuatu. Rezeki,kalau tak dihargai. Tuhan takkan bagi lagi.

Nak balik kampung. Nak tandakan batu nisan Awatif.

Awatif Syakir bin Muhamad Hazrin.

Love u.
Mami Syma

ANAK

Tuesday, May 1, 2012
Salam,

Alhamdulillah dapat juga update blog yang macam hidup segan mati tak mau.Heee
Before that meh tolong lap sawang habuk yang dah bersarat.Haih. Berat nak mengaku. Tapi memang tula hakikatnya. Nak online kena bayar rm1.50.So untuk update blog kena bujet baik2 dari rm1.50 tu.

Sekarang ni tengah sibuk nak conceive selepas kehilangan. Doakan kami.

Duit bertimbun pun kalau takde anak tak guna jugak. Anak ramai pulak kalau takde duit pun payah.
Kami nak fair. Bila diungkai2kan,diselak2kan. Allah itu maha Adil, ada orang tu kaya raya. Tapi anak takde. Ada orang tu anak berderet setahun satu. Tapi duit tak cukup. Tapi bagi aku,biarlah anak berderet.Duit boleh cari. Tapi nak dapat seorang anak dugaan dia lagi perit. SubhanaAllah.

Aku anggap korang yang baca ni mengaminkan doa aku.Semoga trying kali ini berhasil sampai waktunya.

Tumpuan aku lepas ni selain stabilkan keadaan adalah anak. So jangan bosan dengan entry aku:)

Buat apa aku nak menangis meratap. Kalau orang tengok aku masih begitu makna itulah aku. Sebab aku selalu pandang kelangit biru. Sebab aku tahu. Anak sulung aku,awatif. Hidup dalam hati aku dan dia sentiasa menunggu aku di pintu sana. Alhamdulillah. Kita kena berfikiran baik terhadap Allah. Segala aturannya adalah jalan terbaik buat kita InsyaAllah.

:)

Hubster belanja cermin mata baru.Wehoo

Bukan Penamat

Thursday, March 29, 2012
Suami teman online kat cc.Hari keduabelas pantang kerana keguguran.
Ya,dunia ini masih belum tamat.
Aku beruntung kerana.
Bukan semua manusia dianugerahkan hamil
Bukan semua wanita dihadiahkan rasa 'sessuatu' dalam rahim.
Bukan semua wanita dihadiahkan rasa bagaimana mengandung itu.
Bukan semua wanita dihadiahkan rasa bagaimana turun darah itu terjadi.
Malah bukan semua wanita dianugerahkan ujian dari Allah.
Aku beruntung. Sebab aku belum gila dengan ujian ini.
Aku masih sihat dan masih diebrikan peluang untuk mencuba lagi.
Aku masih mengikut jalan Allah,entah apa yang jadi esok.Mana tahu?

Malah aku yakin semua yang berlaku bukan penamat,tapi permulaan yang lebih baru.
Dan aku amat yakin,Allah sedang membantu aku.
Ya,kalau bukan kerana sayang. Allah tak mungkin menguji aku.
Alhamdulillah.
Ini bukan ayat angkuh. Ini ayat motivasi diri.

Alhamdulillah aku ada keluarga yang sangat2 support aku untuk bangun.
Suami yang betul2 mahu aku sembuh.
Kakak yang tak mahu aku menangis
Mertua yang tak mahu aku duduk sendiri.
2minggu memang sekejap,tapi satu hari untuk diharungi macam setahun
Aku masih merindu.

Ya Allah,mukanya mirip suami,susuk tubuh,bibir.Satupun tiada aku.
Maka jika aku rindu,Allah anugerahkan wajah suami untuk aku tatap.
Allah maha adil,maha kuasa kan?
Awatif Syakir. Suci maknanya.

Ini entry terakhir,tapi bukan penamat.
Lama lagi mungkin,aku akan hidup semula.

Terima kasih semua.

Im still alive okay!!:)

Tuesday, January 31, 2012
Diam bukan bermakna berisi tapi diam ada isi sudah :)

Alhamdullillah,bukan kekangan masa jadi penyebab tapi kekangan internet pemutus hubungan.
Haha

Ok,majlis berjalan lancar. Cacat cela tu biasa.
Tapi apapun Alhamdulillah kami dah lepas.
:)

Tapi masa berlalu sangat pantas.
Dan tanpa dirancang tak lama lagi jadi bertiga.

Doakan kami.

:)